Dalam kenyataannya yang cuba mahu menyelamatkan Projek Lembu Shahrizat, Laki dan Anak-anak,Perdana Menteri menafikan dakwaan wujudnya penyalahgunaan dalam pinjaman mudah kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada Agroscience Sdn Bhd.
Menurut Najib sehingga 31 Julai 2011, jumlah pengeluaran pinjaman kepada NFC ialah sebanyak RM181.9 juta bagi membiayai pembangunan kandang, bangunan, kilang baja, kilang makanan dan sebagainya.
Najib juga menegaskan NFC kini menjalankan peningkatan kapasiti pengeluaran fidlot dari 6,000 ekor lembu kepada 12,000 ekor lembu manakala kapasiti penyembelihan di pusat penyembelihan kepada 200 ekor lembu sehari dan pembangunan itu dijangka siap pada awal tahun depan.
Dengan mengatakan NFC kini menjalankan peningkatan kapasiti pengeluaran fidlot dari 6,000 ekor lembu kepada 12,000, Najib secara tidak langsung telah mengakui Projek NFC tersebut telah gagal kini.
Ini kerana sasaran rasmi yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani seperti berikut:
- Pusat Fidlot Kebangsaan perlu menyediakan sekurang-kurangnya 60,000 ekor lembu fidlot setahun yang diternak di ladangnya di Gemas tetapi angka yang dicapai hanyalah 8,016 ekor antara tahun 2008 dan 2010; iaitu kurang dari 3,000 ekor lembu setahun.
-Pada masa yang sama, sebagai integrator projek syarikat tersebut juga perlu membangunkan 310 penternak kecil seluruh negara dengan saiz ternakan 600 ekor setahun, menjadikan sasaran ternakan lembu sebanyak 186,000 ekor setahun dansSasaran ini gagal sama sekali kerana Pusat Fidlot Kebangsaan masih belum pun menjalankan skim untuk membangunkan penternak-penternak kecil.
-Kementerian juga menetapkan supaya Pusat Fidlot Kebangsaan membangunkan sebuah ladang komersil bebas dengan sasaran 30,000 ekor setahun. Sasaran ini juga gagal kerana syarikat yang dikenalpasti telah menarik diri.
-Sasaran keseluruhan ternakan lembu di bawah skim yang diusahakan oleh Pusat Fidlot Kebangsaan ini adalah 276,000 ekor lembu setahun, iaitu sasaran yang lebih munasabah berbanding dengan sasaran 8,000 ekor lembu menjelang tahun 2010 seperti yang disebut Datuk Seri Noh Omar.
-Sasaran pengeluaran bekalan daging mencecah 50,000 tan setiap tahun menjelang 2009, iaitu memenuhi sasaran 40% permintaan daging Malaysia.
-Mengikut perkiraan kasar dengan anggaran seekor lembu menghasilkan 150 kg daging mentah, sasaran 50,000 tan daging lembu setiap tahun bersamaan dengan penyembelihan sebanyak 330,000 ekor lembu setiap tahun. Sasaran penyembelihan ini bertepatan dengan sasaran ternakan lembu sebanyak 276,000 ekor lembu setahun seperti yang ditetapkan Kementerian.
-Angka yang dicapai oleh Pusat Fidlot Kebangsaan hanyalah 5,742 ekor lembu disembelih di antara tahun 2008 dan 2010; jauh lebih rendah dari sasaran kebangsaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Lebih lengkap sila lihat di SINI
*****************
Najib nafi projek lembu salah guna pinjaman RM250 juta
Perdana Menteri menafikan dakwaan wujudnya penyalahgunaan dalam pinjaman mudah kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada Agroscience Sdn Bhd.
Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan berkata pinjaman itu telah diluluskan kepada National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) untuk melaksanakan projek Pusat Fidlot Nasional.
Beliau menjelaskan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, yang dipertanggungjawab untuk melaksanakan Pusat Fidlot Nasional, menjemput enam syarikat untuk mengemukakan cadangan pelaksanaan pembangunan industri daging tempatan dan sekaligus meningkatkan pengeluaran daging lembu tempatan.
Jawatankuasa pemilihan syarikat peneraju, yang ditubuhkan untuk membuat pilihan syarikat yang memberi cadangan terbaik dan berpandu kepada kriteria dikehendaki, telah memilih Agroscience Sdn Bhd, katanya.
Menurut Najib sehingga 31 Julai 2011, jumlah pengeluaran pinjaman kepada NFC ialah sebanyak RM181.9 juta bagi membiayai pembangunan kandang, bangunan, kilang baja, kilang makanan dan sebagainya.
"Tujuan pinjaman itu adalah untuk membangunkan projek tersebut bagi menampung keperluan daging negara kepada tahap sara diri sebanyak 38 peratus," katanya.
Perdana Menteri berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju) yang meminta penjelasan Menteri Kewangan sama ada berlakunya penyalahgunaan pinjaman mudah berjumlah RM250 juta kepada Agroscience Sdn Bhd pada 2003.
NFC ialah projek "Lembah Daging" di Gemas, Negeri Sembilan untuk meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan penggantungan negara kepada pengimportan daging dari luar negara.
Najib berkata syarikat NFC telahpun membangunkan Pusat Fidlot Nasional dan kini mengeluarkan produk daging tempatan yang berkualiti tinggi pada tahap komersil.
Produk pengeluaran NFC dijual di pasar raya seperti Jaya Jusco, Giant, Carrefour, Cold Storage, pasar segar, kilang pemprosesan daging, restoran dan pasar runcit di seluruh negara.
NFC kini menjalankan peningkatan kapasiti pengeluaran fidlot dari 6,000 ekor lembu kepada 12,000 ekor lembu manakala kapasiti penyembelihan di pusat penyembelihan kepada 200 ekor lembu sehari dan pembangunan itu dijangka siap pada awal tahun depan, katanya.
- Bernama
SHARIZAT BELA LEMBU ANTHRAX...ROSMAH BELA ANJING RABIES...WADAFAK? MANA ANJING2 RABIES ROSMAH TAK MENYALAK? KAHKAHKAH PERTAHAN JGN TAK PERTAHAN...
ReplyDeletecik puan rakab bela babi tonyok
ReplyDeletepenganutpas bela anjing kurap
hahaha hihihi huhuhu seronoknya amno-apco hehehe
Lembu bela lembu, hasilnya lembu kuasa dua hahaha. Noh Omar tu pun dh mcm lembu dh aku tgk dlm gambar kt atas. Percayalah semakin hari semakin banyak pembohongan, penipuan, rasuah, kajahatan akan terbongkar. Tp buat puak2 pecacai, itulah kebajikan pada mereka.
ReplyDeleteYang menjadi persoalannya sekarang KENAPA projek ini diberi pada Suami dan Anak Datuk Seri Sharizat dimanakah ketelusan samasa memberi projek yang sebegini besar.
ReplyDeleteAdakah semua MP 'Be End' memperolehi projek2 sebegini.
Adakah projek2 besar hanya akan diberi pada keluarga Menteri2 dan MP dari puak 'Be End' sahaja.
Bagaimanakah cara kerajaan menilai ataupun memilih penerima projek.
Adakah ini cara 'Be End' menolong Menteri2,MP2 dan kroni2 dari puaknya untuk menjadi kaya dan kaya dan terus kaya.
Adakah cara pemberian projek ini Tidak Amanah ataupun Rasuah?
Gagal sbb orngny bukan dari kalangn usahawan. Sharizat hnya pndai politik tapi banggnag dlm prniagaan. Ini salah satu cara pemimpin Umno songlap duit & mengamalkn kronisme..
ReplyDeleteOrng Umno bawhan gak yg kena d banggangkn.
allo "ehem November 2, 2011 11:09 AM"...
ReplyDeleteapa yg kao ckp tu:
"Orng Umno bawhan gak yg kena d banggangkn"
adalah tak tepat
sbb
cik puan rakab dpt kedai runcit la oiii (siap bole bagi mat bangla dan mat indon balon bini dia hehehe)
bukan tu saje,
cik puan rakab pon dpt kupon pi haji nx year dri bik mama tau. .
bukan takat kupon je malah dpt pelok cium dri bik mama lagi la oiiiii
hehehe sronoknya penganutpas hehehe
sape yg bela ni.. tuan nya ke yg bela lembu atau lembu yg bela tuannya? susah nak di pasti kan sbb dua dua dlm kandang lembu!
ReplyDeleteKalau lembu yg bela tuan nya mungkin jugak sbb lembu lembu ni lah tuan nya dpt berjuta juta rm. kalau tuan nya yg bela lembu pun ya jugak sb 'lembu' tuan nya tu lah maka tak dpt menyediakan 3,000 ekor lembu. Yg tuan punya kandang dpt hasilkan ialah cuma 2-3 ekor lembu yg mengatakan tuan yg mmg mcm lembu tu tak rugi.
lembu-lembu yg dikeluarkan cuma 2-3 ekor jenis baka jinohban tu akan mengatakan setiap tahun kita kekurangan lembu sb masalah global.
.
ReplyDeletepinjaman ptpn setiap seorg cuma rm10-rm25ribu di buru di cari .. dihalang dr keluar negara.. malah ada yg ditawarkan pekerjaan ttp krn ada tersangkut dng pembayaran ptpn maka di tangguhkan tawaran pekerjaan.. MCM NI PUN ADA !
so apa kita nak buat dng peminjam Projek Lembu anak beranak ni?
cerita ni bermula dgn lembu ternak lembu...kini dah masuk episod kedua bila lembu2 gila cuba nak bela lembu yg ternak lembu.
ReplyDeletepokoknya....pi mai, pi mai...pemimpin umno ni penuh dgn BULL SHIT!!!!
TEORI rahman @ PengikutPenganutPas,
ReplyDeleteAku rasa penyakit sawan kau dah sampai tahap kronik laa..
Kalau makan ubat pun tak boleh baik, jampi pun tak jalan...
aku rasa baik di sula jer kau ni,.. .dengan nuat berahim !
hahaha hihihi huhuhu,..sukanya bombongok !
oh ya!..rakab 9.31AM tu beruk Pas yang menyamar...
ReplyDeletemai mai mai. lembu lembu lembu...
ReplyDeleteindon bangla nepal pinoy paria. mai mai mai. dtg msia branang ranang. ic tara takpa. lu jd kuli, dpt ic free. lai lai. jgn ponteng undi. lai laiiii
kesiannn non 7.17,...gila kau akhirnya...
ReplyDeleteHandsome gile lembu pakai topi!!
ReplyDeleteRakab ada penyakit lembu gila...
Hehehehehe....
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!