Lagi pemimpin UMNO desak Shahrizat letak jawatan



Kata Ketua Umno Bahagian Padang Besar “Macam mana ni? Menteri mahu, Senator mahu, Ketua Wanita Umno mahu dan jadi peniaga lembu pun mahu. Shahrizat patut pilih satu sahaja. Kalau nak bela lembu jangan jadi menteri,”


Lagi pemimpin Umno desak Shahrizat letak jawatan

PETALING JAYA: Selepas Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin, beberapa pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN) lain juga mahu Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meletak jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Keluarga Ketua Wanita Umno itu kini berdepan tuduhan menyalahguna dana RM250 juta dari National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) termasuk membeli seunit kondominium One Menerung Bangsar dekat Kuala Lumpur berharga RM9.8 juta.

Semalam Bung Mokhtar meminta Shahrizat meletakkan jawatan sebagai menteri kerana telah menyusahkan Umno.

Ketika dihubungi, Ketua Umno Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin menegaskan jika Shahrizat mahu berniaga lembu beliau tidak perlu menjadi menteri.

“Macam mana ni? Menteri mahu, Senator mahu, Ketua Wanita Umno mahu dan jadi peniaga lembu pun mahu. Shahrizat patut pilih satu sahaja. Kalau nak bela lembu jangan jadi menteri,” katanya.

TPM pertahan Shahrizat

Pandangan sama diberikan Setiausaha BN Wilayah Persekutuan Datuk Syed Ali Alhabshee yang juga ketua Umno Bahagian Cheras dengan kenyataan ringkas beliau, “Shahrizat perlu letak jawatan.”

Bagaimanapun laporan terbaru hari ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Shahrizat tidak perlu meletakkan jawatan menteri.

Pandangan sama diberikan mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang berkata isu itu patut diajukan kepada suami Shahrizat.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar tampil mempertahankan Shahrizat.



13 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. masih terngia ngia di cuping telinga .." kami mendengar suara akar umbi".

    lebih merugikan kalau pemimpin umno spt tpm mempertahankan shahrizat. dan lebih menguntungkan kita jika shahrizat di calunkan dlm praya nanti. kita boleh upah mamat mamat yg berarak kepala lembu dlm kempen kita.

    yg bekas pm Pak lah pun satu, menteri punya jawatan kena tanya suami..

    ReplyDelete
  2. Bila dah letak jawatan barulah SPRM
    ada teloq untuk siasat.Sekarang ini
    pengarahnya kecuk teloq tak berani nak siasat.Inilah dia corak politik
    Malaysia!Jabatan kerajaan berkhidmat
    untuk UMNOYAHUDI bukan untuk rakyaat!

    ReplyDelete
  3. ...apa lagi yg kau nak tunggu lg kak ijat..mbu.. letak lah jawatan.. brp juta lg yg kau planning nak songlap...

    ReplyDelete
  4. Apalagi yg kau nak tunggu kak ijatmbu... letaklah jawatan... Brp juta lg yg planning nak songlap...

    ReplyDelete
  5. Dulu Rafidah dgn APnya,skrang Shahrizat dgn Lembunya,habis duit rakyat diani angap duit rakyat duit nenek mamaknya punya,sial punya puki..sebut saja sesiapa menteri apco semuanya kaki bedal projek...ini yg buat rakyat nak terajang umnogok pru13,parti tak guna kata nak hidup melayu tapi hanya hidup melayu mamak..kalau bodo tetap bodo...mcm rakab..

    ReplyDelete
  6. UMNO dengan lembu, lembu lagi pandai...

    Moooooooooooooooooooo.... Mooo....

    ReplyDelete
  7. Semua pemimipin tak boleh harap...
    jantan atau pompuan sama je...
    celaka amat sgt...
    rakyat akan merana....
    tunggu masa....

    yang menjerit2 tu berlakon lebih macam bung...
    kasi pompuan senyap...

    ReplyDelete
  8. Inilah bahana kalau ambik orang yg kalah dalam pilihan raya ,bagi jadi senator kemudian lantik jadi menteri...bukan setakat suruh "mak minah" ni letak jawatan....semua yg songlap duit rakyat kena disepak keluar drp memjadi menteri ataupun memerintah negara.

    Pak Tua

    ReplyDelete
  9. kalau btol shahrizat salah, dia ptut letak jawatan..jgn sbb beberapa individu yg mcm ni, rosak 1 parti

    ReplyDelete
  10. NAPE KORANG SIBUK-SIBUK...AKU JADI SENATOR SEBAB PM YANG LANTIK, AKU JADI MENTERI SEBAB PM YANG LANTIK DAN AKU JADI PENIAGA LEMBU SEBAB PM YANG BAGI...NAPE KORANG PLAK YANG SIBUK...BIAR JE LAA AKU NAK PULUN....
    MEMANDANG DESAKAN BERTALU-TALU AKU BERSETUJU UNTUK MELETAKKAN SEMUA JAWATAN AKU DAN AKU PILIH NAK JADI LEMBU SAJA.....PUAS HATI KORANG.

    ReplyDelete
  11. Macam mana ni? Menteri mahu, Senator mahu, Ketua Wanita Umno mahu dan jadi peniaga lembu pun mahu. Shahrizat patut pilih satu sahaja. Kalau nak bela lembu belalah baka Rakap, dijamin pengampu dan rendah IQ.

    ReplyDelete
  12. kak izat letak je jawatan....nanti nampak kak izat n wanita BEE eNd nampak lembu pulak...

    ReplyDelete
  13. Semua pemimpin Umno tk boleh pakai. TDM dlm diam2 sbg penasihat petronas pun dh mulakn langkah pindahkn projek ke sykt anak dia Kencana Petroleum. Skit hari lgi petronas ni tinggal tulang je. Mcm dah agak je apa akn brlaku pd PRU nnti...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post