Pasar RM9Juta, baru dirasmikan dua minggu dah rosak..

MARANG - Cantik di bahagian luar tetapi rupa-rupanya pelbagai kerosakan berlaku di dalam bangunan. Itu gambaran keadaan Pasar Baru Kedai Buloh di sini, yang baru sahaja beroperasi selepas dirasmikan September lepas.

Beberapa peniaga ketika ditemui Sinar Harian mendakwa, terdapat keretakan pada bahagian tepi bangunan itu termasuk sistem aliran air longkang yang tidak berfungsi dengan sempurna, sehingga menyebabkan saluran terbabit tersumbat dan berbau busuk.


Selain itu, atap bangunan pasar baru itu turut dilaporkan mengalami kebocoran.

Seorang peniaga yang ditemui, Mohd Salahuddin Yusof, 31, berkata, kemudahan air juga tidak disediakan di dalam tandas pasar itu menyebabkan keadaan persekitaran menjadi busuk sehingga memberikan kesan buruk kepada peniaga.

“Masalah itu telah berkali-kali dikemukakan kepada pihak bertanggungjawab, namun masih belum ada sebarang tindakan bagi menanganinya. Sewajarnya kekurangan ini diatasi segera untuk memberikan keselesaan peniaga dan pengunjung,” katanya.

Peniaga buah-buahan, Mohd Yusof, 53, pula berkata, pendapatan peniaga kini semakin merosot berbanding ketika menjalankan perniagaan di pasar lama Kedai Buloh yang terletak berdekatan bangunan baru berkenaan.

Menurutnya, kemerosotan pendapatan peniaga itu mungkin boleh diatasi jika setiap masalah bangunan pasar dibangkitkan peniaga dapat diselesaikan pihak pengurusan bangunan.

Sebelum ini, Pasar Baru Kedai Buloh yang membabitkan belanja lebih RM9 juta itu dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin pada 20 September lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita Negeri, Datuk Yahya Khatib Mohamad ketika berucap pada majlis perasmian bangunan itu berkata, pembinaan pasar baru itu adalah contoh jelas keprihatinan kerajaan terhadap golongan peniaga.

Beliau berucap di hadapan lebih 9,000 penduduk yang hadir memeriahkan majlis itu berkata, daerah Marang kini terus maju dan pembangunan untuk masyarakat di kawasan itu tidak pernah dipinggirkan.

“Beberapa premis kedai di bandar Marang juga sedang rancak dilaksanakan dan semua ini adalah hasil sumbangan kerajaan dalam menjaga kebajikan rakyat,” katanya.

Difahamkan Pasar Baru Kedai Buloh berkenaan dibina pada awal 2007 di atas kawasan seluas 1.5 hektar, menempatkan 16 unit kedai makan, 128 gerai kering, buah-buahan dan sayuran, 44 gerai basah dan 18 lot kedai pelbagai barangan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kedai Buloh, Mohd Nor Omar, 70, berkata, permasalahan peniaga di pasar baru itu telah dikemukakan, tetapi sehingga kini masih menunggu tindakan lanjut pihak bertanggungjawab di pasar itu.

Katanya, pihaknya telah memanjangkan aduan kepada pihak terbabit setelah sering menerima rungutan peniaga dan berharap aduan dibuat mendapat perhatian segera demi menjaga imej kerajaan di mata rakyat.

Sinar Harian akan mendapatkan komen pengurusan pasar berkenaan iaitu pihak Majlis Bandar Raya Kuala Terengganu (MBKT) dalam masa terdekat.


Sinar Harian

10 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. tang ni yg rakab mara ni coz kao org buat fitna. . smua ni tipu bohong dusta blaka. .
    pasa ni boco ke, tesumbat ke, ape2 ke sbb penyokong pakatan sabotaj gilak2 kt projek ni. .
    kalu tak caya, kao org tanya le kat rakab. .

    ReplyDelete
  2. sabar2 ler, masih dlm Defect Liabilty Period...nnti kontraktor dtg lah repair tuh, bersyukur dulu sblm salahkan org lain....
    ts mhyiddin dtg rasmi jer dia x taw pn nk rosak...

    ReplyDelete
  3. Kalau ada yang rosak, di betulkan laa...kalau wujud kecuaian,..ambillah tindakan mana yang perlu...

    takkan nak salahkan Najib dan Rosmah jugak...!!

    ReplyDelete
  4. kalau dah banyak kerosakan bukan lagi defect...
    What is defect?
    kecuaian?
    Mana SOP?
    macam2 alasan....
    biasalah kerja bila tiada tender terbuka...
    kat penang tender terbuka bawah LGE tak pula berlaku sebegini teruk...
    rakab dapat ke 1 lot kedai dlm pasar?
    mestila anak angkat mah janda..
    kah...kah...kah..

    ReplyDelete
  5. ni lah dia pemikiran/kelemahan PR, tuduh menuduh, kata mengata, kutuk mengutuk sesama islam...sedangkan org kafir dianggap kawan baik...
    baca sejarah singapura mcmane cara diambil oleh LKY...skrg dh jadi negara maksiat...

    ReplyDelete
  6. Kontrak dah tamat & pyment pun dah dapat. Jutawan lagi tu. Rosak tu insurance lah cover..

    ReplyDelete
  7. Kalau singapura dah jadi negara maksiat...bagitau kat mat monggol kaki menutuh..sudah tentu dia amat suka dan berahi...
    Singapura akan buat special invitation...

    singapura negara maksiat?
    lihat je currency rate depa....
    bodoh lagi bangang bangang...

    ReplyDelete
  8. anon 4.48,

    hang ni bodoh ke lembab?

    Singapork tu pulau kecil, penduduk pun sikit!

    apa yang hang pelik dengan currency depa..

    psssst,..singapork sekarang nak jadi pusat kasino sedunia!..pusat maksiat.

    ReplyDelete
  9. Woit rakab babi lagi bangang,
    kalau tak tau pasal ekonomi jgn mecelah...lebih baik mecelah tengah puki rosmah....
    aku nak bagitau kat hang...
    currency rate banyak bergantung pada:
    foreign investment
    exports/imports
    economy
    travel
    ada faham tak anjing kurap najis?
    mampos awal itu lebih baik...
    jgn selalu pamirka kebodohan

    ReplyDelete
  10. rakab mmg dasat anjing kurap yg melukut di tepi tong sampah.kalau tak tau diam.
    anon 4.03
    jgn tgk singpore la ngok.tgk dalam malaysia sudah la.umno 54 taun memerintah.bukan LKY yg cagar n jual tanah.tapi puak amenoapcomunis yg kikis ketuanan melayu.30-40 taun nanti malaysia kena jual bukan sbb puak2 cina ni.tapi puak2 melayu anak haram yg duk dalam ameno.diaorg bkn pikir bukan macam pencacai mcm hang pikir skrg ni.
    hak tuihhhh!!!
    bodoh piang.
    makan air longkang banyak

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post