Air : Utusan sangka rakyat Kelantan bodoh macam pencacai UMNO.

KOTA BHARU, 24 Nov: Biar pun lima siri laporan khas dimuat Utusan Malaysia bagi memburukkan Kelantan berkaitan isu bekalan air bersih, namun ia dianggap belum mampu mengocak jiwa rakyat.

Ini kerana setiap hari mereka boleh minum, mandi, membasuh dan apa-apa sahaja kegiatan menggunakan air bersih dibekalkan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).

Malah, pelabur tetap memilih Kelantan sebagai destinasi pelaburan mereka. Seandainya bekalan air di sini kritikal mengapa mereka memilih mengembangkan operasi perniagaan di Kelantan.


Apakah agenda setting Utusan peringkat tertinggi itu mampu memperbodohkan rakyat Kelantan. Jawapannya tidak.

Begitu juga dakwaan isu air dicemari bakteria E.coli, mangan dan arsenik, sedangkan kadarnya lebih rendah berbanding negeri-negeri lain.

Misalnya kadar kandungan E.coli di Kelantan hanya sekitar 0.88 peratus berbanding Pahang (1.12 peratus), Perak (0.90 peratus), Perlis (1.21 peratus) dan Wilayah Persekutuan Labuan (1.01 peratus).

Pengurus Besar AKSB, Ir Mohamad Hanafi Mahmud berkata, kadar kandungan bakteria E.coli hanya dalam peratusan kecil, dan diatasi segera setelah dikesan kandungannya.

Lagi pun katanya setiap minggu sampel air di semua loji rawatan air AKSB dihantar ke Pejabat Kesihatan untuk dianalisis.

”Setakat ini tiada pun teguran dibuat jabatan terbabit berkaitan isu yang ditimbulkan sebuah akhbar arus perdana sekarang,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar, Datuk Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman (kiri) berkata, sebanyak 3531 sampel air dianalisis Jabatan Kesihatan dan hanya 31 kes sahaja dikesan ada kandungan E.coli.

”Persoalannya sekarang mengapa Kelantan sahaja yang digegerkan dalam media sehingga setiap hari disiarkan kenyataan negetif.

”Ini seolah-olah menggambarkan negeri lain tidak ada E.coli. Tidak selamanya rakyat mudah ditipu dengan maklumat berat sebelah seperti yang menjadi mainan Utusan Malaysia sekarang,” katanya di sini.

Malah kata beliau akhbar terbabit juga lupa tanggungjawab menyediakan perkhidmatan bekalan air adalah di bawah kerajaan pusat, dan kerajaan negeri cuma menyalurkan sumber air.

”Mengapa mereka tidak cuba rujuk kepada perlembagaan yang secara jelas menerangkan perkara itu. Jangan cuba hendak kelirukan rakyat.

”Memandangkan tugas tersebut tidak dilaksanakan kerajaan pusat, kerajaan negeri terpaksa mengambil alihnya bagi memastikan kesejahteraan kehidupan rakyat.

”Cuba bayangkan pula usaha kerajaan negeri mahu meningkatkan bekalan air tidak mendapat kerjasama kerajaan pusat dalam tempoh begitu lama.

”Selama 13 tahun Kelantan diketepikan mendapat sebarang peruntukan. Usahkan peruntukan, pinjaman pun tidak diberi pada awalnya,” ujarnya.

Beliau berkata, sepanjang tempoh itu prasarana bekalan air tetap juga dipertingkat termasuk mendapat pinjaman daripada institusi kewangan.

Hanya pada 2003 barulah pinjaman mudah diluluskan sebanyak RM600 juta, itu pun diberi bukan sekaligus, sebaliknya sedikit demi sedikit.

Menurutnya Md Anizam hasil kesungguhan kerajaan negeri sehingga sekarang hampir 70 peratus rakyat Kelantan mendapat bekalan air bersih disediakan AKSB.

Harakahdaily

14 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. umporno mmg pembohong terbesaq, saya selalu pi klntn,mana ada pelacor lansung,jalan raya dia elok ja lansung takda lobang satu pun,rata ja jalan dia,bangunan pun maju belaka.ayaq pun elok ja bersih.org dia semua ramah.kata pemimpin dia suka maki hamun org la bagai,saya selalu pi nengok ceramah depa,semua lembut ja cakap dari mula sampai habis.depa nak teriak pun segan tau dak apa lagi maki hamun hampeh umno woi!.kata ada tokong besar,mana ada tokong lansung.satu pun takda,pembohong punya umno..poraaa cit umno tipu hari hari.tumbang la hang umno woi.

    ReplyDelete
  2. takda pelacur pasai ko tak kenal jalan hamzah
    jalan berlobang pasal ko jalan bandar k.b ja
    air bersih pasal ko mandi kat hotel ja
    ceramah tak maki pasal dia tak maki kat ko
    tak dak tokong pasal ko tak pegi kat tumpat.
    Gambar sijil tu yang selamat adalah pekerja loji air tu , air dari loji tak selamat pun nak minum.
    70% penduduk dapat air tapi yang 100% daapt air keledak dan selalu putus-putus buat apa ??
    dah dapat rm600juta tapi kemana duit tu dibelanja ??? tukar paip pun guna paip poly.... macam mana tekanan air nak kuat....

    ReplyDelete
  3. to anon 7.31


    2 tahun lalu aku dah sampai jalan hamzah, dah pusing2 pun. Tapi macam tak ada apa2 pun. Kalau setakat 2 atau 3 sosok yang berlonggok, aku anggap bukan pusat pelacuran. Bila-bila pun mereka boleh disuraikan tanpa kekerasan.

    Masuk dari Gua Musang hingga ke KB, jalan pun elok. (Kalau kau org KL, cuba jalan kat Jalan Genting Kelang sebelum simpang MRR2 selepas Kolej TAR), Camel Adventure tu. Dari KB memasuki Besut pun aku rasa macam ok jer. Nak sestandard Spore tu tak ada lah.

    Memang betul lah aku duk hotel, sebab tu aku tak rasa kualiti air dari pili penduduk.

    Pada pendapat aku tak ada masalah dengan kewujudan tokong di Kelantan.

    Sebagai rakyat Kelantan dan mungkin berpartikan UMNO, anda sepatutnya bersatu padu mendesak agar rolayti diberi kepada kerajaan negeri bagi meneruskan pembangunan material di negeri ini.

    Jiwa GonCang

    ReplyDelete
  4. selagi kelantan di bawah PAS, tiadalah laporan yg baik kluar dlm UTUSANPORNO & TV3 1/4. sblum PRU 2008, mana ada laporan buruk ttg kerajaan sgor, PP, kedah. alih2 bertukar kjaan, teruk negeri ni diburuk2kan.
    andai kata johor, ns, melaka, tganu dll negeri jatuh ke PR, samalah truk diserang oleh maharaja2 fitnah ni. byklah citer2 buruk yg disembunyikan bawah karpet oleh kerajaan negeri sebelum ini selama ni yg haram media2 BN dedahkan!

    apa nk harap dgn UTUSANPORNO. bcanya dan anda 6B atau lebih lg -BODOH, BANGANG, BENGONG dsbnya.

    apa nk hrp dgn TV3 1/4. dia je boleh londeh kain org & tgk batang tubuh org utk diaibkan. bila kna batang tubuh sendiri spt dakwaan blogger ttg gangguan seksual oleh sorang pengurus atasan Media Prima terhadap wartawan2 wanita, pandailah tv3 1/4 ni menafikan dan menganggap dakwaan ini boleh menjejaskan krebiliti dan maruah sykt. tau pulak bercakap hal maruah!

    ReplyDelete
  5. Najib dah pancut air bersih kedalam lubang altantuya.....
    air yg paling bersih...
    tu la sebab sampai membunuh...
    mat kaki burit...ooi mat memburit..
    kah...kah...kah...

    ReplyDelete
  6. Kalau Utusan tak kata air di Kelantan kotor. TPM pi Kedah dia tak bolehlah nak kata agar rakyat Kedah jangan mengulangi kesilapan kerana memilih PAS. Takkan TPM nak cerita tentang 'Feed The Lord' yang dianugerahkan kepada Lembu.

    UMNO terpaksa mencipta isu, untuk memboleh isu yang lain dibincangkan.

    ReplyDelete
  7. ANOY 7.31
    jangan lah jadi bodoh,orang kelantan pon juga pakai penapis air yang berlambak di jual di pasaran,kalau bab pelacur aku rasa kau silap sbb di golok tu lagi ramai pelacur,buat apa cari masalah di jalan hamzah,dah tu kenapa kau tak komplen jalan haji taib?
    pada aku kelantan best place to live

    ReplyDelete
  8. Timbalan Lembu Umno kaa Kerajaan Kelantan tak da duit nak menaiktaraf kualiti air di kelantan. Kerajaan Kelantan nak minta peruntukan dari kerajaan Lembu Umno utk pembangunan, Kerajaan Lembu Umno tak nak bagi.

    So, Aku cadang kan agar rakyat Kelantan segala bentuk cukai di beri terus kepada kerajaan negeri, jangan kasi langsung pada kerajaan pusat lembu. Sebab kalau kasi kat kerajaan pusat lembu umno tu, tak dak faedahnya. Dia orang buat macam harta mak bapak dia orang punya ja. Lepas tu kudukut pait bila nak minta bantuan peruntukan.

    Aku pasti jika segala bentuk cukai diberi terus kepada kerajaan negeri, pasti negeri kelantan akan lagi maju dpd negeri2 dibawah kerajaan pusat lembu tu.

    Cukai dpd kerajaan negeri kelantan nak, tapi, bila kerajaan negeri kelantan nak bantuan peruntukan utk pembangunan tak nak bagi.

    Memang jenis PENYAMUN Umnopurno ni.

    ReplyDelete
  9. Sebut pasal PERLACUR ni...
    Kau orang pergi la survey kat tempat2 yang aku sebutkan di bawah ni kat KL

    1. Lorong Hj Taib
    2. Jln Tunku Abdul Rahman
    3. Jln Bkt Bintang
    4. Jln Embi
    5. China Town dkt Pudu
    6. Jln Tun Sambantan
    7. Kat Hotel 5,4,3 & 2 bintang yang berselindung menawarkan perkhidmatan SPA & HEALT (SPA BOLEH...URUT BOLEH...PACKAGEPUN BOLEH).

    Kalau tak caya, hampa boleh cuba try, test...

    ReplyDelete
  10. Cuba kau tengok sendiri video air paip di Kelantan, di blog media permatang pauh,...kemudian baru komen..

    ReplyDelete
  11. non 5.32 ni,..bapak ayam ker ??
    semua tempat dan hal pelacur ni dia tahu..

    heheheheeee...

    ReplyDelete
  12. tu lah kau rakab oh rakab.

    tahu jalan tu bukan pasal org tu bapak ayam tp tempat tu dah bertapak semenjak umno mengaku pemimpin umno tu bukan nya kafir.

    buat dia mengaku dia bapak ayam dan dia kata yg xxxx dan xxxx kau pun ada kat situ camne ? org akan percaya sb kau yg kata dia bapak ayam. so jaga lah niat bila nak berhujah.

    mcm jgk kau ckap cuma satu je jenis je botol sos dlm KR1M tak kan semua barang jenis lain yg rosak. cuma satu video air paip je...

    mcm lah kita org tak de sedara kat sana.. dah beranak bercucu dia org.. boleh lg ramai ramai g stadium sokong red warriors.

    kalau dia org sakit jgn kan nak tenguk bola yg nak main bola tu pun lemah sb minum air yg dikatakan kotor.

    ReplyDelete
  13. cik PATI 8.12,

    Aku tak menuduh,..aku bertanya..
    kan ada tanda soalan tu..
    lagi pun dia yang bagi banyak info
    pasal bab pelacuran tu,..siap suruh cuba lagi...tentu laa menimbulkan kemusykilan..!

    Kau dah tengok video tu ke belum ??
    tengok dulu kemudian nilaikan..
    Video di blog GAP. Bukan konon kotor,..tapi memang kotor ..macam air kopi !!

    Ramai rakyat Kelantan terpaksa cari alternative lain seperti air perigi sebab nak hidup !

    ReplyDelete
  14. rakab oh rakab..

    pernah x ko terfikir knp utusan yg ko dewa2kan lapor kelantan je airya kotor, negeri lain bwh umno tu mmg bersih ke?

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post