Bapa Bob Lokman saran Bob tukar nama..



KOTA BHARU - Bapa kepada pelawak dan penulis lirik, Bob Lokman, Lokman Ahmad, 73, sehingga kini belum mengetahui perkembangan terbaru anaknya itu.


Beliau berkata, Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, 47, pernah dihubunginya ketika berita penahanan anaknya itu dihebahkan menerusi media, namun belum sempat berbual dengannya.

“Mengikut media, Bob ditahan tetapi sudah dibebaskan. Saya kira, Mohd Hakim tidak patut ditahan kerana dia bersyarah mengenai agama dan jika difikirkan, ia sama seperti orang tabligh menyebarkan agama, tetapi tabligh tidak pula ditahan.

“Mungkin nama Bob itu perlu ditukar kepada Ustaz Mohd Hakim kerana saya rasa, itulah nama serasi memandangkan dia mempu­nyai latar belakang pengajian agama,” katanya, semalam.

Beliau berkata, nama ‘Ustaz Mohd Hakim’ dicadang­kan berdasarkan Bob ketika bersekolah di Maahad Hami­diah Kajang pernah menjadi juara syarahan dan merupakan cicit kepada ulama terkenal di Kelantan, Tok Kenali.

Menurutnya, penahanan dibuat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dirasakan tidak adil kerana anak lelakinya memberi syarahan agama dalam masjid, bukan berbuat perkara tidak sopan.

“Sepatutnya, jabatan agama tangkap mereka yang melakukan perkara tidak sopan seperti mengadakan majlis tarian, seks serta menyanyi, bukan orang beri ceramah agama,” katanya.

Oktober lalu, Jais menahan Bob Lokman, setelah didapati memberi ceramah tanpa tauliah di hadapan kira-kira 70 jemaah di Masjid Kampung Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor.

Sinar Harian

25 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Tengku Cik Tengku JamilNovember 14, 2011 at 3:30 PM

    molek benar jika artis menyanyi pun kita tangkap. lagipun yang menyanyi tu dah tentu tak tutup aurat, suara pun aurat juga, akan tetapi kerana ada pihak tertentu sayang kepada melodi yang berbaur kesyahwatan duniawi ini, maka mereka hanya pandang yang bercakap soal agama. setuju sangat, budak tabligh tu boleh pulak sana-sini bagi tazkirah, mereka selalu sebut FIKIR ATAS IMAN, KELUAR KE JALAN ALLAH, marilah tuju masjid dan surau, baca kitab Maulana Zakariya, Fadhilat Amal, jangan baca kitab lain. betul juga kata Pak Lokman. Bob layak bercakap soal agama kerana dia berlatar agama, bukan dari keturunan darah bangsawan atau artis veteran yang huha-huha tuh!

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar..

    Kenyataan dari seorang ayah, cucu tok kenali dan muslim..

    semoga pihak berkuasa memBUKA mata hati, jangan memBUTAkan mata hati mereka..

    Amin..

    ReplyDelete
  3. Nmpakny tk dptlah lagi dngar lagu ciptaan Bob ni. Kumpln Wings meletup pn hasil penangan dia ni & namany secara tiba2 mendadak naik. Skrg langkh prtamany ceburi politik dh nmpak brkesan. Mungkin sedikit masa lagi akan meletus gak mcm ne dia letupkn album Wings dulu.

    Bob Lokman.. pakar letupan

    ReplyDelete
  4. ahahahhaaa...iman seseorg tu xdpt diwarisi sec keturunan..biar la die keturunan tok kenali sekalipun..kalo undang2 pon xreti nk ikut..mmg bgs bg ceramh agama...tp xdptkn la tauliah..majls agama islam sel tu kn bwh hasan ali..mmg tauliah ni penting...kalo x rmai la org2 tok guru ajaran sesat bg ceramah kt masjid2...yg bobo ni xnk dptkn tauliah kenape plak...dh tu bile suh dtng utk dptkn keterangn xnk dtg plak..mamat gemuk ni sengaja cipta isu..pencermh pas lain xde plak mslh..

    ReplyDelete
  5. Bob Lokman sebenarnya telah mencemarkan nama baik keturunan Tok Kenali.

    Beliau pernah disingkirkan oleh bapanya kerana menceburkan diri dalam bidang hiburan.

    Bob Lokman memang tidak layak mengajar agama. Dia hanya menumpang nama besar Tok Kenali semata-mata untuk kepentingan politiknya semata-mata.

    Ahli agama apakejadahnya yang berucap di pentas-pentas politik dengan memaki dan mencerca pihak dari parti saingan !!

    Dari seorang penulis lirik, pelakon, menyanyi dan mengelinjang atas pentas raja lawak,.. tiba-tiba menukar penampilan dengan berkopiah putih, berkain pelikat, memelihara janggut dan bertongkat seolah-olah mahu menunjukkan kepada dunia kononnya dia seorang yang zuhud dan warak.

    Semua orang boleh nampak sandiwara yang di mainkannya,...termasuk laa orang buta..!!

    ReplyDelete
  6. budak UMNO balaci yahudi - bapak Moooyidin juga guru agama yang mendidik mat indera tp bolehkan di warisi imannya? Anak Mooooyidin menang anugerah AIM walaupun nyanyi tak sehebat mana. Klu ikut hati semua award dia nak sapu walaupun dlm kategori yg tak tercalon. Itu belum aku sebut bapak badawi lg...tp aku rasa bapak kau mungkin jauh panggang dari dapor gas.

    ReplyDelete
  7. Wooit bahalol,

    anak Muhyidin ada mengajar agama ker..??

    ReplyDelete
  8. boleh kan Ayah PIN kita panggil ustazz...

    ReplyDelete
  9. tok kenali ....memang ulamabesar..dah diiktiraf....semua...tapi bob yang ku suka dolo...kini dah berubah...kalau nak ceramah pon...biar lah penceramah bebas...bukan penceramah bolan...hak bolan semua baik.....ceramah maki hamun...islam sejatikah itu...psessssstttt...sokong ambaga.murtad linda joy...sokong aljub...sokong lobang kunyit...sokong matshabu..kominis pejuang bangsaa....terbaikkkk...tuhan mencarut..tuhan samsing...pstttt...nak tongkat dunia kaa hooiiii...tua dahhhh....

    ReplyDelete
  10. si bobo tu sengaja cipta isu..kalo die ikt arahan utk bg keterangn aritu..xde la kne waran tngkp..otak singkt la bob lokmn ni mcm penyokong2 pr..hahaha

    ReplyDelete
  11. Wahai rakab dan seangkatan
    Bagi kau orang yang elok tu umnogok dan kuncu-kuncunya (Mic, Mca dan..............)sahaja yang selain tu semua tak betul porah kau orang kalau nak ngampu tu biar berpada-pada kalau nak duit datang jumpa aku aku boleh bagi. Bukan duit yang aku bagi tapi pelempang. Itu yang patut bagi orang-orang yang macam kau orang

    ReplyDelete
  12. aku bila baca komen rakab terfikir dia ni org gila ka @(OTC)

    ReplyDelete
  13. takkan umat yang kembali ke jalan allah pun kita perhinakan. sekurangnya saudara mohd lokman dah jumpa jalan kebenaran...kita bila pula??? lihat aja dato rosmah, baru aja pulang dari menunaikan haji tapi rasanya hati masih tidak ketemu jalan kebenaran.

    ReplyDelete
  14. Aku tak nampak penahanan bob ada motif apa2 selain dari motif politik. Umnobeend takut dgn bayang2 sendiri dan sentiasa berburuk sangka hingga org cakap pasal agama pun disangka sdg mengumpat mrk. Umnobeend sdg dlm keadaan yg terdesak yg amat parah. Btul jg ckp pak lokman, knp jemaah tabligh tak ditahan walaupun sama takde tauliah. Jawapannya sgt mudah iaitu mrk bukan ancaman kpd umenobeend.

    ReplyDelete
  15. pii mati laa lu , fuckZam !!

    ReplyDelete
  16. rikip sokong rukup!

    ReplyDelete
  17. brk keldai 14 nov 3:51 pm


    keturunan mmg tak tentukan seseog mewarisi iman tp berkat doa tok kenali dan pengikutnya akhirnya melekat kpd ustad mohd hakim. maka jadilah dan di jalankan oleh Allah jd ustad mohd hakim sbg seorg pendakwah selepas berpuluh tahun bergelumang dng dunia hiburan.

    dulu kita ada seorg pelakun zaman pramlee. selepas menetap di mekah dia balik jd pelakun. ttp sebelum dia meninggal dia berhenti berlakun dan menyerahkan diri kpd tarikat yg dibawa oleh ayah dia. maaf aku terlupa nama arwah . keturunan dia pun dr yg hebatyg berasal dr ns mcm tok kenali.

    kalau emak ayah penyanyi maka anak pun minat menyanyi. kalau pelakun minat nya juga pd pelakun.

    se se org yg bermula sbg penghibur akan menghibur semula setelah bersara beberapa tahun. Ustad Mohd Lokman bermula dlm bidang agama di hujung umur nya dia kembali pd agama. maka tu sbb anak anak kita kita mulakan dgn ilmu agama.

    ReplyDelete
  18. rakab oh rakah 3:54pm

    dan beliau menjadi kebanggaan bapa nya setelah meninggalkan dunia hiburan. Doa bapa nya di makbul.

    tu lah untung nya menjadi waris tok kenali. nama baik akan org tumpang tp kalau nama tak baik siapalah yg nak tumpang.

    bg rakyat yg telah sedar ceramah pas tak de maki cerca cuma telinga pencacai aje yg dengar mcm tu.. buktinya ialah pas tlh menang besar dlm pru 12. kalau ada pun caci dan cerca maknanya mmg selayak lah di caci begitu krn itu pakatan menang dan akan menang.

    bila seorg yg berlatar belakang hiburan bertukar penampilan kau persenda tp bila seorg ustad bertukar penampilan sbg penghibur kau sanjung. kau kata dia betul. Ingat nak berlakun dlm pentas hidup ini spt ustad mohd lokman bukan senang.... kau suruh PM kita pakai ketayap je cukup.

    org spt ustad mohd lokman ini sgt berguna sb dia tlh menempuh dunia hiburan. utk memberi motivasi kpd bekas penagih maka motivator nya ialah bekas penagih juga. jd utk menyedarkan artis mengenai hal hal agama ialah dng bekas artist jugak.

    ReplyDelete
  19. anon 4:00 pm

    mudah mudahan mrk semua dpt berkat dr doa semasa hidup bapak atau datuk mrk spt mana kita lihat perubahan pd ustad mohd lokman.

    doa dan amalan baik ini mcm sistem MLM .. kita mungkin putus hubungan tapi jgn kita putus kan doa kita dr moyang kita hingga ke cicit kita ..

    ReplyDelete
  20. anon 4:31 pm

    tu lah beza ajaran sesat dgn seorg pendakwah..

    kalau pendakwah atau penceramah agama tu terkeluar dr ajaran islam baru lah di ambil tindakan. disini masalahnya krm politik, org pas tak leh ckp psl agama dlm mesjid kena ada tauliah. pdhal kalau ustad mohd lokman ckp sama mcm tu di muktamar pas tak de pulak salahnya. dlm perhimpunan umno pun nanti ada juga perwakilan yg akan bercakap psl agama.

    tauliah yg dikeluarkan bukan utk memastikan org itu layak ke tdak tp utk menyekat. mcm kata ustad ismail kamus. dulu dia sebelum aktif dlm pas dia yg memberi kebenaran kpd org utk mengeluarkan tauliah tp bila dia dlm pas org yg dia beri kebenaran keluarkan tauliah tu pulak yg tanya tauliah dia utk berceramah. tak ke pelik

    ReplyDelete
  21. rakab oh rakab 4:11 pm

    sepatut nya muhyuddin dan anak nya sedar asal usul dia. begitu lah jugak dgn pak lah. kalau anak muhyuddin tu sedar atuk dia guru agama dia kena ambil kesempatan.. bukan nya jd penyanyi.. di sini lah pengajaran dia kena ambil dr kisah hidup ustad mohd lokman supaya dia cepat cepat berubah

    ReplyDelete
  22. anon 5:04 pm

    tu silap nya ustad mohd lokman.. patutnya jd penceramah umno.. tentu tentu astro bg byk prog keagaamaan pd dia..

    krn dia penceramah pas maka kau tak suka dia..

    penceramah pas ke .. penceramah umno ke.. penceramah bebas ke.. landasan mesti betul.. jgn nak berbelit belit mcm 'haji saya telah selesai' tp org masih lg dlm waktu ibadah haji..

    ReplyDelete
  23. Oh Dunia..

    Kita bangga, kita sanjung, puji jdkn idola, mentor..kalu tgk org ISLAM (melayu) terkinja2 atas pentas (menyanyi & berlakon)..siap bagi award lg..

    tp..

    kite keji, hina, herdik, kutuk dan tahan kalu tgk org ISLAM (melayu) atas pentas (berceramah agama, memberi tazkirah berpesan2 dlm hal agama)..

    "Semua org WAJIB berpesan2 perkara yang baik, walaupun sekecil kuman"..tu bkn aku yg ckp..tp.. Nabi Muhammad S.A.W..

    Pikir dan pertimbangkan sendiri..

    ReplyDelete
  24. Ana sangat sokong Bob demi agama teruskan perjuangan jangan ngaku kalah pedulia apa orang yang tak faham agama kata. Teruskan jangan takut dengan JAIS atauNAJIS

    ReplyDelete
  25. macai najis dan umno tak dapat dipisahkan.hanya macai amno sahaja yg dapat memahami busuknya amno

    .................titik.............

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post