Khairy yakin UMNO boleh menang banyak di Pulau Pinang



PULAU PINANG 14 Nov. - Pergerakan Pemuda UMNO tidak menolak kemungkinan parti itu mampu menambah lebih banyak kerusi di negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.


Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, selain mempertahankan 11 kerusi sedia ada yang telah dimenangi UMNO pada pilihan raya umum lalu, kajian yang dibuat pergerakan itu mendapati terdapat beberapa kerusi lain yang boleh ditawan terutama di kawasan yang wakil rakyatnya gagal menunjukkan prestasi kerja baik.

Jelas beliau, tidak ketinggalan menjadi tumpuan adalah kawasan lain yang dimenangi pembangkang pada pilihan raya umum lalu dengan majoriti rendah.

''Ketika ini, kita fokus kepada pengundi muda. Kita sudah buat kajian mengenai kedudukan pengundi muda bukan sahaja di Pulau Pinang malahan negeri lain dan fokus kempen kita dalam tiga hingga enam bulan ini tertumpu kepada kumpulan ini yang memainkan peranan yang sangat penting,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pemuda UMNO Malaysia Kedua di sini hari ini.

Selain strategi kempen pilihan raya, mesyuarat tersebut turut membincangkan tentang program-program yang telah disusun selama dua minggu menjelang Perhimpunan Agung UMNO hujung bulan ini.

Menurut Khairy, dalam menjayakan gerak kerja tersebut, pihaknya akan menumpukan usaha mendekati golongan muda yang dibahagikan kepada beberapa kawasan termasuk mengikut lokasi mengundi, bandar dan luar bandar.

"Kita akan dekati mereka mengikut isu tempatan di kawasan itu begitu juga pengundi yang sebelum ini tidak kita dekati dan terlepas pandang.

"Kita akan cuba membetulkan kesilapan yang pernah kita lakukan sebelum ini dalam usaha merampas semula Pulau Pinang," ujarnya.

Sementara itu, Khairy berkata, pihaknya telah membina satu pangkalan data mengandungi maklumat mengenai semua individu yang terlibat dan diberi bantuan oleh pergerakan itu untuk kempen pada pilihan raya umum akan datang.

Jelas beliau, pada setiap program yang dianjurkan Pemuda terutamanya oleh Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Pemuda UMNO, pihaknya telah mendaftarkan mereka yang terlibat di dalam sistem pangkalan data bersepadu itu yang mengandungi semua maklumat terperinci mengenai individu terlibat.

''Setakat ini SHEB telah mendaftar lebih daripada 213,000 orang yang pernah terlibat dalam program yang mereka anjurkan manakala 200,000 orang lagi kita daftarkan semasa program Karnival Kerjaya Pemuda BN yang pertama.

''Mereka ini akan kita hubungi sama ada melalui emel, panggilan telefon atau khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi menyalurkan sebarang maklumat mengenai kempen pilihan raya umum akan datang. Kita akan dekati mereka dengan cara yang lebih berkesan," ujarnya.


Lidah Rasmi UMNO

17 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. nasib eko bolom tontu lagie..

    jago dan selamatkan kerusi rombau kau dulu..

    den raso lopeh ni tak do lg org dlm pemuda umngok nak dukung eko mcm tu lagi..

    ReplyDelete
  2. nasib eko bolom tontu lagie..

    jago dan selamatkan kerusi rombau kau dulu..

    den raso lopeh ni tak do lg org dlm pemuda umngok nak dukung eko mcm tu lagi..

    ReplyDelete
  3. Dream on bahalol ooi. adun umno dah sibuk cari kerja kat McDonald....si bahalol ni kata bertambah menang???

    ReplyDelete
  4. Malang sungguh pemuda2 UMNO-APCO memiliki ketua pemuda seperti ini. KJ aka 'buah dada man' bukan tahu buat keje pun. Hospital Rembau yg dijanjikan semasa pilihanraya dlu hingga skarang hanya ada batu asas. Apa yang dia tahu melalak dlm tweeter dan juga blog dia yg aku rasa lgsg tak dk trafik. Sepatutnya cybertroopers UMNO-APCO kt ASD ni pergilah meramaikan 'majlis' dlm blog dia, kesian aku tengok. Apa yang pasti KJ mmg kaya raya, tak payah keje untuk 7 keturunan seterusnya. Pengikut2 apa dapat? Bolehla buah tangan ckit2. mat rempit? bolehlah duit minyak rm10 dan tshirt free. Hanya saki baki mamak penang ja akan menyokong kata2 KJ.

    ReplyDelete
  5. kakakah PR masih bermimpi lagi. hang semua x tahu kah ttg taktik pengundi indon & bangla? lagi SPR telah buat kerja2 "pembersihan nama". UMNO pasti menang kali ini....

    ReplyDelete
  6. Jangan haraplah org2 melayu PULAU PINANG nak undi BN dlm PRU 13 yang nak mai nie....5o tahun apa yg UMNO buat kat melayu Pulau Pinang...masuk poket depa lagi adalah...mcm HARAM JADAH UMNO BARU LANIE...PUIHHHHH

    ReplyDelete
  7. anjing pkr 2.24 menyamar aku lagi..


    PAKATAN BODOH

    ReplyDelete
  8. betul, betul, betullll....

    Apa yang Khairy cakapkan tu memang betul..!!

    ReplyDelete
  9. Rakab...oiiw rakab,betoi biji peliq kau...kata KJ bingai pun kau percaya.pencacai umnogok kebanyakannya otak lembu peliharaan mamak Shahrizat...feed the juboq rakab..

    ReplyDelete
  10. Bombongok,

    Aku ingat bongok jer, rupa-rupanya gila jugak !!

    ReplyDelete
  11. kalu nak fight (pru), jgn la main kotor. ok? TAKDE TELO KE? org2 UMNGOK je yg main kotor. dasar TELO KECUT. bijik KISMIS LAGI BESO dr TELO dioang. sampai nak IMPORT pengundi luar (termasuk rakab), ntok MENGILATKAN KISMIS dioang. penjual maruah negara.

    ReplyDelete
  12. Signal yg jelas PR akan tumbang..salah satu ceramah2 PR la ni dah tak ramai org mai dengar macam dulu2 lagi..selepas PRU12..sebab banyak isu2 recycle aje...lapuk..

    P/S: Bersyukur ramai dah sedar

    ReplyDelete
  13. Anak Haram kg PertamaNovember 16, 2011 at 12:40 AM

    kesian umno kata pakatan berceramah tak ada org dengar,nak sedapkan hati sendiri..apa2pun umno pasti diterajangkan pru13,umno membeza2kan hak rakyat,uncle aku kata baik undi pakatan rakyat,kenapa..kan dulu2 undi BN skrang nak undi PR pula,kenapa..sebab BN tak bagi sumbangan pada org mcm akuni org pencen,tapi aku tak pencen mana ada 500bonus...asik2 org dia aje..apa aku bukankah undi umno 10pengal,kesian uncle tu..siapla umno pru ni purata rakyat yg tak pencen diangar 600.000 org menaiklah majoriti PR kalau mcmni,tpi kalau tak silap dlm buku jingga pun ada sebut kes ini

    ReplyDelete
  14. skg ceramah tak de buat grand mcm dulu .. mmg betul ramai yg dah sedar dan mrk menunggu praya 13 je. tahap menyampah rakyat pd pemimpin umngok dah membuak buak !

    ptptn nak potong perbelanjaan tapi belum muktamad dan jika di laksana kan pun tahun 2013. cakap tak guna otak main cakap. BM kejap stop kejap dua dua pun boleh. carca merba.

    ah byk lah.. bila ceramah praya kita akan letupkan semua. cakap skg dia org boleh lg repair dan putar belit. kau org tenguk skg, kalau pakatan kata tindakan mrk ,bee end tak betul, pakatan tak bg tau sepatutnya apa yg perlu dibuat.

    dan ramai tak ramai pun yg datang ceramah pakatan, tetap lebih ramai dr ceramah umngok ! ujan aje yg selamatkan umngok !

    ReplyDelete
  15. mat afrika ni lebih kuah dari camca...
    kaki penipu....
    tingkat 4 dah runtuh dek gempa bumi..
    skrg ni duduk dlm timbunan sampah umno je...
    tak sedar diri....
    haramjadah..

    ReplyDelete
  16. AKU KESIAN KAT KJ NI....DIA NI MUKA BETUL2 TAK PEMALU.....DALAM UMNO DIA CUMA BOLEH PEGANG KETUA PEMUDA SAJA....JAWATAN MENTERI JAUH SEKALI...SEDANG ANAK MAHATHIR DAH JADI MENTERI....KESIAN2.
    WAHAI KJ....ORANG PENANG DAH MELUAT DENGAN HANGPA...TOKSAH LAA DOK ANGAN2 NAK DAPAT BALIK PENANG...SILAP2 KERUSI YANG HANGPA PEGANG LANI PUN BOLEH TERLEPAS.

    ReplyDelete
  17. SIBERUK REMBAU NI TOK SAH DUK PERASAN LA.DULU PUN BUKAN MAIN DUK ATTACK KELANTAN,LAST2 NEGERI PAK MENTUA SENDIRI TERGADAI...KAMI RAKYAT PULAU PINANG TETAP BERTEKAD AKAN KEKALKAN PAKATAN RAKYAT.KAMI BERJANJI AKAN BEKERJA KERAS UNTUK PAKATAN.UMNO BOLEH BELAH LAA....DAH TAK ADA UUMMM.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post