Some believe it is about protecting civilians, others say it is about oil, but some are convinced intervention in Libya is all about Gaddafi's plan to introduce the gold dinar, a single African currency made from gold, a true sharing of the wealth.
"It's one of these things that you have to plan almost in secret, because as soon as you say you're going to change over from the dollar to something else, you're going to be targeted," says Ministry of Peace founder Dr James Thring. "There were two conferences on this, in 1986 and 2000, organized by Gaddafi. Everybody was interested, most countries in Africa were keen."
Source: http://www.RT.com
Semuanya adalah ketentuaan Allah.. Kerap dilihat didalam akhbar dan juga kenyataan yang dikeluarkan berkaitan dengan punca kejatuhan Gaddafi dan antaranya peranan barat ke atas umat Islam.. memang benar barat berperanan dalam menganggu keharmonian dan tidak dinafikan tetapi ianya berpunca atas kelemahan kita sebagai umat Islam..
ReplyDeleteMatlamat tidak menghalalkan cara.. walaupun seseorang umat islam @ pemimpin berjuang demi agama tetapi jika kehidupan tidak diselubungi dengan roh Islam maka Allah akan menghukum seseorang tidak kira masih terdapat umat muslim yang masih baik dalam masyarakat...
Pengajaran buat pemimpin Islam yang ingin berjuang atas nama Allah, SEGALAnya berlandaskan Islam.. Bagaimana kita boleh mencontohi para sahabat Rasullah. Mereka mewarisi daulah Islam yang kuat tetapi kehidupan mereka zuhud dgn kebajikan kpd rakyat dijaga.. Mereka tidak memberikan
'kebajikan' kepada rakyat bagi menutupi 'onar' dan 'maksiat' yang dilakukan kepada mereka (dengan harapan rakyat tidak kisah dgn maksiat mereka) sedangkan Allah maha adil..
Umar pernah menegur Amru, Gabenor Mesir dalam berlebih2an bermewah-mewahan dan melakukan kehendak kuasanya walaupun islam ketika itui kuat dengan umatnya terjaga kebajikan..
fikir-fikirkanlah.. kuasa barat hanya menjadi faktor terlaksanakan hukum Allah tetapi penyebab adalah diri kita sendiri.. Allah yang maha mengetahui.. Allah tidak akan menzalimi pemimpin dan umatnya yang bertakwa kepada Allah..
kerosakkan di bumi dan di lautan kerana tangan-tangan kita sendiri...
ReplyDeletesetuju
ReplyDeletePersamaan yang jelas antara Libya dan Syria , persaingan untuk mengusai pasaran minyak . Libya dan syria menjual minyak kepada blok timur ( rusia dan china ) yang tidak disenangi oleh blok Barat .
ReplyDeleteMaka perang politik memainkan peranan untuk menekan negara tersebut mengubah dasar pasaran minyak mereka. Pihak pembangkang dikedua-dua negara dipupuk , dibantu dan dihalakan bagi menimbulkan suasana politik yang tidak stabil seterusnya dapat menukar kerajaan bukan melalui pilihanraya ( Sep16 ).
Di Syria , pihak Barat juga sedang merancang perkara sama sepertimana yang telah berlaku di Libya . Mereka menggunakan kuasa duit dan media bagi membuka ruang bagi campurtangan dalam negara Syria . Diharap perkara sama tidak akan berlaku di Malaysia.
Barat hanya mengambil kesempatan antara kedua-dua pihak kerajaan sekular yang sedia ada memerintah dan juga pembangkang yang berkiblat kepada mereka.. Jangan lupa yang kebanyakkan negara nasionalis yang wujud kini termasuk malaysia juga lahir dari kerjasama antara barat dan parti nasionalis.. Jgn Hanya menuduh sebelah pihak sahaja..
ReplyDeleteisu penjualan minyak, wang dinar hanya faktor penyebab kejatuhan mereka tetapi faktor utama kejatuhan umat islam ialah kerana ketiadaan ketakwaan pemimpin dan rakyat terhadap agamanya..
Kerajaan sedia ada di dunia islam hanya berkiblat kepada barat dan menjadi agama sebagai alat untuk mencapai kejayaan politik.. Ini faktanya (sebagai contoh penubuhan negara sekular turki, saudi arabia dari othmaniah, syria, mesir, jordan yang ingin bebas dari daulah othmaniah). Apabila barat merasakan negara tersebut tidak berguna kepada mereka maka mereka mempergunakan pihak penentang untuk memerangi mereka. Barat hanya mengambil kesempatan demi kuasa dan wang dari kedua2nya (asalkan penentang itu adalah juga pihak berfahaman sekular yang bakal menyokong mereka)..
Puak penyokong kerajaan nasionalis selalu menggunakan modal ini untuk menghalalkan survival kerajaan sedia ada dan hanya claim penentang adalah disupport oleh barat, walhal dalam kebanyakkan keadaan kedua-duanya juga dipergunakan oleh barat. Bukan semua pihak penentang yang akhirnya tunduk kepada barat (seperti revolusi iran)..
Yang penting setiap pemimpin diamanahkan kembali kepada Islam dan keadilan dalam memerintah demi kebahagian rakyat..
Saudara2,
ReplyDeleteMungkin kita boleh berkongsi pandangan dengan membaca dan menilai penulisan Dr. Maza mengenai Gaddafi, dunia arab dan masa depan. Membaca dengan hati terbuka dan fahamilah secara TERSIRAT..
http://drmaza.com/home/?p=1655
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!