Ketua Polis Negara kelihatan terkejut apabila diminta mengulas isu fidlot itu sambil memberitahu perkara berkenaan merupakan kes SPRM, bagaimanpun apabila dikatakan bahawa SPRM sudah memindahkan isu berkenaan kepada polis, Ismail berkata beliau perlu meneliti perkara tersebut sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.
SPRM kata kes Polis, laporan akan diserahkan kepada pihak Polis.. sudah beberapa hari berlalu namun laporan masih tidak sampai kepada pihak Polis.. apa cerita ni?
Bila isu melibatkan pemimpin UMNO biar beratus ribu juta RM sekalipun penyelewengan dilakukan tindakan mereka amat lambat dan lembab sekali, tapi jika ianya melibatkan pihak Pakatan Rakyat sepantas kilat mereka bertindak..

*****************************
NFC: Kami belum terima laporan lagi, kata IGP
SHAH ALAM, 17 Nov ― Tan Sri Ismail Omar berkata beliau belum menerima sebarang laporan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan isu projek kontroversial Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
“Setakat ini, saya belum menerima apa-apa lagi,” kata beliau kepada pemberita ketika ditemui pada majlis sambutan Deepavali di ibu pejabat polis kontinjen Selangor di sini.
Ketua Polis Negara kelihatan terkejut apabila diminta mengulas isu itu sambil memberitahu perkara berkenaan merupakan kes SPRM.
Bagaimanapun apabila dikatakan bahawa SPRM sudah memindahkan isu berkenaan kepada polis, Ismail berkata beliau perlu meneliti perkara tersebut sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.
Isnin lalu, SPRM berkata agensi itu tidak boleh menyiasat kes pembelian kondominium menggunakan dana projek NFC, sebaliknya menyerahkan polis.
Katanya aduan berkaitan hanya boleh disiasat di bawah Kanun Keseksaan.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan, SPRM berkata setelah diteliti aduan diterima minggu lalu, Bahagian Perundangan dan Pendakwaan telah mengaklasifikasikan perkara tersebut di bawah kesalahan Kanun Keseksaan dan bukannya satu kesalahan di bawah bidang kuasa suruhanjaya sepertimana termaktub dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM).
“Sehubungan itu, SPRM telah diminta merujuk aduan tersebut kepada pihak polis. Ia juga selaras dengan nasihat daripada Lembaga Penasihat dan Pencegahan Rasuah yang meminta SPRM tidak menjalankan siasatan selain daripada kesalahan di bawah ASPRM 2009,” kata suruhanjaya.
Khamis lalu, PKR mendakwa NFC telah membayar RM10 juta bagi membeli kondominium milik National Meat and Livestocks Corporation Sdn Bhd (NMLC).
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata apartmen mewah di One Menerung, Bangsar itu direkodkan oleh NFC, projek ternakan lembu yang dikurniakan kepada keluarga Shahrizat, sebahagian daripada “pinjaman” RM83 juta disalurkan kepada NMLC.
“Mereka kata akaun pinjaman RM250 juta bagi projek ini diteliti dengan ketat. Adakah kondominium ini bagi lembu untuk tinggal,” katanya.
Saifuddin berkata sebanyak RM9,758,140 telah dipindahkan dari akaun NFC di CIMB cawangan di Taman Tun Dr Ismail di sini kepada Bandar Raya Developments Berhad pada 2 Disember 2009 sebagai bayaran penuh hartanah itu.
Pada hari yang sama, anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Fariz Musa juga membuat laporan mengenai pendedahan salah laku pecah amanah di NFC, di pejabat SPRM Shah Alam.
The Malaysian Insider

kan dah cakap.
ReplyDeletebila mula siasatan nanti.. lembu tak kemana.. kandang lembu pun dah jadi hutan..
kami tidak dpt meneruskan siasatan sb bukti tidak mencukupi. bagaimana pun kami tlh mendapatkan kerjasama dr Jabatan pertanian utk mendpt kan sample tahi lembu di tapak tersbt.
ketua pengarah jabatan pertanian pulak kami menunggu lapuran..
BARUA PUNYA SPRM...PDRM PUN SAMA BANGSAT...LEBIH TAKUT NATANG UMNO DRP TUHAN...GO TO HELL LA!
ReplyDeleteKelakar, pelik & tak masuk akal...itulah tangapan pertama saya dlm kes sapa yg bertanggungjawab utk mengambil tindakan ke atas skandal NFC ni.
ReplyDeleteSaya bukanlah org yg arif atau bekerja dlm bidang undang2 ni. Dlm kes NFC ni, sekali baca kes dah boleh tahu ia adalah kesalahan jenayah korupsi @ pecah amanah dan agensi yg sepatutnya mengambil tindakan adalah SPRM. Tang mana ada unsur jenayah sehingga kes ini dirujuk kpd PDRM?
Pegawai PDRM yg akan jadi IO (Peg.Penyiasat) kes ni, pasti akan sewel nak siapkan IP (kertas siasatan) ni. Tak ada petunjuk asas utk PDRM bertindak/ menyiasat dgn menggunakan kuasa2 serta akta2 yg diperuntukkan.
Nampak sgt SPRM nak lepas tangan dlm kes ni. Siasat jelah..seperti selalu, bila SPRM siasat satu2 kes org umNO, semua tu hanya sarkis kambing utk menutup mulut rakyat. Takkan kena hukum punya.
Kemungkinan besar isu ini diserah kpd polis kerana lembu yg dibela di pusat fidlot dikhabarkan ada 4000 ekor aje, sedangkan jumlah sebenar ada 80,000 ekor sahaja. Kemungkinan belaku pembunuhan lembu "beramai-ramai". Itu sbb kes ini diketegori jenayah...kakakakakakakka. Kalau kena kat pembangkan, hari ni dedah 2 jam kemudian, dok depan pintu dah.
ReplyDeletemcmna SPRM nak siasat..peguam SPRM si shafie abdullah..peguam NFC pun kwn tu jg..
ReplyDeletebila kta krtas siasatan sprm dh hantar ke pdrm, trus terencat TS Ismail nk jwb. alih2 bila NFC buat report hal ketidaktepatan pendedahan PR, trus berselera besar nk bertindak. PDRM dulu, kini dan selamanya double standard!
ReplyDeleteapalah nk hrp dgn sistem undang2 & badan kehakiman msia. jauh berwibawa mahkamah2 di bangladesh,indo, filipina, pakistan dlm mengheret pesalah2 tanpa mengira darjat. tu belum citer ngara2 maju.
nk heret seorang menteri tunggulah dia dh pencen dari jawatannya tu. silap2 ada silap mata atau kambing hitam jd mangsa. adakah sistem kehakiman msia ni pun takrifkan org tu bersalah tidak atau jatuhkan hukuman berdasarkan kasta pesalah gak
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!