PANAS!! Keluarga Shahrizat guna RM9.8 Juta Wang Rakyat Untuk Beli Kondo Mewah!!



Percayakah anda jika diberitahu bahawa sebuah keluarga di Malaysia, yang menggembala Lembu mampu hidup dan memiliki sebuah kondominium mewah yang nilainya RM9,758,140.00?


Percayakah anda jika diberitahu jumlah RM9,758,140.00 itu diselesaikan dengan empat kali bayaran bukannya dalam masa satu tahun tetapi empat kali bayaran dalam masa satu hari!!

Itulah yang dilakukan oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil yang menguasai National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC)..

Pada 2 Disember 2009, NFC telah membuat 4 pindahan wang dari akaun semasanya di Bank CIMB cawangan Taman Tun Dr Ismail kepada Bandar Raya Developments Berhad sebagai bayaran penuh pembelian sebuah kondominium mewah di One Menerung, Bangsar.


******************

Laporan SPRM Berhubung Penyelewengan RM9.8 Juta Wang Rakyat Untuk Membeli Kondominium Mewah ‘One Menerung’

Selepas beberapa pendedahan mengenai penyelewengan dana rakyat yang berlaku di National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) yang dimiliki oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil, KEADILAN pada hari ini tampil dengan bukti kukuh satu lagi penyelewengan.

Pada 2 Disember 2009, NFC telah membuat 4 pindahan wang dari akaun semasanya di Bank CIMB cawangan Taman Tun Dr Ismail kepada Bandar Raya Developments Berhad sebagai bayaran penuh pembelian sebuah kondominium mewah di One Menerung, Bangsar.

Butiran 4 pindahan wang tersebut adalah seperti berikut:

TARIKH dan JUMLAH (RM)


2 Disember 2009 jumlah RM699,870.00
2 Disember 2009 jumlah RM694,150.00
2 Disember 2009 jumlah RM4,199,220.00
2 Disember 2009 jumlah RM4,164,900.00
Jumlah RM9,758,140.00

Harga-harga kondominium One Menerung di Bangsar bermula pada RM3 juta dan boleh mencecah RM10.3 juta, bergantung kepada saiz unit yang dibeli.

Bayaran untuk pembelian kondominium sebanyak RM9.8 juta ini direkodkan sebagai “hutang” National Meat and Livestocks Corporation Sdn Bhd (NMLC) kepada NFC. Jumlah ini adalah sebahagian daripada RM83 juta yang dihutangi oleh NMLC kepada NFC pada 31 Disember 2009.

Bayaran untuk membeli sebuah kondominium mewah bagi pihak sebuah syarikat lain yang dimiliki sepenuhnya oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil adalah satu bentuk penyelewengan wang rakyat yang diberikan sebagai pinjaman kepada NFC. Ia adalah perlakuan pecah amanah yang jelas dan bertentangan dengan tujuan pinjaman RM250 juta diberikan kepada NFC.

Malah, ia juga membuktikan kenyataan-kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta Ketua Pemuda Umno bahawa wang yang disalurkan oleh kerajaan kepada NFC diletakkan di dalam sebuah akaun amanah khas adalah tidak benar. Jumlah RM9.8 juta yang diselewengkan untuk membeli kondominium mewah itu dipindahkan dari akaun semasa NFC di Bank CIMB cawangan Taman Tun Dr Ismail, bukannya sebuah akaun amanah khas.

Oleh itu, dakwaan menteri dan Ketua Pemuda Umno bahawa setiap transaksi memerlukan kelulusan kerajaan dan dipantau ketat juga tidak benar. Kalau betul pantauan ketat ini berjalan, sudah tentu wang sejumlah RM9.8 juta tidak boleh dipindahkan begitu sahaja untuk membeli kondominium mewah yang tidak ada kena mengena dengan industri penternakan dan penyembelihan lembu.

KEADILAN percaya maklumat-maklumat ini adalah bukti nyata bahawa satu perlakuan pecah amanah telah berlaku. Oleh itu, satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah dibuat dengan diketuai oleh Saudara Fariz Musa, Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN di ibu pejabat SPRM Selangor, Shah Alam pada jam 1130 pagi ini.

Laporan ini wajar disiasat secepat mungkin memandangkan ia membabitkan integriti keseluruhan kerajaan Malaysia dengan mengheret pimpinan-pimpinan utama ke dalam skandal ini, iaitu:

~Perdana Menteri (yang berbohong kepada Dewan Rakyat);

~Timbalan Perdana Menteri (bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang meluluskan projek dan pinjaman RM250 juta);

~Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (yang berbohong dan memberi kenyataan salah di Dewan Rakyat);

~Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (yang mendapat keuntungan dari penglibatan keluarga beliau yang mendapat projek dan bantuan kewangan dari kerajaan); dan

~Ketua Pemuda Umno/YB Rembau (yang cuba memutar belitkan fakta demi melindungi perbuatan pecah amanah)

KEADILAN juga menyeru agar Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) bersidang segera untuk menyiasat perkara ini.

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
SETIAUSAHA AGONG KEADILAN
AHLI PARLIMEN MACHANG


MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN


10 NOVEMBER 2011

18 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. SPRM tidak ada masa nak siasat perkara yg melibat kan BIGHEAD FISH hahahhahahahahahhahahaha

    ReplyDelete
  2. Baguslah makin ramai orang Melayu kaya makin tinggilah derjat bangsa ini. Yang tak bagusnya kenapa beli di Malaysia, kenaapa tak beli di Argentina ker di Maldive ker. Silap hari bulan kerajaan lain naik parah nanti kena siasat nanti.

    ReplyDelete
  3. Hanya satu nak kata....
    Memang pukimak lah si mami ni....

    ReplyDelete
  4. Pak Oncu...SPRM boleh siasat walaupun dengan hati yg amat berat. Tapi yg masalahnya, bila SPRM dah abis siasat & kertas siasat tu dihantar ke Peguam negara untuk pendakwaan, kat situ yg bermasalah...confirm pak Ghani Patail freez kan sampai beku berkarat

    ReplyDelete
  5. salam,

    betul ke berita ni? saya agak risau kerana kebelakangan ini berita2 yang dikeluarkan oleh blog pembangkang asyik kantoi aje. ini akan menjejaskan kredibiliti blog2 ini sehingga ramai antara kami sudah tidak mempercayainya lagi. Tolong siasat betul2 sebelum keluarkan berita ini nanti jadi fitnah lak.

    ReplyDelete
  6. Kalau tak betul suruh mami jarum saman.......
    ini adalah public statement..

    ReplyDelete
  7. hahahahaaaaa...

    Jaga baik-baik,...Shahrizat dah pasang lawyer..!

    Lawyer ternama macam muhammad Shafie Abdullah tu bukan calang-calang peguam....Karpal Singh pun bungkus di kerjakannya..

    Peguam Shafie tak ambil kes yang remeh dan longgar...NFC pasti ada asas dan fakta yang kukuh..!

    Rafizi dan Saifudin dalam senarai yang bakal disaman..
    hang jaga-jaga ASD !...muflis hang nanti..

    ReplyDelete
  8. sahih yg merepot akan ditangkap dan disoal siasat dari mana maklumat diperolehi !

    Lembu terlepas, tali masuk penjara!

    ReplyDelete
  9. Rakab si Jahil...

    Tak payah susah2 cari pakar segala pakar loyer.. Upah loyer bodoh pun Kroni BN boleh menang punya! sebab semua agensi penguatkuasaan dan kehakiman dibawah kangkang Najib dan Bik mama.. sah boleh lepas..

    bagi kenyataan panjang dan bodoh.. nampak bangang hang ni rakab ooiiii

    ReplyDelete
  10. Mohd Ramli Omar oooiii..

    Nak kayakan melayu dengan duit haram?!! apa hukumnya ooooiiiii.. Belajar agama tak habis. Tu pasal kenyataan nampak JAHIL.. heeee

    ReplyDelete
  11. anon 2.29,

    hang risau kerana kebelakangan ini berita2 yang dikeluarkan oleh blog pembangkang asyik kantoi aje? setahu aku laporan kepada SPRM/POlis sentiasa dikantoikan oleh depa untuk mengelakkan geng-geng ni ditangkap.. . Kalau hang tak percaya itu hang punya pasal sebab semua pencacai memang jenis kaki tak percaya walaupun bukti depan mata sebabb taksub pada pemimpin bukan parti, termasuk hang.. heeee. Sepatutnya hang minta tolong SPRM/polis siasat betul2 kes ni bukan taruk longkang laporan dibuat.. Jika ikhlas siasat tak akan jadi fitnah punya.

    ReplyDelete
  12. Yg korang sibuk sgt siasat pasal aku sorang ni kenape? Byk lg kt luar sana boleh siasat dan dedahkan. UMNO mmg dari dulu kini dan selamanya buat kerja cm ni cuma tak dak pendedahan secukupnya je. Media utama kami control. Org2 melayu pulak bukan tinggi mana pemikiran, letak berita seks, hantu, tahyul muka depan mcm metro tu, semua orang lalai. Pernahkan metro letak tajuk muka depan yg kurang sensasi?. Lgpun kami semua ada back-up cybertrooper, yg sanggup jilat bontot kami jika perlu.

    ReplyDelete
  13. PATI goblog 3.24PM,

    Kalau dah semua institusi dalam negara ni kau dah tak percaya, berambos jer balik negara asal kau, Nepal tu...

    tak pun pii melingkup masuk hutan, kampung asal tok nenek kau..!!
    kau memang layak kawan dengan monyet !

    hahahahahaaaaaa....

    ReplyDelete
  14. kerana nak bela umno,si rakab sanggup ckp mcm tu...teruskan saja bela tu supaya dapat habuannya

    ReplyDelete
  15. non 7.06,

    kalau puak kau cakap apa suka, boleh pulak !!...bila aku cakap tak boleh...
    piiiiraahhhh.....

    ReplyDelete
  16. Orng atasan SPRM & PDRM dh kematu dgn rasuah. Makan rasuah nak siasat salahguna kuasa = BONUS

    ReplyDelete
  17. Wow...kalau beniaga orang lagi banyak untung...hehehe

    ReplyDelete
  18. Tengku Cik Tengku JamilNovember 13, 2011 at 12:16 PM

    bangga aku tengok melayu umno kaya raya dan rakyat miskin merempat, budak bangla maju, budak pakistan maju, dah kita melayu hanya setakat berbangga-bangga. kebanggaan tak sampai kemana macam kita berbangga dengan kegemilangan melaka yang dah pupus, SPRM tak kan berani buka fail. sebab shahrizat itu orang penting dalam umno. mahukan SPRM bersikap telus nak menghina umno, dah siasat tak guna juga kalau peguam negara tolak fail? siasatan tidak lengkap, bahan bukti tak cukup, mana nak cukup lembu dah tak ada...kahkahkah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post