RM9 Juta dibayar rakyat Malaysia untuk sewa pesawat khas bawa Najib bercuti..

KUALA LUMPUR, 4 Okt: Sebanyak RM9 juta telah dibelanjakan bagi menyewa sebuah pesawat Airbus A319-IIX yang diguna Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sewaktu percutiannya di Perth Australia.

Pesawat yang disewa daripada Syarikat Penerbangan Malaysia Berhad (PMB) itu bermula 3 Ogos 2007 lagi untuk kegunaan pemimpin terpenting di dalam kerajaan termasuk Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan juga Timbalan Perdana Menteri.


Penjelasan tersebut dinyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dalam jawapan bertulis terhadap soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.

Nurul yang melalui soalannya meminta kerajaan menjelaskan siapa pemilik pesawat tersebut yang telah digunakan oleh Najib sewaktu percutiannya di Perth, Australia serta kekerapan penggunaannya dan kos yang telah dibelanjakan.

Nazri juga memberitahu bagi tempoh Januari sehingga Ogos 2011, kekerapan penggunaan pesawat adalah meliputi 155 sektor di dalam dan luar negara dengan kos penggunaan berjumlah RM9.1 juta yang meliputi kos bahan api pesawat, caj tempat dan kendali, sajian serta logistik krew pesawat.


Harakahdaily

14 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Hek'eleh,....dari januari sampai ogos,..155 sektor dalam dan luar negara,...memang patut pun 9 juta!.....dengan segala macam selenggaraan!

    Aku ingat pergi Perth satu hari jer....dah 9 juta....puuuih!!

    Artikel temberang!!

    ReplyDelete
  2. Pembela rakyat @ pembuli rakyat??.. Lu pikir ar sendiri

    ReplyDelete
  3. non 4.55,

    habis,...takkan pergi australia naik basikal!!...cuba laa lu pikir balik...

    ReplyDelete
  4. Artikel ni tak temberang, yang temberang ialah bila si bakar tulis, Anon balas, bakar marah Anon, Anon jawab, pastu Anon satu lagi marah Anon, pastu bakar balas Anon pula, pastu Anon sokong bakar.....tak da lain dalam blog ni yang ada cuma bakar sorang aje dengan Anon2 ciptaanya. Jadi bakar tulis pastu bakar marah tulisannya sendiri, pastu bakar maki hamun diri dia sendiri, dia tulis pastu dia jawab....kahkahkahkah!.... ASD ni blog bakar ke?

    ReplyDelete
  5. Rakyat yang dungu semua mesti berjimat cermat, walau barang naik pun bukan salah kerajaan memerintah kerana kenaikan adalah penyelarasan buat percutian lembu2 ke luar negara. Buat pecacai2 usah berfikiran singkat, fikirkan masa depan anak cucu kita nanti, dengan beban hutang semasa negara dan gaya belanja pak menteri yang boros, apa akan jadi nanti. takkan nak semua nk bukak kedai runcit dan tulis fitnah dalam blog ja kot? itu semua bukan duit BAPAK dia

    ReplyDelete
  6. ASD,

    budak zam tu dah sasau...

    kehkehkeh...

    ReplyDelete
  7. ni pakai ra ni mesti binidoll bakar ni.....alo cik adik, malam kang jangan pulak reject laki kau bakar tu macam malam tadi, kasi entry lah ye sampai klimaks, tak kang laki kau bila tak dapat mula bertukar jadi Anon maki hamun!

    ReplyDelete
  8. Pemimpin bangsawan yg tdk pernah merasai kesusahan. Prgi Perak pn dgn bas mewah. Nasib baik ada paparazzi dedahkn gmbar tok dalang tu. Bocor plak rahsia.

    ReplyDelete
  9. Nurul yang melalui soalannya meminta kerajaan menjelaskan siapa pemilik pesawat tersebut yang telah digunakan oleh Najib sewaktu percutiannya di Perth, Australia serta kekerapan penggunaannya dan kos yang telah dibelanjakan.

    -siapa pemilik pesawat tersebut?
    cuba tanya bekas dato' othman desa, bekas setpol paklah..pasti dia ada jawapannya

    ReplyDelete
  10. Tak payah layan sangatlah si Bakar tu FMZam...

    ReplyDelete
  11. Takpa takpa lepas ni rakyat Malaysia akan bayar lagi RM9.1 juta untuk membolehkan Najib dan Rosmah bercuti selama-lamanya di Perancis!!

    ReplyDelete
  12. Betullah ASD!

    Budak zam tu semakin hilang kualitinya!!

    ReplyDelete
  13. rakyat susah dalam senarai ekasih takleh dapat bantuan sal duit habis mangkok hayun ni guna kapalterbang dalam dan luar negara. kalau bg bantuan 10k baper ramai org susah terbela. dalam malaysia naik bas ker ketapi ker baru depa tau susah senang rakyat duit tanpa tahu susah senang rakyat adala

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post