KUALA LUMPUR, 29 Nov: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menganggap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merujuk kepada Zimbabwe dan Myanmar berhubung himpunan aman tanpa senjata.
Menurutnya, di ambang Hari Malaysia yang ke-48 pada 15 September lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan bahawa kerajaan akan mengkaji semula Seksyen 27 Akta Polis untuk menyelaraskannya dengan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan rakyat untuk ‘berhimpun secara aman dan dengan tidak bersenjata’, dan supaya mematuhi norma-norma antarabangsa.
“Malangnya, tidak disangka bahawa negara-negara ‘antarabangsa’ yang dirujuk beliau merupakan negara-negara Zimbabwe dan Myanmar,” katanya.
Namun sekarang, kata beliau nampaknya negara Myanmar pun sudah menjadi sebuah negara demokratik yang lebih bebas jika dibandingkan dengan Malaysia.
“Rang Undang-Undang yang baru diluluskan oleh Parlimen Myanmar hanya memerlukan pemberitahuan awal kepada pihak polis selama 5 hari, manakala Rang Undang-Undang yang dibentangkan dalam Dewan yang mulia ini memerlukan pemberitahuan yang jauh lagi awal,” ujarnya yang juga ahli Parlimen Bagan ketika membahaskan Rang Undang-undang Perhimpunan Awam di Dewan Rakyat, petang ini.
Katanya, sungguhpun Perdana Menteri mengumumkan pindaan akan dibuat agar notis pemberitahuan dipendekkan daripada 30 hari kepada 10 hari, ia jauh lebih panjang daripada apa yang diamalkan daripada sebuah negara berkuku besi seperti Myanmar.
“Adakah Malaysia kini lebih teruk daripada Myanmar?” soalnya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.
Ini, tegasnya jelas membuktikan bahawa Program Transformasi Politik yang diuar-uarkan adalah satu penipuan semata-mata.
Dalam ucapannya tempoh hari, ujarnya Perdana Menteri telah menyatakan bahawa rang undang-undang itu akan menjamin hak rakyat untuk berhimpun secara aman dan tanpa bersenjata, tetapi hakikatnya ia adalah satu cubaan untuk meningkatkan kawalan dan larangan ke atas hak rakyat untuk berhimpun secara aman.
Beliau berkata, jelas juga bahawa rang undang-undang yang dicadangkan intu telah mengambil petikan-petikan yang berbunyi merdu daripada undang-undang negara demokratik lain seperti Queensland dan United Kingdom, dan telah memutar-belitkannya kepada alat untuk menindas rakyat.
Justeru, beliau ingin bertanyakan sama ada rang undang-undang itu diciplak daripada model Queensland Peaceful Assembly Act 1992 dan sekiranya ya, mengapa tidak mengikuti keseluruhannya yang berteraskan hak asasi manusia.
“Sebaliknya yang baik tidak diikuti iaitu rang undang-undang ini telah ambil yang keruh, buang yang jernih pula,” ujarnya lagi.
Justeru, beliau menegaskan DAP dan PR menentang Rang Undang-undang Perhimpunan “Haram” yang akan mengharamkan hak berhimpun, memberikan kuasa mutlak kepada polis yang memihak kepada BN untuk membenarkannya atau tidak dan menghakis lagi hak asasi manusia di Malaysia.
“Jangan cemarkan imej negara Malaysia dengan meluluskan Rang Undang-undang ini. Rang undang-undang ini tidak boleh diselamatkan dengan apa-apa pembetulan atau pindaan, dan harus ditarik balik dengan serta merta dan digubal semula,” katanya.
Harakahdaily

memanglah lim guang eng akan cari alasan untuk mengelak perhimpunan secara aman . DAP menjadikan amalan perarakan kemenangan pilihanraya kuala lumpur 1969 sebagai rujukan .
ReplyDeleteMereka cuba mengelak perhimpunan yang dibuat secara aman . kerana bagi mereka perhimpunan yang ditagih adalah perarakan besar yang menyusahkan rakyat dan menimbulkan suasana huru-hara seperti BerShit 2.0 .
Sifirnya mudah kalau berlaku ketegangan kelompok atau kaum dalam masyarakat , makin mudahlah mereka mendapat kuasa politik .
Bodohnya anak lim kit siang ni , RUU itu menjamin hak rakyat untuk perhimpunan secara aman , terkawal dan diawasi polis lah . RUU memanglah tak kasi lu bikin kecoh .
Najib juga mengambil Mesir sebagai teladan. Hosni Mubarak dah jatuh. Sekarang kita akan jatuhkan Najib pula. Kalau di Mesir Hosni lari macam anjing cawat ekor, maka di Malaysia kita akan ajar Najib melalui peti undi.
ReplyDeletehahha..pok cik abnabdhalim oi..mari kita tgk sape yg akn kene ajar..dh bermcm2 penipuan nuar juburi buat..tp rmai lg pencacai2 nuar kepart ni rupenye..mari kita humban pr terutamanya pkr n dapig dlm laut lps pru13 nnti.
ReplyDeletebodohnya anon 4.33..
ReplyDeletesi bengap ni x baca dan tak paham k kandungan APA? pas tu bagi komen sengal.. apa punya bangang da..
si bodoh 5.53 pun satu.. kalau anwar tipu dh lama utusan spin penipuan dia, tp sehingga skrg tak dpt korek. canggih k anwar ni hingga utusan & media kerajaan x dpt detech penipuan anwar tp kisah liwat dan seks dlm kelambu dpt selongkar pulak. kenyataan pencacai UMNGOK macam 5.53 langsung menunjukkan kebodohan tahap melampau!
ReplyDeletePM M'sia sudah mula merasa bimbang kebangkitan rakyat. Jika rakyat semakin cerdik, confirm Umno (BN) akan tumbang. Menggunakn senjata fitnah & penipu adalah tanda parti Umno sudah hampir ke penghujung hayat.
ReplyDeletenak habaq mai..
ReplyDeletemasa kita dok dapat ayaq free hari tuh,penghujung hayat depa dah tuh,hang lambat buat analisa nak habaq mai.
wooi badaq ayaq,
ReplyDeleteKelantan tu dapat ayaq kopi free..
keluar ikut paip..!!
sesekali dia keluaq teh 'beng' pulak !!
pandainya Pas Kelantan uruskan ayaq,....aku heran laa,.. macam mana ppemimpin Pas Kelantan mandi junub pakai ayaq kopi..
hahahahaaaaa...
nak habaq mai
ReplyDeleterumah2 org baik2,ayaq dia keluaq jernih nak habaq mai.lain kali hang periksa dulu,dok main serbu.
INILAH CONTOH PEMIMPIN YANG MELANGKAH KEBELAKANG..
ReplyDeleterakab.ayaq paling bersih dalam mesia ni.ayaq dari najib kat PD ja yg disahkan bersih lagi suci dan murni.nak habaq mai...syukoq dpt ayaq free
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!