Azman Mokhtar dan Tony Fernandes tipu rakyat - Bung Mohtar

KUALA LUMPUR, 14 Nov – Beberapa ahli Parlimen Umno hari ini menuduh Tan Sri Azman Mokhtar dan Tan Sri Tony Fernandes telah menipu rakyat dalam urusan perjanjian saham melibatkan Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia Ogos lalu.


Dari kanan, AirAsia chief executive Tony Fernandes, Pengerusi Malaysia Airlines Md Nor Yusof
dan Pengarah Urusan Khazanah Nasional Azman Mokhtar.


Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mohtar Radin mahu Azman, ketua eksekutif Khazanah disoal siasat ekoran keputusan agensi pelaburan kerajaan memutuskan untuk menukar 20.5 peratus saham dalam MAS bagi mengambil 10 peratus saham dalam AirAsia.


“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus memanggil Tan Sri Azman... kesemua mereka... jika ada penyelewengan, humban mereka ke dalam penjara,” kata Timbalan Pengerusi BN-BBC ini di Dewan Rakyat hari ini.

“Bagaimana Khazanah boleh diperbodohkan, macam mana boleh jadi bodoh, diperdayakan oleh Tony Fernandes. Jika saya berada dalam kedudukan, saya akan letak jawatan daripada menyusahkan orang lain,” katanya lagi.

“Kemungkinan mereka bukan bodoh. Kemungkinan mereka mendapat keuntungan besar dengan mengaut wang rakyat,” kata beliau dengan kedudukan Tune Air, milik Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, kini memiliki satu perlima pegangan dalam MAS.

Ahli Parlimen Sri Gading Mohamad Aziz juga mendakwa AirAsia dengan jelas menipu publik dan “sekarang cuba untuk menipu MAS.”

“Jika orang macam ini (Fernandes) menguasai kita, astaghfirullah,” katanya ketika membahaskan Bajet 2012.

Bung Mohtar juga berkata bahawa kerajaan tidak harus takut dengan Fernandes.

“Apa sahaja beliau mahu, kita beri. Beliau mahu kenakan caj tambahan bagi lebihan (muatan) bagasi dan hisap darah rakyat miskin.

“Sekarang saya dengar beliau ada rancangan untuk mengambil alih keseluruhan penerbangan dalam negeri dan MAS hanya akan ada penerbangan antarabangsa,” kata beliau sambil menambah, “jika kita beri yang ini kepada beliau, negara akan rosak. Ia tanda berakhirnya dunia bagi kita,” kata beliau lagi.

Katanya, jika kerajaan tidak boleh memberi jawapan yang memuaskan, bermakna “pegawai-pegawai kerajaan bersubahat dengan AirAsia dan ada kepentingan peribadi.”

Perjanjian pertukaran saham antara MAS-AirAsia berhadapan dengan kecaman daripada ahli-ahli politik dan kesatuan sekerja syarikat penerbangan kebangsaan itu.


The Malaysian Insider

12 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. NAMPAK SANGAT PRU DAH DEKAT SANGAT........AP BN DAH MULA BUAT CERITA LAWAK........HAHAHAHAHAHA....

    GENERAL ELECTION JUST AROUND THE CORNER.......

    ReplyDelete
  2. BN UMNO memang bodoh mengaku cerdik sebab boleh cekik darah rakyat. dah heboh 1Malaysia MAS akan kehilangan penerbangan dalam negeri terutama KLIA ke Sabah dan Sarawak,Air Asia akan monopoli semua. Bung Muktar tak ada saham dalam AirAsia,sebab tu dia bising,kalau dapat makan seposen dua mesti tutup mulut rapat. Haram jadah punya BN UMNO,menyusahkan rakyat seumur hidup...

    ReplyDelete
  3. Abis tu puak2 PR mane pegi plak, senyap sunyi jer...ahli parlimen komplen pn salah, x komplen pn salah...ape nk jadi ngan ko ni fadzli? at least ada jugak komplen walau dr mane2 parti pn x kisah, demi rakyat...jgn taksub sgt ler...

    ReplyDelete
  4. jack sparrow.. PR dah lama komplen dan dok selalu komplen tapi takdak apa2 tindakan. MP BN? kenapa sekarang komplen? bukan sejak dulu lagi kena komplen apa? Hang tak paham maksud Fadzli ka? Nak komplen sekarang dah terlambat... Cerdik depa baru timbul jee.. heee

    ReplyDelete
  5. dah lama puak2 ni menipu....
    tinggal tak potong lidah lagi....

    ReplyDelete
  6. jack sparuh kau pun sama mcm bung baru skg nak komplen. dulu lg Pakatan dah bising siapa sebenar nya yg belakang tony. Mana tony boleh buat sorg sorg.. pelabur asing yg terror luar negara pun akan cari puak umno. ini kan pulak tony.

    by the way, tony dah ke langsaikan utang dgn MAB? dan apa jd anwar suarakan ttg duit billion yg hilang tu?

    ReplyDelete
  7. bungkan aje fakta merapu tu memang PRU dah dekat.Jangan percaya

    ReplyDelete
  8. Salam semua.
    Alhamdullilah... baru nampak cerdik sikit en bung & muhd aziz. baru lepas melalui tahap intro. nak jadi pembela rakyat yang dan lama tertipu.. teruskan ke tahap berikutnya.
    Bangkitlah wahai bangsaku yang Allah anugerahkan iman & akal. jangan terus terlena.... jangan biarkan melayu atau mengaku melayu duk terus menipu.
    Gunakan hati yang bersih untuk membersihkan segara kemungkaran & kemaksiatan. dari kepala hingga ke ekornya. Kepala yang bersih & sihat mampu membersihkan badan hingga ke ekor..
    Wallahhualam.

    ReplyDelete
  9. Agak-agaknya keputusan di buat oleh Ketua Eksekutif Khazanah tu dibuat sendiri ke? Besar keputusan dia buat tu masakan takde ARAHAN DARI PEMIMPIN NEGARA.

    Air Asia naik mendadak tu, takde pertolongan dari pak-pak menteri ke? sampaikan MAS nie kerdil dibuatnta Air Asia?

    HARU BIRU PUAK-PUAK LEMBU FIDLOT NIE.

    -wakleman

    ReplyDelete
  10. Aku tak percaya 100% dgn puak2 UMNO-APCO ni. Ini semua wayang kulit belaka. Korang pikir la sapa nak pecahkan pekung di dada sendiri. Puak2 ni igt dgn kononnya menentang yg batil segala kesalahan dan penyelewengan diri sendiri akan selamat ke? Aku igt lagi waktu pak lah bodowi, bukan main canang nak banteras rasuah, sana sini tangkap ikan jerung (kononnnye). Lepas jer NajibRosmah jd PM kita dikejutkan dgn skandal PKFZ, pada hal itu kes dari zaman Dr Mamak lagi. Yang bestnya semua menteri kabinet kena tipu. Apa bodoh sgt ke menteri kabinet BN ni? Ke pura2 bodoh tp poket berisi.

    ReplyDelete
  11. semua yg kita dengar,lihat,baca tentang kerajaan BN adalah salah urus, silap teknik, seleweng, dll yg gelong tapi ada org yg salahkan pihak lain taukan BN perintah dah lama dahhhhhh...klau nak pertahankan x salah biaq la betui fakta jng jadi KJ sudahla

    ReplyDelete
  12. Bini Najib byk wat benda btol ke? byk salah dr btol.

    tgk la report card (Laporan Audit). dpt nombor COROT. Cikgu dah bg nasihat/rumusan. nombor COROT sgt, banding ngan bdak2 pandai (Negeri2 Lain). kalu Cikgu tu nak guna ayat kasar, die akan kate "BODOH BANGANG BAHALOL, kcik2 da bodoh, GELAP MASA DEPAN". jajaja

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post