Isu Fidlot : SPRM tidak boleh siasat?



Tidak sampai setahun Tan Sri Khalid Ibrahim dilantik mengetuai kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat Selangor beliau telah dituduh terlibat dalam rasuah.


Beliau telah disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan isu sumbangan lembu korban bernilai kira-kira RM110,000 dan penyelenggaraan kereta peribadi atas kos kerajaan negeri, tetapi telah diisytiharkan bersih kemudiannya.

Dan Teoh Beng Hock pula disiasat oleh SPRM hingga beliau membunuh diri? Berikutan dakwaan penyelewengan tuntutan RM3,000 bagi tujuan pembelian bendera sempena menyambut kemerdekaan negara

Kes pertama ianya melibatkan pemimpin PKR manakala kes kedua pula ianya melibatkan petugas dari DAP.. Dan dibawah pula ialah kes yang melibatkan pemimpin UMNO…


NFC: SPRM tak boleh siasat kes beli kondo, serah kepada polis
Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR, 14 Nov — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata agensi itu tidak boleh menyiasat kes pembelian kondominium menggunakan dana projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, sebaliknya menyerahkan polis.

Katanya aduan berkaitan hanya boleh disiasat di bawah Kanun Keseksaan.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini, SPRM berkata setelah diteliti aduan diterima minggu lalu, Bahagian Perundangan dan Pendakwaan telah mengaklasifikasikan perkara tersebut di bawah kesalahan Kanun Keseksaan dan bukannya satu kesalahan di bawah bidang kuasa suruhanjaya sepertimana termaktub dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM).

“Sehubungan itu, SPRM telah diminta merujuk aduan tersebut kepada pihak polis. Ia juga selaras dengan nasihat daripada Lembaga Penasihat dan Pencegahan Rasuah yang meminta SPRM tidak menjalankan siasatan selain daripada kesalahan di bawah ASPRM 2009,” kata suruhanjaya.

Kenyataan itu berkata SPRM ingin merujuk kepada laporan beberapa media yang tersiar berhubung dengan NFC dan satu aduan telah diterima daripada orang ramai berhubung dengan isu pembelian kondominium mewah bernilai RM9.8 juta yang dikatakan menggunakan wang NFC.

Aduan ini telah dirujuk kepada Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM.

“Tindakan telah diambil dengan merujuk aduan ini kepada pihak Polis Diraja Malaysia. Pengadu telah pun dimaklumkan berkenaan keputusan tersebut dan beliau bersetuju dengan tindakan SPRM,” kata kenyataan itu lagi.

The Malaysian Insider

11 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. hahaha..

    SPrM kn badan bebas..Bee eNd x leh nk control..tp PdRM kn bawah Bee eNd..So paham2 jelah kan..

    Hukum org..mmg bleh di ubah @ di pinda..hukum ALLAH..x siapa yg bleh pinda @ ubah..

    ReplyDelete
  2. Mana boleh siasat, kami kena ikut arahan UMNO dlu. SPRM - Suruhanjaya Penipuan/Pembunuh Rakyat Malaysia. Walaupun ia badan bebas tp kelemahannya ialah kertas siasatan lengkap perlu diberikan kepada attorney general abdul guni petai. Korang bukan tak tahu kesudahannya bila bg kt guni petai ni. Yg dia tau nak kongkek ka

    ReplyDelete
  3. Renungan buat anggotax PDRM.
    Jawatan kalian ini adalah salah satu
    perkerjaan didunia ini yang dijanjikan ALLAH SWT NERAKA JAHANAM
    di AKHIRAT kelak andai kalian melakukan penindasan,salahguna kuasa,
    dan sebagainya semasa didunia ini.
    Rujuklah kepada ahli agama tentang
    kebenaran janji ALLAH SWT ini.
    Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  4. batu pelangi/BZ,

    Jangan lah bangang sangat, siapa dalam UMNO percaya adanya ALLAH? Istilah Tuhan itu adalah satu alat digunakan untuk menakutkan manusia seperti kamu dan juga untuk tujuan politik.
    UMNO menggunakan agama untuk menglembukan orang-orang Islam dalam mengertak dan mengancam bangsa dan agama lain.

    Kalau mereka betul-betul percayakan kewujudan ALLAH, maka mereka tidak akan sekali-kali membuat jahat.

    ReplyDelete
  5. Tunggu arahn PM le tu. Mcm ne nk betul. Makin biul ada ar. Patut d rombak je balik SPRM ni & letk terus bwh Parlimen. Klu mcm ni brterusn, umpama bagi lesen besar pd pemimpin Umno buat rasuah.

    ReplyDelete
  6. Aaii,..kecewa jer bunyinya...

    aku dah kata,..tinggalkan saja pkr tuu....jangan buang masa lagi !!

    ReplyDelete
  7. Klu ar SPRM ni brtindak betul, rasany tinggal 2-3 je yg lepas. Yg lain semua ke dlm. Itu sbb bila DSAI bagi lesen besar pd BPR utk benteras rasuah, ramai pemimpin Umno kecut telur.

    ReplyDelete
  8. kecewa..tersangat kecewa..kenapa la dia orang nih tak rasa malu..kami rakyat nie sedang melihat mereka berlakon..mereka masih ingat kami nih bodoh..tak tau apa-apa..!!!

    ReplyDelete
  9. betul kata rakab..jom tinggalkan PKR..selagi dok dalam PKR..kes RM3000 pun dah kena serbu..kena soal dari malam sampai pagi.. tapi kes berjuta nie..bak kata nabil..'lu pikir la sendiri..'

    ReplyDelete
  10. yg salah tetap salah...jgn sbb beberapa individu je,kte salahkan kerajaan..x semua dlm kerajaan tu mkn rasuah

    ReplyDelete
  11. kah kah kah.
    "SPRM takleh siasat, serah pada Polis".
    ape taik statement ni? lol.

    psl tuduhan rasuah ke atas BiniNajib, serah pd polis yg dungu piang. tp kalu psl tuduhan rasuah ke atas Pembangkang, SPRM mnyalak mngalahkan ANJING.

    tp apekan daya. dua2 SPRM PDRM tu, ANJING. Suruhanjaya Pembodek Rosmah Monster, Pencacai Diraja Rosmah Monster. takziah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post