Kisah Setiausaha Akhbar Muhyiddin yang tak tahu adab.

Ini adalah sebuah kisah tentang Setiausaha Akhbar Muhyiddin yang dikatakan sombong dan tak tahu adab oleh seseorang..

Memandangkan aku pun tak kenal siapa mamat ini, bersamalah kita menyingkap kisahnya sebelum dilantik menjadi Setiausaha Akhbar kepada Muhyiddin..

Sekitar Mei 2009.. Beberapa hari lalu, nama Rashid Yusof tiba-tiba sahaja muncul dalam hidup saya. Cerita tentang beliau dicadangkan untuk menjadi Setiausaha Akhbar (SUA) kepada Timbalan Perdana Menteri (TPM), Tan Sri Muhyiddin Yassin benar-benar membuat saya banyak berfikir, apa sebenarnya yang berlaku dalam Umno selepas diambilalih oleh kepimpinan baru.


Sebagai orang media, saya sangat berminat ingin mengetahui siapakah yang dilantik oleh pemimpin baru negara ini untuk menjadi orang kanan mereka, terutama sekali untuk jawatan SUA.

Pertama, saya terima maklumat, Rashid telah dicadangkan oleh Mentri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir untuk menjadi SUA TPM. Saya tertanya-tanya, siapakah Rashid dan apakah hubungan antara Zambry dengan Muhyiddin sehingga cadangan Zambry diterima oleh Muhyiddin.

Lalu saya dimaklumkan, Rashid adalah bekas pegawai media Khairy Jamaludin. Sebelum itu beliau pernah bekerja dengan Tun Daim. Beliau seorang bekas wartawan dan dikira bijak sebagaimana Khairy.

Zambry pula adalah bekas pengurus kempen Muhyiddin sebelum beliau dipilih sebagai MB Perak. Sebelum itu, Zambry juga adalah ketua satu badan pemikir yang ditubuhkan Muhyiddin ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim masih berada dalam Umno.

Kerana hubungan itulah, cadangan Zambry agar Rashid dilantik sebagai SUA TPM diterima Muhyiddin. Mengikut ceritanya, Rashid telah ditemuramah oleh Muhyiddin sendiri dan selepas itu beliau ditawarkan jawatan itu.

Namun, belum sempat surat tawaran dikeluarkan, Muhyiddin tidak jadi melantik Rashid sebagai SUA-nya. Jadilah Rashid bekas SUA TPM tetapi belum sempat bekerja, ia sudah diberhentikan. Cerita ini banyak disiarkan oleh blog-blog yang ada kaitan dengan Umno dan kerajaan khasnya mereka yang anti-Khairy.

Menurut maklumatnya, sebaik sahaja berita Rashid akan dilantik sebagai SUA TPM, bertalu-talu SMS beredar antara satu sama lain. Bantahan turut dibuat dalam blog-blog ini.

Kebanyakannya adalah membantah perlantikan Rashid kerana dia adalah bekas pembantu Khairy. Khairy pula sedang dipersudutkan oleh para pemimpin Umno dengan pelbagai isu. Dari isu rasuah hinggalah musuh tradisi kepada bekas PM, Tun Dr Mahathir dan orang-orangnya yang kini menguasai politik Umno.

Seorang rakan saya dari akhbar The Star juga turut didakwa terlibat dalam menghantar SMS itu. Namun, beliau menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan menceritakan apa yang berlaku sebenarnya.

Dakwaan yang paling kuat adalah bantahan dari mereka yang berada di sekeliling Tun Dr Mahathir. Ia mudah difahami kerana Khairy sememangnya menjadi musuh utama Tun Mahathir sejak bapa mertuanya masih menjadi PM lagi.

Jika benar dakwaan ini bermakna Muhyiddin telah akur dengan desakan orang-orang Mahathir padahal beliau sendiri telah menilai kemampuan Rashid selepas menemuramahnya. Kerana bantahan mereka yang anti-Khairy, Rashid yang menjadi mangsa.

Jika benar cerita Rashid ini, bermakna pengaruh penyokong Mahathir benar-benar kuat khasnya ke atas TPM yang ada sekarang. Hatta untuk melantik SUA pun perlukan kelulusan dari beliau atau orang-orang beliau.

Namun, ramai juga yang membuat penilaian lain dalam hal ini. Bagi mereka, apa yang berlaku sebenarnya adalah Muhyiddin sangat takut dengan Mahathir. Atau Mahathir sangat berpengaruh ke atas Muhyiddin.


Berikut adalah kisah yang dikatakan itu.. aku ciplak dari Blog PapaGomo, bacalah..

SESUATU YANG MEMALUKAN...

Apa peranan setiausaha akhbar sebenarnya, saya rasa ramai dikalangan wartawan tidak begitu mendalaminya, kebanyakkan hanya tahu tugas atau peranan setiausaha akhbar ini hanyalah tukang buat ucapan bos dan tukang atur sidang media saja...tukang gunting berita yg disiar...tukang cari jawapan utk bos...lebih pada itu, hanya boleh dianggap Pegawai Menteri sajalah.

Saya tak dapat tidur terkenang apa yg berlaku pada saya ekoran kedangkalan seorang setiausaha akhbar...Apahalnya ni, saya yang sudah berpuluh tahun bertugas sebagai wartawan belum pernah sekali diaib dan dimalukan oleh seorang setiausaha akhbar.

Tetapi malam tadi di majlis penyampaian bantuan khas rakyat bandar tun razak dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri (ts) Muhyiddin Yasin. Ketika ts melawat pejabat dan bilik2 umno bhg bandar tun razak, saya seperti biasa hanya mengambil gambar kerana dapat tahu tidak ada sidang media.

Tiba2 setiausaha akhbar ts yg bernama hafiz menegur saya dengan kasar sambil mengatakan saya tidak faham yg tempat itu tidak dibenarkan ambil gambar dan tanya saya mana ada jurugambar media lain ada disitu.

Hafiz marah benar pada saya dan anggap saya tak reti bahasa hingga menyusahkannya yg terpaksa memantau pergerakan saya...tindakan dan sikapnya yg agak berang itu dilihat oleh pemimpin2 umno, yg jelas ada disitu datuk wira syed ali yg juga setiausaha badan perhubungan umno wp yg sebelum itu memanggil saya supaya ambil gambar disitu.

Ramai pemimpin yg mengenali saya terkejut melihat saya dimarahi spt budak baru jadi wartawan.Saya sempat bertanya, apahal ni..dalam keadaan agak tegang itu, tiba2 dato ainun panggil saya dan beri amaran supaya saya jangan tanya apa2 soalan@istilah wartawan kini 'jangan jolok' pada tpm.

Apakah Hafiz seorang pegawai tpm yg tak tahu adab...apakah saya melaku kesalahan dan melanggar etika kewartawanan...apa kena mengena jurugambar media lain dgn saya...apakah saya hanya boleh buat liputan ikut aturan saja...serabut betul dgn tabiat kurang ajar ni...adakah ts muhyiddin tak ajar budak ni cara kerja...Tolong jelaskan pada saya apa maknanya wartawan...adakah kerana saya boleh dapat berita dan orang lain tak dapat maka saya tak layak utk buat berita itu...etika wartawan mana yg dia pakai.

Saya amat kecewa dengan sikap seorang pegawai kepada tpm seperti ini...itupun baru bertugas dgn tpm, andaikatalah ts muhyiddin jadi pm...tentu lagi besar kepalanya...Oleh kerana kita saling memahami dan memerlukan antara satu sama lain, saya mahu Hafiz memohon maaf atas sikap kurang ajarnya...

Sahabat saya ni bukan budak baru dan amat dikenali dikalangan menteri kabinet kepimpinan umno malah peminpin pembangkang sekalipun. Dia berani mengutarakan soalan walau sekronik mana sekalipun kepada sesiapa pun dalam sidang akhbar.

Saya yakin posting ini akan sampai kepengetahuan Hafiz. Kalau tak settle jugak lagi mungkin ada baik dipaparkan gambar dia supaya kawan2 wartawan yg junior dapat cam dan lebih waspada dengan karektor ini....especially tomorrow when DPM visits S'gor...


Begitulah kisahnya seekor kaduk yang telah naik junjung...

10 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. papagomo memang proxy mat monglo. nak hentam moohideen. ada cerita lagi... hehehe

    ReplyDelete
  2. anjing pkr kat atas ni cepat betul menyamar nama aku..

    wooi bahalol,..aku tak kutuk pm dengan tpm laa....tak pernah !

    jangan jadi bangang..

    ReplyDelete
  3. aik..ingat kau sorang je ke ada nama RAKAB.Belambak oiii. Tengok nama Najib..ko kira sendiri le berapa banyak yang ada.

    ReplyDelete
  4. heheheheee...non 10.42 anjing kurap penyamar nak buat lawak pulak !

    ReplyDelete
  5. ASD,

    Najib tweet kata anaknya tak ikut ke perth semasa CHOGM hari tu...
    rosmah pun tak beli apa-apa barang kemas pun...

    pkr penipu...
    buat fitnah macam makan kacang jer..

    penyokong pkr/pas semua kena kelentong dengan blogger pakatan !!

    dah padan ler tu,..penyamun jual penyangak !

    kahkahkah...

    ReplyDelete
  6. btoi kaa xikut? xbli brg kmas? kang xpasal2 ade gambo2 depa shopping, etc, kang, diam lak si rakab.

    ReplyDelete
  7. barua punya non 1024 dgn 10.42 menyamar jadi aku pulak..anjing betullah!

    ReplyDelete
  8. rakab oh rakab 10:54 pm

    itu masalah Najib dng akhbar Australia. Bukan ASD yg melapurkan cerita itu.

    Tp adakah ini bermakna yg Najib tido tu betul ?

    Duta Msia mesti lah buat bantahan rasmi atau kekeciwaan atas berita yg tak berasas terhdp akbar tsbt.. Bukan di selesaikan dng tweet

    ReplyDelete
  9. rakab buat lawak bodoh bangang bahlol bongok bengap baghal

    kerna apa ye?

    kerna rakab kata rakab menyamar jadi rakab
    . . .
    kalau da rakab tu kira rakab la cik puan rakab oiii
    ape le pulak nak kata rakab menyamar jadi rakab pulak
    hahaha hihihi huhuhu

    ReplyDelete
  10. skrg senang jer nak napi junjung kuran angkat sumpah, cam najib buat dulu, ngaku tak kenal altantuya, kalau bunuh orang, atau mencuri, sumpah jer junjung kuran, polis bolih buang kes

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post