Peninju Israel 'bolos', PAS tuntut penjelasan k'jaan



Naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menuntut penjelasan kerajaan berhubung pendedahan peninju Israel, Ilya Grad yang mendakwa telah memasuki Malaysia dengan bantuan menteri belia dan sukan untuk menyertai kejohanan The Challenger Muay Thai untuk stesen TV AXN.


Mahfuz berkata, perkembangan itu mengejutkan, apatah lagi apabila peninju kelas middleweight itu mendakwa bahawa pasportnya tidak dicop.

"Sebarang kemasukan rakyat ke negara Israel diharamkan, malah rakyat Malaysia masuk ke (Israel) juga diharamkan.

"Bagaimana (Grad) boleh masuk dengan (dakwaan) restu menteri, malah tanpa melalui proses imigresen sebenar? Ini menunjukkan betapa longgarnya pintu sempadan, boleh bolos begitu saja.

"Jadi kementerian luar negeri, kementerian dalam negeri harus beri kenyataan kenapa perkara ini boleh berlaku. Apakah benar dakwaan dia masuk dengan keizinan daripada menteri belia dan sukan?," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

"Sekiranya benar perkara itu berlaku, ia menunjukkan bahawa menteri berkenaan telah "merosakkan dasar negara," kata Mahfuz lagi yang turut menuntut penjelasan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berhubung dakwaan tersebut.

Bekas juara muay thai Israel itu mendakwa telah memasuki Malaysia pada satu tarikh sebelum ini untuk menyertai kejohanan The Challenger Muay Thai yang dirakamkan di dalam kampus Universiti Putra Malaysia, Serdang untuk stesen TV AXN.

Difahamkan, rakaman program pada Jun itu baru saja dikeudarakan oleh stesen TV berkenaan baru-baru ini.

Dalam satu tulisan di blog tinju Muay Thai Authority pada 15 Oktober, Grad menceritakan bahawa dia tidak sabar untuk mengibarkan bendera Israel ketika berada di Malaysia.

Beliau yang memasuki Malaysia melalui Thailand ditahan selama 25 jam di satu pintu masuk negara sebelum berjaya mendapatkan bantuan Persekutuan Muay Thai Malaysia, "dengan sokongan menteri sukan Malaysia."

Sesudah itu, barulah dia kemudiannya mendapatkan dokumen yang diperlukan untuk memasuki Malaysia, katanya di blog yang banyak memaparkan kegiatan dan pertandingan sukan itu.

"Dengan begitu sahaja saya melepasi sempadan itu dengan pas khas – pas yang sememangnya khas kerana pasport Israel saya tidak dicop," katanya lagi - Malaysiakini


Lihat gambar Peninju dan Menteri itu di SINI

11 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Kali ini ahli sukan dari negara israel. Kalau diperhatikan sebenarnya pernah juga wujud isu artis dari negara israel masuk malaysia.

    Mungkin mereka sekadar "membenci" dilidah tapi hakikatnya "ditunggang".

    Mangsa “Istikharah Cinta”

    11 Tip Untuk Barisan Nasional Terus Memerintah.

    Cara Timbang Berat Blog

    .

    ReplyDelete
  2. Ini puak munafik mmg buat pekak kn telinga je la ttg isu nie suka hati blh msk x mustahil stu hari nnt pati dari israel plak byk msk malaysia sb time tu APCO Worldwide dh bukak cwgn stiap negeri UMNO/BN so tenaga kepakaran mrk amat2 diperlukn ..hahaha...

    ReplyDelete
  3. ketua syaitan mamakkutyOctober 29, 2011 at 1:04 PM

    inilah hiprokritnya UMPORNO! segala tunjukajar ini dari ketua syaitan mereka - mamakkuty!

    ReplyDelete
  4. Kalau BODOH boleh diajar tapi kalau BUTA PERUT payah sikit laa...
    Islam melaknatkan Yahudi tapi UMNO merestui plak.....aper kejadah ini semua....
    Makin hari makin bangang si'mulut besar'

    ReplyDelete
  5. Apa yang hampa marahkan yahudi sorang tu...dia cuma datang nak bersukan jer..

    Kita ni, biarlah rasional..
    Yang kita tentang ialah kerajaan zionis Israel !..bukannya keseluruhan bangsa yahudi.

    Ketika zaman kepimpinan Rasullullah di Mekah dulu, adakah orang yahudi ini akan ditangkap atau dihalau keluar setiap kali mereka memasuki kota Mekah ??

    cuba renungkan..

    ReplyDelete
  6. Woi Rakab Yg Bodoh.. ko baca x post kt atas? sptutnya warga israel x bleh masuk ke malaysia tp peninju ni bleh msuk tnpa cop di pasport dgn bntuan mnteri..

    nmpak sgt mnteri ni dh slah guna kuasa. snang nya org luar nk msuk mlaysia.. jd x heran wrga asing pun snang nk dpt mykad di malaysia dgn bantuan menteri2 bangang spt ini.

    cuba ko renungkan plak org luar nk msuk israel ko agak2 lepas tak? bkn stakat nk msuk israel nk bg bntuan kt palestin pun smpai kena bunuh.

    ni la pemikiran rakab yang bangang. bila2 masa negara tergadai.

    ReplyDelete
  7. non 3.30,

    Perkara pokok yang di tekankan oleh Mahfus ialah warga Israel diharamkan masuk ke negara ini!

    Itulah komen aku berikan di atas ....

    Kalau dapat kebenaran khas dari menteri,..itulah pasnya..

    Mana kau tahu dia salahguna kuasa ?
    bodoh...

    Kenapa pulak kau nak bandingkan dengan kemasukan ke Israel ?...
    tak ada kena-mengena..

    kau tak faham apa-apa pun laa..bangang !!

    ReplyDelete
  8. Ini adalah sukan. Adakah seorang peninju Isreal ini dapat menggugat Malaysia? Kalau ini pun tak boleh, nanti bilamana di lain-lain negara yang mengganjur sukan dan peserta dari Israel di jemput maka Malaysia tak perlu di jemput untuk mengghadiri sukan tersebut. Bagaimana? Sukan janganlah dipolitikkan..

    ReplyDelete
  9. kpda rakab n anon 5:44pm

    ko thu x sbb2 knp rakyat israel n malaysia msing2 x dpt nak msuk ke negara trsebut?

    klu ko x thu baik ko pgi mntak jawapan kt mr google..

    pstu bru komen.. klu org ckp bangang marah..

    *Lepas nie ada can la israel nk jd penaung malaysia...

    ReplyDelete
  10. Datang kerana bersukan tiada masalahnya..apa kesannya pada umat Islam?

    P/S: Lagi bahaya ayat ini "Pangkah PAS masuk syurga"

    ReplyDelete
  11. AKP,


    betul, betul, betulllll.....

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post