Kebimbangan yang cuba dibangkitkan oleh akhbar harian Utusan Malaysia bahawa DAP akan mengurangkan saiz perkhidmatan awam yang didominasi oleh orang Melayu adalah tidak berasas kerana kedudukan mereka dilindungi undang-undang, kata pakar perlembagaan negara Profesor Abdul Aziz Bari.
"Dalam mana-mana kes, kedudukan anggota perkhidmatan awam dilindungi oleh perlembagaan. Maka ketakutan yang cuba disemai oleh Utusan adalah karut semata-mata.
"Angota perkhidmatan awam tidak boleh dipecat dengan senang. Begitu juga dengan kenaikan pangkat mereka dan perkara sebagainya," kata Abdul Aziz dalam satu kenyataan media kepada Malaysiakini.
Beliau merujuk laporan muka depan akhbar milik Umno itu, semalam yang memetik ahli parlimen Kulim-Bandar Bharu Datuk Zulkifli Nordin sebagai berkata DAP mahu mengurangkan bilangan penjawat awam sekiranya dipilih sebagai pemerintah negara kerana parti berkenaan tidak selesa melihat penguasaan orang Melayu.
“Mereka (DAP) memang ada agenda tersembunyi menerusi hasrat tersebut dan bukanlah semata-mata mahu mengurangkan perbelanjaan kerajaan seperti didakwa.
“Mereka ini memang tidak boleh tengok orang Melayu lebih sedikit dalam sesuatu. Kita (Melayu) memang ramai dalam sektor awam, jadi mereka cuba untuk mengurangkan penguasaan kita dalam sektor tersebut,” kata Zulkifli (kiri) dipetik Utusan.
Akhbar itu juga memetik Senator Ezam Mohd Noor berkata, DAP bersikap rasis dan menanam kebencian terhadap orang Melayu dan asas negara.
Suruhanjaya Diraja
Ahad lalu kolumnis Mingguan Malaysia, Awang Selamat juga menghentam pemimpin DAP, terutama setiausaha publisiti parti itu, Tony Pua kerana dilaporkan berkata bagi mengurangkan bajet negara, Pakatan Rakyat akan menamatkan perkhidmatan kakitangan awam yang tidak efisien seperti yang dilakukan kerajaan China.
Meskipun Abdul Aziz berkata beliau bersetuju dengan hujah-hujah yang dibangkitkan oleh Pua dan kebimbangannya mengenai perkhidmatan awam di negara ini adalah benar, namun beliau menasihatkannya supaya berhati-hati dengan isu tersebut.
"Beliau telah menimbulkan beberapa hujah yang baik tetapi beliau mesti ingat bahawa majoriti besar perkhidmatan awam yang berjumlah 1.3 juta adalah orang Melayu. Kira-kira 150,000 adalah anggota tentera dan 100,000 lagi bersama pasukan polis."
Sebaliknya, Abdul Aziz berkata, jika Pakatan Rakyat berjaya berkuasa, mereka perlu menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja untuk menilai kedudukan perkhidmatan awam dan mengesyorkan langkah-langkah perlu bagi memperkukuhkannya.
Ini, katanya, dapat mengatasi beberapa masalah dalam perkhidmatan awam, seperti keberkecualian yang telah terjejas, terutamanya semasa tempoh pentadbiran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Ini termasuk melaksanakan sumpah setia atau Akujanji dan amalan memberi kontrak kepada pegawai atasan yang melunturkan semangat kakitangan perkhidmatan awam. Etika perkhidmatan awam tercemar kerana politi.”
Menurut Abdul Aziz, kakitangan awam perlu berkecuali kepada kerajaan yang medmerintah. Kesetian mereka hanya kepada negara dengan Yang Di-Pertuan Agong sebagai lambangnya.
"Atas sebab ini, bagi saya Akujanji adalah tidak berperlembagaan," kata Abdul Aziz.
Malaysiakini

Tony Phua memang sengaja membangkitkan isu ini demi mengekalkan sokongan cina kepada Dap.
ReplyDeleteMenjadi strategi Dap untuk menkucar-kacirkan mana-mana institusi yang menjadi tonggak kekuatan orang melayu/Islam..!
Aziz Bari jangan nak perbodohkan orang melayu....
ReplyDeleteUndang-undang dan perlembagaan boleh dipinda jika mendapat jumlah sokongan[kerusi] yang mencukupi di parlimen!!
Jika orang melayu lalai dan terperangkap dalam permainan politik licik Dap, mereka lah yang akan menanggung rugi akhirnya..
Apa yang kecoh sangat !!!! ...kalu PR menang dan memerintah,keputusan yang dibuat semestinya adalah kolektif dari semua ahli!!!
ReplyDeleteKerajaan PR - Kelantan, Selangor , Kedah, Perak ( dulu sebelum rampasan kuasa ) dan Penang .. adeke yang kene buang kerja ????
Ni la kalu dah berdengki segala macam bole manipulate...
Hidup rakyat mati BN,,
Aziz Bari spatutny sbg peguam negara. Gantikn Ghani Patail yg tk guna tu. Dari dulu lgi si Zul Kulim ni dh anti DAP. Dlm ceramahny semasa masih dlm PKR sudah semai bibit2 kebencian pd DAP ni kpd jemaah surau. Sbln skali pasti Zul ni d jmput utk ceramah khas tp skrg dh terminate terus. Jemaah dah dpt agak ada sesuatu yg tk kena pada Yb Zul ni. Nasib baik la beliau ni d pecat dari PKR krn landasnny kini adalah kedudukn, pangkat & glamour.
ReplyDeletePerangai ULTRA KIASU mcm ni ke yg org Melayu nak sokong.?? Cuba ada org Melayu nak tukar atau nak bubarkan SJKC...kita tengok perangai diaorg pula mcmna..
ReplyDeletenak pusing lagi utu-son of bitch. PR nak optimikan perkhidmatan awam supaya lebih effektif berkerja bukan nak kurangkan. bodoh punya pusing2 son-of-bitch!
ReplyDeleteMemang sifat zul biawak.....
ReplyDeletestatus munafi tak akan padam...
heheheheee...
ReplyDeleteanjing pkr 3.52 nyamar lagi..
dah makin terdesak nampaknya..
non 2.58,
ReplyDeleteKeputusan kolektif kepala hotak kau !!...Dalam isu hudud mana ada kolektif ?? itu baru satu contoh!
Pas dan pkr akan sentiasa tunduk pada kemahuan Dap!
Rahsia Anwar dalam genggaman Dap!..
Pas [anwarinas] sentiasa patuh pada kehendak Anwar dan LGE!
Persoalan sekarang ialah bila pakatan memerintah negara bukannya perintah empat negeri...
pkr/pas memang bangang!!
Rakab ..hang, dengan mak bapak hang sah2 dari dulu mentedarah duit ehsan Umporno ...
ReplyDeleteMemang lah HUDUD tak dapat nak buat sebab yang memerintah kerajaan pusat jenis macam hang jugak.. otak kecil telur besak...
Kalu Umporno bersetuju menukar perjuangan nasionalime kepada agama, secara kolektifnya isyaAllah majoriti Islam wakil rakyat ...dan kemudian kita laksana HUDUD tanpa segan lagi...
La ni cuba hang bezakan DAP sama MCA/MIC/UMNO ... DAP lebih baik baik sebab tak hipokrit.. Tapi UMPORNO and the gang secara total kolektif dan terang2 tolak HUDUD ...Hang pun sama ka ????
heheheheee....apa yang hang meroyan non oooiii...
ReplyDeleteBelum perintah kerajaan pusat lagi dan bercanggah dalam soal hudud...
kalau terus bincang jugak, pasti pakatan gaduh besar sama sendiri..!
Perjuangan berasaskan nasionalisme tidak bercanggah dengan syarak selagi matlamat menyebarkan dakwah islamiah dan menegakkan syariat Islam di bumi Malaysia ini menjadi keutamaan Umno !
Beza antara Umno dengan Pas/pkr ialah Umno lebih banyak bertindak daripada banyak bercakap !
seperti kata Lim Kit Siang satu masa dahulu,..Umno lebih bahaya pada mereka berbanding Pas kerana Pas umpama tin kosong saja..
Orang bukan Islam menolak hudud kerana mereka tak faham kecantikan hukum itu,...ini menandakan masyarakat majmuk malaysia belum bersedia..!! Pas saja yang terburu-buru sebab PRU13 dah dekat...nak buat modal kempen ler tuh..!
anak sungai derhaka konon.derhaka kpd agama ada la.bodoh...
ReplyDeleteRakab ..
ReplyDeleteDah berpuluh tahun UMNO bersama rakan memerintah, dia orang buat apa? Takan nak tunngu 50 tahun lagi baru non muslim faham.
Yang lawaknya bila masa pulak Umno menegakkan syariat Islam di bumi Malaysia nie. Tapi mudah2anlepas PM balik Hj ni beliau dapatlah menukar fahaman UMNO..
Kalau kita berjuang atas dasar kebangsaan sahaja, Rasulullah SAW ada mengingatkan kita di dalam sebuah Hadis yang bermaksud, “Tidak ada fahaman kebangsaan di dalam ajaran Islam”.
Kemudian ada hadis lagi yang bermaksud , “Bukan daripada golongan kami, orang yang berjuang kerana kebangsaan”.
Sebenarnya, kalau kita berjuang kerana menegakkan agama, bangsa akan terbela dengan sendirinya. Tetapi kalau kita berjuang membangunkan bangsa, agama akan dicuaikan. Hingga kerana itu, bangsa belum tentu dapat dibangunkan, agama sudah hancur berkecai.. Ni yang sedang berlaku di Malaysia sekarang .
non 8.33,
ReplyDeleteUmno cuma alat untuk memperjuangkan matlamat sebenar menegakkan syariat Islam di bumi Malaysia ni.
Islam bukan semata-mata berkenaan hukum hakam sahaja, tetapi meliputi seluruh aspek kehidupan manusia di mukabumi ini.
Inilah yang telah Umno usahakan selama berkuasa. Menyusun masyarakat, membawa pembangunan dan kemajuan, menjaga keselamatan, mendidik rakyat berbilang kaum,agama dan budaya supaya saling menghormati dan bertolak ansur dan berbagai lagi.
Semua ini adalah selari dengan tuntutan ajaran Islam.
Pendekatan syiar Islam yang dilaksanakan oleh Umno ialah dengan kebijaksanaan, iaitu dengan cermat dan tidak gopoh, memberi keutamaan yakni perkara yang dahulu akan di dahulukan dan keseimbangan antara fardhu ain dan fardhu kifayah.
Sebenarnya bukan Islam telah menerima konsep penerapan nilai-nilai Islam yang telah diusahakan Umno selama ini. Sebab itu kita boleh hidup aman walau pun terdapat begitu banyak perbezaan di antara kepentingan satu-satu kaum.
Ini adalah bukti kejayaan dasar-dasar Umno.
Rasullullah bersabda , cintakan watan adalah sebahagian daripada iman. Aku rasa hadis yang kau sebutkan itu tidak tepat. Cuba bertanya pada yang tahu [jangan pemimpin Pas].
Kemunculan pakatan rakyat sebenarnya telah mengkucar-kacirkan masyarakat Malaysia hari ini. Semua institusi yang menjadi lambang perpaduan rakyat diperlekeh dan dipersoalkan.
Soal agama, bangsa menjadi mainan politik murahan puak pakatan. Dap mengambil kesempatan memecah-belahkan kesatuan umat melayu/Islam kepada kelompok yang lebih kecil dan kuasa melayu semakin lemah.
Menegakkan syariat bukan dengan berceramah di pentas politik. Berapa ramaikah ulamak yang dilahirkan Pas dipentas-pentas politik ini?
Pas sebenarnya telah gagal dalam perjuangannya...
Rakab bodo
ReplyDeleteRakab...
ReplyDeleteTerbaik hujah kau..
DAP akan beri hadiah terbaik pada penyokong2 PR yg bekerja dgn kerajaan masa kini...jika PR dapat putrajaya
P/S: Padan muka pada penyokong PR yg bekerja dgn kerajaan...sekarang baru kenal kulit DAP..belum kenal hati DAP lagi...
PR dikuasai oleh DAP..bukanlah sy nak bersikap rasis..tp hak kepentingan Melayu perlu dijaga..sy msh blom yakin dgn perjuangan PR..setiap parti dlm PR mempunyai agenda masing2; agenda g x sama..DAP(parti bukn Melayu) dilihat lebih dominan dlm PR
ReplyDeletedari awal aku dah dgr yg nak kurangkan kakitgn awam adalah kerajaan iaitu dari 1.2 juta ke 750,000.00 ini apa yg kawan aku dgr semasa berkunjung kejpa, dan sebab itu kerajaan membekukan pengambilan kakitangan baru...kenapa pulak DAP, mana DAP ada kuasa untuk lakukan semua itu..
ReplyDeleterakab 3:52pm betul. oleh krn peraturan sebegitu hodoh lah maka ramai yg bermasalah yg mengambil kesempatan. Yg sakit mengambil kesempatan mendapat cuti sakit yg panjang tp bila ada function boleh pulak hadir.
ReplyDeleteYg akan dikurang kan ialah mrk yg tak perform dan tlh melakukan kesalahan. ttp dlm penjawat awam mrk ini masih disimpan kecuali baru baru ini tindakan keatas immegration dan kastam.
dlm sistem kjaan ada gred. dan org tu hny tunggu masa ketua atasan nya pencen. walaupun dia tidak perform dan tidak ada kualiti sbg pemimpin dia tahu dia tetap akan dpt kerusi ketua tsbt.
Pas. Pkr. Dap.
ReplyDeletedlm keputusan kolektif mengenai hudud tlh di bincangkan dlm mesyuarat. dan secara kolektifnya pandangan semua yg terlibat diambil kira maka keputusan mengenai hudud tlh di buat oleh Anwar. ttp dlm masa yg sama PAS dan PKR yg beragama Islam akan terus usahakan hukum hudud.
yg lim kit siang kata ketika itu ialah krn hny parti melayu umngok nyg berkuasa . tp skg Pas bukan tin kosong lg kalau tidak masa kan umngok beriya iya nak hulur salam perpaduan kpd Pas.
Dlm hudud kita tak ambil kira masy majmuk. yg kita kira jika semua pemimpin islam termasuk umngok bersetuju dng hudud tak jd masalah. Yg tak nampak kecantikan hukum hudud ialah pemimpin umngok. kecantikan RM tu jelas mrk nampak.
Dlm hukum hudud ni pandangan Dap sama dng rakab 6:29 pm dan pemimpin umngok.
rakab oh rakab
ReplyDeleteaku tertarik dng komen kau 10:13 pm.
kalau benar umno tlh berjaya menerapkan nilai nilai islam dan menyusun masy dan mendidik masy, mengapakah begitu susah sekali umno nak melangkah setapak je lg. sikit je lg. tu kalau kau kata dah berjaya. setapak je utk melaksanakan hudud.
ini krn kata kata kau "Islam bukan semata-mata berkenaan hukum hakam sahaja, tetapi meliputi seluruh aspek kehidupan manusia di mukabumi ini." sedangkan dlm semua aspek kehidupan kita berdiri atas hukum Allah. Inilah kesilapan dan kegagalan kau dan pemimpin umno.
kalau dr awal bila PAS inign menegakkan hudud tanpa dibantah oleh umno, kerja PAS dng DAP mudah.
Tidak cukup dgn kebijaksanaan dan cermat tanpa niat utk melaksanakannya. Bertahun tahun yg dahulu di dahulukan dan yg kemudian terbiar dibiarkan. Keseimbangan fardu ain tak diturutkan dgn fardu kifayah.. Dlm hal ini umno meninggalkan fardu kifayah.
sabda Rasullullah cintakan watan itu biar lah bertepatan. Tenguk lah nilai nilai islam. Tak kan dia bawak kita ke neraka pun nak kita ikut. Rasullallah sendiri tak patuh pd Bapa Saudara baginda termasuk Abu Mutallib. kita tidak perlu patuh kpd ibu bapa kita sekiranya kita di suruh buat perkara yg dimurkai Allah, ini pulak pemimpin.
Jgn salahkan DAP mengambil kesempatan memecah belahkan malayu. Melayu berduyun duyun tua muda bantah atas perbuatan umno mengaibkan anwar. Situ lah mulanya umno hilang kepercayaan.
Penceramah di TV dng Pencaramah Prog tdak sama dgn Penceramah Pentas. Penceramah Pentas menempuh berbagai bagai kesulitan contoh Bob Lokman bukan ulamak pun dah diburu. Pencaramah TV dan prog tak mampu buat apa yg Penceramah Pentas buat tp Penceramah Pentas tak ada masalah langsung nak jd Penceramah TV/Prog krn ilmu mrk diikut sertakan dgn pengalaman mrk sendiri.
PAS berjaya menyekat kemabukan pemimpin umno dr tersesat jauh. Dan PAS berjaya membuat pemimpin umno tidak lupa pd Islam. Malaysia di sebut negara Islam pun krn adanya PAS. Sebelum ini Malaysia adalah Negara Islam sunyi tidak di sapa oleh pemimpin umno.
anon 10:49 am
ReplyDeletekalau kau tenguk PR dikuasai DAP, apa beza MCA dan Gerakan dlm Bee End? Lihat betapa senang pemimpin MCA tipu pemimpin melayu dlm kes PKFZ. DAP lebih baik dr MCA dan Gerakan dlm hal ini.
anon 10:49 am tanpa sedar kau telah dimakan oleh propaganda umngok yg sengaja mengatakan dan menakutkan kau mengenai DAP. Apakah kalau MCA bukan DAP yg mengambil alih pemerintahan org melayu terbela? Yg membuat aku nampak MCA dan UMNO tu seiring ialah krn matlamat mrk ialah DUIT ! DUIT ! krn itu lah nasib rakyat baik melayu, cina dan india di manipulet kan oleh mrk.
Sedangkan Pakatan berusaha utk dilihat setaraf dan tak lebih dlm matlamat perjuagan mrk. Ini bukan kerja mudah. Memberi kuasa kpd rakyat akan tetap di halang oleh pemerintah yg bersikap mementingkan
koloni mrk.
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!