Pakatan Rakyat hari ini mendakwa kira-kira RM1.4 bilion daripada Bajet Wang Luar Jangka atau peruntukan kecemasan Perbendaharaan Negara telah lesap.
Dana itu dbekalkan mengikut Perkara 103 Perlembagaan Persekutuan, bagi peruntukan tambahan RM1.5 bilion, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut beliau, peruntukan itu dinyatakan dalam Laporan Perbelanjaan Persekutuan 2010/2011 yang dibentangkan bersama-sama dengan Bajet 2012.
Perkara 103 menyatakan: "Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan bagi mewujudkan suatu Kumpulan Wang Luar Jangka dan memberi kuasa Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan, jika berpuas hati bahawa telah timbul keperluan perbelanjaan yang mendesak dan di luar jangkaan yang baginya tiada peruntukan lain wujud, untuk membuat pendahuluan daripada Kumpulan Wang Luar Jangka itu untuk memenuhi keperluan itu.
“Jika apa-apa pendahuluan dibuat mengikut Fasal (1), suatu anggaran tambahan hendaklah dikemukakan dan suatu Rang Undang-Undang Perbekalan dibawa dengan seberapa segera yang mungkin bagi maksud menggantikan amaun yang didahulukan itu.”
Anwar pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini berkata: "Walau bagaimanapun, Laporan Ketua Audit Negara 2010 menyatakan bahawa hanya terdapat baki RM79.147 juta daripada dana negara itu.
"Ke mana perginya wang itu? Lebih serius lagi, di mana RM1.4 bilion telah lesap? Saya tidak fikir Jabatan Audit (membuat kesilapan), mereka lebih teliti apabila membabitkan perakaunan."
Bagi Anwar, kelewatan 17 hari Laporan Ketua Audit Negara, tahun ini dibentangkan mungkin ada kaitan dengan perkara berkenaan.
Malaysiakini

Biasa lah tu ... Ikut Slogan
ReplyDelete"Satu Lagi projek Barisan Nasional "
he...he...he...
ahh! anwar ni pon bkn boleh percaya sangat..kadang2 bohong gak..huhuhu
ReplyDeleteNi semua kerja pak rogol parti yg disanjung org melayu buta perut...lebih2 lagi manusia mcm rakab dan Ppas....rakyat mati kebuluran pun mereka tak kesah asal perut mereka saja yg kenyang..
ReplyDelete1.5b tu ntok create Facebook Najib Bini Rosmah. susah nak maintain tu, beb. koh koh koh.
ReplyDeleteeh. salah bace. 1.4b la
ReplyDeletetp FB PokJib da kne spam. maklum la, "org tua HOT". stiap minit ade kritikan.
Semua rakyat tak paham ke? kami semua PEJUANG MELAYU dan terbukti selepas cium keris, kami mahukan kehidupan mewah di dunia dan rakyat tak berhak mempersoalkan apa saja tindakan kami. Tugas kami sebagai pemimpin sgt berat, siang malam pikirkan masalah negara termasuk masalah yg kami ciptakan sendiri. Rakyat? makan jer la apa yang ada, ulat dalam batu pun boleh hidup what?
ReplyDeleteTEORi rahman
ReplyDeleteok laa dsai kdg2 ckp bohong,
yg puak2 belah sana tu kdg2 je ckp betul
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!