Pelaksanaan Cukai Keuntungan Hartanah: Langkah bodoh pentadbiran Najib?

Persatuan Pembeli-pembeli Rumah Kebangsaan (HBA) mendakwa perdana menteri telah bertindak dengan “tidak bijak” dalam soal pelaksanaan cukai keuntungan hartanah (RPGT) memandangkan kadar baru yang diumumkan menerusi Bajet 2012 itu hanya akan menyebabkan harga hartanah terus naik.

Setiausaha Agung HBA Chang Kim Loong berkata, ini kerana kadar yang telah dikaji semula itu hanya mempunyai impak kecil ke atas spekulator jangka pendek yang mengharapkan keuntungan, sebaliknya akan mengakibatkan kenaikan dalam pelaburan hartanah bersifat spekulatif.


Katanya, Persatuan Pemaju-pemaju Hartanah (Redha) menyambut baik kenaikan RPGT daripada lima kepada 10 peratus bagi rumah-rumah yang dijual dalam tempoh dua tahun selepas dibeli, tetapi menegaskan pendekatan baru ini tidak bermakna ke atas spekulator jangka pendek yang mahu mendapatkan keuntungan.

Chang memberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil langkah betul dalam memastikan setiap rakyat boleh memiliki rumah, tetapi kelihatan beliau juga mendengar input daripada kumpulan-kumpulan perniagaan yang mempunyai kepentinagn dan agenda sendiri.

Dalam satu kenyataan kepada media semalam, kata Chang, adalah sesuatu yang malang apabila perdana menteri tidak diberi nasihat yang betul mengenai situasi yang sebenar.

“Justeru kata beliau, rakyat pula boleh menjangkakan kenaikan dalam pelaburan hartanah spekulatif, yang akhirnya akan menaikkan lagi harga.

Chang berkata hartanah biasanya tidak dibenar untuk dijual ketika masih dibina, yang mengambil masa antara dua hingga tiga tahun, dan oleh itu, menaikkan RPGT daripada lima kepada 10 peratus adalah sesuatu yang tidak bermakna.

Katanya, jika pentadbiran Najib mahu mengawal spekulasi, kadar yang diumumkannya perlu dikaji semula.

Ketika membentangkan Bajet 2012 pada 7 Oktober lalu, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kadar tetap RPGT yang rendah iaitu lima peratus didapati tidak begitu berkesan untuk membendung aktiviti spekulasi dalam pasaran hartanah yang mana jika tidak dikawal akan memberi tekanan kepada harga hartanah.

“Situasi ini dalam jangka masa panjang akan menjejaskan kemampuan golongan berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki rumah.

“Bagi menangani masalah ini, kerajaan mencadangkan kadar RPGT dikaji semula,” kata Najib’.

Bagi hartanah yang dilupuskan dalam tempoh pegangan sehingga dua tahun, kadar RPGT adalah 10 peratus manakala hartanah yang dilupuskan dalam tempoh pegangan melebihi dua hingga lima tahun, kadar lima peratus dikekalkan.

“Bagi hartanah yang dilupuskan selepas lima tahun pula, RPGT tidak dikenakan. Saya yakin, kadar RPGT yang masih rendah ini tidak menjejaskan pemilik hartanah tulin dan sekali gus dapat mengawal aktiviti spekulasi dalam sektor hartanah,” katanya.

Semalam, Najib melancarkan eksesais pengundian pertama Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Kompleks Kejiranan, Precinct 11, Putrajaya.

Sejumlah 560 unit rumah mampu milik telah mencatatkan lebihan langganan 13 kali dengan lebih 7,000 permohonan diterima, yang mana 84 peratus ialah pembeli rumah kali pertama.

*******************

Ulasan oleh Jalan Pulang

Memang sah Bajet 2012 Najib Altantuya penuh dengan unsur-unsur penipuan kah kah kah...

Sudahlah Dewan Rakyat bersidang dalam keadaan laporan Ketua Audit Negara disorokkan walhal dah lama siap kata ketuanya Ambrin Buang, sekarang satu lagi tembelang Najib Altantuya dikantoikan kah kah kah...

Kunun nak kawal spekulasi harga rumah, tapi sebenarnya menipu rakyat yang nakkan rumah dan bukannya yang jual beli rumah nak buat untung kah kah kah...

Sebab tu kadar pinjaman rumah yang dibenarkan naik dari RM220 ribu jadi RM400 ribu kah kah kah...

Maknanya jika kadar faedah (bunga) sekitar 4.75 peratus pun dengan BLR sekarang 6.3 peratus, untuk beli rumah yang harganya RM400 ribu, pembeli kena bayar sampai RM2,086 sebulan sampai 30 tahun kah kah kah...

Syarat bank pulak, kalau pendapatan kurang 1/3 dari bayaran bulanan, bank tak boleh bagi pembeli beli rumah kah kah kah...

Sudahlah kena bayar deposit 10 peratus, mana nak cekau kah kah kah...

Jadi macam mana nak beli rumah kalau gaji pun setakat RM3,000 kah kah kah...

Siapa yang ada duit boleh la buat pembelian spekulatif yang memang sengaja buat untung naikkan harga masa rumah tengah buat dalam 2-3 tahun kah kah kah...

Maknanya tak ada pembeli golongan sederhana dan rendah yang mampu beli rumah sebab Najib Altantuya buat dasar macam tu kah kah kah...

Nampak tak Najib Altantuya menipu 1Malaysia kah kah kah...

Kalau tak paham jugak cuba tanya orang jual rumah berapa harga rumah sekarang, gila ke tak kah kah kah...

Jalan Pulang

6 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. mat monggol memang terserlah kebodohan....
    dan rakab@akp@asj@gabai terserlah pula kebangangan....
    kah...kah...kah...

    ReplyDelete
  2. apa yang kau meroyan ni lahanat !!

    ReplyDelete
  3. kah...kah...kah...
    haprak rakab ni melebung....
    musibat ni melenting....
    kamjat ni mengila...
    sipelaq mengganas...
    belum dapat gaji haram ke?
    bini belum ada customer ke?
    kah...kah...kah.....

    ReplyDelete
  4. Yang sedih ada lagi dikalangan pendapat yang agak emosi dan menggunakan perkataan yang tidak sepatutnya ketika meninggalkan komen. Paling ketara kebanyakan komen yang marah-marah dan emosi ini selalunya ditulis oleh mereka yang tiada identiti dengan menggunakan nama samaran, email samaran dan link samaran. Tiada siapa yang akan marah kalau anda mempunyai pendapat yang berbeza tetapi dikongsikan dengan cara yang beradab.

    Tidak ada salahnya untuk berbeza pendapat tetapi mesti dikongsikan dengan cara yang baik dan beradab kerana itulah budaya Islam bukan mengutuk dan mencaci sesuka hati. Siapalah yang boleh mengubah pemikiran anda anda dengan penulisan yang lebih bernas.

    ReplyDelete
  5. Siapa ahli persatuan pembeli rumah ??? orang yang membeli rumah untuk jadikan tempat tinggal dan berteduh akan menjadi ahli persatuan ni ker ???

    Mestilah ahlinya terdiri dari spekulator hartanah . kerja mereka beli rumah yang dalam perancangan , sebelum siap atau rumah yang dilelong bank . sapa yang pernah berurusan dengan pemaju tahulah , belum pun keluar kelulusan majlis perbandaran dah ada pembeli rumah tu!!!!

    Sebab itulah kerajaan menaikkan RPGT . sekarang puak pauk spekulator ni dah panas punggung . Selama ni dioranglah yang dok sekat pembeli rumah pertama dan menaikan rumah siap dengan harga yang tidak munasabah .

    Pembangkang ni kalau orang komen tindakan kerajaan main sokong jer walaupun tak tahu hujung pangkal . senang jer spekulator Chang Kim Loong jadikan penyokong pakatan haram sebagai kuda tunggangan dua.

    tengoklah hujah blogger jalan pulang . macam tak reti berfikir jer . janganlah anggap orang yang membaca komen tak cerdik macam tu terus percaya .

    Had pinjaman dinaikkan dari rm220k kepada rm400k . yang kau gaji rm3k nak beli rumah rm400k apa kejadahnya . lainlah kalau suami isteri bekerja . laki gaji rm3k bini gaji rm2k tentulah berupaya membayar rm2086 sebulan .

    tulah sebabnya had pinjaman dinaikkan sebab mengambilkira pendapatan suami isteri bekerja . blogger jalan pulang jer yang fikir separuh jalan !!!!! bila nak sampai rumah .

    ReplyDelete
  6. Sokong pandangan penganutPas!

    Selama ni, penyangak-penyangak macam tu lah yang banyak menyusahkan rakyat......Sekarang ni Najib kasi kemas.....tak ada peluang penyangak nak cari untung.

    Sama macam kedai 1Malaysia!....ACCCIM mula panas punggung!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post