Sejak bila pekerja asing diberi kursus keusahawanan? - PAS

KUALA LUMPUR, 14 Okt ─ Pemuda PAS mendakwa penjelasan pihak polis bahawa sekumpulan 240 warga asing, dari Johor yang dikesan di Selangor kononnya untuk beri taraf warganegara asing dan kemungkinan hak mengundi kelak, mereka hadir untuk mengikuti kursus keusahawanan menimbulkan banyak persoalan berbanding jawapan munasabah.


Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Suhaizan Kaiat berkata, beliau tertarik dengan kenyataan Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Imran Abdul Rahman berhubung dengan tuduhan Pemuda PAS yang mengatakan 240 orang warga asing yang berkubu di Istana Dugang Country Resort adalah untuk mendapatkan hak kewarganegaraan mudah.

Suhaizan berkata, penjelasan Imran bahawa tujuan warga asing berada di resort tersebut adalah untuk mengikuti kursus keusahawanan menimbulkan beberapa persoalan yang memerlukan tindakan pihak berkuasa.

“Rakyat Malaysia tidak menerima langsung alasan yang diberikan oleh pihak polis,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Suhaizan berkata tidak munasabah warga asing diberi kursus keusahawanan sedangkan mereka tidak dibenarkan berniaga dalam negara ini.

“Apakah seorang warganegara asing yang datang ke negara ini atas permit pertanian dibenarkan berniaga dalam negara kita? Sejak bila pula kerajaan Malaysia membenarkan pekerja buruh daripada kalangan warga asing dibenarkan berniaga di negara kita?” kata beliau.

Suhaizan menambah, pada peringkat awal pemandu bas diarah menurunkan warga asing tersebut di Jabatan Perdana Menteri tetapi di saat-saat akhir mereka menerima arahan untuk menuju ke Istana Dugang Country Resort.

“Tidak munasabah penganjur kursus keusahawanan menukar tempat kursus di saat-saat akhir daripada jabatan kerajaan ke resort di Kajang,” kata beliau lagi.

Malah katanya, tidak munasabah warga asing ini diberi layanan kelas pertama untuk menghadiri kursus keusahawanan dan “mereka diberi perkhidmatan bas dan resort.”

“Badan kerajaan mana yang begitu bermurah hati membenarkan mereka berkursus?” tambah beliau.

Malah menurut beliau, dalam perjanjian dengan pemandu bas, perkhidmatan mereka diperlukan sehingga pukul 1 tengah hari Rabu lalu sedangkan warga asing tersebut tiba di Putrajaya pada pukul 6 pagi hari yang sama.

“Jika benar mereka menghadiri kursus keusahawanan maka rakyat Malaysia ingin bertanya kursus keusahawanan apa yang terlalu istimewa kepada warga asing yang hanya berkursus lima jam sahaja (dari 8 pagi hingga 1 tengah hari),” kata beliau yang turut mempersoalkan “jika benar mereka berkursus keusahawanan lima jam sahaja dengan jarak 800 kilometer, pergi dan balik, mengapa mereka tidak berkursus di Johor Baru sahaja?”

“Mengapa begitu istimewa warga asing ini dilayan oleh pihak tertentu dalam negara ini,” kata beliau.

Suhaizan juga berkata, berdasarkan kepada tidak munasabahnya 240 orang warga asing ini berkursus keusahawanan di Istana Dugang Country Resort, maka “Pemuda PAS mendesak pihak polis jangan cuba bersubahat melindungi penyelewangan yang sedang diperhatikan oleh seluruh rakyat Malaysia.”

Kelmarin, PAS mendakwa pihaknya telah mengesan satu cubaan mendaftar warga asing menjadi warganegara secara haram dan diberi hak sebagai pengundi - kumpulan dipercayai dibawa dari Johor untuk merampas kembali Selangor.

Timbalan Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda Pas Pusat, Mohd Adram Musa berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan sindiket ini lewat malam tadi.

“Kira-kira 240 orang dibawa menggunakan enam bas dipercayai dari Johor untuk didaftarkan sebagai warganegara di sini (di Selangor),” katanya yang tidak menolak kemungkinan mereka akan diberi status kerakyatan untuk mengundi.


The Malaysian Insider

14 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Ketua polis daerah sepang sah
    bersubahat dan pengkhianat negara.
    Seorang yang beruniform,bersumpah
    untuk taat menjaga undangx negara
    telah mengkhianati sumpahnya.Adakah
    ini 'standard' pasukan keselamatan
    kita.Seorang melayu yang mengaku
    beragama islam takut dengan manusia
    lebih dari ALLAH SWT.Jahanam negaraku
    andai UMNOYAHUDI ini terus memerintah.Peristiwa kena 'pau' dengan polis yang berpangkat sarjan
    di Lumut tahun 1984 membuat aku
    begitu benci dengan uniform ini sehingga sekarang dan menganggap
    orang yang memakai uniform ini menyara anakbini dengan sumber
    HARAM.

    ReplyDelete
  2. sumpa bang, tak tipu punye la, memang kursus keusahawanan. . kalau abang tak caya le kan, pi le tanya kat bini rosmah

    ReplyDelete
  3. alahai pembangkang ni....kalo betui 240 org ni bwk masuk utk mengundi...ade change nk menang ke drpd beribu2 pengundi.hangpa takut sgt nape....klo btul2 majoriti hangpa bole menang 100% ape.klo nk menipu...xkan korang bole menang kt kelantan,selangor,kedah kot...hangpa ni xpenah buat bisness kot pasal tu xtahu psl kursus usahawan.ramai ape rakyat kite g wat rombongan kt indonesia tu nk jd usahawan pemborong...blaja camne nk jd pemborong n cari market bisness n link kt sane.depa mai sini samela...nk wat bisness ngan org kita.org kite jgk masyukkk dpt wat bisness...dh fening2 PAS ni...kesian aku tgk.

    ReplyDelete
  4. kwn kita tu najib kalau tak tipu umno tak menang,hanya menipu jln terakhir mereka,dulu tipu org kpg bertahun2 tipu,sekarang org kpg dah tahu taktik najib itu yg dia bawa PATI itu saja yg dia dpt kalau menang undi,org malasia dah tak boleh pakai semua undi PR ni buat najib pening juling kepala...ni semua rakab buat kerja ambil hati nak ampu kot....

    ReplyDelete
  5. Penyokong Pakatan bukannya boleh nampak bas melintas,..sangkaannya tentu warga asing nak pii ambik mykad!

    kah!kah!kah!...

    Punyalah takut pada bayang-bayang sendiri...

    ReplyDelete
  6. macam-macam tipu di msia ni...
    mat naib kepala penipu..
    kehhkehhkehh

    ReplyDelete
  7. rakab oh rakab

    sudah tentu mrk mendpt maklumat. dan dgn maklumat itu mrk ketempat tsbt dan mmg ada warga asing.

    selalunya kursus mcm ni yg hadir org nya dr pelbagai latar belakang. tp yg pelik kursus ini cuma warga asing aje.

    kalau mrk berkursus tentu ada surat menyurat. dan ada tenaga pengajarnya. ada atur cara prog nya. peg polis tu sepatutnya berikan maklumat2 ni ...

    yg kita dpt tahu 240 org.. pendatang kat msia berjuta.. apakah cuma 240 aje yg akan mengundi, mustahil? krn mrk kalah di selgor, ktan dan kedah lah maka kerja jijik jijik ini terpaksa digunakan.

    kita tak boleh biarkan begitu saja walaupun hny seorg warga asing yg mengundi. kalau nak menang jgk biarlah pengundi hantu sb mrk masih tetap rakyat msia.

    ReplyDelete
  8. Rakab,

    PAS dah habis modal...nak turn isu gereja diSelangor...

    Kursus keusahawaan bukan bagi org2 nak jadi usahawan saja..tapi ada modul yg utk pekerja2 dalam sektor berkaitan syarikat2 perusahaan...

    ReplyDelete
  9. Patutlah ramai indo meniaga kat chow kit, ada kursus keusahawanan rupanya. Kalau ada kursus mesti ada pinjaman untuk buka bisnes ye tak.

    Bagus betullah kerajaan 1 Malaysia. Indon dan Bangla pun boleh jadi usahawan, siap ada kursus lagi tu....

    ReplyDelete
  10. akp

    kita masih ada kwn kwn yg tlh bertahun dan sanggup kerja mcm pendatang.

    seumur hidup kwn kwn aku ini termasuk yg jd usahawan tak pernah pulak gi kursus .

    modul apa? cara mesin rumput, cara buat kerja binaan, masak.. semua ni mrk dpt dr pengalaman di negara mereka sb tu mrk berani dtg sini. kerja warga asing ini motivasi dia org yg berkesan ialah duit ! tak payah nak kursus kursus.

    ReplyDelete
  11. anon 8.21am

    Kwn2 kau sama juga ngan kau...program dr kerajaan pusat nak tak layan pun...dikata pulak program utk sokong kerajaan BN pulak..

    ReplyDelete
  12. Rakab dgn AKp ni agaknya baru keluar dari gua tempurung. kes pendatng asing jd pengundi ni bukan kes baru. negeri sabah jatuh ke tgn BN pun sebb pengundi warga filipina. sebab tu mahkamah setuju DUN likas batal sebb bukti kukuh pengundi asing pun ada.

    Najib pun menang di perlimen pekan pada 2004 sebb mat2 indon yg disimpan dlm hutan pahang. dibawa masuk time hari mengundi.

    ReplyDelete
  13. JAWAPANNYA:
    SEJAK UMNO NAK MAMPUS.

    ReplyDelete
  14. terus terang aku katakan.
    aku berdoa supaya Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Imran Abdul Rahman cepat2 dimurahkan rejeki dgn kenaikan pangkatnya ke ketua pengarah bukit aman cawangan jenayah komersial.nanti bila ada jenayah seperti rompakkan dan sebagainya..dgn senang hati dia akan menjawap.."mereka hanya membuat dan mengikuti kursus amali/praktikal keusahawanan sahaja" dan dengan itu indeks jenayah dapat dikurangkan hanya melalui penyataan lisan dari ketua pengarah baru kita ni.
    amannnn malaysia kita ni.
    amin

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post