Najib dan Rosmah tiba di Tanah Suci ..

Ya Allah Yang Maha Besar Lagi Maha Agung, Engkau Tunjukkanlah kebenaran kepada mereka berdua ini.. Engkau berikanlah mereka ini pengajaran. Bukakanlah pintu hati mereka ini. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.. Andai mereka berdua ini melakukan kemungkaran, Engkau hukumlah mereka ini didunia agar mereka ini insaf dan bertaubat dan pulang kejalan yang diredhaimu.. Amin



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Madinah untuk menunaikan ibadah haji hujung minggu ini.


Pesawat yang membawa beliau serta rombongannya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad di Madinah kira-kira jam 9 malam, Isnin (2 pagi hari Selasa waktu Malaysia).

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Gabenor kota Madinah, Sulaiman Mohammad Al-Jeraisy dan Duta Besar Malaysia di Arab Saudi Prof Datuk Syed Omar Al-Saggaf.

Turut berada di lapangan terbang menyambut ketibaan beliau ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Pengerusi Lembaga Tabung Haji Tan Sri Abi Musa Asa'ari dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji Datuk Paduka Ismee Ismail.

Perdana Menteri turut diiringi bondanya, Tun Rahah Mohamad Noah dan adiknya, Datuk Mohamed Nazim serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Najib dijadual menziarahi makam Rasulullah SAW di Masjid Nabawi sebelum berlepas ke Jeddah untuk memasuki kota Mekah bagi menunaikan umrah, esok.

Pada hari Rabu pula beliau akan mengunjungi ibu pejabat Tabung Haji di hotel Abraj Al-Janadiriah di Mekah, dan meluangkan masa untuk bertemu dengan jemaah haji Malaysia yang menginap di hotel itu.

Najib dan isteri akan berwukuf di Arafah pada hari Sabtu ini, bersama lebih tiga juta umat Islam yang lain dari seluruh dunia, yang menunaikan haji tahun ini.

- Bernama

25 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. persoalan:

    1. Adakah "isteri beliau" pakai tudung?
    2. Sanggupkan "isteri beliau" pakai tudung?
    3. sanggupkan "isteri beliau" meninggalkan (menanggal) barang-barang kemas (perhiasan).
    4. Menunaikan ibadat haji @ "melancong"?

    Persoalan tu, hanya "isteri beliau" yang dapat (tahu) jawapannya..

    p.s: persoalan dari rakyat jelata shj.

    ReplyDelete
  2. alahh kalau si rakap kata hudud versi pas maka si rosmah dgn najib ni pengamal islam versi umno..confirm..bik mama nk pakai tudung? kahkahkahkah kalau ditunjuk neraka sekalipun betina puaka ni takkan berganjak dari style hidup dia tu..

    ReplyDelete
  3. hanya cik puan rakab, penganutpas dan amno-apco yg berpijak di 'alam realiti'

    maka. . . .
    kao org tunjok le rasul ke, allah ke, neraka ke. . ape cik puan rakab, penganutpas dan amno-apco peduli. . pi jahanam dgn neraka tu. . pi mampos dgn neraka tu la oii. .

    ada cik puan rakab, penganutpas dan amno-apco kesah. . ape peduli dgn 'alam tak realiti' tu smua. .

    klu cik puan rakab, penganutpas dan amno-apco takot dgn Allah dah sah2 tak de le benda2 puaka ni terjadi oiiii. . tak de le munafiq dan kufur dgn Allah la oiiiii

    teorinya, mudah dan simple je la. .
    ingat dan takot Allah pasti aman damai tenteram adil saksama jujor amanah dan tertegaknya hukum hudud le kan kan3
    tanpa banyak alasan maksan kosan le ye

    ReplyDelete
  4. nampak macam nak pi makan angin je....
    contoh pemimpin bangang...
    ada penasihat ugama tetapi makan nasi kangkang....
    mana lebai jami pendek?
    mana lebai zul biawak?

    ReplyDelete
  5. 1/1/11 tarikh ONG bagi NAJIS & ROSMAMAK. Gradaffi pun bawa tangkai utk ONG tapi tumpas juga.

    ReplyDelete
  6. rakab ni ada dua versi ka? aku dh kompius la, ingatkan dh insaf. Apa2 pun kita doakan dipermudahkan urusan kedua2 role model UMNO-APCO ni. Biasanya akan ditayangkan segala perbuatan baik buruk ketika berada ditanah suci supaya diinsafi perbuatan sekembalinya ke tanahair. Namun bukan semua akan dapat peluang sedemikian dan beruntunglah jika anda yang terpilih. Guni Petai juga telah 'naik' haji tp kembali dengan 'orang' yang sama seperti sebelumnya. Allah maha kuasa.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah....walaupun pergi ke Tanah Suci penuh dengan protokol tak macam org biasa pergi tapi tak per laa dia kan PM Malaysia perlukan bantuan semua pihak untuk pergi ke sana...
    InsyaAllah mudah-mudahan Allah memberi hidayah dan buka pintu hatinya untuk berubah untuk menjadi PM yang bebas dari rasuah dan tidak amanah dan jauhkan dari sifat keji...dan juga mudah-mudahan Allah memberi hidayah kepada isterinya untuk menjadi seorang insan yang tidak BOROS dan selepas pulang nanti dapat laa kiter tgk isteri PM kiter bertudung penuh...InsyaAllah.

    ReplyDelete
  8. rakab 12.24 tu musibat Pas yang menyamar..

    aku tak pernah kutuk Rosmah !

    ReplyDelete
  9. semoga dpt haji mabrur dan terbuka hati najib utk letak jawatan PM sekembalinya nanti...sebab bertanggungjawab terhadap keborosan pentadbiran beliau spt yg di lapurkan oleh ketua audit negara.

    ReplyDelete
  10. ASD,

    Orang pergi Mekah tunai haji pun kau nak politikkan !!

    Kau doakan kemusnahan pada pemimpin negara yang sedang mengerjakan ibadat !...ini Islam cara pkr kah..??

    ReplyDelete
  11. NAJIB & ROSMAH G MEKAH sebab nak cover dia sembah pope ari tu, ni kira cover line ja.

    ReplyDelete
  12. ASD,

    Anwar tak nak pii Mekah ker ?
    Hang tak mau cuba tanya..?

    mana hang berani,..nanti kena potong elaun pulak ...

    heheheheeee...sukanya PengikutPenganutPas

    ReplyDelete
  13. Alahai suker nyer si jahil murrakab ni !!..he he...

    ReplyDelete
  14. laki bini tu, gi mekah mcm gi melancong tu.

    xpe, kalu kte nak tgk, haji die ok ke, atau skadar mkn angin, kte tgk nti dioang balik kang, Rosmah Monster tu reti tutup aurat tak.

    tp kan kan, kalu pakai tudung, xdpt la tayang rantai bling2 plak, kan? so, aku ramal, same ol' same ol'. lgpn dioang ni mane la nak takut Tuhan. dioang lbih takut duit kurang.

    ReplyDelete
  15. 11.01..aku suke lu punye komen..

    ReplyDelete
  16. Ini anti-rakab pulak nak komen...

    Takpe biarkan si Najib dan Rosmah pegi menunaikan haji ke Mekah. Kita sama-sama doakan bila dia orang balik nanti, dia dah dapat hidayah daripada Allah SWT. Mana la tau Najib dan Rosmah dah insaf dan buat pengakuan siapa yang arahkan Altantuya dibunuh. Mana la tau lagi, bila dia orang balik dari Mekah nanti, Najib terus umumkan bahawa UMNO dibubarkan serta diharanmkan terus! Silap-silap hari bulan pulak, Najib letak jawatan PM dan dengan rela hati disapina ke mahkamah Perancis!! HAHAHAH

    ReplyDelete
  17. Najib naik pesawat siapa dan siapa tanggung?
    Private jet ke atau pesawat ACJ 319 hak kerajaan ke hak Bik mama?

    ReplyDelete
  18. AKU X NAK KOMEN APA TTG DEPA2 P MEKAH....
    CUMA NAK TGK AJA BILA BALIK NNT... ADA PERUBAHAN KA X ????
    KALAU BERUBAH ... ALHAMDULILLAH LAH...
    KALAU X BERUBAH... KOMPOM HAJI TU X SAH.... !!!!

    JOESIRAP

    ReplyDelete
  19. pegi mekah pun pakai duit rakyat gak ker....ramai tu bwk pembodek hinggakan rakyat yg sepatutnya dpt pegi dah dicantas dek puak2 ni melopong tunggu turn nak gi...ada ulamak umno pun tak berani tegur pempuan puaka tu dedah aurat....takut dgn tuhan ke takut dgn bik mama..

    ReplyDelete
  20. Ya ALLAH,

    Kau pemudahkan urusan mereka di sana, semoga mereka dapat menyempurnakan Haji mabrur..

    Kau bukakanlah hati mereka suami isteri ketika mereka mengadapmu Ya ALLAH untuk mereka menegakkan syiar ISLAM di MALAYSIA dan di dunia ini mengikut Al-Quran dan Sunnah..

    Ya Allah,

    Kau buka hati isterinya untuk menutup aurat dan menjadi isterinya solehah..

    AMIN..(Hamba Allah)

    ReplyDelete
  21. Walaupun PM sibuk dgn jadual kerja yg ketat, masa yg terhad dan tanggungjawab sebagai pemimpin utama kerajaan...ada juga masa PM dan isterinya nak pi buat haji tahun nie...Alhamdullilah..

    Akp berdoa PM dan isterinya selamat pergi ke Makkah buat haji dan selamat pulang ke tanah air...

    P/S: Puak2 PR dok kutuk dan fitnah berbagai2 kat PM..PM dah pi Makkah buat haji..dan bila la pulak DSAI atau pemimpin anugerah tuhan dan isterinya nak pi Makkah buat haji? pun taktau la...mungkin seru belum mai kot...alangkah bagus kalau DSAI boleh pi sama2 dgn PM ke Makkah buat haji...baru gempaq 1 Malaysia..

    ReplyDelete
  22. Ramainya yang mengaku Rakab....

    Ni buat yang mengaku Rakab 12:51 PM tu..

    Aku politikkan Najib pergi Mekah?? Buta perut ka buta hati hang ni?

    Punya panjang aku doa untuk dia hang kata aku politikkan pulak..

    Hang tak payah nak menyamar jadi Rakab la..

    ReplyDelete
  23. Tak heran najib dan rosmah ke mekah kalau niat nya untuk dapatkan semula kepercayaan rakyat sebab pru13 tak lama lagi. Kalau dapat hidayah bila balik nanti lebih baik dia tu turun tahta dari terus memerintah malaysia dan habiskan sisa hidupnya dengan mohon keampunan atas dosa-dosa yang telah dilakukannya.

    ReplyDelete
  24. JANGAN JADI PENIPU SEBAB TIPU BOLEH JADI FITNAH..INGATLAH WAHAI MANUSIA (ANAJK SUNGAI DERHAKA,TUKAR TIUP.SHARPSHOOTER. DAN MEREKA_MEREKA YANG SEJENIS KAMU) INGATLAH ALLAH LEBIH MENGETAHUI APA YANG ADA DIHATI DAN DIKEPALA KAMU..BERTAUBAT SEBELUM TERLAMBAT..............makcik

    ReplyDelete
  25. Iyeaa laaa...ASD,

    ramainya yang pakai nama aku buat komen kat sini, ..

    sampai aku sendiri pun konpius yang mana komen aku...

    tolooooonnnngggggg..!!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post