Najib lebih popular banding Anwar - Kajian PKR



KUALA LUMPUR, 11 Nov — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak lebih popular berbanding Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi lemah dalam membuat keputusan konkrit dan bukannya seorang komunikator baik, demikian menurut kajian kendalian PKR.


Najib dilihat positif oleh 53 peratus pengundi berbanding 38 peratus melihatnya secara negatif.

Hasil kajian diperoleh The Malaysian Insider menunjukkan sebahagian besar sokongan bagi Najib datang daripada komuniti Melayu — sekitar 71 peratus melihatnya secara positif.

Pengundi-pengundi di Johor, kubu kuat Barisan Nasional (BN), menyokong kuat Presiden Umno itu dengan 61 peratus melahirkan sokongan positif. Ia disusuli dengan sokongan di Perak (52 peratus), Selangor (49 peratus) dan Kuala Lumpur (47 peratus).

Berbanding Najib, Anwar mencatatkan sokongan positif daripada 40 peratus pengundi manakala 48 peratus melahirkan pandangan sebaliknya ke atas Ketua Umum PKR itu.

Hanya 32 peratus pengundi Melayu memihak kepimpinan Anwar, bekas timbalan presiden Umno. Seramai 61 peratus pengundi tidak mempamerkan sokongan memihak kepada beliau.

Pengundi-pengundi wanita nampaknya tidak memihak Anwar dengan seramai 53 peratus berkata demikian berbanding 47 peratus pengundi menyokong kepimpinan beliau.

Dalam pada itu paras kaum wanita Melayu yang tidak menyokong kepimpinan Anwar lebih tinggi iaitu 69 peratus.

Bagaimanapun Anwar mempunyai sokongan positif di kalangan pengundi Cina dengan 43 peratus melahirkan pendirian demikian.

Anwar juga diterima dengan baik di negeri pimpinan Pakatan Rakyat — Selangor dan juga Kuala Lumpur (44 peratus) berbanding di Perak (38 peratus) dan Johor (35 peratus).

Anwar popular di kalangan mereka berusia 40 tahun dan ke atas (43 peratus) manakala Najib pula di kalangan mereka berumur 30-39 tahun (55 peratus).

Sementara Anwar popular di kalangan graduan dan bukan graduan, masing-masing 42 dan 40 peratus, Najib pula disambut baik oleh bukan pemegang ijazah (61 peratus).

Kajian itu juga menekankan bahawa Anwar boleh menaikkan imej sebagai seorang pemimpin yang tegas dalam membuat keputusan dengan mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik dan kebolehan memahami isu-isu ekonomi untuk berhadapan dengan "penerimaan secara permukaan" ke atas kepimpinan Najib.

Bekas menteri kewangan itu mencatatkan sokongan dalam ketiga-tiga aspek itu berbanding Najib.

Kajian itu dikendalikan antara 22 Ogos dan 15 September lalu di kalangan 1,000 pengundi di Kuala Lumpur, Selangor, Perak dan Johor.


The Malaysian Insider

4 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Benar ke DSAI masih ramai sokong beliau...akp pi ceramah2 DSAI..dah tak macam dulu lagi..tak macam ulat lagi...

    P/S: Dah tak sama gelombang 2008

    ReplyDelete
  2. tak kisah lah popular ke tidak yg penting boleh buat kerje . tak menyusahkan rakyat.

    ReplyDelete
  3. Lepas Anwar masuk penjara, pkr pun bungkus ler...

    Menjelang PRU13 nanti, musuh utama pkr ialah kelompok-kelompok dalam pkr sendiri..

    Saling berebut kerusi,...akibatnya
    bergaduh, berkelahi, berperang dan akhirnya berpecah !!

    Senang kerja Umno...

    ReplyDelete
  4. Saya menyokong penuh apa yg 'rakab' katakan tu, terutama Saling berebut kerusi,...akibatnya
    bergaduh, berkelahi, berperang dan akhirnya berpecah !!

    Secara jujur saya katakan org2 PKR yg bukan dtg dari puak2 'REFORMASI' rata2 memang tak boleh diharap. Mereka masuk politik sbb nak kuasa utk generate harta, padahnya...PKR skrg dah serupa umNO (memang pun PKR asalnya umNO)

    dalam Pakatan Rakyat, PKR adalah parti yg paling bermasalah. MP2 & ADUN2 yg melompat parti hampir semua dtg dari PKR. Kerana apa..?? Mereka takde integriti dlm perjuangan. Tidak seperti PAS & DAP yg memmang kukuh semangat perjuangannya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post