Semalam Rektor UIAM Profesor Datuk Dr Zaleha Kamaruddin telah berkata “Saya tahu ada beberapa pihak yang melaporkan di dalam akhbar dan laman web bahawa beliau digantung dan tidak menerima gaji, serta dihalang dari memasuki UIAM. Itu semua tidak benar,”
Zaleha juga berkata Aziz digantung selama tujuh hari mulai Rabu lalu dan dalam tempoh itu, pensyarah berkenaan perlu menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan Lembaga Disiplin, Tatatertib dan Kakitangan UIAM berhubung tindakan mempertikaikan titah Sultan Selangor mengenai serbuan Jabatan Agama Islam Selangor sebuah gereja di Damansara Utama pada 3 Ogos lepas - sepenuhnya sila baca di (SINI)
Dan ini adalah kenyataan dari Peguam Aziz Bari menafikan kenyataan Rektor UIAM dan ianya juga membuktikan Rektor UIAM itu mula berbohong untuk menegakkan benang yang basah..
*******************
Peguam: Surat UIA amat jelas Aziz Bari digantung, dilarang masuk kampus
KUALA LUMPUR, 22 Okt — Prof Dr Abdul Aziz Bari menafikan kenyataan Rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA) bahawa pensyarah itu tidak pernah ditegah memasuki pusat pengajian tinggi tersebut sehingga siasatan ke atasnya selesai, demikian menurut peguam beliau hari ini.
Sebaliknya Dr Zulqarnain Lukman berkata, kandungan surat tunjuk sebab yang dikeluarkan, bertarikh 19 Oktober lalu, dengan jelas menunjukkan Aziz digantung perkhidmatan beliau berkuasa “serta-merta sehingga siasatan selesai dan bukan hanya dalam tempoh tujuh hari” sebagaimana dikatakan oleh Rektor Prof Dr Zaleha Kamaruddin semalam.
“Berhubung kenyataan yang diberikan oleh Rektor UIA Prof Dr Zaleha Kamaruddin, yang disiarkan oleh akhbar hari ini khususnya oleh Bernama (semalam), saya mendapat arahan anak guam bahawa kenyataan Rektor UIA berkaitan penggantungan perkhidmatan selama tujuh hari dan bahawa beliau bebas masuk ke dalam premis UIA adalah tidak tepat,” kata Zulqarnain sambil menambah, beliau diarah membuat penjelasan berhubung perkembangan terbaru ini.
Kenyataan Zaleha itu keluar semalam ketika banyak pihak menggesa UIA menarik balik penggantungan perkhidmatan ke atas Aziz (gambar) sehingga siasatan dijalankan.
Zulqarnain berkata, berdasarkan surat tunjuk sebab dikeluarkan, Aziz digantung perkhidmatan dengan gaji penuh, dengan serta-merta sehingga notis susulan.
Katanya, surat itu juga mengingatkan bahawa ketika tempoh penggantungan, Aziz tidak dibenarkan memasuki premis universiti tanpa kebenaran bertulis daripada Dekan Kulliyah Undang-undang.
Selain itu kata beliau, surat tersebut juga menyebut bahawa Aziz tidak dibenar mengadakan sebarang transaksi bagi pihak universiti atau menghubungi staf universiti atau sekutu bisnes UIA tanpa kebenaran Dekan Kulliyah Undang-undang.
“Oleh itu, adalah jelas bahawa penggantungan perkhidmatannya adalah berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan selesai dan bukan hanya tempoh tujuh hari.
“Tempoh tujuh hari yang dinyatakan Rektor UIA itu adalah merujuk kepada tempoh menjawab surat tunjuk sebab, bukan tempoh penggantungan. Tempoh penggantungan tidak ditetapkan, ertinya sepanjang yang mungkin selagi tidak ditamatkan secara rasmi oleh UIA,” kata beliau.
Aziz dikehendaki menjawab surat tunjuk sebab sebelum 4 petang 25 Oktober ini.
Begitu juga bahawa adalah jelas, kata Zulqarnain, pelangganya tidak dibenarkan masuk ke premis universiti atau berhubung dengan mana-mana staf UIA melainkan terdapat kebenaran bertulis daripada Dekan Kulliyah Undang-undang.
“Jika benar terdapat sebarang perubahan kepada notis yang diberikan kepada anak guam, seharusnya pihak universiti mengeluarkan notis baru membatalkan kandungan notis bertarikh 19/10/2011 ini,” kata beliau lagi.
Zulqarnain menambah, anak guamnya juga memohon pengurusan UIA tidak mengeluarkan kenyataan yang berkonflik dan bercanggah satu sama lain yang membingungkan masyarakat awam.
Dalam satu kenyataan semalam, UIA menjelaskan tindakan menggantung tugas Aziz bukanlah hukuman, sebaliknya bagi memastikan siasatan terperinci dapat dijalankan berikutan kenyataan beliau mempertikai titah Sultan Selangor.
Zaleha turut menafikan laporan media dan portal berita bahawa Aziz tidak dibenarkan masuk serta berurusan dengan pihak universiti, dan digajinya turut ditahan.
Beliau berkata UIA tetap membayar gaji Aziz seperti biasa dan pensyarah itu dibenarkan memasuki kawasan universiti untuk berurusan dengan fakulti.
Zaleha berkata Aziz digantung selama tujuh hari mulai Rabu lalu dan dalam tempoh itu, pensyarah berkenaan perlu menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan Lembaga Disiplin, Tatatertib dan Kakitangan UIA berhubung tindakan mempertikaikan titah Sultan Selangor mengenai serbuan Jabatan Agama Islam Selangor sebuah gereja di Damansara Utama pada 3 Ogos lepas.
Beliau berkata jika Aziz tidak membalas surat tunjuk sebab itu dalam masa yang ditentukan, pensyarah berkenaan boleh dihadapkan ke Lembaga Displin, Tataterib dan Kakitangan UIAM untuk dibicarakan.
Zaleha berkata kenyataan Aziz berhubung titah ucapan Sultan Selangor akan disiasat mengikut Peraturan 15 Peraturan Tatatertib Kakitangan universiti itu.
The Malaysian Insider
Mari kita lihat pakar sama pakar bertelagah. Siapa yang lebih mahir undang-undang/peraturan...Dunia2..
ReplyDeleteJangan jadi pakar yang tak betul sudah lah, nanti pening kepala nak fikirkan yang sahih..
ReplyDeleteprof zaleha nak jadi umat abdullah ubai jugak ke...?
ReplyDeleteAPABILA PERADABAN DAN TAMADDUN DISISIHKAN DARI PRINSIPNYA, MAKA JELAS TERPAMPANG KEBODOHAN DAN KEJANGGALAN MANUSIA ITU SENDIRI....KALAU MENGIKUT GO (general orders) DALAM TEMPOH MEMBERIKAN TUNJUK SEBAB, TAK PERLU PENGANTUNGGAN........
ReplyDeleteHANYA KAYU SAHAJA YANG MENJAHANAMKAN KAYU.......FIKIR-FIKIRKAN LAH WAHAI BIJAK PANDAI.....
bila fakta bercanggah antara temubual dgn surat rasmi, itu TANDA2NYA MAK CIK NI DAH MULA NYANYOK.
ReplyDeleteberundur jerlah kalau menerajui universiti bernama islam tetapi gagal mempraktikkan ciri2 adab orang islam, iaitu bersikap jujur dan bercakap benar.
rakyat memerhatikan dan menilai kecelaruan mak cik.
adusss Puan..dah dok atas pucuk pun nak menipu..atau sengaja tak paham bahasa??
ReplyDeleteImej UIA yg tinggi selama ni telah tercemar teruk kerana perbuatan sang reaktor. dah ada sembang sembang menyindir UIA yg selama ini di pandang hormat.
ReplyDeleteKembalikan kecermelangan akademik ke UIA.
Kalau tak kerana umnogok kes mcm ni tak timbul,semua org meluat dengar nama umno sekarang...kasi mampus pru13...cukupla umno mempersendakan rakyat ini yg terakhir..change..
ReplyDeleteTok rasa Zaleha tak layak berada di
ReplyDeletekerusi itu, takut turun pangkat ikut aje la apa arahan dari atas.
Zaleha, kamu pemimpin di UIslamAM adakah kamu mengikut ciri2 Islam dlm membuat keputusan? Adakah keadilan dlm kes yg ditimbulkan ini?
Ingat Zaleha akhirat menanti kita, sekarang kita blh pusing, disana sorry!
Pemimpin (Rektor)konon, surat keluar lain, kamu cakap lain.
Tok nak katakan sekali lagi "Kamu TAK LAYAK"
APA YG KAU ORANG DOK MEMBEBEL NI... DAH BUAT SALAH TANGGUNG SAJALAH HUKUMAN...7 HARI KE 7 BULAN KA.. AWAK DIKEHENDI MENJAWAB TUDUHAN.. ITU SAHAJA... RUPA2NYA ORG PANDAI PUN BOLEH JADI BODOH JUGAK...
ReplyDeleteanon 12:27 am .. betul lah tu sepatutnya rektor jawab mcm tu.
ReplyDeletetp jd masalah sbb dia buat lain jawab lain.
sbg org akedemik dia sepatutnya pandai menilai dr sudut akedamik demi masa depan dunia akedemik itu sendiri. bukan kemajuan akedemik dlm uia saje.
tp malang sekali kesalahan ahli fikir akedemik dihukum sebegini rupa.. ini bukan kktgn yg makan rasuah dan bukan hilang barang di pejabat.
suka dega ayat "menegak kan benang yg basah" !!! klo mintak keje gred jawatan 41 keatas mmg ade disebut dlm intiview tu =p hahahahaa
ReplyDeleteklo korang la dtanya mcm tu, ape lah nk djawap ek? salah jwp kompem tak dpt jawatan pegawai tu! =D
**dah dari pucuk pun dah buruk,apatah lg akar,batang,ranting,dahan haih =(
hahahahaaa...
ReplyDeleteASD,...hang jangan lak pakai nick aku untuk buat komen kat laman sendiri...
bila masa pulak aku kutuk umno.....
...mustahil ..!!
membodek, pembodek,,,
ReplyDeletekah...kah...kah.
bila nak mampos?
kah...kah...kah...
MUKA CANTIK TAPI OTAK BANGANG.... PENGAMPU.... BILA NAK MAMPUSSSS
ReplyDeletekalau otak macam ni tak payah menerajui pusat akedemik universiti... hanya layak jadi pengawal Pusat Serenti sahaja.
ReplyDeleteKalau aku memang dah sah behennti sebab...
ReplyDelete1. Macamana nak berdepan dengan ahli akedemik seluruh universiti di Malaysia?
2. Macamana nak berdepan dengan pelajar dan berucap tentang akedemik?
3. Macamana nak berhadapan dengan segala jaga dan tukang kebun universiti yang jauh lebih intelek?
4. Bagaimana nak bedepan dengan staf yang berpura-pura hormat dengan kebodohannya....
5. Macamana berdepan dengan masyarakat ibu bapa yang mempunyai pelajar universiti.. terasa bodoh dok dibawah ajarannya..
NASIB, NASIB... JOM BERHENTI ATAU BUAT SURAT TUNJUK SEBAB UNTUK DIRI SENDIRI DENGAN TAJUK:MENGAPA KEBANGANGAN SAYA TIDAK MENYEBABKAN SAYA DIBERHENTI DARI TUGAS SAYA.... Buat karangan tidak melebihi 500 patah perkataan.... Syabas kepada BANGANG MURAKKAB (Bangang yang tidak tahu dia tu bangang)....
rakab oh rakab..
ReplyDeletehabis lah.. ko pun kena gantung dan diberi surat tunjuk sbb kanape ko kutuk umno
tak cukup sekadar kata org guna nick nama ko..
Rektor tu pun kena bagi surat tunjuk sbb berbohong menipu dan berbelit. Pihak UIA kena gantung dia jugak..
Pihak UIA yg bertgg jwb pulak pun kena gantung jugak nanti sb mencemakan dan memalukan UIA
Jd sebenarnya yg patut di gantung buat selama lamanya ialah pemimpin umngok sb campurtangan dlm urusan akedamik khususnya UIA.
keahlian umno rakab digantung atas tuduhan memburukan nama umno, memaki hamun umno, menyumpah seranah umno dan berdoa agar umno kojol wajibalghuwub.
ReplyDeleterakab@bakaq@anakharami kini the enemy of state...shoot to dead at first sight.
hahahahahaaa...
ReplyDeleterakab kutuk Umno???
mustahil..mustahil..
wooi,.bajingan!! kau dah tak ada idea ker nak lawan Umno ??
Tinggalkan aje pkr tuuu...
tentu jiwa kau orang lebih damai...
heheheheee...
Kepada Prof Datuk Dr Zaleha,
ReplyDeleteSedih hamba melihat kerana telah menjadikan segala ilmu bermula dari sijil, diploma, ijazah, master dan phd menjadi tidak bernilai walau sesen.. Prof Datuk Dr menjadikan sijil2 tersebut sebagai kertas surat khabar lama yang laku tak sampai 20 sen sahaja. . Untuk menjadi penjilat pengampu tidak perlukan itu semua cukup sekadar sijil tadika kemas.
kalau nak nampak akedemik kena ampu pakatan haram, Macam kes yang berlaku di UNISEL .
ReplyDeleteTNC Datuk Dr Rosti Saruwono diarah letak jawatan . Hanya kerana membantah arahan MB khalid Ibrahim memecat 3 pegawainya . Terang terang campurtangan hal ehwal universiti siap buat press conference lagi . Autority universiti konon.
Orang yang didakwa merogol student pulak dilantik jadi TNC (PROF. DR. IR. MOHAMED BIN DAUD).
Pakatan haram nak perbetulkan Rektor UIA ??? perbetulkan diri sendiri dulu terutama PKR ,
Walaupun tak cerdik , biarlah nampak macam cerdik sikit.
kao biar betol Anonymous October 23, 2011 7:56 AM ... kao cakap:
ReplyDeleteMUKA CANTIK TAPI OTAK BANGANG.... PENGAMPU.... BILA NAK MAMPUSSSS
ape mata kao ni da 'blurr dan buta' ke ni. .
hahaha hihihi huhuhu
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!