Adik Najib dapat Projek lagi??



Syarikat yang terbabit dengan projek e-mel 1Malaysia, Tricubes Bhd menerima surat anugerah pada Selasa lalu dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang melantiknya sebagai ejen kutipan saman trafik.


Sedikit berkenaan Tricubes Bhd..

Menurut maklumat rasmi, pemegang saham kedua terbesar Tricubes adalah Commerce Technology Ventures, ditubuhkan pada Julai 2000, dengan fungsi utamanya membekalkan modal untuk pembangunan teknologi. Sehingga hari ini, syarikat ini telah melabur di 22 buah syarikat, termasuk 10 buah syarikat telekomunikasi, enam syarikat advanced manufacturing, lima syarikat life science dan satu lain-lain.

Modal Commerce Technology Ventures dikendalikan CAV Private Equity Management Sdn Bhd, syarikat ini adalah salah satu syarikat di bawah CIMB Group. Menurut laporan kewangan Tricubes 2010, Commerce Technology Ventures merupakan pemegang saham kedua terbesar yang memegang 15.63% saham. Pemegang saham terbesar Tricubes adalah Khairun bin Zainal Mokhtar - selain memiliki 15.72% saham secara langsung, juga memiliki 14.17% saham melalui Ambank.

Commerce Technology Ventures Sdn Bhd, iaitu Private Equity Fund ditubuhkan Bank Negara bersama Commerce Group (atau Bumiputra-Commerce Holdings Berhad Group).

Commerce Group atau Bumiputra-Commerce Holdings Berhad Group kini telah dinamakan sebagai CIMB Group, diterajui oleh adik Perdana Menteri Najib Razak, iaitu Nazir Razak (gambar kanan).

Nazir Razak adalah Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group.

Sepenuhnya artikel mengenai Tricubes korang bacalah di (SINI)


******************************

Tricubes dilantik ejen kutipan saman trafik

Syarikat yang terbabit dengan projek e-mel 1Malaysia, Tricubes Bhd menerima surat anugerah pada Selasa lalu dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang melantiknya sebagai ejen kutipan saman trafik.

Menurut Bernama, pengumuman itu dibuat oleh Tricubes kepada Bursa Malaysia hari ini.

Dalam pengumuman itu, syarikat berkenaan, berkata bahawa kutipan saman trafik akan dibuat melalui Mesin Juruwang (ATM) dan pertanyaan mengenai saman trafik pula melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).

Tricubes pernah dilantik oleh kerajaan persekutuan untuk mengendalikan projek yang dikenali sebagai projek e-mel 1Malaysia.

Bagaimanapun, selepas dibidas hebat oleh para pengkritik, projek itu ditukar nama kepada perkhidmatan MyEmail.

Idea di sebalik projek berkenaan adalah untuk membekalkan kepada semua rakyat Malaysia dengan akaun e-mel yang selamat untuk urusan surat-menyurat dan urus niaga kewangan dengan agensi-agensi kerajaan.

Hujah kerajaan adalah kaedah ini akan menjimatkan dana awam kerana setiap urusan surat-menyurat boleh dikenakan bayaran sehingga RM1.

Projek yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak pada 19 April lalu itu sepatutnya bernilai RM50 juta tetapi perdana menteri kemudiannya menjelaskan bahawa inisiatif itu semata-mata dibiayai pihak swasta.

Susulan itu, difahamkan bahawa Tricubes akan mendapat potongan RM0.50 bagi setiap e-mel yang menggunakan perkhidmatan itu.

Malaysiakini

13 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Sorry Ahlee..

    Artikel yang lu copy dari Sungai Rapat n paste kat sini tu tak relevan dengan artikel ni.. jadi aku delete..

    ReplyDelete
  2. Habislah lepas nie puak2 polis diarahkan saman saman sokma berganda2 bagi memperkayakan syarikat pengutip saman... Makin banyak saman, maka banyaklah komisen yang depa dapat weiiiiiiiiiiiiiiii. PRU13 BN tumbang lingkup

    ReplyDelete
  3. kenapa perlu di swastakan kutipan saman,polis dah tak boleh ketok rumah orang ke,dulu sampai ketot rumah orang nak minta orang bayar saman,tapi kenapa nan di adakan satu syrikat untuk kutip saman??? nampak sangat saman pon nak di niagakan,oh malaysia ku...

    ReplyDelete
  4. PERSWASTAAN ADALAH MEROMPAK HARTA RAAYAT(KERAJAAN)MENJADI HARTA INDUVIDU.

    ReplyDelete
  5. emel 1malaysia? ape taik tu? xfemes kot? bape belas je registered account kat emel 1msia tu?

    projek emel ni, nak reg, kne baya ke? ape yg membuatkan ia lain dan lbih baik dr gmail hotmail ymail yg free2 tu?

    aku sungguh tak berminat. sile jgn jwb.

    ReplyDelete
  6. Aku tak minat lah dgn e-mail 1malaysia lagi pun e-mail yahoo,gmail tu free ..apa nak susah lagi....nak bayar saman ,PDRM atau Bandaraya buat lak website untuk boleh bayar saman online apa susah sangat..macam di luar negeri byr saman online je...tak payah lah nak swasta2..Swasta2 ini semua cara nak songlap duit.dah tu projek beri kat anak beranak n kunci2 sendiri lepas berapa bulan lingkup,,,entah lah apa nak jadi..

    ReplyDelete
  7. Biasa la...sebelum pak najib tumbang, dia kena la bagi projek byk2 kat kaum dia

    ReplyDelete
  8. ini lah cara senyap nak kurang kan kktgan dan pegawai polis. dr tambah pengambilan maka dibekukan.

    lepas 3-4 tahun serahkan semula kpd pdrm.

    peratus rm jumlah saman akan menjadi keuntungan syarikat sdgkan jumlah tsbt sepatutnya masuk ke dlm dana rakyat.

    ReplyDelete
  9. @ saman ekor - aku sependapat dgn kau. Dlu MYEG zaman pak lah hingga sekarang, dan semua org tahu itu KJ punya, skarang Najib pulak nak ambil bahagian. Mana boleh makan sorang beb. Sekarang kalau semua perasan setiap roadtax yang diperbaharui diwajibkan menggunakan khidmat MYEG, seolah2 beri bisnes percuma kepada mereka. Kenapa perlu ada pihak ketiga dalam urusan dengan kerajaan? Ini menggalakan pengaliran wang kepada pihak tidak bertanggungjawab padahal bila direct dgn kerajaan sekurang2nya boleh mengurangkan bayaran tambahan. Dan duit itu semestinya kembali kepada rakyat. Tp pemimpin2 UMNO tidak begitu, kerana apa saja urusan adalah bisnes, only bisnes. Byk lg penyelewengan daripada penswastaan yg dilakukan sejak dari zaman Dr Mamak tua nak mampos hingga sekarang. Boleh anda sebutkan satu penswastaan yang tak merugikan kerajaan? Contoh paling ketara indah water, tahun ini merupakan kali kedua ia diswastakan. Perlu diingat setiap kali kerajaan ambil alih sesuatu syarikat swasta yg gulung tikar, duit rakyat dipam masuk untuk menyelamatkannya. MAS,Perwaja, Putra LRT, Star LRT, KTM, Utusex Malaysia, TV3, NTV7,
    TV9, NST, indah water, DRB, proton adalah antara syarikat2 yg dibiayai oleh wang rakyat bg menyelamatkan kedudukan kewangan mereka.

    ReplyDelete
  10. AKU RASA NAJIB SEDANG MENGGALI LUBANG KUBUR DIA SENDIRI....HEHEHE

    ReplyDelete
  11. MASUK LUBUNG KUBUR OK LAGI

    DIA MASUK LUBANG TAIK... SEGALA JENIS TAIK ADA DLM LUBANG YG DIA MASUK NANTI.

    ReplyDelete
  12. Bab ni,..aku kurang faham...
    so,..no komen

    ReplyDelete
  13. anak beranak kerja merompak je dana awam.........tak cukup kaya lagi ke

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post