
Ia kenyataan pertama Najib sejak blog pro-Umno membuat dakwaan kononnya anak lelaki Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah mencabul kehormatan rakan pelajar wanita dan menggunakan kedudukan bapanya untuk melepaskan diri daripada hukuman.
Pelajar perempuan yang dikaitkan dengan isu itu, yang belajar di Amerika Syarikat, telah menafikan dakwaan sedemikian. Begitu juga pengetua sekolah anak Lim belajar sebelum ini.
Beberapa pihak sejak pagi tadi menggesa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon maaf secara terbuka kerana mengeluarkan kenyataan seolah-olah menyokong blog pro-Umno yang membuat dakwaan itu.
Semalam, Muhyiddin meminta Lim membuat laporan polis dan membiarkan polis menjalankan siasatan bagi menjelaskan keadaan sebenar kerana penafian sahaja tidak mencukupi.
“Penafian adalah tidak mencukupi. Kalau tidak buat, minta polis untuk menyiasat dan bersihkan nama,” kata Muhyiddin.
Hari ini, Najib (gambar) memberitahu: “Keadaan yang ideal ialah demokrasi moden di mana anda memberi tumpuan ke atas perkara-perkara berkaitan dasar.”
“Apabila anda membahaskan kelemahan polisi dari sudut kelemahan pelaksanaan, biarkan keluarga ke tepi atau (anda) mengeksploitasi urusan keluarga bagi keuntungan politik sendiri,” kata beliau selepas menghadiri perhimpunan perdana pesara polis dan bekas anggota polis di PWTC di sini.
“Anda perlu bersetuju dengan beberapa (elemen) etika. Ia terpakai kepada kedua-dua sebelah.
“Saya tidak bercakap mengenai fakta kes ini. Saya tidak tahu mengenai fakta kes ini, tetapi jika anda mahu bercakap mengenai etika, kecualikan keluarga, maka setiap orang perlu mematuhinya termasuk pembangkang,” kata beliau.
Pagi tadi, Naib Presiden PKR N Surendran mahu Muhyiddin dengan segera memohon maaf kepada Lim kerana membuat kenyataan sedemikian.
“Kami menggesa Umno-BN menghentikan politik memfitnah dan pembunuhan karakter,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Surendran, yang juga seorang peguam berkata, beliau terkejut kerana Muhyiddin sebagai pemimpin tertinggi negara sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian sedangkan pelajar perempuan yang dikaitkan, Anya Sun Corke, yang didakwa menjadi mangsa sendiri telah menafikan perkara tersebut dan melahirkan rasa simpati kepada keluarga Lim, anak dan keluarganya.
“Dalam bertindak sedemikian, Anya Corke yang muda telah menunjukkan sikap lebih matang dan sopan berbanding timbalan perdana menteri negara kita,” kata Surendran dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, DAP menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegur timbalannya kerana memberi sokongan bulat-bulat kepada pemblog-pemblog pro-Umno untuk mengaibkan dan memusnahkan kehidupan anak Lim.
“Kami terkejut dan marah dengan (kenyataan) Timbalan Perdana Menteri yang dilaporkan berkata bahawa jika Ketua Menteri Pulau Pinang merasakan adalah penting untuk membetulkan maklumat, maka beliau seharusnya datang dengan kenyataan sangat keras. Penafian sahaja tidak mencukupi’,” kata Setiausaha Publisitinya Tony Pua.
Dalam kenyataannya, Pua berkata Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno seharusnya memeriksa maklumatnya kerana Lim bukan sahaja telah mengeluarkan kenyataan tegas pada minggu lalu, malah “kami telah membuktikan bahawa keseluruhan kes ini adalah rekaan semata-mata.”
Selain itu kata beliau, mangsa yang didakwa terlibat dalam kes, yang berusia 21 tahun, sendiri telah menafikan perkara tersebut.
“Mangsa yang didakwa juga telah mengeluarkan kenyataan kepada kesemua media, mengatakan bahawa dia tidak pernah datang ke Malaysia sepanjang tujuh tahun lalu,” kata Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara ini.
Perkara itu turut dinafikan oleh pengetua SMK Heng Ee, sekolah yang anak lelaki Lim belajar sehingga akhir tahun lalu.
The Malaysian Insider
Jerat utk TPM dh mengenalah tu. Siapa dlu respon, dialh yg tanggung... Umno dari dulu amalkn politik kawan makn kawan.
ReplyDeletenajib nak bidas muhyiddin??Nak mampos?? nanti Dr. M pulas tangan dia, terpekik minta rosmah tolong!
ReplyDeleteBak kata pepatah lama golongan Baba Penang , kalau tak der orang meraba takkan pulak buah dada bergoyang .
ReplyDeletedah tukar dari Cina Antu Tetek (CAT) kepada Raba , Ramas dan Rasuah (3R). 3R lagi ramai penyokong dari CAT .
Aku tak pasti samada faktor keturunan atau sebaliknya. Apa yang pasti bangang ppas mmg luar biasa. Kalau sistem CAT yang mendapat pengiktirafan antarabangsa pun ko boleh buat lawak berbanding tender terus kepada kroni yang diamalkan oleh BN selama ini, aku rasa mmg faktor keturunan dan jgn terkejut berjangkit kepada generasi anda seterusnya. Aku tak nampak ko komen dengan fakta, hanya semata2 auta. Kesian dh lah buat fitnah kantoi dpt dosa pulak..mungkin tidak berdosa klu ikut ajaran Islam UMNO-APCO.
ReplyDelete.
ReplyDeletesape yg nak ikut dan percaya ckp presiden umngok.. pPAS sendiri engkar. pPAS sendiri tak respect PM Msia. Sb Najib mungkin bermaksud jgn libatkan Rosmah, sb tu pPAS tak peduli apa yg Najib cakapkan.
Dulu pPAS yg beriya iya dan mati mati nak org percaya.. dah mcm ni alang alang dosa biar lah terus dgn dosa.
apa nak heran, pPAS ni mana ada pakai etika..
LGE kena lagi sebijik..!!...sana sini mengongoi mintak simpati,..tuuuiih!!
ReplyDeletemuka perasuah...
rakab oh rakab.. ingat syaitan ingat rakab..
ReplyDeleteYg Najib PM Msia cakap jgn libat kan keluarga sb dia sendiri percaya tuduhan keatas anak LGE adalah fitnah. Tak kan lah PM nak cakap jgn libat kan keluarga jika kejadian tu benar benar berlaku dan berlaku pulak rasuah. Sbg PM dia dpt maklumat lebih pantas dan lebih tepat dr kau rakah oh sya....
btw saudara ku rakab, kenapa bad mood je bila komen sejak kebelakangan ni??? tak friendly langsung mcm dulu..
ni soal dasar lah ni . dasar CAT ditukar kepada 3R , dasar rasuah tutup mulut.
ReplyDeletenon 1.45,
ReplyDeleteYea laa...
badan dah penat, otak pun letih....
rest dulu laa,....tiga empat hari...
Salam..
Aku tak rasalah rakab tu letih,munkin letih goyang bini badak,kesian..nak buat cam mna..ye umnogok tak bagi can pusing china/jepun....blum turn lagi..so ampulah kuat2 tuah2 nampak dimata najib...kah3...tut...u
ReplyDeleteotak letih ke atau tak tahan dgn fakta fakta dan hujah balas kita org.
ReplyDeletehrp hrp ada penganti ya ..!
dan lepas berehat, komen lah dgn fakta dan jgn nak auta auta lg..
auta macam Anuat brahim..
ReplyDeletenganga lagi rakab.
ReplyDeletedah buat report kat SPRM dah ka blum?
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!