
Suatu masa lalu apabila sekurang-kurangnya 10 laman web agensi kerajaan, termasuk Jabatan Pengajian Politeknik di Kementerian Pengajian Tinggi, Tourism Sabah dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sabah digodam penyerang siber..
Berkatalah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, semua tindakan yang sewajarnya sudah diambil bagi menghalang cubaan menyerang laman web kerajaan.
"Kita sudah memaklumkan serangan ini kepada semua pihak berwajib, dan kita telah mengambil tindakan pencegahan yang perlu menerusi Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), SKMM dan semua agensi yang bertanggungjawab mengenai keselamatan siber," katanya .. laporan penuh sila baca di ( SINI )
Pagi ini.. seorang sahabat melaporkan..
LAMAN web 1 Malaysia milik perdana menteri hari ini digodam "hacked" oleh individu yang dipercayai warga Indonesia. Hal itu disedari sebentar tadi menyaksikan laman web peribadi Najib Tun Razak itu memaparkan latar belakang hitam dengan mesej ringkas ditinggalkan oleh penggodam.
Antara mesej yang ditinggalkan ialah "this site has been hacked by Tofan Batam" serta logo besar bertulis "Darkness Batam".
Sebelum ini beberapa laman web Malaysia turut digodam (hacked) oleh hacker yang dipercayai dari Indonesia difahamkan kerana tidak berpuas hati dengan kekalahan pasukan bola sepak Indonesia ke atas Malaysia.
Di bawah ini screenshot yang sempat diambil beliau ketika melayari website http://www.1malaysia.com.my/".
Tinjauan pada pukul 6:54 pagi tadi menyaksikan gambar bendera Malaysia pula dikencingkan oleh karikatur memakai topi dengan bendera Indonesia dipaparkan pada halaman utama web 1 Malaysia.

Kenapa pula masih boleh digodam sedangkan Rais telah berkata telah mengambil tindakan pencegahan yang perlu menerusi Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)?
Mungkinkah MAMPU itu tidak mampu untuk melaksanakan tugasnya?
Apa kata Rais Yatim?
Sumber info : Milo Suam
Kalau kau orang faham apa maksud
ReplyDeletecakap tak serupa bikin
itulah jawapannya.
...apakah Malaysia harus terus berdiam diri apabila terus dihina begini. pihak berwajib haruslah bertindak agar maruah bangsa tak terus diinjak. tapi tindakkan kita perlu bijak dan mengikut lunas undang-undang. lakukan pemutihan sekerap mungkin. lakukan serbuan bagi menangkap pendatang haram indon dari terus bermaharajalela disini. jangan lagi terus bersikap tidak apa dan lepas tangan.
ReplyDeletemacamana nak lawan indon...kan PM kita jg orang indon. toyol pun indon. ramai pemimpin apco-ameno berakar dari indon... jadi takpa lah biar indon bermaharajalela ... apco-ameno sedang menINDONkan Malaysia dgn pemberian mykad kpd orang indon hahahaaaa.... hidup INDON! hidup apca-ameno!
ReplyDeletesekarang tengah under maintenance
ReplyDeletemat indon yang menyamar aku tuu..
ReplyDelete4.35,
tergamak kau kutuk negara bangsa kau sendiri..
memang kau ni indon tak sedau diri !!...pemimpin kau ler yang jadi agen indon kat sini...
puuuuihh !!!
Ini lah Kjaan Bee End.. bukan saje mrk boleh bolos masuk msia ..
ReplyDeletetp kalau pemimpin yg bertanggung jawab dan ada rasa malu.. berhenti je lee.. ini bukan sekali..
dr byr pencacai buat komen bahlul baik gunakan duit tu utk tubuh kumpulan anti godam godam ni
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!