UMNO Vs UMNO, PKR dan PAS pula menjadi mangsa..

SEREMBAN: Timbalan Ketua Cabang PKR Seremban, Dr Mohamad Rafie Abdul Malek hari ini membidas sebuah blog pro Umno Negeri Sembilan n9kini.net yang menuduh kononnya PKR dan PAS mengoyakkan banner yang terpampang muka Timbalan Perdana Menteri

Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamad Hasan sempena lawatan Muhyiddin ke Seremban Sabtu lepas.


“Dalam banner yang sama kelihatan muka Mohamad Hasan dipangkah dengan “X”. Blog ini menuduh kami (PKR dan PAS) yang mengoyakkan dan menconteng muka Mohamad Hasan. Inilah dia politik murahan amalan Umno dengan menuduh tanpa bukti.

“Persoalannya jika benar kami yang menconteng, kenapa kami hanya menconteng muka Mohamad Hasan sahaja tetapi bukan muka Muhyiddin? Jika diikutkan logik Muhyiddin adalah orang nombor dua berkuasa dalam Umno mahu pun dalam negara. Kalau nak lepas geram pun biar lepas geram pada orang yang lebih berkuasa.

“Tuduhan blogger pro Umno ini memang tidak masuk akal”, kata Mohamad Rafie.

Mohamad Rafie yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat berkata adalah lebih baik Umno Negeri Sembilan mengaku sahaja bahawa memang berlaku pergolakan dalam rumah tangga mereka dan ada pihak dalam Umno sendiri tidak puas hati dengan Mohamad Hasan atas sebab-sebab tertentu.

“Sebab itu mereka menconteng muka Mohamad Hasan dan bukan muka Muhyiddin. Ini jelas menunjukkan di kalangan Umno sendiri tahap krisis semakin serius sampai ada lebih dari tiga kem dalam Umno Negeri Sembilan.

“Malah saya difahamkan berlaku krisis di antara Mohamad Hasan dan Ketua Umno Bahagian Seremban, Ishak Ismail yang bersangkut paut dengan program Muhyiddin di Ampangan dan Sikamat tempoh hari”, jelas Mohamad Rafie.

Mohamad Rafie berkata PKR dan PAS tiada masa untuk membuat kerja-kerja yang tidak mendatangkan faedah seperti itu sebaliknya mereka (PKR dan PAS) lebih menumpukan kepada isu-isu yang membelenggu rakyat seperti kenaikan harga barang, kenaikan tarif elektrik, sistem infrastruktur yang masih teruk, kemiskinan dan gejala sosial yang tiada kesudahannya.


Free Malaysia Today

8 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. UMNO/BN mana salah..

    1. Depa tu semua betul belaka.. dia org rasa lah.. org lain tak rasa mcm tu...

    2. UMNO/BN.. sentiasa mencari publisiti murahan utk pancing undi..

    3. UMNO/BN dah kering idea.. jadi meletakkan situasi kurang elok pada bahu org lain..

    4. Rakab & the gang.. samseng bodoh dan org kurang berfikir..

    5. Orang conteng dan koyak.. sebab orang dah benci.. benci.. dan benci puak UMNO bodoh..

    HIDUP UMNO/BN.. entah la kalau boleh hidup.. hehehe

    5.

    ReplyDelete
  2. PEMIMPIN PKR DAN PAS TAK PERNAH AJAR AHLI2NYA SUPAYA BUAT KERJA JAHAT MACAM UMNO PORNO BUAT

    ReplyDelete
  3. Takan hantu raya yg buat kot...rakyat pun faham siapa punya kerja...siapa musuh politik UMNO/BN? hangpa tentu tahu..

    ReplyDelete
  4. Musuh politik UMNO/BN ialah UMNO/BN sendiri.. ini diakui sendiri oleh Najib..

    sebab semua dah gila kuasa.. semua nak topple sesama sendiri...

    Rosak...Rosakkk UMNO/BN ni...

    ReplyDelete
  5. 4 words to described this;
    Pemimpin UMNOOO Dah Gila.

    ReplyDelete
  6. Ala.. ni semua kerja puak2 pengacau dalam UMNO sendiri semata2 nak tagih simpati rakyat.. nanti rakyat akan kesian la gambar pemimpin dia kena conteng.. kan ke N. sembilan bakal jatuh ke tangan PR. so , ni la taktik diorang.. ala.. biasa la dlm politik nih..
    alangkan markas sendiri pun diorang sanggup bakar sebab nak tuduh PR

    ReplyDelete
  7. anon 8:54 pm

    aku suka kau buat komen mcm ni..
    kita pelbagaikan cara kita balas komen rakab oh rakab, akp pPAS

    setiak kali tu lah ko jgn sesekali lupa komen nbr 4 tu....

    ReplyDelete
  8. aku pun rasa yg buat mrk yg kem satu lg yg tak suka Mohamad Hasan..

    kalau penyokong PR...lebih baik roboh kan je... bila org tuduh kata skg musim ujan dan angin pun kuat...

    Lg satu umngok ni lain kali buat lah tinggi tinggi yg org tak leh nak conteng.. mcm bendera pas dan pkr yg kau org ikut ikat atas pokok...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post