Tahniah buat Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin




Sekalung tahniah buat Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kerana dibawah seliaannya sebagai Menteri Pengajian Tinggi tiada sebuahpun Universiti dari Malaysia tersenarai dalam 'Top 400 World Universities'


Sesuai dengan Sabda Rasulullah S.A.W..

عن أبى هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلّم: إِذَا ضُيِّعَتِ الأَمَانَةُ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ, قال: كَيْفَ إِضَاعَتُهَا يَارَسُولَ الله؟ قال: إِذَا اُسْنِدَ الأَمْرُ إِلَى غَيْرِ اَهْلِهِ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ (رواه البخارى)

Dari Abu Hurairah r.a ia berkata, Rasulullah S.a.w bersabda: Jika amanah telah hilang (sudah tidak dipegang lagi dengan teguh), maka tunggulah saat kehancurannya. Ia bertanya: Ya Rasul, bagaimana orang menghilangkan amanah itu? Rasul menjawab: (Yaitu) apabila suatu urusan (amanah) diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya. (HR. Bukhari)


400 Universiti Terbaik - Malaysia kini Tiada dalam Senarai.
07 Oct 2011 11:34AM

KUALA LUMPUR 6 Okt. - Tiada universiti di Malaysia yang berjaya disenaraikan dalam majalah Times Higher Education (THE) yang memuatkan nama 400 universiti terbaik di dunia.

Sehubungan itu, Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata adalah sia-sia bagi kerajaan yang begitu bangga dengan prestasi Malaysia dalam ranking dunia QS 200 World University 2011/12.

Penarafan QS itu telah meletakkan Universiti Malaya di tangga 167, - naik 40 tempat berbanding tahun 2010.

Empat universiti Malaysia lain yang disenaraikan oleh QS - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) - semuanya mencatatkan kemerosotan.

Menurut ranking THE, sepuluh universiti terbaik di dunia diduduki oleh California Institute Technology, Harvard dan Stanford (2), Oxford (3), Princeton (5) Cambridge (6), Institut Teknologi Massachusetts (7), Imperial College London (8), Chicago (9) dan Berkeley (10).

Bagi jiran serantau, enam universiti di Hong Kong dan dua dari Singapura berjaya disenaraikan.

university degrees not recognised 181105Universiti Mahidol di Thailand juga berjaya disenaraikan tetapi dalam kategori 351-400.

Naib Canselor Universiti Malaya (UM) Profesor Datuk Ghauth Jasmon pernah dilaporkan sebagai berkata bahawa universiti tempatan perlu membelanjakan sekurang-kurangnya RM200 juta dalam penyelidikan sebelum mampu diangkat sebagai antara universiti terkemuka di dunia - KL Pos





Senarai penuh sila lihat di (SINI)

7 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. sapa kata tak masuk??masuk kot...top 400 dari belakang..hahahaha

    [Klik Sini] Straw Yang Kreatif

    ReplyDelete
  2. malaysia patot ada sorang pemenang nobel utk dapat sumber kewangan kalau nk tersenarai. kalau tak, jgn berangan!

    ReplyDelete
  3. Tanpa orang kafir begitulah nasib unis di Msia. Semua chancelor proxy UMPORNO. Hidup UMPORNO!!

    ReplyDelete
  4. Macamana nak naik ranking dunia....banyak sangat prof. pencen diberi kontrak berkali-kali. Mereka tu bukan pandai sangat...cuma pandai bodek untuk sambung kontrak. SAYANG NAK TINGGALKAN GAJI MAHAL

    ReplyDelete
  5. Termasuklah jawatan Naib Canselor .....semuanya berdasarkan campurtangan politik meskipun tak layak....sebenarnya....Itu adalah salah satu sebab mengapa prestasi IPTA merudum...

    ReplyDelete
  6. ASD
    UKM ditangga 263, USM 309. kira ok lah tu, dengan tenaga pengajarnya prof pencen berkontrak.

    ReplyDelete
  7. ape aku rase...xperlu salahkan kerajaan.aku pon lepasan universiti ni..dh dpt keje elok n senang.syukur.cume yg menyebabkan universiti kt malaysia ni xcemerlang sebab..pensyarah yg ade PHD ni bekerja hanya cukup rase..cukup bulan cucuk gaji..tak riso.ini aku tgk kt universiti aku sendiri.malas wat keje....pastu aniaya bdk2 master n RA wat keje.guna tesis bdk2 ni utk kepentingan diri sendiri.then publish gune name die...masuk paper..dpt grant..masyukk.bab politik dalaman universiti ni jgn ckpla...berkroni2 same2 melayu n islam...PAS ke UMNO same sume.nk pangkat n gilap bontot.sebab tu universiti kt malaysia xmaju sebab pensyarah yg hipokrit2 ni.klo tgk negara maju...kebanyakkan research yg berjaya drpd universiti n syarikat swasta.dieorg bersaing utk perform.bile perform baru dpt tajaan n income n bisness.buang pensyarah yg xperform ni.setakat nk mengajar cam sek. rendah kt kuliah baik xpyh.byr gaji mahal...anto g oversea sambung blaja.sume support.tp research utk kemajuan n pembangunan negara...xbyk yg nk dibangge.bukak minda n pikiran.kerajaan dh tolong...diri sendiri sape nk tolong...lu pikila...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post