22 ahli KWSP didenda tipu pengeluaran.. tipu pinjaman NFC tu macam mana pula?



Berita dari Lidah Rasmi UMNO ini melaporkan seramai 22 ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) didapati bersalah dan didenda sepanjang Julai hingga September lepas kerana terlibat dengan penipuan pengeluaran.


Seramai 22 ahli yang didapati bersalah telah didenda sebanyak RM17,400 oleh mahkamah bagi kesalahan yang melibatkan penipuan pengeluaran perumahan KWSP.

Salah seorang daripada mereka telah dijatuhi hukuman penjara, manakala 16 lagi berkemungkinan dipenjarakan sehingga enam bulan sekiranya mereka gagal membayar denda tersebut.

Itu adalah petikan berita tentang 22 Ahli KWSP yang telah didenda oleh Mahkamah kerana menipu pengeluaran.

Menipu di sini membawa maksud membuat pengeluaran kononnya untuk membiayai perkara yang berkaitan dengan perumahan tetapi menggunakannya untuk tujuan lain.

Biarpun wang yang dikeluarkan itu adalah wang simpanan mereka sendiri, perkara yang telah dilakukan oleh mereka adalah salah kerana tujuan ditubuhkan KWSP adalah sebagai tabungan untuk hari tua para pekerja.

Dalam isu Scandal ‘Feed The Lord’ pula kita menyaksikan sebanyak RM250 Juta dana dari wang milik rakyat telah disalurkan sebagai ‘Soft Loan’ kepada National Feedlot Corporation (NFC), Syarikat milik Suami dan Anak Shahrizat yang dianugerahkan melalui tender terbuka tapi terhad (Noh Omar kata).

Tujuan dana tersebut disalurkan ialah untuk untuk mengusahakan industri lembu pedaging di Gemas, Negeri Sembilan, untuk membangunkan projek tersebut bagi menampung keperluan daging negara kepada tahap sara diri sebanyak 38 peratus.

Namun begitu hingga ke hari ini kita telah melihat dana untuk tujuan menternak lembu tersebut telah diguna ikut suka mereka seolah-olah wang RM250 Juta itu milik Mak Bapak mereka yang punya.

Mereka telah dilaporkan menggunakannya untuk makan angin (baca di SINI), mengerjakan umrah, membayar elaun kepada pihak yang tidak terlibat dengan projek ini (SINI) dan yang paling menarik menggunakan wang milik rakyat itu untuk melabur membeli Kondominium berharga RM9.8 Juta untuk pelaburan kononnya (baca di SINI)..

Kenapa pihak yang menyalahgunakan wang sendiri didenda oleh Mahkamah tetapi hingga kini pihak yang menyalahguna pinjaman untuk tujuan memelihara lembu hingga sekarang tidak disentuh oleh pihak berkuasa?

Jawapannya mudah.. 22 ahli atau pencarum KWSP itu adalah rakyat biasa tetapi seorang lagi yang telah menyalahguna pinjaman RM250 Juta wang rakyat itu isterinya adalah pemimpin UMNO…

*************************

22 ahli KWSP didenda tipu pengeluaran

KUALA LUMPUR 22 Nov. - Seramai 22 ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) didapati bersalah dan didenda sepanjang Julai hingga September lepas kerana terlibat dengan penipuan pengeluaran.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar berkata, sejumlah lima saman baru untuk kesalahan yang sama juga telah difailkan di mahkamah dalam suku tahun berkenaan.

Menurut beliau, tindakan yang dikenakan itu merupakan usaha berterusan pihaknya dalam membanteras dan mencegah kegiatan penipuan.

"Sebanyak 22 ahli yang didapati bersalah telah didenda sebanyak RM17,400 oleh mahkamah bagi kesalahan yang melibatkan penipuan pengeluaran perumahan KWSP.

"Salah seorang daripada mereka telah dijatuhi hukuman penjara, manakala 16 lagi berkemungkinan dipenjarakan sehingga enam bulan sekiranya mereka gagal membayar denda tersebut.

"Adalah menjadi keutamaan kami untuk memastikan simpanan ahli terus dilindungi termasuk mengambil tindakan undang-undang terhadap ahli yang didapati bersalah mengeluarkan simpanan persaraan mereka secara tidak sah," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Di bawah Seksyen 59, Akta KWSP 1991, ahli yang didapati bersalah melakukan penipuan atau cubaan menipu pengeluaran boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Nik Affendi berkata, mereka yang disabitkan kesalahan tetapi memulangkan wang yang dikeluarkan dalam tempoh enam bulan dari tarikh sabitan hanya akan dibenarkan memohon di bawah pengeluaran yang sama dalam tempoh dua tahun dari tarikh wang tersebut dipulangkan.

Bagaimanapun, kata beliau, bagi ahli yang tidak memulangkan wang atau berbuat demikian selepas tempoh enam bulan dari tarikh sabitan, maka mereka akan hilang hak bagi membuat pengeluaran yang sama untuk selama-lamanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, penipuan pengeluaran turut membabitkan penyerahan dokumen palsu oleh ahli bagi mendapatkan kelulusan permohonan pengeluaran simpanan KWSP mereka.

Justeru itu, katanya, setiap permohonan pengeluaran dan dokumen sokongan yang diterima oleh pihaknya akan disemak secara terperinci dan dirujuk dengan pihak berkaitan untuk menentukan kesahihannya.

"Sistem KWSP berkemampuan mengesan ahli yang telah membuat penipuan walaupun selepas pengeluaran dibuat.

"Pegawai KWSP juga dari semasa ke semasa dilengkapkan dengan maklumat terkini berkaitan kes penipuan terutama modus operandi yang digunakan oleh ahli atau sindiket terbabit," katanya.

Lidah Rasmi UMNO

22 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Saya nak bagitau tuan blog walau pun saya ahli UMNO saya tak sokong perbuatan salahlaku UMNO. Pemimpin UMNO kalau ada yang tak betul hendaklah diambil tindakan segera oleh pucuk pimpinan supaya ahli umno dan rakyat yakin pada parti yang memperjuangkan kesejahteraan rakyat jelata. Jadi pada perhimpunan UMNO minggu depan kepada semua perwakilan UMNO yang dipilih untuk membincang dan mempersoal ahli parti dan pemimpin2 umno yang tak jalankan tanggungjawab serta amanah hendaklah dibahaskan habis-habisan dan dibangkitkan isu2 salahlaku pemimpin umno dan segera di hukum mereka yang telah memalukan umno selaku parti tunggak dalam komponent BN. Walaupun Umno dihina dan dicaci SAYA TETAP SAYANGKAN UMNO DAN TIDAK AKAN TINGGALKAN UMNO TETAPI TIDAK KEPADA PEMIMPIN YANG PENYANGAK DALAM UMNO. MEREKA2 INI HENDAKLAH DISINGKIRKAN DENGAN SEGERA. Sekian terima kasih diatas pandangan politik dan tegoran tuan blog. Saya setuju walaupun tuan bukan UMNO. Kalau untuk kebaikan apa salahnya jika kita setuju.

    ReplyDelete
  2. dlm sebakul ikan, xsmua ikan yg busuk dan perutnya pecah...

    ReplyDelete
  3. tapi dalam bakul umno semuanya haramjadah.....
    bangsat....
    kah...kah...kah...

    ReplyDelete
  4. eeeaaaiii apadaaaa,..
    tajuk pasal KWSP, boleh pergi ke NFC pulak !!

    dah tak ada modal ker ???

    ReplyDelete
  5. Kalau dalam isu NFC itu ada kesalahan dari segi undang-undang,
    laporkan segera ke SPRM !!

    Tapi kalau tak silap aku,..pemimpin pkr yang bakal di saman...sebab fitnah dan menyebar maklumat palsu..

    ReplyDelete
  6. PATI 1.56,

    yang haramjadah tuu,..pakatan !!

    sebab tak berdaftar !!

    buat-buat lupa pulak..

    ReplyDelete
  7. kalau kita report kita kena rompak dan yg merompak tu kita, polis pening kepala nak siasat.

    tp kalau kita tipu duit kita sendiri dan yg mengunakan duit tstb ialah kita maka terang terang kita di kenakan tindakan.

    moral story asd ialah tipu duit rakyat tak salah. tp tipu duit sendir tu yg salah.

    ReplyDelete
  8. anon 11:05 AM

    Jgn tunggu bulan jatuh ke riba.

    Sehebat hebat Dr Mahathir dia sendiri pun gagal utk ubah sikap dan pemikiran pemimpin umngok. sila baca teguran dia.. tu tah kali ke berapa tah..

    tny lah semua org peluang umno utk menunjukkkan tlh berlaku perubahan ialah kes lembu. hal ini tak perlu dibahas di dewan yg serba gah dan indah.

    umno boleh diubah dng satu peraturan yg ketat dan tindakan yg berani utk semua org. ingin sy berkongsi pengalaman. baru baru ini sy mengikuti rombongan pertunagan di ulu yam. waktu zohor di mesjid sy merakamkan gambar rombongan polis trafik motosikal. lalu sy kata kpd anak anak buah sy, tu lah kalau ketua convoy dia solat maka satu convoy pergi solat.

    bak kata peribahasa, syg kan bini jgn di tinggal tinggal kan.. sayang kan umno tinggalkan terus je..

    ReplyDelete
  9. wan ramlah

    ikan yg palin busuk dibawah sekali kira ok leee

    tp kalau yg busuk paling atas...! apa citenya.

    ReplyDelete
  10. HANYA MEREKA YG BETUL BETUL TERDESAK YG SANGGUP LAKUKAN PERBUATAN INI. KRN JUMLAH SIMPANAN DAN PENGELUARAN SIKIT LAH MAKA MUDAH DI LULUSKAN.

    DAH LAH TAK DE WANG MALAH DISURUH BAYAR DENDA..

    ReplyDelete
  11. mrk yg tipu pengeluaran EPF tu ,duit mrk sendiri ,cuma keluarkan lebih awal dari sepatutnya berapa sgt pun......yg tipu dan salahguna duit dana awam tu beratusan juta tu kenapa tak sumbat dalam penjara?

    ReplyDelete
  12. KWSP telah mengeluarkan pinjaman sebanyak 55 billion tp hanya satu daripadanya mendapat jaminan kerajaan. Inikah kerajaan yang bertanggungjawab kesayangan rakab? Dah la kakitangan awam diutamakan, duit epf pekerja swasta pulak di jadikan mcm duit poket pemberian mak bapak mereka oleh UMNO-Yahudi kesayangan rakab. Pinjaman 6 billion kepada Felda oleh KWSP belum terjawab oleh mereka dan adakah ianya mendapat jaminan kerajaan?. Igt jika tiada jaminan maka tiadalah jaminan duit itu akan kembali ke dalam tabung KWSP. Aku rasa byk lagi penyelewengan wang KWSP oleh UMNO-Yahudi apatah lagi dgn beban hutang yang makin meningkat akibat defisit belanjawan setiap tahun. Hingga ada kes di mana pencarum yang melebihi 55 tahun yg layak mengeluarkan kesemua wangnya tp 'dinasihatkan' tidak membuat pengeluaran atas alasan luar biasa. Apa duit sendiri pun kena ada alasan ka nak kluar bila dh layak?

    ReplyDelete
  13. non 3.07,

    Tujuan Felda keluarkan RM3.50 bilion daripada RM6.5 bilion pinjaman KWSP itu adalah untuk membiayai program tanam semula kebun peneroka, projek perumahan peneroka dan meningkatkan program Gedung Makanan Negara.

    Felda memang mempunyai rekod cemerlang dalam membayar balik pinjaman. Contohnya pada tahun lalu, Felda telah lunaskan bayaran balik kepada KWSP sebanyak RM99.00 juta dan anggaran bayaran balik pada tahun ini berjumlah RM270 juta.

    Untuk pengetahuan Anon 3.07, satu dunia tahu bahawa Felda pernah pinjam RM4.9 bilion daripada kerajaan, Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia, Tabung Kuwait dan Tabung Saudi dan kesemua pinjaman itu telah dibayar balik pada 2000, iaitu 14 tahun lebih awal daripada jadual pembayaran sepatutnya. Mana ada syarikat korporat yang cemerlang dalam membayar balik pinjaman seperti Felda.

    cuba kau fikirkan...

    jangan asyik nak buruk sangka jer...

    ReplyDelete
  14. apa2 ajelah rakab.. semua tahu hang sewel dan bangang.,, heeee

    ReplyDelete
  15. non 6.06,

    itu jer kemampuan kau counter komen aku..??
    memang patut pun pakatan kalah
    PRU13 nanti...

    heheheheeee..

    ReplyDelete
  16. rakab ooi,

    tulis panjang berjela......
    macam biasa bahalul juga.....
    biasalah baruah ni pun duduk dlm bakul umno...
    bangsatla tu...
    haramjadah la tu,,,
    kah...kah...kah

    ReplyDelete
  17. rakab oh rakab 4:29 pm

    habis tu kenapa nak pinjam dr kwsp? knape tak pinjam lg pd kjaan bank dunia bank pembangunan asia tabung ... apa apa lg lah...

    kalau kau ckp mcm tu semua yg memberi pinjaman akan buat tawaran lagi kpd felda.. bank kita pun tak berani bg lg .. sbb apa???

    kalau tak de masalah knape tak pinjaman dr semua peminjam yg kau sebut tu..

    siapa pengurusi felda? bukan kah dia pernah di kait kan dgn rasuah semasa pemilihan umngok

    ReplyDelete

  18. Saya telah berpikir bahwa semua perusahaan pinjaman online curang sampai saya bertemu dengan perusahaan pinjaman Suzan yang meminjamkan uang tanpa membayar lebih dulu.

    Nama saya Amisha, saya ingin menggunakan media ini untuk memperingatkan orang-orang yang mencari pinjaman internet di Asia dan di seluruh dunia untuk berhati-hati, karena mereka menipu dan meminjamkan pinjaman palsu di internet.

    Saya ingin membagikan kesaksian saya tentang bagaimana seorang teman membawa saya ke pemberi pinjaman asli, setelah itu saya scammed oleh beberapa kreditor di internet. Saya hampir kehilangan harapan sampai saya bertemu kreditur terpercaya ini bernama perusahaan Suzan investment. Perusahaan suzan meminjamkan pinjaman tanpa jaminan sebesar 600 juta rupiah (Rp600.000.000) dalam waktu kurang dari 48 jam tanpa tekanan.

    Saya sangat terkejut dan senang menerima pinjaman saya. Saya berjanji bahwa saya akan berbagi kabar baik sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman mudah tanpa stres. Jadi jika Anda memerlukan pinjaman, hubungi mereka melalui email: (Suzaninvestment@gmail.com) Anda tidak akan kecewa mendapatkan pinjaman jika memenuhi persyaratan.

    Anda juga bisa menghubungi saya: (Ammisha1213@gmail.com) jika Anda memerlukan bantuan atau informasi lebih lanjut

    ReplyDelete
  19. Dengan kegembiraan dan kebahagiaan yang besar, saya senang berbagi perbuatan baik 24HOURS FINANCE kepada keluarga saya dan stabilitas keuangan saya.
    Untuk beberapa waktu saya telah mencari pemberi pinjaman pinjaman swasta dan dalam proses mencari pinjaman pribadi, saya jatuh ke tangan pemberi pinjaman pinjaman palsu yang meminta uang dari saya yang saya bayar tetapi saya tidak mendapatkan pinjaman dari mereka. Saya juga menempatkan diri saya dalam hutang besar yang tidak saya tahu cara membayarnya.
               Jadi, saya mengeluh kepada polisi dan mereka bertanya kepada saya apakah pemberi pinjaman pinjaman pribadi yang saya hubungi memiliki situs web tempat mereka dapat memperoleh informasi, saya mengatakan tidak karena pemberi pinjaman yang saya hubungi tidak memiliki situs web perusahaan. saat itulah saya tahu bahwa sayalah yang kehilangan uang saya karena seharusnya tidak menghubungi perusahaan pinjaman tanpa situs web yang dapat dikunjungi karena itu adalah tanda perusahaan pinjaman palsu.
                 Jadi, suatu hari, saya membaca berita di situs blog, saya melihat komentar oleh Ny. Sarah Ward dan dia berkata bahwa perusahaan pinjaman mereka memberikan pinjaman dan dia juga menulis situs web perusahaan mereka yaitu: www.24hoursfinance.org dan email perusahaan mereka: 24hoursfinance.org@gmail.com
    Ini adalah kontak Whatsapp mereka: +1 (929) 251-1654
              Saya memutuskan untuk memeriksa situs web perusahaan, saya menemukan bahwa saya benar-benar melihat perusahaan pinjaman yang dapat diandalkan. jadi saya mengajukan pinjaman 300 juta dari mereka. Saya diminta untuk menyerahkan semua alat identifikasi saya dan setelah verifikasi informasi saya, saya diberi tahu bahwa permohonan pinjaman saya telah dikabulkan, pinjaman saya dipindahkan ke rekening bank saya. Saya berjanji pada diri sendiri bahwa saya akan melakukan yang terbaik untuk membagikan kisah saya sehingga orang lain dapat diselamatkan dari tangan pemberi pinjaman palsu.
    Anda dapat menghubungi saya untuk informasi lebih lanjut di email saya: rifkyseptiaji90@gmail.com
        Semoga Allah menyelamatkan kita semua dari apa yang tidak benar.

    ReplyDelete
  20. Dengan kegembiraan dan kebahagiaan yang besar, saya senang berbagi perbuatan baik 24HOURS FINANCE kepada keluarga saya dan stabilitas keuangan saya.
    Untuk beberapa waktu saya telah mencari pemberi pinjaman pinjaman swasta dan dalam proses mencari pinjaman pribadi, saya jatuh ke tangan pemberi pinjaman pinjaman palsu yang meminta uang dari saya yang saya bayar tetapi saya tidak mendapatkan pinjaman dari mereka. Saya juga menempatkan diri saya dalam hutang besar yang tidak saya tahu cara membayarnya.
               Jadi, saya mengeluh kepada polisi dan mereka bertanya kepada saya apakah pemberi pinjaman pinjaman pribadi yang saya hubungi memiliki situs web tempat mereka dapat memperoleh informasi, saya mengatakan tidak karena pemberi pinjaman yang saya hubungi tidak memiliki situs web perusahaan. saat itulah saya tahu bahwa sayalah yang kehilangan uang saya karena seharusnya tidak menghubungi perusahaan pinjaman tanpa situs web yang dapat dikunjungi karena itu adalah tanda perusahaan pinjaman palsu.
                 Jadi, suatu hari, saya membaca berita di situs blog, saya melihat komentar oleh Ny. Sarah Ward dan dia berkata bahwa perusahaan pinjaman mereka memberikan pinjaman dan dia juga menulis situs web perusahaan mereka yaitu: www.24hoursfinance.org dan email perusahaan mereka: 24hoursfinance.org@gmail.com
    Ini adalah kontak Whatsapp mereka: +1 (929) 251-1654
              Saya memutuskan untuk memeriksa situs web perusahaan, saya menemukan bahwa saya benar-benar melihat perusahaan pinjaman yang dapat diandalkan. jadi saya mengajukan pinjaman 300 juta dari mereka. Saya diminta untuk menyerahkan semua alat identifikasi saya dan setelah verifikasi informasi saya, saya diberi tahu bahwa permohonan pinjaman saya telah dikabulkan, pinjaman saya dipindahkan ke rekening bank saya. Saya berjanji pada diri sendiri bahwa saya akan melakukan yang terbaik untuk membagikan kisah saya sehingga orang lain dapat diselamatkan dari tangan pemberi pinjaman palsu.
    Anda dapat menghubungi saya untuk informasi lebih lanjut di email saya: rifkyseptiaji90@gmail.com
        Semoga Allah menyelamatkan kita semua dari apa yang tidak benar.

    ReplyDelete
  21. Berita baik untuk semua orang yang tertarik untuk mendapatkan pinjaman modal dan bentuk pinjaman lainnya untuk berbagai keperluan.
    Kami menggunakan platform periklanan online perusahaan kami untuk mengumumkan kepada masyarakat umum bahwa kami menawarkan pinjaman kepada perusahaan swasta, perorangan, pemilik bisnis e.t.c dengan suku bunga rendah.

    Ini untuk memberi tahu masyarakat umum bahwa perusahaan pinjaman kami adalah organisasi peminjaman global yang didedikasikan untuk menyediakan pinjaman tunai yang dijamin cepat untuk individu dan perusahaan yang memenuhi syarat dengan tingkat bunga subsidi per tahun. Kami telah membantu banyak individu dan organisasi yang menghadapi kesulitan keuangan di seluruh dunia. Saat Anda melamar bersama kami, Anda melamar dengan perusahaan tepercaya yang peduli dengan kebutuhan keuangan Anda. Kami akan mengurus Anda melalui seluruh proses.

    Datang ke kantor kami hari ini atau Anda dapat menghubungi kami melalui email Madam BRIDGET COOPER: COOPERBRIDGET22@GMAIL.COM

    Anda bisa mendapatkan pinjaman berikut dari kami;

    Pinjaman modal bisnis,
    Pinjaman pribadi,
    pinjaman perumahan,
    Pinjaman bebas hutang,
    Pinjaman pendidikan,
    pinjaman pendirian perusahaan,
    Pinjaman individu,
    Pinjaman perawatan kesehatan
    Pinjaman pertanian
    Pinjaman mobil

    Jangan ragu untuk Hubungi kami hari ini dan mengalami peluang perubahan kehidupan finansial yang ditawarkan perusahaan kami. Jadilah saksi penawaran kami hari ini sehingga Anda dapat memberi tahu orang lain yang membutuhkan pinjaman untuk juga mengalami kebebasan finansial yang Anda miliki.

    Sekali lagi Anda dapat menghubungi kami melalui email Madam BRIDGET COOPER: COOPERBRIDGET22@GMAIL.COM.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  22. kesaksian nyata dan kabar baik !!!

    Nama saya mohammad, saya baru saja menerima pinjaman saya dan telah dipindahkan ke rekening bank saya, beberapa hari yang lalu saya melamar ke Perusahaan Pinjaman Dangote melalui Lady Jane (Ladyjanealice@gmail.com), saya bertanya kepada Lady jane tentang persyaratan Dangote Loan Perusahaan dan wanita jane mengatakan kepada saya bahwa jika saya memiliki semua persyarataan bahwa pinjaman saya akan ditransfer kepada saya tanpa penundaan

    Dan percayalah sekarang karena pinjaman rp11milyar saya dengan tingkat bunga 2% untuk bisnis Tambang Batubara saya baru saja disetujui dan dipindahkan ke akun saya, ini adalah mimpi yang akan datang, saya berjanji kepada Lady jane bahwa saya akan mengatakan kepada dunia apakah ini benar? dan saya akan memberitahu dunia sekarang karena ini benar

    Anda tidak perlu membayar biayaa pendaftaran, biaya lisensi, mematuhi Perusahaan Pinjaman Dangote dan Anda akan mendapatkan pinjaman Anda

    untuk lebih jelasnya hubungi saya via email: mahammadismali234@gmail.comdan hubungi Dangote Loan Company untuk pinjaman Anda sekarang melalui email Dangotegrouploandepartment@gmail.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post