Siasat menteri bawa masuk Yahudi



TEMERLOH, 29 Okt: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendesak siasatan dijalankan bagaimana seorang peninju warga Israel, Ilya Grad yang mendakwa memasuki Malaysia dengan bantuan Menteri Belia dan Sukan untuk menyertai kejohanan The Challenger Muay Thai anjuran stesen TV AXN.


Serentak dengan itu, Tuan Ibrahim mendesak menteri tersebut juga disiasat dan digantung sementara jawatannya kerana menganggap ini satu jenayah keselamatan.

“Malaysia tidak pernah mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel dan rakyatnya diharamkan memasuki negara ini dan begitulah sebaliknya. Tetapi apabila menteri sendiri yang membawa masuk, ini satu jenayah kerana melibatkan pelanggaran dasar negara.

“Sebab itu kita desak satu siasatan bebas daripada kerajaan. Sementara itu Menteri Belia dan Sukan digantung jawatannya seperti dikenakan kepada Dr Aziz Bari dulu, supaya siasatan berjalan lancar,” katanya.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata demikian semasa berucap menyempurnakan Majlis Perasmian Bilik Gerakan & Jentera Pilihan Raya PAS Dewan Undangan Negeri (Dun) Mentakab, di Bangau Tanjung, di sini pagi ini.

Beliau mengulas dakwaan bekas juara tinju Muay Thai Israel Ilya Grad, dalam blognya yang memasuki Malaysia sebelum ini untuk menyertai kejohanan The Challenger Muay Thai yang dirakamkan di dalam kampus Universiti Putra Malaysia, Serdang untuk stesen TV AXN.

Dalam satu tulisan di blog tinju Muay Thai Authority pada 15 Oktober, Grad menceritakan bahawa dia tidak sabar untuk mengibarkan bendera Israel ketika berada di Malaysia.

Beliau yang memasuki Malaysia melalui Thailand ditahan selama 25 jam di satu pintu masuk negara sebelum berjaya mendapatkan bantuan Persekutuan Muay Thai Malaysia, "dengan sokongan menteri sukan Malaysia."

Sesudah itu, barulah beliau mendapatkan dokumen yang diperlukan untuk memasuki Malaysia dengan pas khas, kerana pasport Israelnya tidak dicop, katanya di blog yang banyak memaparkan kegiatan dan pertandingan sukan itu.

Sementara itu dalam ucapan yang sama Tuan Ibrahim berkata, perubahan politik hampir pasti akan berlaku di negara ini kerana ia senario baru dan sedang melanda seluruh dunia.

Mengenai peluang Pakatan Rakyat (PR) di Pahang, beliau berkata tumpuan serangan BN terhadap negeri-negeri tertentu terutama di PR menyebabkan peluang PR cerah di Pahang.

“Dun Mentakab ini sendiri berpotensi besar untuk menang dengan kapasiti pengundinya 52 % Melayu dan 48 % bukan Melayu,” tambahnya.

Untuk memenangi pilihan raya, Tuan Ibrahim turut menasihatkan pendokong PAS agar melakukan kerja secara berstrategi, mengumpulkan dana yang mencukupi untuk gerak kerja dan seterusnya menjaga hubungan dengan Allah.

Turut berucap pada majlis tersebut, calon DAP Mentakab Lai Chee Meng.


Harakahdaily

13 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. x heran la kalau orang umno berkawan dengan yahudi, sedangkan arak minuman biasa bagi orang umno.

    ReplyDelete
  2. NASIHAT DR RESIDEN APCOOctober 29, 2011 at 8:01 PM

    Mana lebih membahayakan negara, Prof Aziz Bari, Pakar Perlembagaan berckp tentang isu Raja Berperlembagaan, atau seorg Menteri Umporno (mesti juga mendpt lampu hijau dr Najib APCO)yg memberi kebenaran seorg PERISIK DAN TENTERA ISRAEL (SETIAP WARGA YAHUDI ISRAEL MERUPAKAN TENTERA/POLIS YG ADA LESEN MEMBUNUH RAKYAT PALESTIN) masuk ke dalam negara Malaysia yg TIDAK PERNAH MENGIKTIRAF KEWUJUDAN NEGARA HARAM ISRAEL...

    KALAU DULU 1998, SELEPAS SHJ PASUKAN KRIKET DI BENARKAN MASUK, TERUS EKONOMI MALAYSIA DISERANG BALA SERANGAN EKONOMI OLEH YAHUDI GEORGE SOROS... SKRG 2011, BALA APA PULA YG DI TEMPAH OLEH MALAYSIA??? APCO DH BERTAPAK, AHLI SUKAN DI BENAR MASUK, KAPAL YAHUDI BERLABUH DI PELABUHAN KLANG... SELEPAS INI APA? KEDUTAAN ISRAEL DI IBU NEGARA... MEMANG UMNO-APCO PENGKHIANAT ISLAM & MELAYU...

    ReplyDelete
  3. Mana Ibrahim Katak, Pemuda UMPORNO, Zul Kulim & Mamak Penang? Tak demostrasi ke? Babi betul, pilih bulu!!

    ReplyDelete
  4. ..


    kita ni hebat cuma pakai selendang di bahu je bila ada prog selamatkan palestin..

    Dr Residen, bukan tentera lesen bunuh rakyat palestin je.. tp turut bunuh org dlm kapal laut yg bwk bekalan dan bantuan ke palestin..

    sb tu aku tak masuk campur atau ambil hal kalau dia org bantah kekejaman israel...

    Lepas ni tunggu lah akan ada lah prog terhebat utk bantu org palestin nak imbangkan balik isu ini ..

    ReplyDelete
  5. Bagus yahudi tu masuk Malaysia.
    baru boleh ambik ati al gore..
    kalau kita marah nnti yahudi jauhkn diri dr anwar plak

    ReplyDelete
  6. non 8.49PM tu penyamar,
    fitnah aku !....dosa

    ReplyDelete
  7. Pakatan mainkan sentimen yahudi lagi...konon nak timbulkan kebencian pada kerajaan UBN...

    Tapi jangan lupa....
    Anwarlah bapak segala ejen yahudi di Malaysia ni...tak caya tanya Al Gore...

    Orang Pas bukan tak tahu,..cuma pura-pura tak tahu...

    sandiwara lagi..

    ReplyDelete
  8. Oi Rakab, aku nak tanya sikit la... pernah ke ko jumpa mana-mana artikel atau statement yang membuktikan Anwar bawak masuk Yahudi ke M'sia ni? Ini dah terang-terang bawak consultant Yahudi ke M'sia, bawak atlit Yahudi ke M'sia... memang tak dinafikan bahawa ko punya pemimpin memang bersahabat dengan Yahudi!

    Orang Umno bukan tak tahu,..cuma pura-pura tak tahu...

    tiada lagi sandiwara..

    ReplyDelete
  9. Rakab niiiiii bukan boleh kita kutuk UMNo....dia pasti melentik....Rakab ini aku tak tahu le dia ni kategori apa....bila berhujah nampak sgt kecetekan hati dan imannya...

    ReplyDelete
  10. Puan akrab,

    Anwar tak bawak yahudi masuk ke Malaysia, tak semestinya dia bukan bapak ejen yahudi Malaysia !

    Bukan rahsia lagi hubungan rapat Anwar dengan pemimpin yahudi antarabangsa. Kalau kau cuba menafikan fakta ini adalah lebih baik kau pindah saja ke Dhaka.

    Rakyat Malaysia masih belum lupa bagaimana Anwar berusaha menyerahkan pengurusan ekonomi dan kewangan negara ke dalam perangkap yahudi IMF pada 1997.

    ReplyDelete
  11. non 7.11.

    Kau boleh kutuk mana-mana pemimpin Umno yang terbukti melakukan kesalahan...aku pasti sokong !.

    Tetapi mengutuk Umno atas alasan persepsi dan kebencian membabi buta semata-mata tidak boleh di terima sama sekali !!

    Cetek atau tidak iman aku, bukan kau yang menentukan !..itu hak Allah !!

    jangan kau riak dan takbur..!!!

    ReplyDelete
  12. rakab..ko yg riak dah takbur weii..

    aku ada bukti yg yahudi mmg benar2 wujud di kl. siap ada kepiah kecik dkt kepala. Lahanat!!!!..kurang ajar pemimpin yg konon2xnya ISLAMM!!..ini bukan kutuk babi buta wei..ko ja yg selama ni pejamkan mata...pekakkan telinga dan butakan mata...jangan jadi mangkuk sangat!

    ReplyDelete
  13. rakab mmg bangang untuk selama2nya.
    sian kat hang.tahun 1997 pinjam IMF katanya yahudi.dah tu skrg najib buat loan kat sapa?bank dunia?bukan adik beradik IMF juga ke ngok.?
    bangang nak mampus

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post