GST perlu kerana dunia dah maju?



Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) seiring dengan perubahan semasa dunia yang kian maju, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.


"Kita perlu sedar bahawa dunia telah berubah dan bertambah maju, jadi sistem kewangan juga perlu," katanya dalam ucapan pengulungan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau berkata lebih dari 100 negara seluruh dunia telah melaksanaan GST, manakala di rantau Asean, semua negara melaksanakannya kecuali Myanmar dan Brunei.

Bagaimanapun, beliau berkata ia tidak akan dilaksanakan sehingga semua mekanisme dan kelengkapan disediakan dengan sepenuhnya.

"Kita kini sedang menjalankan perbincangan dengan NGO dan sektor korporat untuk menerangkan kepada mereka mengenai kelengkapan dan maklum balas mereka untuk melaksanakan GST.

"Kita hanya akan melaksanakannya apabila semua kelengkapan disediakan," katanya apabila menjawab pertanyaan beberapa orang anggota parlimen yang khuatir pelaksanaan GST akan membebankan rakyat.

Beliau juga menerangkan bahawa GST bukan satu cukai baru yang akan diperkenalkan, tetapi ia akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang sedia ada.

Rang Undang-undang Perbekalan 2012 telah diluluskan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat.

- Bernama

4 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. wauuuu makin kaya le kedai cik puan rakab nanti ye, hasil perah keringat rakyat cara mcm ni (GST)

    ReplyDelete
  2. Rakab tu tar perlu GST....
    dia hanya perlu mat bangla...
    satu pancutan lebih drpd GST...
    kah...kah...kah...

    ReplyDelete
  3. rakab taukeh restoranNovember 2, 2011 at 4:33 PM

    Cheh!! mamat dua ekor kat atas ni, bila laa nak kojol agaknya..

    menyusahkan aku jer...


    pssstt,..kalau hampa nak meniaga, aku boleh ajaq !..tak payah hampa jadi pecacai hina lagi.

    heheheheeee...

    ReplyDelete
  4. GST selaras dengan perubahan semasa DUNIA YANG KIAN MAJU? TAPI SELARAS TAK DENGAN POKET RAKYAT? NEGARA KITA NIE DAH JADI NEGARA MAJU KE?

    DAPAT MENTERI BANGANG MACAM NIE LA JADINYA.

    -wakleman

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post