Mekah bagaikan medan perang bagi Najib dan Rosmah..



Mekah bagaikan medan perang bagi Najib dan Rosmah.. bergerak sambil dikelilingi oleh hampir 20 anggota Keselamatan Arab Saudi.

Sepatutnya dalam mengerjakan ibadat haji tidak dibezakan darjat dan taraf seseorang dimuka bumi ini, semuanya sama disisi Allah, yang membezakannya ialah Iman dan Taqwa..

Cuba korang tengok bagaimana jemaah dari Malaysia yang lain bergerak dibawah ni..







Sumber gambar diatas 'Kehidupan Makkah'


Ini close-up Najib dan Rosmah.

Menurut satu sumber, Rosmah dan Najib akan melakukan ibadah Melontar Jumrah dengan menaikki kereta malah turut mendapat kawalan VVIP dan tidak mengikuti laluan rakyat biasa.

Sumber yang sama juga memaklumkan bahawa Rosmah dan Najib akan memujuk imam besar Masjidil Haram untuk menikahkan anak mereka sebagai usaha menaikkan imej Najib di depan mata rakyat terutama masyarakat Melayu pedalaman kampung dan Felda.

53 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. haha..speechless =_='

    ReplyDelete
  2. mungkin kah najib menggunakan taktik yg sama mcm suharto dulu..??

    no way ! Najib and UMNO must be stop..enough is enough !

    ReplyDelete
  3. Bro,
    Gambar yg pertama dlm posting ini nampak aneh sikit. Itu gambar tahun berapa? Bohong kalau dikatakan itu suasana 1 atau 2 Nov, bila Pm Najib tiba di Mekah.

    Gambar yg paling bawah itu REAL.

    wmwi

    ReplyDelete
  4. adakah semua pembesar pembesar negara lain dpt layanan spt ini? bukan senang nak tanggalkan darjat dan mertabat sekali pun sekejap ketika di mekah sdgkan ketika itu lah utk pembesar pembesar merasa kan diri tanpa darjat dan tanpa mertabat.

    barangkali di hari perhitungan nama akan dipanggil .. dato sri ..

    di sini pemimpin sanggup naik bas, sanggup kayuh basikal dan ada juga yg sanggup semeja dng org biasa.

    ReplyDelete
  5. wmwi..

    Samalah tu Bro.. satu dari dekat yang satu lagi dari jauh..

    ReplyDelete
  6. Secara tersirat.ini lah ujian tuhan utk deme..terlalu takbur..sombong dengan darjat..dan terlalu takut dengan diri sendiri. Depan tuhan pun dorang rasa x selamat. Nauzubillah.

    x kisah lah gambar tahun berapa pun. Janji dkat kota suci Mekah. Tempat beribadah. Semua manusia sama rata..sama rasa..dan sama darjat...

    ReplyDelete
  7. Sesiapa yg dah pernah pergi buat haji di Makkah..(bukan haji dam) depa nie aje yg tahu bagaimana pemimpin2 dunia dan pembesar2 negara (yg Islam) dilayan oleh kerajaan Arab Saudi di sana ketika buat haji atau umrah...jangan kita rasa pelik atau teruja kalau belum sampai disana..atau dok merapu lebih2..tak percaya tanya org yg dah pergi buat haji...

    P/S: Dosa kering jangan dicari..

    ReplyDelete
  8. Najib dengan Rosmah menunaikan haji bukan dapat Haji Mabrur...

    Dapat Haji Mabuk.

    Allah SWT tak pernah berfirman jika manusia ingin menunaikan Haji harus dilayan secara istimewa. Sebab itu kita berpakaian ihram kerana tidak membezakan status kita sebagai umat Islam.

    Rosmah tak bawa BERKIN ke untuk buat Haji...?

    Apa2 lah kau najib/rosmah... Janji balik sini PRU13 ko kalah teruk gile babi weyyyyy~

    Heheheheheh....

    RAKAB TAK PEGI HAJI KE ATAUPUN BUAT HAJI DI PATPONG...?

    Heheheh..

    UMNO BODOH.

    ReplyDelete
  9. org pergi haji tidak akan dapat dibezakan darjat, semua serupa di sana...aku setuju kalau dh kawal mcm ni mmmg haji mabuk la jwabannya

    ReplyDelete
  10. Siapa Rosmah dengan Najib yang perlukan kawalan ketat sebegitu rupa.. Jika setaraf dengan presiden amerika atau PM Britain kira orait juga sebab diaorang banyak musuh.. ini PM taraf cikai yang kebanyakkan dunia ketiga tak kenal ponnn nakk dapat taraf VVIP di Mekah.. Boleh jalanlaaahhh oooiiii!!

    ReplyDelete
  11. Aku nak pi kuarters rakab buat haji....
    kah...kah....kah...

    ReplyDelete
  12. hahhahaha...lu org nyer ibadat jer la yg di kira org len nyer ibadat sume x btul kan? kot yea btul sume sama..korang da tgk kn gambo nik aziz wat umrah...betul nyer zuhud hotel die kn? sama ngan hotel jemaah len..hahahha..xyah la nak pertikai ibadat org..korang sape? wali? nabi? kuasa allah sume tu beb bkn hak korang...len korang ahlul PAS dah ade tiket syurga...hahaha

    ReplyDelete
  13. bukan apa, takut2 kalau2 ada orang nak bunuh najib atau rosmah atau mungkin takut jemaah haji dari malaysia serbu minta sign authograph, maklum lah popular. kenalah kawal dia.
    Joke of the year.

    ReplyDelete
  14. Harus diingat Di Padang Mahsyar nanti kita tetap bersendirian tanpa sebarang bantuan.
    Allah swt hanya akan menilai ketaqwaan dan keikhlasan kita Allah swt tidak memandang amalan yang dibuat hanya untuk menunjuk-nunjuk.
    Seharusnya:
    1.Ibadah haji yang dilaksanakan itu hendaklah ikhlas semata-mata kerana Allah dengan membuang sikap riak dan menunjuk-nunjuk.

    2.Semua perbelanjaan haji dari sumber yang halal

    3.Melakukan rukun dan fardu haji dengan memenuhi syarat dan sempurna

    4.Melakukan ibadah hai dengan taat, jujur dan ikhlas.

    5.Beristiqamah dengan terus-menerus mengamalkan perintah Allah SWT dan meninggalkan perkara-perkara yang dilarang dalam kehidupan seharian.

    ReplyDelete
  15. Setuju!! enough is enough Najib dan UMNO wajib dihapuskan...

    sebarkan maklumat ini ke 1 Malaysia, masing2 dalam ini berperanan dalam menjatuhkan firaun malaysia ini...

    WAJIB!!!

    ReplyDelete
  16. Hebatnya jadi org besar....dilayan seumpama ini..... bertuah badan.... tapi sebaik2nya kalau kita menunaikan haji , tak kisahlah siapa juga.... biarlah kita meletakkan diri di tahap bawah sekali....kerana kita perlu sedar kita adalah hamba....itulah sebaik2nya...

    ReplyDelete
  17. wah, cik non 8.31AM,...selamba jer pakai nama aku buat komen...

    dah tu mengutuk najib pulak tu..
    dosaaaaa.....tau tak !

    ReplyDelete
  18. ini mesti takut hantu Altantuya membalas dendam maka diiringi penuh askar. tak salah memang tak takut. ada salah ada takut.
    hang semua rakab tiruan jangan pakai nama nick sesuka hati nanti dosa tahu. tapi setahu saya C4 Altantuya tak dosa!

    ReplyDelete
  19. wuuuuiiii,..jahat betul budak-
    budak pkr ni laa...
    orang pergi haji di perlekehkannya.

    najib tu ketua sebuah kerajaan,...di bahunya terpikul amanah dan tanggungjawab yang amat berat sekali...takkan itu pun hampa semua tak faham..

    Tanggungjawab kerajaan Arab Saudi ialah memastikan keselamatan semua bakal haji terjamin,..lebih-lebih lagi jika tetamu itu seorang pemimpin nombor satu sebuah kerajaan Islam yang di hormati dunia..

    Bukannya Najib bawa askar dari Malaysia sebagai pengiringnya..

    Samada hajinya mabrur dan diterima atau tidak,..itu adalah urusan dan hak Allah SWT.

    Penyokong pkr/pas ni memang busuk hati laa...

    ReplyDelete
  20. anjing pkr 3.02pm, nyamar lagi..

    risau jugak kau dengan aku yer..
    sampai tiap-tiap hari terpaksa menyamar pakai nick aku...

    heheheheeee...

    ReplyDelete
  21. rakab@bahalol
    Orang bukan pertikai soal najib buat fardu haji, buatlah 100 kali pun lagi bagus. Yg dipertikai ialah kenapa perlu protokol sebegitu rupa sampai menyusahkan orang ramai. Yg nak kawal ketat sgt tu takut kat sapa?? Rasullullah saw pun tidak diriwayatkan oleh mana2 sahabat yg baginda dikawal sebegitu rupa ketika tawaf. malah najib lebih dihormati jika dia sanggup berasak-asak dengan orang ramai.
    Bagi aku yg jelas ialah anak bangsawan ni tetap bangsawan...tak ada langsung jiwa rakyat.

    ReplyDelete
  22. mdsaf
    aku peduli apa hang sokong sapa! bila pemimpin keterlaluan, tak kira parti mana, kita kena sanggah. BTW aku ahli umno jelutung timur. jgn dok jadi pak anguk tak tentu hala.

    ReplyDelete
  23. Aku sedih,melihat cara mengerja Haji seperti ini.Sungguh memalukan.
    Kita tak nak la serkap jarang terhadap Najib pergi mengerja kan Haji.Tetapi background Najib terbukti apa yg berlaku dinegara kini.Beginilah jadinya kalau mencari popularity untuk PRU13.Kita sedia maklum tujuan kita mengerjakan HAJI adalah ikhlas kepada Allah swt.Pembaca pikirlah sendiri.

    ReplyDelete
  24. Aku musyhkil satu je... bolehkah umrah Najib dengan menutup mulut tu. Setahu aku tak boleh buat macam tu... kena bayar dam tu.

    ReplyDelete
  25. hahahahaaaa...

    bangangnya non 10.12 ni....

    kalau kena bayar dam,..umrah/haji tak sah ke..?

    ReplyDelete
  26. non 3.59,

    Itu kau kena tanya sendiri dengan kerajaan arab saudi!...kenapa salahkan Najib pulak !!

    ReplyDelete
  27. Macam ANwar dah pernah ke Mekah !!...Anwar Al juburi bukan berani jejak kaki ke Tanah Suci...taku jatuh bala kat dia

    ReplyDelete
  28. Itulah cara jenis BANGSAWAN mengerjakan Haji.Tak kiralah dari UMNO Malaysia ke,Arab ke ,Afrika ke sama je.Ingat di alam Barzah, di Padang Mahsyar nanti ada body guard ke?????Itulah hubbundunia (cintakan dunia).Apa yang dapat hanya dunia semata.....akhirat nya?????? Tepuk dada tanya IMAN.

    ReplyDelete
  29. salam... DS najib adalah tetamu kehormat penjaga 2 masjid suci, Raja Abdullah.. even dia mintak ke tidak, mereka akan d beri kawalan ketat keselamatan dan keselesaan sepanjang mengerjakan haji.. mmglah, bila kt d sana, tiada beza nye kt d sisi Allah.. yg penting nawaitu kita.. presiden iran mahmoud ahmadinejad, bekas presiden iraq, almarhum saddam hussein, presidem palestin, mahmoud abas juga pernah d berikan kawalan sedemikian.. hope, jgnlah kt perbesarkan isu nie.. jdlah muslim yg praktikal dan berfikiran sederhana.. sesungguhnya, Allah amat mengetahui apa yg d kerjakan hamba-Nya..

    ReplyDelete
  30. Astaghfirullah Al-Azim....... sah-ke tunai Haji macam tu?? Kalau belum sedia, tak usah pi Mekah. Ada duit pun tak guna, hati tak tenang, solat pun tak khusyuk... tsk, tsk, tsk...

    ReplyDelete
  31. Tidak payah lah 'security' begitu banyak kan sedang melawat ke rumah Allah.Di muka Allah semua orang sama,miskin atau kaya,jawatan tinggi,rendah semua tidak di ambil kira.Lagi pun dalam memasuki rumah Allah kita adalah dalam jagaan NYA dan tidak ada nama 'protocol' dalam pandangan NYA.

    ReplyDelete
  32. apa la lu orang semua ni .. najis tu free masonic .. dia mana tau apa maksud menunaikan fardu haji .... kalau betol rosmah Mansur (RM) tu muslim wajib keatasnya menutup aurat di khalayak ramai...
    lu orang pikiaq la dengan akal yg Allah kurniakan ...

    ReplyDelete
  33. sdr farhan, tiba lah giliran najib menunjukkan bukti gambar bhw bukan dia sorg yg diberi kawalan spt itu.

    sbg org islam sy tdak setuju dgn cara ini, krn org bukan islam akan terfikir rupa rupanya di dlm Istana Allah pun tak selamat.

    jgn terkejut jika satu hr nanti ada hari hari tertentu utk pemimpin islam sahaja yg mengerjakan rukun haji dimana pd hari itu mrk yg bukan pemimpin tidak dibenarkan .

    jika se org pemimpin dpt khidmat spt najib kita bayangkan lah bagaiman kalau 10 pemimpin islam mengerja kan haji pd masa yg sama.

    apakah mereka layak mengerjakan haji jika nyawa mrk terancam atau tidak yakin dgn keselamtan mrk? Perkara yg buruk boleh berlaku ketika mrk solat raya beramai ramai.

    Mereka terkeluar dr rombongan. Dan tidak ada pulak yg mengikut rombongan mrk kecuali sedikit. Bg saya terputus lah tali tali Allah krn mrk sendiri yg mengasingkan kelompok mrk.

    ReplyDelete
  34. Sesiapa yang menulis artikel ini bagi aku memang berhati syaitan .

    Memang menjadi tugas pasukan khas tentera saudi untuk memastikan keselesaan dan keselamatan pembesar negara lain menunaikan haji . Mereka adalah tentera saudi dan buka diupah menjadi bodyguard.

    ReplyDelete
  35. Nauzubillah... Grow up lah Bro.... Jangan jadi budak-budak. Even bapak hang jadi PM pun kalau nak tunaikan Haj, Kerajaan Saudi akan beri layanan yang sama, Jangan hanya nak cari kesalahan orang saje. Ini hal dengan tuhan... jangan nak memandai..

    ReplyDelete
  36. kalau bapak aku yg jd PM, mungkin najib atau mungkin org lain yg akan tidak setuju dgn cara bapak aku. so what? hal dgn tuhan itu aku tak masuk campur. tu hak tuhan.

    apa kah dlm islam juga ada kasta? bahkan ada pendapat mengatakan hj ini di cipta semata mata utk keuntungan ekonomi org arab. Bukan pendapat aku ya.

    Skg pergi hj boleh communicate dng dunia luar spt keluarga dan hal hal keduniaan yg lain. apa lah salah selama di sana kita menganggap kita dlm pertapaan. kita sdg bersuluk.

    jika kita pernah pergi kursus ada satu dua kursus yg 'kuarantin' kan kita berhubung dng dunia luar.

    Bg aku masa aku disana adalah masa Allah dng aku. So PLS DO NOT DISTURB !

    Klau ini dasar kjaan arab maka perlu dikaji semula.

    ReplyDelete
  37. Semua pemimpin negara Islam mendapat layanan dan kawalan keselamatan yang sama oleh Kerajaan Arab Saudi ketika menunaikan fardhu haji dan umrah. Saya pernah ke Mekah menunaikan Umrah bersama kumpulan Sahabat Arab Saudi / Malaysia atas jemputan Kerajaan Arab Saudi juga mendapat layanan dan kawalan keselamatan yang sama.

    ReplyDelete
  38. nape ko org ni dengki sgt awk tu sape dia kan PM

    ReplyDelete
  39. anon 4:59 pm ini lah yg aku tak setuju. makna nya semasa sdr menunaikan umrah sdr jg dpt layanan dan kawalan keselamtan yg sama. Persoalannya apa kah sdr se org VVIP atau nyawa saudara terancam?

    dr apa yg sy faham layanan tersbt cuma memberi kemudahan kpd sdr. Wajarkah ada layanan berbeza? kalau perbezaan bilih hotel sy masih boleh terima. ini berlaku semasa melakukan ibadat kpd Allah.

    apa perasaan sdr semasa di beri layanan begitu kalau saudara bukan VVIP. Ini yg saya takuti. cukup kita bezakan cara kita berjalan dgn cara org lain berjalan yg tidak diberi layan spt itu.

    saya mengundur diri.

    ReplyDelete
  40. ni memang kau2 punya kantau najis bagi kera2jaaaan malasia ini fulusss buat polis arab ikut sibuk habis duit rakyat kalau cam ni....

    ReplyDelete
  41. serahkan segala urusan ini kpd Allah.. sesungguhnya, dia amat mengetahui segalanya.. drpd kt menokok tambah perkara yg kt tak tau, ssh jugak.. byk2 lah kt berdoa utk kebaikan kt bersama.. professional, praktikal dan sederhana.. andainya timbul rasa tak puas hati, sama2 kt saksikan d hari perhitungan kelak.. hal dunia tak kemana.. salam aidiladha..

    ReplyDelete
  42. berdosa kita mengata jemaah haji
    die pegi sana dgn niat menunaikan haji yg pengawal2 tu munggkin kerajaan arab saudi sendiri yg aturkan x elok berkate sebelum siasat

    ReplyDelete
  43. Kita pergi ke negara org, kena lah ikut cara negara itu mentadbir, kalu pemimpin islam harus ikut protokol mcm tu, kita kena lah ikut, depa pun x mahu tanggung risiko,kenapa hangpa x kutuk kerajaan saudi krn bagi layanan mcm tu pd pemimpin negara,ni ko org kutuk pemimpin sendiri (najib gak yg salah di kaca mata ko org) ..kurang2 kita patut bersyukur, krn pemimpin malaysia org islam dan pegi ke Mekah..Allah SWT dah tentukan PM Malaysia itu adalah Najib.. kalu pemimpin Malaysia itu org kafir...macamana??? gambar camana lak kita akan dpt tgk...pikir2kan lah...Malaysia ni bukan 100% semua nye org Islam

    ReplyDelete
  44. Patut jugalah Arab Saudi buat kawalan terhadap PM kita. Musim haji ni manusia macam lautan di Mekah tu,nanti terpijak pula Pak Najib dan Big Mama Almarhom pula dah tak ada PM Malaysia nanti,berkubur di Mekah. usah dipertikaikan lah masalah kawalan terhadap PM kita itu. Kita boleh nilai PM dan Big Mama setelah dia pulang ke Malaysia selepas menunaikan Haji. Kalau perangai tak berubah malah bertambah buruk lagi maknanya Allah tidak menerima haji beliau. Kita tungggguuuu dan lihat kemudian komen sepuas puasnya

    ReplyDelete
  45. sebab apa najib kena kutuk sebab dia riak sgt nk p haji.. pas2 cai2 UMNO dok bising kata DSAI x p haji..padahal dia dh p 2 kali dh kot... jadi bila kita tgk dia dpt layanan mcm ni, lg sedap la kena kutuk sbb riak sgt masa mula2 nk p dulu kononnya berjiwa baik... kalo la dia p baik2, x yah kabo kt org mcm dia g australia masa hari merdeka tu, mestila org respek die lg...

    ReplyDelete
  46. Geng pembangkang ni,kalau kata bodoh,marah.Bila dibiarkan,bertambah bodoh jadinya.

    Bodoh bukan sebarang bodoh.Bodoh jenis melantun-lantun dia punya bodoh.Hahahaha.

    Untuk yang bangang sangat tu,cuba baca benda ni.Sebelum menghentam orang,banyakkan ilmu dulu ya?

    Untuk yang terus nak jadi bodoh,jangan baca benda ni.Sekian.

    http://fariziliofernando.blogspot.com/2011/11/isu-sebenar-pegawai-keselamatan-dato.html

    ReplyDelete
  47. kita doakan yang terbaik buat pemimpin negara ni..

    ReplyDelete
  48. setiap PEMIMPIN negara mana2 yg menunaikan haji akan di layan sama seperti Najib dan Rosmah utk pengetahuan semua MANUSIA BODOH yg buat komen2 BODOH ni. Tak tau asal usul jangan fitnah. Blog ni pun satu mengAPI2 kan rakyat. I'm not BN supporter either but this is RIDICULOUS.

    ReplyDelete
  49. Kalau rosmah ada sampai 100 org bodyguard kat mekah, tapi dekat malaysia nampak jambul tak guna jgk..

    ReplyDelete
  50. sapa kita nak menentukan haji seseorg tu diterima oleh allah atau tak..kit ni yg mn lum pegi lum tentu diterima disana..jgn sibuk hentam org sini sana je..menilai diri sendiri lebih baik.kita marah depa pun kita bg ms pilihan raya nnt dh..jgn nk tambh dosa kering

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post