Saiful sokong BN, Gila publisiti dan Benci Anwar..

KUALA LUMPUR: Identiti dan watak sebenar Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes fitnah membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terus dibongkar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, apabila peguam memanggil saksi terbaru mereka.

Saksi misteri yang ditampilkan peguam itu adalah bekas rakan sekolej Saiful sendiri, yang pernah bersama belajar di Universiti Tenaga Nasional (Uniten).

Pendedahan saksi berkenaan mengesahkan lagi konspirasi yang dilakukan Umno-BN untuk menghancur dan menjatuhkan reputasi Anwar sebagai Ketua Pembangkang dengan tuduhan fitnah.


Mohd Najwan Halimi dipanggil pada jam 11.22 pagi ketika mahkamah bersambung selepas mendengar keterangan Pengarah Jabatan Forensik, Jabatan Kimia, Lim Kong Boon.

Beliau kini merupakan pembantu Anwar selaku Penasihat Ekonomi Selangor.

Dalam keterangannya di mahkamah, Najwan memberitahu beliau mengenali Saiful sejak 2003 dan tinggal berdekatan biliknya di Uniten.

“Saiful mahasiswa yang aktif dan mempunyai kualiti kepimpinan. Saya dan Saiful terlibat dalam program Baktisiswa.

“Dia ada kepimpinan tetapi suka publisiti,” katanya.

Menurut Najwan, program itu dilancarkan bekas menteri dalam negeri Tan Sri Syed Hamid Albar dan Saiful ketika itu timbalan presiden program dan Setiausaha Majlis Pimpinan Pelajar.

Najwan berkata, beliau melihat laman sosial Friendster milik Saiful dan melihat banyak gambarnya dengan pemimpin BN, termasuk Syed Hamid Albar, Mustapa Mohamed dan Azalina Said Othman.

“Pada 2008, Saiful meletakkan dirinya sebagai penyokong BN dan menyisytiharkan bahawa Anwar munafik,” katanya di mahkamah.

Menurut Najwan, Saiful juga pernah membantu kempen pilihan raya untuk Barisan Nasional (BN) pada 2008. Beliau menafikan Saiful mengagumi ketokohan Anwar, sebaliknya sangat membenci Ketua Umum KEADILAN itu, seperti diakui Saiful sendiri.

“Dia benci Anwar,” kata Najwan.

Ketika disoal balas oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, Najwan menjelaskan beliau pernah berkhidmat dengan ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad, Kementerian Pengangkutan dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebelum itu.

Berikut kronologi perbicaraan pada hari ini:


9.48pagi: Mahkamah bermula dengan hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah memulakan prosiding. Pengarah Forensik dari Jabatan Kimia, Lim Kong Boon dipanggil sebagai saksi.

Lim, 57 yang menjadi saksi pada fitnah I berkata, pada 2005, beliau mengetuai unit jenayah jabatan kimia. Menjawab soalan peguam Ram Karpal Singh, Lim berkata sejak 2005, bahagian berkenaan diletak di bawah Legacy programme of the American Society of Crime Laboratory Directors Laboratory Accreditation Board ASCLD.

10.14 pagi: Peguam Ram Karpal Singh bertanya samada Bahagian Forensik Jabatan Kimia mempunyai ekreditasi dalam kelayakan lain. Lim berkata ia diakreditasi dengan program pengurusan. Saksi berkenan kemudian beredar.

Sankara meminta mahkamah berehat sementara menunggu saksi terbaru mereka. Peguam Cara negara II , Yusof Zainal Abiden bertanya apakah relevan saksi berkenaan dipanggil, kerana ia tidak ada dalam senarai pendakwaraya.

11.11 pagi: Mohd Najwan muncul di bilik saksi, memakai pakaian kot hitam dan kemeja putih lengan panjang. Saksi berkenaan diiringi pembantu Sankara Nair.

11.22 pagi: Mohd Najwan dipanggil. Beliau berkata beliau bekerja sebagai pembantu Anwar atas kapasiti Anwar sebagai penasihat Ekonomi Selangor.

11.24 pagi: Mohd Najwan berkata beliau mengenali Saiful sejak 2003, dan tinggal di bilik berhampiran Saiful di Uniten.

“Saiful pelajar aktif dan ada kualiti kepimpinan. Saiful dan saya terlibat dalam program Baktisiswa.

“Dia (Saiful) mempunyai kepimpinan, tetapi suka mencari publisiti,” kata Najwan.



11.30 pagi: Najwan berkata beliau melihat laman sosial Friendster Saiful, dan ternampak gambar Saiful dengan ramai pemimpin BN, termasuk Syed Hamid ALbar, Mustapa Mohamed dan Azlina Othman

“Pada 2008, Saiful adalah penyokong BN dan mengumumkan Anwar sebagai munafik,” katanya. Najwan juga berkata beliau pernah ternampak Saiful dalam satu ceramah politik.



11.31 pagi: Najwan berkata, Saiful berkempen untuk Barisan Nasional (BN) pada 2008.

11.33 pagi: Beliau menafikan Saiful mengagumi Anwar.

“Dia (Saiful) membenci Anwar” katanya.

11.34 pagi: Najwan disoal balas oleh Yusof. Beliau berkata beliau pernah bekerja dengan Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad.

“Sebelum ini saya bekerja dengan menteri pengangkutan dan Uitm,” ujarnya.

11.37 pagi: Yusof berkata ia tidak salah mengambil gambar dengan menteri.

Saksi berkenaan bersetuju.

11.39 pagi: Najwan menafikan apa yang dia katakan mengenai Saiful adalah spekulasi.

11.40 pagi: Najwan berkata beliau melihat keterangan Anwar sebagai munafik (hipokrit) dalam Friendster Saiful.

‘Saya terkejut kenapa dia bekerja dengan Anwar kerana dia membenci Anwar,” ujarnya.

11.45 pagi: Yusof: Berapa kerap kamu berbual tentang politik dengan Saiful?

Najwan: Saiful berkata Anwar tidak boleh dipercayai dan kita perlu menyokong kerajaan BN.

11.47 pagi: Menjawab pertanyaan Sankara, Najwan berkata beliau mengetahui mengenai karektor Saiful berdasarkan pengalaman beliau.

11.48 pagi: Mahkamah bersambung pada khamis.



http://www.keadilandaily.com/?p=21209

16 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. wakaka...

    kat indon anak krakatoa nak meletop...

    kat M'sia ada orang nak meletop...

    wakaka...

    ReplyDelete
  2. Baru kita tau memang busuk hati budak ni, mana punya kampomg mai ni Indon ka. No value boy in this world and days after.naizulillah hi minzallih. Minta jauh aku dari orang melayu macam ni

    ReplyDelete
  3. sebab saiful suka publisiti
    sebab saiful jemput hamid albar
    sebab saiful ada friendster
    sebab saiful bergambar dengan menteri
    sebab saiful penyokong BN
    sebab saiful benci anwar
    maka anwar pun liwatlah saiful

    akhirnya air mani anwar berada didalam dubur saiful , seorang pembancuh teh yang berkelulusan Uniten.

    Hanya Bekas pemimpin pelajar di Uniten sahaja yang boleh bekerja sebagai pembancuh teh di serata dunia.

    Hebat konspirasi ini ......

    ReplyDelete
  4. semakin panas... alami gegaranny pd episod akn dtg.. hu hu

    ReplyDelete
  5. semasa hujah pakar DNA Australia depa dah kantoi...
    masih mendusta...
    masih menipu...
    masih berputar...
    masih...masih...masih...

    ReplyDelete
  6. non 5.27,

    dan kau masih jugak gila...

    kehkehkeh...

    ReplyDelete
  7. ...dan mana ada dalam dunia seorang pembancuh teh boleh masukkan air mani sendiri dalam dubur dia, melainkan dia seorang si fooooool!

    ReplyDelete
  8. masih berdalih....
    masih berdolak dalik...
    masih flip flop....
    masih "feel good factor"....
    tapi rakab masih lagi bangang lancau.....
    rakab masih membangang najin terus memburit....
    kah...kah...kah.....

    ReplyDelete
  9. Semalam dikata ada “Saksi Misteri” akan dibawa dalam pembela DSAI, terasa lega puak2 PR, bahawa kebenaran akan tiba jua…tertunggu2 juga akp…rupa2nya hari pertama kenyataan si Najwan banyak kearah beremosi dan curiga pd Saiful aje…tak relevan langsung..

    P/S:Inilah bila keadaan terdesak...tangkap muat aje..

    ReplyDelete
  10. Peguam2 DSAI lupa nak panggil ada lagi seorg kawan saiful yg kira rapat juga..nama dia Mohammad Hanif Abdullah dia nie bekas Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UDM...kalau boleh esok minta mai..urgent..

    P/S: Lagi talian hayat

    ReplyDelete
  11. Aii ada org dah gelabah ler?..

    Janji Najman si saksi ada fakta apa dia cakap dan bukan AUTA!!!!.....dah sah SHIT FOOL tue x ble pakai...klu dah member sendiri pun x percaya...hohoho..kami lagi la x percaya..

    ReplyDelete
  12. Anon 11.52pm..

    Sapanya nak gelabah..taktahu...Si Najwan bila berhujah nampak OK dan beremosi aje..tapi bila dakwaraya soal..dah nak kantoi...mmuka bertukar jadi hitam....tak apa esok masa utk dia disoal..kita tengok sapa ketar lutut...

    P/S: Jangan dok persan sangat2..esok lusa..menangis pulak kot..sebab aku nampak najwan akan kantoi esok...he he he

    ReplyDelete
  13. Nasib baiklah dh kluar Umno ni. Klu tak, buta2 je dpt saham ni skali. Susah nk cover plak tu. Berat bangat dosany mcm kena margin call... aduihhh

    ReplyDelete
  14. AKU PUN RASA SYUKUR BILA KELUAR UMPORNO NI...MACANA LA SI RAKAP DGN ANK HARAM KG PERTAMA NI BOLEH SETIA...OPPS ANJING LA KATAKAN..LEMPAR DEDAK PUN MAKAN KAHKAHKAHKAH...PASAL KES SEXFOOL NI APA NK HERAN BUKTI DH TUNUJK DIA SKANDAL DGN ANJING2 UMNO SIAP ADA GAMBAR...SO DIA NI MMG PENCACAI UMENO..CGPA CIKAI BOLEH JUMPA F2F DGN NAJIP MINTAK BIASISWA..ALAHH TK PAYAH NK HABISKAN DUIT LAGILA..TOK2 HAKIM BAKAL PENGHUNI NERAKA NI KALAU DAH TAU KEPUTUSAN BUAT SAJALA...NANTI MENGGELUPUR LA KO KAT SANA..MARABBUKA!!!!

    ReplyDelete
  15. pPAS hakim baca tak mcm tu .. hakim yg adil akan ragu ragu dgn si saifool ni.. dlm dia sokong bn dan begitu mesra dgn pemimpin umno, boleh pulak bekerja dgn anwar.

    aku tenguk si najwan tu relax je bila di balas soal oleh pendakwa.. soalan pun tak susah nak jawab..

    ps sekurang kurang nya hakim kali ini tak mcm arwah agustine paul.. not relevent!

    ReplyDelete
  16. Peguam2 DSAI lupa nak panggil ada lagi seorg kawan saiful yg kira rapat juga..nama dia Mohammad Hanif Abdullah - dei bodoh, jd saksi pendakwa utk balas hujah/kenyataan najwan ..


    aku rasa lah .. se eluk eluk nya anwar panggil saksi saksi muda yg bekerja dgn dia dan kenal sialfool tu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post