Cityliner Rugi RM300 Juta.. yang untungnya siapa agaknya?



Pengarah Eksekutif Konsortium Transnasional Tengku Hasmadi Tengku Hashim berkata dengan kerugian kira-kira RM300 juta yang ditanggung kini, syarikat tersebut terpaksa bertindak menghentikan sepenuhnya perkhidmatan bas henti-henti Cityliner di enam negeri bulan depan bagi mengelakkan daripada terus menanggung kerugian setiap tahun.


Sungguh menghairankan.. bagaimana sebuah syarikat yang boleh dikatakan memonopoli pengangkutan awam di Kelantan, Terengganu, Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Pahang, melibatkan 80 laluan dan 400 buah bas boleh mengalami kerugian sedemikian besar?

Siapa yang untung sebenarnya? Ada orang kata yang untung disini ialah pembekal bas untuk Cityliner.. yang membekalkan bas itu ialah kaum kerabat Pak Lah..

Ini kerana suatu masa lalu syarikat milik Khazanah Nasional ini dikatakan telah memesan jumlah bas yang besar dari Syarikat Kroni Pak Lah (baca kroni UMNO) oleh kerana jumlahnya berada diluar keupayaan Syarikat Kroni Pak Lah itu, mereka terpaksa mengimport bas dari China...

Nak tahu lebih lanjut bacalah di SINI


Rugi RM300 juta, Cityliner henti operasi di enam negeri bulan depan

KOTA BARU, 20 Nov — Konsortium Transnasional Bhd (KTB) mungkin menghentikan sepenuhnya perkhidmatan bas henti-hentinya Cityliner di enam negeri bulan depan sekiranya tidak ada pihak dapat membantu menyelesaikan masalah syarikat yang mengalami kerugian itu.

Pemberhentian perkhidmatan itu dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Pahang, melibatkan 80 laluan dan 400 buah bas.

Pengarah Eksekutif Konsortium Transnasional Tengku Hasmadi Tengku Hashim berkata dengan kerugian kira-kira RM300 juta yang ditanggung kini, syarikat tersebut terpaksa bertindak begitu bagi mengelakkan daripada terus menanggung kerugian setiap tahun.

Dipetik Bernama Online, beliau berkata pihaknya juga belum menerima sebarang “hitam putih” dari pihak-pihak yang dikatakan berjanji mahu membantu menyelesaikan isu tersebut termasuk kerajaan-kerajaan negeri dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Tengku Hasmadi berkata pihaknya akan berunding dengan kerajaan Negeri Sembilan esok dalam usaha membantu pihak syarikat menyelesaikan isu itu.

“Begitu juga dengan kerajaan negeri Kelantan belum ada tindakan proaktif diambil... walaupun mereka pada dasarnya bersetuju membantu meringankan kerugian syarikat,” katanya.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini dilaporkan berkata kerajaan negeri memperuntukkan bantuan RM100,000 sebulan selama empat bulan kepada anak syarikat KTB, Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (SKMK), yang mengendalikan perkhidmatan Cityliner di negeri itu bagi mengurangkan bebas kos operasi.


The Malaysian Insider

16 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Macamna la MELAYU meniaga ni... semua RUGI... Awat bas UTC bole ada sampai la ni....
    Dah 300juta baru tersedar yg la ni dok tanggung RUGI...
    Org lain meniaga... depa pun nak meniaga... tapi taktau pun cara2 nak meniaga...
    HANCOQ MALAYSIA CMNI... TU PUN BANGGA SGT2 DGN 1MALAYSIA.... PIRRRAAHHHH

    JOESIRAP

    ReplyDelete
  2. Nak suruh gomen bail out lagi lah ni?. Kata rugi 300juta, yang hang bodoh sangat berniaga lepas rugi banyak macam tu, lu punya pasal lah. Dah tau bodoh, meniaga lah air sirap.

    Kah kah kah....

    ReplyDelete
  3. Inilah mentaliti rakab. Jual air dikaki lima gaknya kerja rakab ni. Aku dah kata diam saja tak payah komen. Buat komen bodoh tak bawa makna. Jual air tak laku sebab hujan,tak ada keja,buat la komen bodoh. Nasihat aku,lebih baik tarik troli,balik pegi tido lagi baik daaaa.....

    ReplyDelete
  4. sebanarnya dia orang dah pun untung 300juta.yang rugi dlm paper je.

    ReplyDelete
  5. he he 6 negeri, 4 daripadanya negeri dibawah pr... he he adakah diaorg nak bagitau rakyat 4 negeri pr memboikot sykt bas tu...he he he

    ReplyDelete
  6. Tolong siasat , siapa lembaga pengarah syarikat. Rugi 300 juta baru nak sedar .

    ReplyDelete
  7. when it comes to MONEY MATTERS, there's always a justification made by some so called "genius" and swindle the money without us knowing it. Malaysia Boleh,....Boleh Mampus soon if x changes

    ReplyDelete
  8. dkt klate yg dpt kontrak n handle cityliner ni adalah skmk(syarikt kenderaan melayu klate)..nik ajis siap bg rm100,000 lg kt syrikt ni utk pulih..ni under spe sbrnye..bas2 mcmni kt luar bndar bkn laku sgt..lainla kt bndar mcm kl ni..rkyt makin mewah blh bli kereta..plg tidak pon masing2 ade moto..

    ReplyDelete
  9. ..
    ..

    takziah untuk mat /minah lembu di kem mara dan jpm [sekarang spad/spud/apbenda]
    -----------------------------------



    kegagalan cityliner adalah kegagalan gomen bn

    rejin madey swastakan bas mara yang maju kepada satu melayu -
    [nadzmi] dan syarikat punah dalam 10 tahun lepas diswastakan.


    kos senggaraan tinggi
    ---------------------------------

    saya pernah bincang dengan pengurus kedai saham .
    kalau ikut analisis ekonomi -tambang bas tak bolih membiayai
    kos perolehan dan senggaraan bas

    harga kos baru rm 400-500k
    kalau bas tak digunakan 25 tahun , kos kapital setahun akan jadi sangat tinggi.

    Perhati-
    bas mara ditukar setiap 5 tahun, kos kapital setahun rm 100k!!!
    tambang tak bolih nak tampong

    ada syarikat bas tersenarai dibursa-setengah mampus

    ikut pengurus saham, syarikat bas buat duit melalui bikin badan bas.

    jadi saya agak pemegang saham cityliner bikin duit dengan projek beli bas

    operasi bas- memang rugi


    Sistem tiket canggih tapi merugikan
    ----------------------------------

    pada satu ketika dulu, cityliner dapat monopoly perjalanan klang-kl.
    tapi tak lama kemudian bas kuning ' happy bas' pulak dapat
    hak keatas jalan yang sama.


    Macam mana cityliner tak bankrap?

    tiket cityliner amik 2 minit nak keluar manakala bas cina pakai tiket koyak
    bolih keluarkan 10 tikit!!!

    computer untuk buntutkan minda .

    rejim madey -rejim pelingkup industri bas melayu. Apa masalah bas
    mara dulu hingga nak diswastakan?

    pasti inilah satu lagi satu projek gagal bee end !!!!

    tahniah[ mungkin takziah lebih sesuai ] mat mat lembu kat kementrian mara [sekarang jpm ]


    abu2011

    ReplyDelete
  10. Sejak pakatan wujud, rakyat Malaysia asyik ruuuugiiiii jer..!!!

    heheheheeee...

    ReplyDelete
  11. macam mana tak rugi sebab yg naik bus adalah orang2 bangla, nepal, filipino dll. rakyat msia pun takut nak naik. subsidi bas utk rakyat asing hanya di negara yg bodoh macam 1Malaysia dimana lembu pun dapat tinggal dikondo.

    ReplyDelete
  12. tak habis2 'day light robbery'..itu pun orang ramai tak sedar lagi..masih beri kuasa kpd penyamun terhormat..

    ReplyDelete
  13. Punca sebenar adalah org dah malas nak tunggu bas pegi balik keje. lagipun skrg kereta dah murah. siapa je boleh beli hatta yg keje kilang pun pakai kete baru at least viva. kalau semua perasan, bus stop kat mana2 dah lengang dan org pun takut nak tunggu sorang2 nnti kena samun.

    ReplyDelete
  14. non 12.40 tuu, anjing pakatan..

    ReplyDelete
  15. satu lagi projek umno ala lembu fidlot....nampaknya kopaklah duit rakyat yang akan dicabul oleh puak2 Umporno...phuiiiiii

    ReplyDelete
  16. apapun ini adalah slogan


    KEJAYAAN TRANFORMASI BERJAYA!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post