Tahniah Mahasiswa!! UIA tarik balik arahan gantung tugas Aziz Bari..



KUALA LUMPUR, 24 Okt — Universiti Islam Antarabangsa (UIA) telah menarik balik arahan gantung tugas yang dikenakan ke atas pensyarah undang-undangnya Prof Abdul Aziz Bari hari ini.


Perkara itu dimaklumkan oleh unit perundangan menerusi satu surat yang difakskan sekitar pukul 6.30 petang tadi, kata peguam beliau Dr Zulqarnain Lukman kepada The Malaysian Insider.

“Surat diterima petang sekitar 6.30 petang, selepas kami hantar respons kepada surat tujuk sebab petang tadi, ia ditandatangani oleh pegawai unit perundangan... UIA arah Prof Abdul Aziz Bari lapor diri kepada dekan Kulliyah Undang-undang,” kata Zulqarnain.

Bagaimanapun kata beliau, surat petang ini menyebut bahawa siasatan akan dijalankan tetapi hanya penggantungan tugas ditarik balik.

Dalam laporan petang tadi, The Malaysian Insider memetik Zulqarnain berkata UIA memaklumkan akan mengumumkan keputusan hasil siasatannya ke atas Aziz (gambar) esok.

Zulqarnain memberitahu, beliau telah dimaklumkan oleh pegawai unit perundangan hari ini bahawa siasatan pihaknya sudah selesai dan akan meneliti penjelasan Aziz yang diserahkan petang tadi.

“Berdasarkan apa yang diperkatakan oleh pegawai dari unit perundangan UIA, mereka akan meneliti penjelasan Prof Aziz dan akan memberikan jawapan... keputusan mereka sama ada akan mengambil tindakan susulan, meneruskan tindakan, berhenti di sini (setakat surat tunjuk sebab) atau sebaliknya,” kata Zulqarnain.

Beliau menghantar surat penjelasan Aziz, menjawab surat tunjuk sebab UIA, kira-kira 3 petang tadi.

Zulqarnain berkata dalam responsnya, Aziz telah menjelaskan bahawa kenyataan beliau mengenai titah Sultan Selangor adalah satu bentuk kebebasan dalam memberi pandangan, yang sama sekali tidak bertentangan denagn Artikel 15(3) Peraturan-peraturan Disiplin Universiti dan juga Seksyen 3(2) Akta Hasutan.

“Asasnya penjelasan kami kepada UIA adalah begitu, apa yang dikatakan oleh Prof Aziz ialah ia kebebasan bersuara, tidak melanggar undang-undang dan peraturan negara... Seksyen 3(2) Akta Hasutan sendiri memberi pengecualian,” katanya.

Pengurusan UIA mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Aziz berhubung kenyataan pensyarah undang-undang itu ekoran titah Sultan Selangor berkaitan isu Gereja Methodist Damansara Utama dan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) baru-baru ini.

UIA telah memberi masa selama seminggu sehingga 4 petang esok kepada Aziz untuk menjawab surat tunjuk sebab itu.

Surat tunjuk sebab itu juga menyebut beliau digantung perkhidmatan sehingga siasatan selesai dan dilarang memasuki kampus UIA.

Jumaat lalu, Rektor UIA Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin berkata Aziz perlu menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan Lembaga Disiplin, Tatatertib dan Kakitangan UIA berhubung kenyataan mempertikaikan titah Sultan Selangor.

Beliau berkata jika Aziz tidak membalas surat tunjuk sebab itu dalam masa ditentukan, pensyarah berkenaan boleh dihadapkan ke Lembaga Displin, Tataterib dan Kakitangan UIA untuk dibicarakan.

Zaleha berkata kenyataan Aziz berhubung titah ucapan Sultan Selangor akan disiasat mengikut Peraturan 15 Peraturan Tatatertib Kakitangan universiti itu.


The Malaysian Insider

12 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Tahniah kpd semua pihak bg menegakkan perkara yang benar..Berani Krn Benar..

    Ini menjadi tauladan kepada semua pemimpin/pihak yg ada kuasa/rakyat..bahawa kebenaran dan berani kerana benar amat kuasa kuasanya..

    amin..

    ReplyDelete
  2. haha..BN tertekan sbb pru dah dekat..kalu amik tindakan habisla umno..apa kata BERSIH 3.0 dilancarkan secepat mungkin

    ReplyDelete
  3. Lepas ni gerenti ajis malbari tak berani kritik sultan lagi..
    baru tau,...takut,takut..

    musibat cam ni memang tak boleh di bagi muka...nanti dia pijak kepala

    ReplyDelete
  4. itu baru mahasiswa/i belum lagi Bersih 3.0...hailah umno macam tukah kelemahan umno,kalah gertak,alamat kalah jua pru13..kali terakhir umno perintah 2011

    ReplyDelete
  5. Aku kalau boleh taknak kaitkan isu komen Prof Aziz Bari ni dengan politik. beliau mmberi komen atas kefahaman dan kepakaran yang beliau miliki. Bukan untuk memberikan sokongan kepada mana2 parti politik. Beliau seorang cendekiawan yg bebas mmberikan pandangan hatta PAS sendiri pun pernah dikritik oleh beliau. Apa yg kita mahu para cendekiawan ini lantang mengkritik segala kelemahan kerajaan dengan niat untuk kebaikan. setelah mahasiswa dikunci mulut dan pergerakan melalui AUKU.

    ReplyDelete
  6. Rakab jgn jadi terus bangang....
    hang memang musibat....
    hang memang lahanat....
    berhujah macam seekor berok...
    berhujah macam seekor babi...
    berhujah makan nasi kangkang..
    kah...kah....kah...

    ReplyDelete
  7. Rakab tu..., cuba terbalikkan. Bakor aje...!!!

    ReplyDelete
  8. pd pendapat sy, kes Aziz Bari adalah antara beliau dan majikannya iaitu UIAM sdri..tiada kaitan dgn politik..susah la klu sume isu nak dipolitikkan..sekadar pandangan

    ReplyDelete
  9. asd ucap tahniah kpd mahasiswa hahahahhaha patutnya ucap tahniah kpd org luar yg sibuk2 tu lagi pung brp kerat sgt siswa siswi yg terlibat wei...lucu lah lu ni asd

    ReplyDelete
  10. anon 12:1o
    wow hebat yer kau dpt tahu siapa student dan siapa orng luar dlm gambar tu. Boleh list kan tak? Atu kau ni jenis tulis kosong ikut otak bangang asalkan yg kau tulis tu membahagiakan najib bini rosmah.

    ReplyDelete
  11. wooit non,

    aku baru jer nak komen!

    belum apa-apa dah kena kutuk..

    ishhk,..nasib,..nasib

    ReplyDelete
  12. Tahniah Mahasiswa..tapi sebenarnya kebodohan lebih banyak dari kebijaksaan kerana bela Prof Aziz Bari dgn buta tuli, sedangkan beliau dgn jelas telah mempersoalkan tindakan Sultan Selangor (juga sebagai Ketua agama Islam negeri Selangor) mempertahankan tindakan JAIS keatas DUMC...

    Tak sedar ke?..wahai mahasiswa2 ooooiiiii...kenapa hangpa mempertahankan Aziz Bari? beliau memang jelas seperti mahu melihat berlakunya murtad keatas org2 Islam, kita sebagai seorg Islam sepatutnya pertahankan org2 Islam yg hendak dimurtadkan..bukan lihat aje..atau aiman tak kisah...hancurlah Islam..macam Singapura..

    P/S: Org kafir telah merancang dgn rapi utk memurtadkan org2 Islam yg terperdaya dgn duniawi..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post