Najib akui UMNO bakal kehilangan kuasa..



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata Umno mesti terus melakukan reformasi, khususnya setelah memegang kuasa begitu lama atau menghadapi apa dinamakan oleh pihak Barat sebagai Arab Spring atau Musim Bunga Arab.


"Apabila kita berkuasa sebegitu lama, kita rasa kita kebal dari segi politik, kita mungkin berfikir bahawa tidak kira apa yang berlaku, kita akan tetap berkuasa.

"Biarpun Umno boleh berbangga dengan pelbagai pencapaiannya sebelum ini, tetapi sebagai sebuah parti politik, ia perlu prihatin dengan perubahan dalam landskap politik hari ini yang berbeza.

"Dunia telah berubah dalam banyak cara dan hari ini kita berdepan dengan cabaran-cabaran baru, dan Umno sebagai sebuah parti politik, kita sendiri perlu melakukan perubahan secara berterusan, malahan kita perlu melakukan pembaharuan dan mentransformasi diri kita supaya kita dapat dilihat sebagai sebuah parti yang dinamik, dan itulah cabaran terbesar bagi sebuah parti yang telah berkuasa terlalu lama," semasa merasmikan forum antarabangsa "Transformasi Politik, Ekonomi dan Sosial Dalam Era Krisis Global" sempena Perhimpunan Agung Umno 2011, di Kuala Lumpur.

Sambil merujuk Arab Spring yang melanda di negara-negara di Asia Barat, Najib mengulangi mesejnya bahawa Umno perlu menukar atau akan ditukar.

"Ini adalah hakikat. Lihatlah apa yang berlaku dalam konteks Spring Arab. Di Afrika Utara, empat rejim telah ditukar."

Najib berkata selepas melalui banyak era, daripada perjuangan bagi mencapai kemerdekaan, menentang pemberontakan komunis, membawa pembangunan dan perindustrian, Umno kini menuju ke fasa lebih menarik kerana ini akan menjadi fasa terakhir terhadap apa yang disifatkan sebagai benar-benar menarik dan menyatukan semua rakyat Malaysia.

"Semasa perdana menteri sebelum saya Tun Dr Mahathir (Mohamad) mengumumkan wawasan bagi negara pada 1993, Wawasan 2020, ia menggembirakan negara. Sama seperti ketika Presiden Kennedy kata, mari kita hantar orang ke bulan. Ia telah menggegarkan seluruh negara Amerika Syarikat.

"Saya beritahu Dr Mahathir, anda buat bahagian yang mudah, anda lakukan bahagian "apa", tetapi saya perlu lakukan bahagian "bagaimana"," katanya secara berseloroh.

Perdana Menteri juga melahirkan keyakinan bahawa kerajaan telah merangka jalan perubahan dengan program transformasi.

Justeru, menurut Najib, adalah "amat penting" bagi Umno dan BN dipilih semula pada pilihan raya umum akan datang bagi membolehkan parti menjayakan semua agenda transformasi yang dijanjikan.

Presiden Umno itu berkata ini juga akan memastikan wawasan negara untuk muncul sebagai negara maju pada 2020 dapat diteruskan.

"Kita sudah memulakan perjalanan ini - (melaksanakan) transformasi ekonomi, politik dan sosial...Umno akan menerajui transformasi negara bersama-sama dengan rakan-rakan kita dalam BN, dan kita akan meneruskan perjalanan ini menuju Wawasan 2020.

"Tetapi kita berdepan sedikit cabaran di hadapan kita. Kita perlu melalui jambatan pilihan raya umum akan datang. Saya sentiasa menekankan bahawa ianya bukan tidak penting untuk dipilih semula, sebenarnya amat penting untuk dipilih semula. Untuk kita menjayakan transformasi sebenar, kita perlu dipilih semula," katanya.

Malaysiakini

13 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. apa yang pasti UMNO akan tercampak macam spring selepas PRU nanti...toooing

    ReplyDelete
  2. Setujuuuuuu..!! sokonggggg..!!!

    Umno bakal hilang kuasa jika pemimpinnya perangai macam Anwar..!!

    Umno bakal hilang kuasa jika parti menjadi cacamarba macam PKR..!!

    Umno bakal hilang kuasa jika wakil rakyatnya ramai tak hadir ketika kongres,...macam PKR..!!

    ReplyDelete
  3. spring ke tak spring ke........aku meluat sungguh kat amno nih!

    ReplyDelete
  4. Hai!!.. JPN,SPR, pendatng asing, undi pos, undi hantu telah bersama dgn Umno(BN) pun masih takut??...

    PR tak kuat mana pun TETAPI jika transformasi pemikiran rakyat berubah, Umno(BN) bakal trkubur. Itu sbb dlm media skrg ni bnyk berita menipu drpd benar.

    ReplyDelete
  5. Aa'aah laa..banyak berita menipu macam Malaysiakini tuu..

    ReplyDelete
  6. apa pun alasan aku menyampah dgn umno 56 tahun konon tapi melayu masih kebelakang kroni yg didepan

    ReplyDelete
  7. Kau tahu kah apa maksud kroni ?
    kau rakyat Malaysia,..maknanya kau
    kroni kerajaan Malaysia..!!

    ada faham..??

    ReplyDelete
  8. Dah lah Najeeeeb , kami dah bosan dgn kerenah kamu dan kuncu2 kamu

    ReplyDelete
  9. KALAU PENEROKA FELDA PUN DAH NAK KALIH HABISLAH UMNO DAN BEE END.DAH SAMPAI MASA NAK DITALKINKAN.....HIDUP PAKATAN RAKYAT.

    ReplyDelete
  10. naq habaq mai..

    betoi cakap hanpa semua.umngok semua bacoi.kami berdemo susah payah,hangpa dok lepaq rumah ja la ni dapat ayaq free hangpa pun syok sama noo.

    ReplyDelete
  11. SEMOGA UMNO AKAN KEHILANGAN KUASA...AMIN.

    ReplyDelete
  12. Badak ayaq ni tak habis-habis dengan ayaq free..!

    ReplyDelete
  13. yg pasti umno dah lama berkubur....yg ada sekarang ni umno-apco (umno baru) yg sudah nazak.

    insyaallah tidak lama lg umno-apco (umno baru) akan turut dikubur dan ditalkinkan.

    ingatlah umno-apco bahawa seksaan kubur itu adalah benar dan seksaan neraka jahannam jg adalah benar.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post