Tiada saksi, polis langgar SOP dilepaskan



Pihak polis telah mengenal pasti anggotanya pada perhimpunan BERSIH 2.0, 9 Julai lalu didakwa menggunakan kekerasan yang berlebihan dalam usaha cuba menyuraikan penunjuk perasaan itu.


Ketika dihubungi semalam, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Ku Chin Wah berkata laporan polis telah dibuat ke atas anggota itu - yang didapati memakai bandana (kain tutup muka) semasa perhimpunan itu - tetapi tiada pendakwaan akan dilakukan.

"Perkara ini telah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara dan tiada tindakan selanjutnya boleh diambil terhadapnya kerana ketiadaan saksi," katanya kepada Malaysiakini.

Beliau berkata, polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 352 Kanun Keseksaan yang menyatakan "menyerang atau menggunakan kekerasan yang berlebihan kecuali diprovokasi secara serius” adalah suatu kesalahan.

Di bawah undang-undang ini, pesalah boleh dihukum penjara sehingga setahun, denda sehingga RM2,000 ringgit atau kedua-duanya sekali.

Walau bagaimanapun, pegawai yang ingkar itu akan tertakluk kepada tindakan tatatertib kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika menyuraikan orang ramai.

Berikutan perhimpunan itu, gambar-gambar dan video berhubung penyalahgunaan kuasa polis membanjiri internet, terutamanya pada laman web rangkaian sosial popular Facebook.

Antara gambar yang dirakamkan menunjukkan seorang anggota polis yang memegang sepasang gari dalam genggaman beliau dengan mukanya ditutup dengan sehelai sapu tangan yang besar, atau bandana.

Menurut beberapa pengguna Facebook, polis bertopeng yang digambarkan itu juga tidak mempunyai nama atau nombor keanggotaannya yang disulam pada pakaian seragamnya.

Video yang dimuat-naik di laman web perkongsian video YouTube kemudian menunjukkan ‘apa yang kelihatan seperti orang yang sama’ menumbuk dua peserta perhimpunan sebanyak dua kali di bahagian perut mereka.

Lelaki itu dilihat menyerang mangsanya tanpa berlaku sebarang provokasi.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan individu itu adalah orang yang sama yang dirujuk oleh Ku.

Malaysiakini juga tidak dapat memastikan sam ada individu berkenaan adalah orang yang sama yang akan menghadapi tindakan disiplin seperti yang dinyatakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam berhubung kejadian di Hospital Tung Shin.

Isnin lalu, siasatan dalaman Kementerian Kesihatan telah mengesahkan bahawa pihak polis telah melanggar garis panduan operasi polis (SOP) ketika cuba menyuraikan peserta perhimpunan BERSIH 2.0.

Sehubungan itu, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam, berkata anggota polis yang melanggar dan mengengkari peraturan yang ditetapkan itu akan dirujuk kepada jawatankuasa tatatertib polis.

Laporan itu juga mengesahkan bahawa meriam air dan bom asap polis telah ditembak ke arah penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di tempat meletak kenderaan bertingkat dan pintu masuk utama Hospital Tung Shin.

Malaysiakini

21 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Oklah kalau dah tak ada saksi, nanti kita belanja polis-polis tu dengan makan santau. Jangan bimbang gambar ada.

    Acah je tu, tak mainlah 'black magic'. Kita pakai 'white magic night saber' menggunakan doa yang dibaca kuat-kuat mohon Allah membalas perbuatan jahat dan zalim mereka.

    ReplyDelete
  2. Yang halal diharamkan, yang haram dihalalkan..siapakah itu?

    [Klik Sini] Zahid AF2 Masuk PAS ?
    [Klik Sini] Gambar Penembak Jurugambar Bernama TV Didedahkan

    ReplyDelete
  3. Org dah suroh bersurai tuu jgn le degil, kan dah kena...padan muka.

    ReplyDelete
  4. Di mahkamah saksi adalah penting, dalam BERSIH 02, tiada tindakan terhadap polis kerana orang awam yang ada kesemuanya tiada penglihatan dan polis yang begitu ramai hanya ada satu penglihatan sahaja.

    Itu sebabnya tiada sesiapa yang melihat siapa pelakunya.

    ReplyDelete
  5. awat hangpa dok biaq rakab pelesit dok melewaq dlam blog ni?
    meluat aku dgn hujah bodoh dia...

    ReplyDelete
  6. biarkanlah si rakab tuh... kita kena terbuka sikitlah, takkan semua nak setuju jer...

    kepada tuan tanah, minta tolong linkkan blog amba sekali... amba budak baru belajar..

    santauberapi.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. klalau nak tahau rakab tu meroyan bro tahap 4.

    ReplyDelete
  8. "menggunakan kekerasan yang berlebihan"? Bagi aku, ini menggunakan kekerasan melampau! Tiada maaf bagi mu! Anjing!!!!

    ReplyDelete
  9. santau berapi pulak dah?
    budak bangang tu lagi ke?
    bukan tak mau setuju tapi....
    memang bangang lah....
    kalau budak baru belar...masuk blog tadika..
    blog kemas...
    kemas kat mana?
    dalam kuarters kerajaan
    kah...kah...kah

    ReplyDelete
  10. anon 3.10 - ??? tak dak fakta nak komen ke? Kurang2 dia mau belajar, yg budak2 pecacai dh la bodoh, tak tahu pulak dia bodoh..mmg tak guna hidup.

    balik kpd topik - sbgmana dijangka polis tak kan bersalah sbb mereka kebal daripada kesalahan atas dunia dan juga melindungi tuan2 mereka yang memberi mereka makan pedigree setiap hari. Anda tolong saya, saya tolong anda!!

    ReplyDelete
  11. anom 3:10
    jangan gaduh gaduh, memang betul ckp 4:11

    ReplyDelete
  12. Dalam suasana dan keadaan huru-hara semasa berlaku demo,memanglah sukar nak dapatkan saksi.Persoalan pokoknya masih relevan iaitu PDRM sudah melanggar SOP bertugas.Begitu jugak dengan kes tembak gas pemedih mata kearah Hospital Thong Shin - bukan soal nak dakwa individu PDRM yang melanggar SOP tapi telah terbukti,dari laporan Kementerian Kesihatan,PDRM terlah melanggar SOP.Yang dipersoalkan sekarang ialah Siapa yang punya tanggung-jawab(pihak atasan)sehingga anggota bawahan sanggup melanggar SOP? Menteri Dalam Negeri? IGP? Komandan FRU? atau OCPD? atau seluruh Kementrian Dalam Negeri atau PDRM.Keganasan yang melampau sudah terbukti,siapa punya tanggung-jawab?Hishamuddin dan IGP jangan nak dolak-dalek dan jangfan cuba nak tipu rakyat.Stick to the issue!

    ReplyDelete
  13. lebeh baik toksah berangan jadi IGP,
    jadi orang biasa lebeh baik. Tengok mana depa kena apa apa pun.

    ReplyDelete
  14. Wooit,..badigol!!

    Awat hangpa marah kat aku pulak ??

    Aku baru saje nak komen ni haa...

    psssst,..belum sempat wat apa pun dah kena kutuk!..zalim..zalim

    ReplyDelete
  15. Ni rakab, bro dlm gambar diatas tu sedara hang ka.Tengok muka macam kenal jaaa....

    ReplyDelete
  16. PENGANIAYA AKAN MATI TERSEKSAOctober 6, 2011 at 9:41 PM

    MEMANG AKU ADA DENGAR CERITA ADA POLIS KT BALING KEDAH YG KENA SANTAU, LEPAS LAMA MENDERITA, AKHIRNYA MATI...

    RISAU GAK, ORANG KITA NI, KALAU MARAH PAKAI BENDA TU, WALAUPON IANYA BERDOSA DAN HARAM...

    TAPI KALAU POLIS MCM NI KALU KENA SANTAU... MUNGKIN AKAN ADA YG CAKAP... 'PADAN MUKA''

    BETOL KE KALU ADA GAMBAR, BOLEH KENA SANTAU?

    ReplyDelete
  17. non 9.07,

    dak aiih!...aku hensome lagi...

    heheheheeee...

    ReplyDelete
  18. anon 1:52 pm

    nak bersurai mcm mana kalau dikepung.

    pintu pagar hospital tu dua je.. dua dua mengadap ke jalan besar dan disitu lah semua polis berkumpul..

    dia org tak dpt pegi kemana mana ..

    ReplyDelete
  19. tak payah santau dan tak payah berdoa. Diri dia sendiri akan menghukum kita.

    spt mana kata presiden obama, byk kesan buruk spt masalah kekeluargaan dll krn mnghantar tentera ke afgan dan iraq.

    ReplyDelete
  20. alahai entah betul entah idak tuduhan polis yg diwar2kan tanpa tag nama dan nomor tu benor2 polis atau idak..... lu org pencacai x pikir ker kot2 tu sumer penyamaran melampau

    ReplyDelete
  21. ape aku rase...klo abg polis tu abg ko ke...adik ko ke...bapak ko ke ..ape ko rase...dh diberi tugas n tanggungjawab utk jage keamanan.korang igt dlm kumpulan BERSIH tu bwk brg ape..ade bwk pisau..parang..kapak..xpon pistol.nk protect diri...pakai pistol kang salah plak...tembak org awam suke hati.die ni bukan robot bro...manusia jgk.korang pembangkang yg join BERSIH ni dh kene santau.yg korang duk maki hamun..mrh2..lwan polis ni sape sebenarnye?same2 melayu..same2 islam...satu negara...dieorg ni berbeza sebab korang rase ade perbezaan politik.tgk libya..perang saudara same sendiri sebab satu pro-kerajaan n satu lagi anti-kerajaan.padahal same2 duk satu negara satu kaum...satu agama..islam.diperbodohkan kerana taksub.last2...negara hancur.mula merayu mintak bantuan.sebab tu program berkumpul mcm ni perlu halang.bole merebak jd bende lain.korang pembangkang yg menghalalkan bende yg haram.sebab korang dh rase alim sgt...kuarla fatwa sendiri.pastu yg pengikut ni..ikut jela..sebab rase akan masuk syurga n berjihad.yg bole ubah dlm negara kite skrg ni bukannye care mcm ni...ubahla diri sendiri dulu..baru kite bole ubah org lain.kalo diri kite sendiri rase masih xbetul...baik kite baiki diri sendiri dulu ok.lu pikila...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post