Rakyat pelik, siapa hina raja Melayu? - Nik Aziz



Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nikmat berkata rakyat menjadi pelik melihat tindakan sesetengah pihak menghina raja-raja Melayu dibiarkan tanpa sebarang tindakan, tetapi sebaliknya ahli akademik yang menyuarakan pandangan akademik mereka disekat.


"Dua hari lalu dia ada orang tulis dalam surat khabar, ada orang kata 'natang' kepada raja-raja Melayu tapi tak ada apa-apa tindakan pun.

"Rakyat jadi pelik, apa dah jadi ni?" soal Nik Aziz yang dipetik Harakahdaily selepas merasmikan Persidangan ICT dan Media Baru 2011 anjuran Lajnah ICT PAS Pusat di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM) di Taman Melewar Kuala Lumpur, semalam.

Nik Aziz yang juga menteri besar Kelantan, mengulas isu penggantungan tugas pensyarah undang-undang, Profesor Abdul Aziz Bari oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA).

Menurut beliau, semua pihak termasuk universiti, tidak seharusnya menyekat ahli akademik menyuarakan padangan mereka dan mereka perlu diberi peluang mengulas apa jua isu mengikut kepakaran akademik yang dimiliki.

"Aziz Bari ni orang akademik. Berilah peluang orang akademik berakademik.

"Dia juga pakar perlembagaan, saya tak fikir pakar perlembagaan buat benda bercanggah dengan perlembagaan," katanya.

Khamis lalu, UIA menggantung tugas Abdul Aziz sebagai pensyarah undang-undang sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.

Beliau didakwa "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti" dan diberi masa sehingga 25 Oktober ini untuk menjawab tuduhan itu.

Tindakan terhadap pakar perlembagaan itu dipercayai berikutan reaksinya sebelum ini yang mengulas titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama.

Abdul Aziz dipetik berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

Berikutan penggantungan tugas itu, pelbagai pihak termasuk mahasiswa, persatuan kakitangan akademik beberapa universiti, ahli politik, termasuk timbalan menteri pengajian tinggi.

Mereka membidas tindakan UIA itu kerana berpendapat ia salah dari segi moral dan intelektual.

Kemuncaknya, Jumaat lalu, hampir seribu mahasiswa berhimpun selepas Jumaat lalu bagi mengadakan bantahan dan mengancam mengadakan perhimpunan lebih besar jika kemelut itu tidak diselesaikan.


Malaysiakini

9 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Mana pencacai tak nak komen ke berita ni?

    ReplyDelete
  2. Begitulah Hipokrit UMNO yang sering menggunakan 3R (Race Religion Royal) demi kepentingan sendiri. Agama Islam, bangsa dan raja sudah dijadikan alasan dan senjata bagi ahli politik demi mengukuhkan kedudukan sendiri

    PAS pun sama aje, selain daripada agama dan bangsa, mereka juga bankrupt minda seperti UMNO. Itulah sebab PAS terperangkap dengan Hudud HOOK BAIT SINKER dan hampir keluar landasan. Hudud lagi penting daripada Kebajikan Rakyat Malaysia ke?

    Pemerintahan Agama tu adalah THEOCRACY-di mana suara Tuhan aje yang berkuasa, bukan suara rakyat. Tapi suara Tuhan tu tidak kedengaran langsung, cuma adanya ulamak dan mullah yang bersuara aje. Adakah ulamak dan mullah tu Tuhan?

    Oleh itu, agama bukan DEMOCRACY dan negara-negara Barat pilih sekularisme daripada kesilapan zaman gelap Europa di mana agama Kristian terlalu berkuasa. Zaman Keemasan Islam berakhir akibat ulamak yang gila kuasa dan Hudud demi kepentingan sendiri.

    Pemecatan Aziz Bari juga menunjukkan bahawa kaum Melayu masih tak boleh bergerak hadapan daripada penjara 3R. UMNO memang tahu sensitivity Melayu mudah dibatu-apikan dengan main isu 3R, PAS juga main 3R dengan jaminan PM dan DPM kekal Melayu.

    ReplyDelete
  3. Rakab oh Rakab

    Aziz Bari dipecat sebab Rosmah yg arahkan. Ketawalah rakab sepuasnya.
    Lebih baik Aziz Bari join Pkr....
    kalau masuk pas tu susah sikit,..

    ReplyDelete
  4. tapi rakyat tak pelik bila manusia bernama nik aziz yang pernah mendakwa sanggup berkawan dengan syaitan/iblis bagi menegakkan agama ALLAH menunjukkan rasa simpati kepada pihak gereja yang diperiksa JAIS terhadap perbuatan gereja DUMC yang mentarbiah orang islam dimajlis Thanksgiving didalam gereja.

    Semuanya kerana undi , soal akidah sahabat seagamanya pun dipolitikkan .

    ReplyDelete
  5. anon 3:47 pm

    kena tahu sejarah yakni sebelum kedatangan kaum lain, melayu telah bertapak.

    ketika itu kaum lain lebih ke hadapan dr melayu yg memengang tampuk pemerintahan. sehingga skg melayu masih kebelakang, ini menjadi satu yg menakutkan melayu sehingga skg.

    Bukan saja kaum lain ,ttp jika ketika itu yg kuat melayu dr suku lain yg memerintah, susah melayu dr suku yg satu lg mengambil tampuk pemerintah. adil dan bijak mcm mana pun lah pengantinya. begitu kuat org melayu pertahankan kuasa perintah.

    Sbg org Islam, kelak satu hr jika di takdir kan bukan melayu yg perintah dan memerintah dgn apa cara pun, sbg ulamak yg menjaga islam, dia kena beritahu pemerintah ttg hudud sekali pun pemerintah ikut komunis ke atau sekularisme.

    Apa kah jaminan org melayu sekiranya di masih takok yg lama hasil sikap dan perbuatan umngok yg memerintah selama ini jika tiba tiba PM atau TPM tidak dikekal kan org melayu.

    saya akui pandangan anon 3:47 pm ttg 3R, dimana sepatutnya pemimpin yg berkuasa tlh menyelesaikan nya 20 tahun yg lalu. Jika begitu mungkin skg bukan lg umngok yg menjd kjaan.

    anon juga terlupa walaupun PAS main 3R ttp PAS sanggup bekerjasama dgn DAP. Kalau PAS spt yg anon katakan maka wajar lah PAS pertimbangkan Kjaan Perpaduan dng umno !

    ReplyDelete
  6. syaitan dan iblis tlh lama duduk dlm pPAS cuma pPAS yg tak sedar.

    Utk menyelamatkan pPAS kena lah kita berkawan jgk dng pPAS yg dlm masa yg sama syaitan/iblis yg ada pd pPAS.

    Berkawan dng pPAS bermakna berkawan dng syaitan/iblis.

    krn politik pemimpin umngok di masa lalu, maka tertubuhnya PAS dan ketika itu jika aqidah pemimpin umngok kuat .. umno tlh terkubur !

    ReplyDelete
  7. non 11.10,

    hang tu yang dah dirasuk iblis,...tak tau nak beza mana betul, mana salah....

    ReplyDelete
  8. rakab oh rakab atau..
    syaitan oh syaitan ..

    11:21 PM ni rakab ke atau syaitan yg lama duduk dalam rakab yg marah marah ni..

    rakab yg aku tahu.. dia 'cool' kena maki macamana pun... rakab 'steady'.

    ReplyDelete
  9. heheheheeee...

    tahu tak pa..!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post