Selapas RBF.. MiM pula bakal disaman?



Kerana menyiarkan satu artikel berbentuk fitnah bertajuk ‘Husam & Tamrin Balun Balak Kelantan RM15 juta’, di ruangbicarafaisal.blogspot.com pada Sabtu 3 Oktober 2009. Blogger UMNO itu telah disaman sebanyak RM500,000.00 oleh Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa.


Antara kenyataan fitnah itu termasuk menyatakan plaintif sengaja berkonspirasi dan berkomplot dengan satu pihak ketiga untuk memberi 4,000 hektar tanah kawasan balak kepada seorang pihak ketiga bernama Tamrin Ghaffar- sepenuhnya sila baca di (SINI)

Adakah selepas Blogger pro UMNO RBF Online disaman kita bakal menyaksikan seorang lagi Blogger Pro UMNO turut disaman keran menyebarkan fitnah?

Ini kerana Ibu kepada gadis muda yang gambarnya digunakan oleh blog pro-Umno untuk menuduh anak ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meramas buah dada teman sekelasnya berkata beliau akan menimbangkan semua pilihan dalam melindungi kepentingan anak perempuannya.

Ini, termasuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak-pihak yang menyebarkan khabar angin ke atas Anya Ann Corke, yang berusia 21 tahun, kata ibunya, Mei Sun.

****************

Ibu pertimbang semua pilihan bagi lindungi Anya

Ibu kepada gadis muda yang gambarnya digunakan oleh blog pro-Umno untuk menuduh anak ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meramas buah dada teman sekelasnya berkata beliau akan menimbangkan semua pilihan dalam melindungi kepentingan anak perempuannya.

Ini, termasuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak-pihak yang menyebarkan khabar angin ke atas Anya Ann Corke, yang berusia 21 tahun, kata ibunya, Mei Sun.

"Sebagai ibu bapa Anya, saya akan semak pilihan yang ada untuk melindunginya daripada gangguan seumpama ini," katanya yang dipetik dalam akhbar South China Morning Post hari ini.

Anya, yang satu ketika dulu adalah juara catur satu Hong Kong kini menuntut di Amerika Syarikat. Beliau didakwa oleh penulis blog pro-Umno telah dicabul oleh anak remaja Lim dan akibat itu terpaksa dipindahkan dari sekolah SMK Heng Ee.

Ketua Menteri itu juga didakwa telah membayar wang pampasan kira-kira RM200,000 kepada ibu bapa Anya untuk menutup skandal berkenaan.

Anya, Lim dan pengetua SMK Heng Ee semuanya telah menafikan kejadian berkenaan.

Bagi Lim, celaan itu bertujuan memusnahkan kerjaya politiknya yang sekaligus cubaan meranapkan kehidupan anak remajanya yang dianggap “cukup keji dari segi moral dan tidak bertamadun”.

Anya, pelajar tahun ketiga di sebuah kolej berkata beliau tidak pernah melawat Malaysia selama tujuh tahun lalu dan juga tidak pernah berjumpa ataupun mengenali nama-nama orang yang yang disebutkan dalam blog berkenaan.

“Saya juga nafikan bahawa pernah secara fizikal diserang dalam apa-apa cara sekalipun,”katanya - Malaysiakini

5 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Saman La!! Tunggu ape lagi??

    Kalu nak ckp "alah, kalu saman, bape sen sgt bleh dpt dr blogger2 taik camtu", saman je la bape byk pn. sampai bankrap pon xpe. Janji, SAMAN!

    n kalu blogger2 taik UMNGOK tu fakir miskin sgt, saman gak, demi membersihkan nama.

    Aku dah bosan tgk puak2 haluan kiri kne tuduh2, fitnah2, etc. Bile mase nak bangun daa...

    Gi la jumpe Agung tu. Mintak die campur tgn. Ape taik fungsi Agung, kalu dok diam je. bukan Tuhan pn. Ni skarang ni, Agung mcm bkan Number1 kot. (or lain la kalu die Mastermind sume ni)

    ReplyDelete
  2. Saman rbf belum tentu Husam di pihak yang benar...

    kalau menang pun silap-silap dapat 5000 jer..

    heheheheeee...

    ReplyDelete
  3. Aku mati-mati ingat LGE yang nak saman,..ciit!!

    Aku musykil kenapa LGE tak nak saman...SAMAN laa oooii !!

    ReplyDelete
  4. ASD,

    Hang jangan dok sibukkan hal blogger lain.

    hidup ni umpama pusingan roda...
    hang jangan fitnah Umno!!

    tapi kalau DAPAS[DAP + PAS] tu tak apa laa...

    heheheheeeee....

    ReplyDelete
  5. hei..rakab.ayat ko memang ayat x sekolah...main cakap mcm tu..bila plak ko disaman..tinggal seluar dalam aje ko nanti.5000 lah tulah..apa ko sebok....yang LGE nak saman ke x tu hak dia.kalau ko rakab dapat anak cabul org..ko mesti nak buat perkara sama ke..bahlul betul...dan yang pasal umno tak boleh difitnah...hahah umno memang juara fitnah

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post