Dalam nak bodek Ibrahim Ali telah mengesahkan memang undi pos dari Anggota Tentera telah digunakan untuk meningkatkan undi kepada UMNO/BN..
Ibrahim Ali mahu kem tentera dibina di Pasir Mas
Ahli parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali hari ini mahu kem tentera dibina di kawasan Pasir Mas, dengan membayangkan bahawa ia akan meningkatkan bilangan pengundi 'mesra BN' di situ.
"Jika satu batalion pun, itu ramai pengundi tu. Serampang dua mata. Binalah sekarang untuk menjamin keselamatan negara. Sediakan payung sebelum hujan," katanya ketika membahaskan peruntukan Kementerian Pertahanan di peringkat jawatankuasa Rang Undang-undang Bajet 2011 di Dewan Rakyat.
Ibrahim berhujah bahawa Kem Briged Kelapan di Desa Pahlawan, dekat Pasir Mas di Kelantan, tidak terletak di tempat yang betul.
"Ancaman sebenarnya di sempadan dengan Thailand. Di mana Pasir Mas bertemu Rantau Panjang. Di situlah berlakunya penyeludupan, dengan dadahnya," katanya.
Beliau bertanya sama ada kementerian berkenaan mempunyai rancangan untuk memindahkan kem tersebut atau membina satu lagi di kawasan pilihan rayanya, dengan peringatan tersirat kepada kerajaan persekutuan bahawa satu batalion tentera akan bermakna sejumlah besar pengundi dari kalangan anggota tentera untuk BN .
Pakatan Rakyat telah menyuarakan kebimbangan mengenai penyalahgunaan undi pos oleh pengundi di kalangan anggota tentera dan pasangan mereka untuk meningkatkan sokongan kepada BN.
Ini merupakan salah satu kebimbangan yang dibangkitkan kepada Jawatankuasa Pilihan Parlimen mengenai reformasi pilihan raya.
'Serban pun boleh terbang'
Ibrahim juga menggesa supaya pangkalan kecil Tentera Laut Diraja Malaysia di tempatkan di Kelantan, yang berdepan dengan Laut China Selatan, dan antara lain, berdepan dengan masalah pelarian Vietnam.
"Bila Jepun takluk kita dulu, mereka datang dari Kelantan, naik kat pantai di Kota Bharu...Tapi hari ini di Kelantan tak ada pertanahan."
Sehubungan itu, Ibrahim menggesa Kementerian Pertahanan menggunakan kapal selam Scorpene bagi meredakan modal politik PAS, yang konsisten mengkritik pembeliannya.
"Hantar satu kapal selam Scorpene ke Kelantan. Saya jamin yang beribu orang akan keluar tengok. Dan jika boleh biar saya bagi syarahan dari atas kapal Scorpene. Untuk bagi penerangan umum."
"Mereka telah selalu dengar PAS berceramah, yang Scorpene ini harganya berbillion dan tak boleh nak selam pun.
"Menteri Besar pun boleh tengok... kemungkinan serban pun boleh terbang bila tengok scorpene ni."
Malaysiakini

Dah pemimpin pakatan selalu hentam ATM,..kadang-kadang PDRM pun pakatan belasah,..
ReplyDeletetentu ler warga ATM, PDRM benci dengan pakatan..
bila undi pos kurang, mula laa tuduh kononnya ada penipuan !
sendiri yang cari susah !!
Tentera jepon naik dari pantai kelantan tahun 1934. Sampai sekarang bahagian stretegi tentera tak terfikir untuk membangun pertahanan tentera di sana dan kemasukan warga vietnam tu tugas imigresen dan polis mencegahnya . Penyeludupan dadah dari thai pun bukan kerja tentera . MP Pasir Mas ni mementingkan diri dia atau negara, saya tak tau lah.
ReplyDeletekenyataan ibrahim ali dan rakab paling bangang! oooii zamann jepun dan zaman sekarang lain strategi peperangan. Tak main mendarat di pantai skrg ni.. sekarang terus bom dari pengkalan! bodoh ibrahim ali.. bangang rakab..
ReplyDeletesempat ka nak bina kem askar dalam masa 2/3 bulan ni, lepas tu nak pula 1 batalion....ada mush ka kat pasir mas?
ReplyDeleteCari cara lain la nak perabis duit rakyat brahem ooi!
ooit, non 5.50,
ReplyDeleteapa aku pulak !!
hang bedal berahim Ali laaa...
non 5.10,
ReplyDeletetahun 1934 tu Jepun baru nak perang dengan China laa..
sejarah pun kantoi....macam Mat Sabu jugak !!
heheheheee...
hoi rakab anjing apco-ameno guna nick aku lagi. kantoi hang!
ReplyDeletejgn jadi bodoh,zaman skrg perang bukan ngan keris tak bersarung tapi beribu km orang dah tembak jadi xtimbul soal kem tentera kat situ,itu cuma alasan nak undi pos,poooorah.
ReplyDeleteUntuk menjamin keselamatan negarakah atau untuk menjamin keselamatan Katak Pasir Mas? Dulu tanding bebas hilang wang pertaruhan, kemudian guna tiket PAS. Agak-agaknya mahukah UMNO meletaknya sebagai calon? Aku rasa kalau tanding atas tiket Perkasapun lingkup.
ReplyDeleteBakak dengan Ibrahim Ali memang satu kelas. Kelas tak malu. Boleh pula mengaku perlu dapat undi pos kalau nak memang. Apa punya bacul. Sunggupun telok katak banyak tapi Ibrahim Ali tak ada telok. In bakak punya pasai.
ReplyDeletePRU13 ni, Ibrahim Ali akan bertanding atas tiket BeEND. Bukan ke Najib dah umumkan, BeEND akan letak calon2 yg boleh menang. Tak kira calon yg mcmna, walaupun calon2 recycle. Justeru tu, tak mustahil Ibrahim Ali akan bertanding pakai lambang dacing kali ni.
ReplyDeleteanon 5.50 to rakab bangang!!:
ReplyDeletepeduli apa aku sebab hang dengan ibrahim ali sama2 bangang, sama2 berganda bodohnya.. hahaaaaaa toyee rakab..
rakab oh rakab
ReplyDeletekalau nak tahu statment dlm komen kau 4:51 PM tu betul ke tidak hapuskan lah undi pos.
undi pos ni pun dr zaman keris lwn pistol..
kalau kira kes penyeludupan dan kemasukan pelarian.. klia pun tak selamat! pantai sekitar melaka, ns dan johor pun warga indon boleh bolos..
ReplyDeletekan lebih baik brahem jgn berselindung.. apa lah takut nak ckp yg undi pos tentera tlh byk membantu kjayaan bee end.
mau satu hr nanti 1/2 dr jumlah rakyat kita ni yg jd tentera..
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!