Yuran Pendidikan Sekolah dimansuhkan? Najib mengulangi Pembohongan Pak Lah..



Dalam membentangkan Budget 2012 hari ini, Najib telah berkata pendidikan di sekolah-sekolah kerajaan peringkat rendah dan menengah akan disediakan secara percuma bermakna tidak akan dikenakan sebarang bayaran.


“Buat pertama kalinya, kerajaan akan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah-sekolah kerajaan,” kata beliau.

Buat Pertama kali??? Pertama kali Kepala Hotak dia!!

Ini adalah kali kedua Yuran Persekolahan diumumkan dimansuhkan oleh Kerajaan Barisan Nasional, kali pertama ia telah diumumkan semasa era pemerintahan Pak Lah.

Dimana semasa membentangkan Bajet 2008 bertemakan Bersama Membina Negara dan Menikmati Kemakmuran di Parlimen Pak Lah telah mengumumkan yuran tahunan Sekolah dimansuhkan.

Kata Pak Lah "Yuran tahunan sekolah rendah dan menengah akan dimansuhkan mulai tahun (2009) depan bagi menawarkan pendidikan percuma untuk semua"

Malangnya bila para waris mendaftarkan anak-anak mereka ke sekolah berbagai-bagai yuran lagi perlu dibayar..

Ni berita tahun 2008..

Yuran sekolah rendah, menengah dimansuh



KUALA LUMPUR 7 Sept. – Yuran tahunan sekolah rendah dan menengah akan dimansuhkan mulai tahun depan bagi menawarkan pendidikan percuma untuk semua, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Yuran peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia akan turut dimansuhkan tahun depan, seperti mana yang telah dilakukan untuk peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun lalu, katanya.

Sementara itu, tambah beliau, Skim Pinjaman Buku Teks akan diperluaskan kepada semua pelajar, tidak kira pendapatan isi rumah dan bilangan anak yang layak, bermula sesi persekolahan tahun hadapan.

“Peluasan skim ini akan memberi manfaat kepada 5.7 juta pelajar berbanding 4.5 juta pelajar kini.

“Langkah ini adalah ke arah pendidikan 100 peratus percuma,” katanya semasa membentangkan Bajet 2008 bertemakan Bersama Membina Negara dan Menikmati Kemakmuran di Parlimen di sini, hari ini.

Pengumuman tersebut yang disambut tepukan gemuruh oleh ahli-ahli Parlimen lain terangkum di bawah strategi kedua bajet iaitu Memperkasa Pembangunan Modal Insan.

Abdullah berkata, bagi memperkasakan sekolah rendah dan menengah, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM30 bilion untuk Kementerian Pelajaran bagi menjayakan usaha menghasilkan modal insan berkualiti.

Beliau menjelas, peruntukan tersebut merangkumi pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan termasuk program sekolah cemerlang, memartabatkan profesion perguruan dan merapatkan jurang pendidikan antara kawasan bandar serta luar bandar.

“Untuk meningkatkan lagi kualiti dan prestasi sekolah, sebanyak 60 sekolah kluster (kelompok) akan diwujudkan dalam tahun 2008.

“Peruntukan berjumlah RM500,000 akan diberikan kepada setiap sekolah tersebut bagi tujuan aktiviti kokurikulum, latihan dan pembelian peralatan pembelajaran,” katanya.

Bagi memastikan setiap pelajar sekolah mendapat peluang melibatkan diri di dalam aktiviti kokurikulum pula, Perdana Menteri mengumumkan pemberian sepasang pakaian seragam percuma bagi satu kegiatan kepada pelajar daripada keluarga yang berpendapatan isi rumah RM1,000 sebulan dan ke bawah.

“Penyertaan pelajar secara aktif di dalam kegiatan kokurikulum seperti badan beruniform, persatuan, kelab dan sukan adalah penting dalam membantu membentuk sahsiah serta membina kualiti kepimpinan pelajar,” jelasnya- Lidah Rasmi UMNO

20 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. biase la tipu menipu,putar memutar,belit membelit ni klu x puok2 umno x wat mmg x sah..bukan umno la namanya,tp x pe,kite bg peluang kt DS NAJIB plak kali ni..cakap ade serupa bikin kaa atau serupa itu PAK LAH jgak cakap...

    ReplyDelete
  2. yuran sekolah memang dihapuskan....yang ada hanyalah yuran persatuan ibubapa dan guru PIBG..yuran ni ditetapkan oleh ibubapa semasa mesyuarat PIBG sekolah...aku rasa anak sungai derhaka ni tak pernah pi mesyuarat PIBG anak dia lah...yuran PIBG ditetapkan semasa mesyuarat PIBG sekolah..duit ini untuk mengisi tabung PIBG sekolah masing-masing...nilai sesuatu yurtan PIBG ditetapkan bersama oleh ibubapa yg hadir pada mesyuarat PIBG..kebiasan ibubapa yg terkejut apabila dikenakan yuran tersebut dan melenting dek kerana pemalas nak menghadiri mesyuarat PIBG...bila tak hadir bermakna segala keputusan mesyuarat di anggap bersetuju lah...

    ReplyDelete
  3. besele tu manusia. pmimpin yg berserban pon nipu ikan plak yg bese2. dlu ckp die akan besare esok gak kalo arini tun m besare. tp smpi la dok tang tu gak. ape hukum hudud utk nipu ek?

    ReplyDelete
  4. Inilah yang dikatakan negara berkebajikan!

    Pakatan sepatutnya menyokong bajet hebat ini!

    heheheheee...

    ReplyDelete
  5. rakab bodoh said.....

    bakar @ rakab..budget puki mak kau...

    baik aku byr yuran... ni yuran tak payah tp pibg kena bayar lg mahal...sekolah tak cukup budget.

    ini case pusing2 ni.. rakab bodoh sokong la...

    rakab yg bodoh selalu

    ReplyDelete
  6. Pak Lah hapuskan yuran tahunan sekolah tapi masih ada lagi bayaran RM22 lebih untuk peperiksaan , sukan dll. Yang tu tiap-tiap tahun kena bayar masa tu. Sampai ada yang takpegi sekolah sebab tak leh bayar yuran.

    Najib pulak nak hapuskan yuran sekolah terus . Maknanya RM22 lebih tu tidak dikenakan mulai tahun depan.

    Bayaran sampai RM 80 tu (sesetengah sekolah) dikenakan sebab campur yuran PIBG , Yuran koperasi , baju sukan dll . Yang tu sekolah yang tentukan . Berbeza antara satu sekolah dengan sekolah yang lain .

    So jangan terkejut lah kalau daftar anak tahun depan , sesetengah sekolah masih nak mintak bayaran dari mak bapak. Alasan yuran PIBG , maintannace macam-macam lah .

    So aku rasa ASD kena tanya balik dengan guru besar sekolah anak ASD. Jangan main sembur tak tentu arah . Nanti sendiri malu ....

    Apa kata Murshidur Am PAS

    ReplyDelete
  7. Memanglah yuran tak perlu bayar.....tapi perlu ingat yuran apa????????? berapa sangat le bayarannya.... tapi perlu diingat juga sekolah tak ada income jadi terpaksalah kutip duit dr ibu bapa.....jadi bebanan tetap ada....bersedialah para ibu bapa.....

    ReplyDelete
  8. bajet yg megelirukan rakyat,aku rasa bajet siaran ulangan kot,hanya pencacai umno saja suka bajet mcmni kenaikan elaun mp yg sibuk dok tidur dan berborak kosong pun kena di naikkan,bagi aku bajet mcmni bajet sia-sia dan berkepentingan diri bukan rakyat sepenuhnya...kakitangan awam,polis,army,guru..golongan miskin ,oku dll,yg pencen rasa senang dan senang lagi didesa kpg apa khabar individu yg tak berpencen(kerja sendiri)apabila dah berumur,takkan sampai tua tak merasa duit sedekah kerajaan,pencen tak ada,kesian kot,najib hanya pandang sebelah mata saja nak tolong tidak menyeluruh dan keseluruhan segenap pelusuk rakyatnya byk yg ketinggalan tak kena bantu

    ReplyDelete
  9. Tak perlu lagi sebarang yuran tambahan!

    Pendidikan secara percuma!

    Terima kasih BN!

    ReplyDelete
  10. Akp sokong PenganutPAS...ASD org kaya la kalu nak tahu....org kaya fikir nak kaya aje..keluar seringgit pun bising...pasal tu cakap macam tu...


    P/S: Bayar rokok RM10 sekotak Dunhill sehari tak apa..utk pelajaran anak2 bising..apa jenis manusia nie pun tak tahu..

    ReplyDelete
  11. Bombongokkkkk!!

    kau sebenarnya yang keliru!

    Mula dari tahun ini lagi , semakin ramai anak sekolah yang menerima bantuan biasiswa.

    Tahun depan dapat rm100 seorang,...kalau anak ada lima yang bersekolah,..dapat rm500.

    ReplyDelete
  12. Bagi anak orang susah/miskin, pakaian,kasut,beg,alat tulis diberi.

    Makanan percuma pun dapat!

    wuuuii..bagusnya kerajaan BN!

    ReplyDelete
  13. ape aku rase...klo xmansuh pon yuran ni ok...nk mansuh lgla ok.xjadi isu pon.pastu nk byr yuran sekolah ape2 pon xjd masalah.baper sgtla yuran tu.byr pon setahun sekali.sume utk mase depan ank2.yg anak ramai ni...dh tahu tanggungan makin ramai...pandaila merancang kewangan.cari pendapatan tambahan ke.jgnla salah kerajaan plak.pastu golongan yg kurang mampu ni....byk carala bole buat bg ank2 bole sekolah.malas nk cite.budget yg baik mcm ni ...korang pembangkang pon rase xbtul.abih nk mcm mane lg agaknyer baru nk puas hati.g mengaji pondok pon kene byr n keluar pitih.tu xyah berkire..sebab pakai name berjihad atas islam.ni menuntut ilmu bukan tuntutan agama ke?sebab lain tafsiran....xkene ngan aliran.jd org lain xbetul.klo bole nk suh sume jd ustaz n ustazah ank2 melayu ni.abih sape nk abih alih jd doktor,engineer,pakar ekonomi,cikgu fizik,kimia...yg bukan aliran agama.kaum lain berlumba amik alih.dieorg jd penggerak ekonomi.yg kite...nga..nga..mulut..tgk org lain lg maju.yg contoh2 pejuang n saintis islam mcm Al-Khwarizmi xpulak alim ulama bangkit dlm ceramah agama.dieorg nilah yg memajukan n menaikkan nama islam di dunia.gabungan antara sains n agama baru jd org islam sejati.ni asyik duk berceramah psl agama...tp hal memajukan diri sendiri xpulak ditekankan.nk ank2 jadi ustaz blake...amik aliran agama.bangge ank2 g blaja kt arab.sampai bile org melayu n islam nk maju.xseimbang antara dunia n akhirat.hormat kt pemimpim UMNO yg pembangkang duk ckp kafir ni bole berckp kt pentas dunia..psl islam...hentam israel..hentam AS.sekurang2nyer dieorg angkat name islam n negara islam.org kenal negara kite bukan sebab islam dulu...sebab negara kite maju...aman...damai...then baru tahu negara kite..negara islam rupenye.pemimpim islam rupernye.menaikkan name islam di mate dunia sebab dpt bina negara maju n aman...dlm masyarakat majmuk.biarla menuntut ilmu dlm semua bidang....barula org islam maju.ni bile negeri sendiri xmaju..salahkan kerajaan persekutuan xbg danala...bantuanla.klo betul2 pemimpin islam...tanpa bantuan ni pon negeri bole maju.jgn ckp negeri maju..tp bile g sane...tgk jalan kecik...air selalu kotor...ank2 negeri berhijrah ke negeri lain cari keje.masing2 buat perubahan...bukan ckp akhirat je penting...dunia pon penting.UMNO ke PAS ke...PKR ke...same sume.make sure...melayu...islam...kekal kt malaysia ni.jgn jd mcm SINGAPORE sudah.yg lain tu...lu pikila sendiri...

    ReplyDelete
  14. Rakab ini bodoh lah....belum tentu dapat Rakab.....biasanya hanya cakap aje....apa2 kita perlu tunggu surat pekeliling...kalau tak ada hitam putih jangan dok bising....pendidik di sekolah memang dah masak dgn isu2 ini. Aku pun boleh bentang belanjawan.....baca statement aje....tunai belum tentu lagi....pengalaman dulu telah banyak mengajar ibu bapa....

    ReplyDelete
  15. Aku macam tak percaya aje bila baca statement najib ....yuran sekolah dan semua bayaran akan di mansuhkan....woi Najib hang cakap kosong boleh leeee....kita tunggu dan lihat ...ASD jangan lupa keluarkan balik entry ini pada tahun depan....kita nak tengok cakap Najib tuuuu betul atau tidak....Adakah jibu bapa yg merungut ....TUNGGGGUUUUU

    ReplyDelete
  16. Semua sekolah yg berlainan aliran mendapat peruntukan....tapi tersentuh juga hati aku bila Najib langsung tidak menyebut tentang bantuan kpd Sekolah Agama Rakyat (SAR)....pilih kasih ke Najib...

    ReplyDelete
  17. yg aku tao. . tiap tahun aku kena bayo yuran (skola, asrama etc) lebe kurang seribu setahun untuk se org anak aku... tahun depan tak tau le cam ne ye. .

    rakab dan PenganutPAS tak pe le coz senang dan mudah dapat duit haram tiap kali 'sent' ke ASD

    ReplyDelete
  18. Triple P,

    Tahun berselang, bajet berganti!

    makin baik, makin bagus, makin hebat!!

    tapi otak kau nih , makin bangang pulak.....heheheheeeee.....

    ReplyDelete
  19. najib dah tak ada modal, dok main skrip lama. tahun depan dia ulang lagi. kepada pecacai lemah ingatan...pi makan vitamin banyak2.

    ReplyDelete
  20. hahaha... banyak tak faham juga.. yuran yang dihapuskan adalah yuran yang diletakkan oleh kerajaan, bukan yuran diletakkan oleh sekolah or persatuan dalam sekolah..... so tolong beza kan before nak menghentam kerajaan...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post