Selain dari mendedahkan UMNO kini menghadapi masaalah untuk mencari pemimpin, Tun juga berkata UMNO sudah rosak dengan teruk, UMNO dibayangi rasuah, dulu UMNO kuat tapi kini lembik, dulu pemimpin UMNO dilantik dari golongan terpelajar tapi kini dilantik dari kalangan orang bodoh? korang bacalah..
Mahathir: Umno hadapi masalah cari pemimpin, dibayangi tanggapan korup
November 20, 2011
KUALA LUMPUR, 19 Nov — Sementara Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Razak sedang bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Umno selaku parti teras perikatan itu berhadapan dengan masalah mendapatkan pemimpin terbaik.
Bekas perdana menteri itu berkata, Umno diselubungi masalah mencari pemimpin — pendirian yang mengesahkan pandangan banyak pihak selama ini.
Katanya, tanggapan kebanyakan rakyat ialah Umno dipimpin oleh orang yang korup dan “kita dapati orang yang ada kelayakan tidak dibenarkan masuk dan pegang jawatan.” “Ini adalah perkara yang benar, malah kita hendak cari pemimpin dalam Umno sekarang pun susah.
“Di Selangor begitu ramai orang Melayu tapi hendak cari pemimpin cukup susah, boleh tak kita bayangkan tentang hal ini,” kata beliau sambil menambah, “kita sebenarnya yang merosakkan parti kita kerana melayan orang semacam ini.” Selangor merupakan salah satu negeri dikuasai Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum lalu.
Najib selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno sebelum ini berulang kali menegaskan bahawa negeri itu harus ditawan semula dalam apa jua cara.
Dr Mahathir menjawab soalan sama ada orang Melayu seolah-olah sudah agak kritikal terhadap Umno ketika ditemu bual oleh Mingguan Malaysia, akhbar Kumpulan Utusan milik parti itu, sempena perhimpunan agung tahunan hujung minggu ini.
Menjawab soalan sama ada Umno masih ada harapan, Dr Mahathir yang bersara pada Oktober 2003 selepas 22 tahun memimpin Umno dan kerajaan berkata, “saya harap kita boleh menang tapi kalau kita tidak jaga, mungkin kemenangan itu kecil sahaja.” “Jika kemenangan kecil kita akan jadi kerajaan yang lemah dan lebih banyak masalah akan berlaku,” kata beliau lagi - Artikel penuh sila baca di ( SINI ).
*******************************
Ini pula adalah wawancara antara Mingguan Malaysia yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan, DATUK OTHMAN MOHAMAD beserta ZIN MAHMUD, GAMAL NASIR MOHD. ALi, MARHAINI KAMARUDDIN, HAFIZAHRIL HAMID dan jurugambar FAUZI BAHARUDIN dan TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD pada Khamis lepas.
MINGGUAN: Bagaimana Tun melihat keadaan UMNO hari ini?
DR. MAHATHIR: Saya tidak nampak UMNO sedang giat berusaha untuk mendapat sokongan daripada rakyat. Biasanya dekat-dekat pilihan raya ada banyak aktiviti supaya rakyat dapat faham perjuangan yang sebenarnya tapi nampaknya tidak begitu aktif, tak tahulah saya memandangkan saya jarang keluar akhbar sekarang, jadi saya tak tahulah. Ini impression yang saya dapat.
Apakah berbeza jika dibandingkan dengan keadaan dahulu?
DR. MAHATHIR: Dahulu kita kuat, tidak ada orang yang meninggalkan parti tetapi sekarang kita perlu memenangi semula mereka yang telah meninggalkan parti. Umpamanya UMNO masih tidak terima ahlinya yang letak jawatan atau keluar UMNO ketika saya bertindak keluar dahulu. Ramai juga yang keluar tapi banyak bahagian yang tidak mahu terima mereka, walaupun jumlah mereka sedikit. Kita tidak menang pilihan raya lalu dengan undi besar, jadi kalau ada ahli yang keluar walaupun 200 atau 300 orang itu sudah cukup besar. Kalau lari 100 orang kita kena cari 200 orang balik. Jika tidak dapat jumlah dua kali ganda yang telah meninggalkan UMNO agak susah untuk kita dapat kemenangan.
Apakah ini punca kebanyakan mereka beralih kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kerana permintaan mereka untuk kembali dalam UMNO ditolak?
DR. MAHATHIR: Ini lebih kerana kecewa kerana dahulu mereka percaya UMNO akan memperjuangkan nasib mereka. Sekarang ini mereka dapati UMNO tidak nampak memperjuangkan nasib orang Melayu. Sebab itu mereka menubuhkan NGO dan ia sebenarnya tidak boleh buat apa-apa pun tetapi kerana mereka mempunyai ahli dan tidak mengundi UMNO dan BN maka kesannya besar. Sebab itu kita kena tahu alasan kenapa mereka beralih kepada NGO.
Tidakkah dengan wujudnya NGO ini akan memecahbelahkan penyokong UMNO?
DR. MAHATHIR: Mereka nak sokong UMNO seperti contoh Perkasa, mereka sokong UMNO tetapi kerana terdapat isu-isu orang Melayu yang tidak dimainkan UMNO dan kemudiannya diambil alih oleh Perkasa. Oleh itu UMNO harus ambil tahu, tidak boleh melihat Perkasa sebagai musuh. Kita sebenarnya tidak boleh mempunyai banyak musuh pada masa sekarang. Orang yang hendak menjadi musuh pun kita patut pertahankan dan kemudian ambil tahu apa masalahnya.
Kita lihat perkiraan NGO mudah iaitu dari segi Melayu, tapi kalau dari segi UMNO sebagai kerajaan pula terpaksa mengimbangi antara Melayu dan bukan Melayu. Bagaimana seharusnya NGO ini berperanan?
DR. MAHATHIR: Kita boleh jaga kepentingan orang bukan Melayu tanpa membelakangkan kepentingan Melayu. Kita harus jelas sebab-sebab kita membuat tindakan. Umpamanya tempat-tempat dalam universiti kerajaan kita ambil tahu tetapi kita tidak ambil tahu tempat-tempat dalam universiti swasta. Apakah orang Melayu begitu ramai di universiti swasta? Jika orang Melayu semakin kurang dalam universiti kerajaan dan tidak ramai di universiti swasta, maknanya mereka semakin hilang tempat. Sedangkan masa saya masih memerintah, kita tubuh twinning arrangement untuk memberi peluang kepada orang bukan Melayu mendapat pelajaran di universiti. Lepas itu kita benarkan penubuhan universiti swasta untuk memenuhi keperluan pendidikan bukan Melayu kerana kita tahu mereka tidak dapat banyak tempat di universiti kerajaan. Tapi sekarang ini kita tubuh banyak universiti swasta tetapi kita kurangkan lagi pelajar Melayu dalam universiti kerajaan. Nampaknya orang Melayu yang semakin rugi.
Tun nampaknya melihat UMNO tidak ada usaha yang giat untuk menarik sokongan orang Melayu. Berdasarkan pengalaman Tun apa nasihat Tun untuk memperbaiki keadaan ini?
DR. MAHATHIR: Masa saya dahulu tidak banyak masalah kerana UMNO sangat kukuh dan mereka yang dipilih memimpin terdiri daripada mereka yang berpengalaman. Tetapi sejak beberapa tahun ini orang yang ada kelulusan tinggi tidak diterima masuk dalam UMNO, sebab itu mereka masuk Pas. Jadi di kalangan pemimpin UMNO tidak banyak yang berkaliber, tambah lagi mereka dikaitkan dengan rasuah seperti bertanding untuk Ahli Majlis Tertinggi misalnya. Malah banyak cerita ahli dapat sesuatu untuk mengundi mereka. Oleh itu UMNO perlu kikis perkara ini, jika rasuah itu sudah berlaku sekurang-kurangnya orang yang seperti ini tidak boleh dibenarkan jadi calon.
Masihkah ada masa untuk memperbetulkan keadaan UMNO sebelum menghadapi pilihan raya?
DR. MAHATHIR: UMNO sudah menjadi rosak dengan teruk apabila Tun Abdullah Badawi mengambil alih. Ini kerana beliau mengutamakan keluarganya dan macam-macam lagi pertuduhan rasuah dan pelbagai lagi. Lepas itu orang tahu tentang penglibatan menantunya. Sekarang ini UMNO yang rosak ini diwarisi oleh Datuk Seri Najib untuk beliau perbaiki. UMNO memerlukan banyak masa supaya ia boleh diperkuatkan. Tapi beliau pun sibuk dan tidak mempunyai masa yang cukup. Pemimpin-pemimpin UMNO yang lain pula belum ada kredibiliti dan masih baru.
Tun melihat soal tidak berlaku perubahan ini di peringkat bahagian atau semua peringkat?
DR. MAHATHIR: Saya melihat dari peringkat cawangan sampai ke pusat.
Maknanya dari tahun 2008 hingga sekarang tidak ada perubahan?
DR. MAHATHIR: Tidak nampak perubahan yang berkesan dan UMNO pun tidak boleh mempertahankan diri. Bila dituduh rasuah senyap, bila dituduh rasis pun hanya senyap. Malah nak sebut nama Melayu pun sudah tidak boleh lagi, kalau sebut sahaja sudah jadi rasis. Orang lain boleh sebut bangsa mereka tapi orang Melayu tidak boleh. Saya pun dituduh rasis kerana bercakap tentang Melayu.
Apakah ini disebabkan kemunculan Melayu liberal yang semakin lantang bersuara. Mereka melihat parti yang mewakili Melayu ini sudah tidak relevan?
DR. MAHATHIR: Kita kena perjelaskan kenapa anggapan mereka bahawa parti berasaskan kaum ini tidak lagi relevan adalah salah. Tapi tidak ada satu usaha yang gigih untuk menjelaskan kepada mereka dan tanya pendapat mereka tentang hal ini. Kalau kita di pihak yang betul kita boleh jelaskan.
Mungkinkah kerana senario selepas Pilihan Raya Umum ke-12 yang begitu berbeza ketika zaman Tun dahulu. Ini kerana mereka semakin vokal dan agak memberontak?
DR. MAHATHIR: Kita tidak menjawab apa yang mereka persoalkan. Kita tidak jelaskan kepada mereka apa yang tidak betul. Ada yang fikir, kalaupun kita tidak diperintah oleh orang Melayu apa salahnya?
Siapa yang perjelas setakat ini? Dalam akhbar sajalah... (Sebenarnya) Orang Melayu sedia kongsi kuasa dengan orang lain, kita yang bagi hak kepada mereka tapi itu pun kita tidak berani sebut takut dituduh rasis. Tapi ini kebenaran. Ada yang kata orang Melayu juga adalah pendatang, kita tidak kata apa. Ada satu orang sebut (menjelaskan keadaan sebenar) di Pulau Pinang, dia telah digantung seolah-olah dia kata perkara yang salah sedangkan ia fakta. Takkan kita tidak boleh jelaskan kenapa Malaysia ini dipanggil Malaysia?
Adakah kerana semangat Melayu semakin berkurang atau kerana kurang kemampuan?
DR. MAHATHIR: Ini kerana kurang kemampuan dan juga kurang usaha. Masing-masing hanya menjaga tempat dia sahaja. Apa yang penting bagi mereka masih kekal sebagai ketua bahagian dan sebagainya. Jangan ada orang yang hendak mencabar mereka dan kerana itu tidak bagi orang yang ada bakat masuk bahagian mereka. Keduanya, mereka hendak jadi calon pilihan raya dan tidak menumpukan kepada menguatkan kembali UMNO. Kita kalau bertanding pilihan raya tetapi parti kalah tidak ada gunanya kerana kita hanya menjadi parti pembangkang. Yang penting bukan individu tetapi parti yang perlu menang. Jika ini keadaannya dan kalau terjadi cantas-mencantas, lagi UMNO akan kalah. Akhirnya UMNO tidak akan memerintah dan kita semua tidak dapat apa-apa pun.
Perhimpunan Agung UMNO hujung bulan ini mungkinkah boleh dijadikan platform terbaik untuk memperbetulkan semua masalah ini menjelang pilihan raya umum akan datang?
DR. MAHATHIR: Perhimpunan UMNO tahun ini saya yakin mereka tidak akan bangkitkan perkara yang tidak disukai atas alasan menjaga sensitiviti dan sebagainya. Oleh itu perkara ini akan hanya terbenam begitu sahaja. Tidak ada sesiapa membuat analisis tentang tuduhan terhadap UMNO sama ada betul atau tidak. Betulkah Dasar Ekonomi Baru (DEB) cuma menguntungkan kroni-kroni Perdana Menteri sahaja? Kita kena jawab semua perkara ini dengan jelas dan fakta.
Bagaimana Tun melihat generasi baru dalam UMNO?
DR. MAHATHIR: Bagi generasi baru, keupayaan untuk menjelaskan perjuangan UMNO sudah tidak ada.
Lidah Rasmi UMNO
APA-APA AJA LAH TUN.........
ReplyDeleteAyat Tun yang ini mengesahkan hanya Melayu BODOH yang bersama UMNO sekarang...
ReplyDelete"Masa saya dahulu tidak banyak masalah kerana UMNO sangat kukuh dan mereka yang dipilih memimpin terdiri daripada mereka yang berpengalaman. Tetapi sejak beberapa tahun ini orang yang ada kelulusan tinggi tidak diterima masuk dalam UMNO, sebab itu mereka masuk Pas"
Patutlah aku nampak komen pemimpin-pemimpin UMNO nampak bodoh saja.. Ha..Ha..Ha.. yang tinggal dalam UMNO orang bodoh saja rupanya..
apa nama...ini mamak iblis sedang menabur batu asas bagi anaknya yang "tak bodoh" utk jadi PM nanti...dan utk teruskan merompak hasil negara. Hidup mamakkutty dan anak2nya!
ReplyDeleteKita bukan tidak sayang kan Umno kita aayang kan UMNO...and thus Melayu .masalah nya dgn pucuk kepimpinan yang lemah ,rasuah yang terang2an , ada 2 PM pula..
ReplyDeleteRamai kaki bodek n yes man yang tidak productive ,rasuah berlaku di byk pejabat2 kerajaan ,selective prosecution , tengok pejabat PDRM ,SPRM n kehakiman semua tak belum di percayai lagi...
tengok sharizat ,she should be menteri kanak2 and wanita ...I don't see any improvement in that kementerian...timbul kes lembu pula..
DPM pula tak boleh buat decision in kes Math and science problem..The kes is so simple to solve..yet jadi issue..
Tell me what alternative do we have ...of course opposition party , PAS pun Melayu ,PR pun ramai Melayu ..apa nak takut..
anon 1.56 tuu, anjing pakatan menyamar aku...
ReplyDeletenon 1.34,
ReplyDeleteTun Mahathir tu cuma menegur supaya kurangkan politiking dalam Umno.....itulah maksud yang tersirat !
Dalam Umno pemimpin dan parti boleh dikritik oleh ahli,....bukan
macam pakatan....kalau ahli mengkritik pemimpin atau parti,
mereka akan dipinggir, dimusuhi bahkan di halau keluar...
tak caya tanya ASD,......
Mahathir kata
ReplyDelete"UMNO sudah menjadi rosak dengan teruk apabila Tun Abdullah Badawi mengambil alih. Ini kerana beliau mengutamakan keluarganya dan macam-macam lagi pertuduhan rasuah dan pelbagai lagi. Lepas itu orang tahu tentang penglibatan menantunya. Sekarang ini UMNO yang rosak ini diwarisi oleh Datuk Seri Najib untuk beliau perbaiki. UMNO memerlukan banyak masa supaya ia boleh diperkuatkan. Tapi beliau pun sibuk dan tidak mempunyai masa yang cukup. Pemimpin-pemimpin UMNO yang lain pula belum ada kredibiliti dan masih baru."
sedap betul dia kat Tun Andullah dulukan kan keluarga tapi Dollah tak pernah gunakan RM 2 billion untuk selamatkan anak dia
Bangsat pun mamak
sebelum Pak Lah gantikan Dr M ,Kwn aku kata Pak Lah tak leh buat apa apa dgn memberi bermcm mcm pandangan dia. Lalu aku jwb skg ni kedudukan Msia semasa Dr M mmg teruk. Sesiapa pun termasuk Anwar ke sekali yg ganti Dr M dan bukan Pak Lah. Pun sukar bg Anwar.
ReplyDeleteSkg ini pulak jika Pakatan yg mengambil alih kuasa pun sukar selama 1 tahun atau 2 tahun krn semua duit dan dana tlh di punggah. Duit yg diberi pd Shahrizat adalah utk simpanan utk melawan balik Pakatan jika pakatan yg menang. Tu sbb baik ketua pemuda dan ketua wanita membisu dlm hal ini.
Rakab 1.56:inilah contoh paling jelas jawapan dari orang yang tak pakai otak! Malu lah sikit. Ulasan anda seharusnya menunjukkan mentaliti anda. Kalau begini jawapan anda forever anda akan dikutuk! Bagi ulasan yang ada unsur ilmiah sikit,kalau tak pandai dok diam aja. Baca saja apa ulasan yang teman lain tulis. Ini tidak orang bagi alasan anda nak komen,tapi komen anda memalukan,macam anda baru mahu belajar politik. Low standard bro,do not show to other people eventhough you are not smart enough! Understand ka??
ReplyDeletebapak borek anak rintik2 mak pulak ? belang2 kot. mcm ketam ajar ank berjalan betol hahaha.
ReplyDeletepemimpin depa takut dengan org muda yg berpelajaran. nak masuk umno pun depa tak bagi. takut hilang jawatan jkkk. ilang 800 la hahaha.
bila semua keperluan asas mintak sendiri depa marah. kata kita mulut jahat. dari dulu dok bg tau kg nak jalan yg sepurna sekurang2 crusher run dapat cash run-run.
tanya pembangunan negeri semua atas persetujuan jkkk. kalau tak setuju tak oleh buat. 9 tahun dulu aku minta jalan tu pem. negeri dah nak buat dia kata mada nak buat.
last2 pemb negeri jilat ludah buat jalan batu yg cash run-run yg membahayakan rakyat. jadi la ni nasib rakyat dok kat tangan jkkk yg menghalan pembangunan.
pasal tu lah umno tak dak melayu dah yg dok ada mamak jer. mamak ni melayu ker/ aku pun tak tau dudk pekara keran umno parti melayu tp pemimpin ......
Untuk Tun,
ReplyDeletesebenarnya keruntuhan orang melayu adalah bermula dizaman Tun(ikhlas saya katakan)Terutama 1998 dengan pemecatan DSAI.Tak payah saya ualas panjang lebar..maka Tunlah yg perlu dipertanggungjawabkan diatas permasalahn kini..bukan Pak Lah,dan bukan Najib..kerana mereka semua adalah dari acuan Tun Ssendiri.Memang pedih untuk terima kenyataan ini..tetapi kalau ahli2 UMNO nak marahkan saya..nanti dulu..cuba p duduk dan terfakur SEJENAK dengan melihat dgn mata hati.Untuk mengatasi masalah ini...ubatnya cukup pahit untuk ditelan iaitu KUBURKAN UMNO.maka Bangsa melayu yg berwajahkan ikhlas,jujur,amanah,bertanggunjwab,dan adil akan menjelma.Kalau TIDAK...selamat tinggallah nama bangsa melayu kerana akan terus begini sehingga bangsa itu kembali kepangkal jalan dgn suluhan ajaran agama drp Nur Hidayah Allah swt.
Pak Tua
KEROSAKAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA ADALAH HAK MILIK UMNGOK BAWAH PEMERINTAHAN MAMAK TUN.
ReplyDeleteSO....PLS SHUT UP DAN GI MAMPUS LAH SENYAP2. TAK DER SAPER NAK JADIKAN ANAK KO PEMIMPIN NAGARA LEPAS NIH....JGN PERASAN LAH MAMAK....MELAYU TAK PERNAH LUPA, YG LUPA ADALAH MAMAK....PTIUUUHHH....
anon 9:45
ReplyDeletetak baik lah ko ni, suka bercakap benar.
amek kaw mamak...hehehehe
tumpang sekaki
ReplyDeleteHAKHAK PTIUUUHHhhhhh.......
Kalau dah Mantan PM dan kata UMNO dah rosak siapa lah kiter nak mempertikaikannyaa...
ReplyDeleteTapi bagi saya kerosakan UMNO bermula dari zaman pemerintahan Tun Mahathir lagi, tetapi Tun Mahathir seorang yang bijak, licik dan berpengalaman, setiap langkah yang dilakukan oleh Tun Mahathir tak dapat dihidu jika ada pun ia dapat ditutup dengan rapi dan juga dizaman Tun Mahathir Blog2 masih baru dan tidak menyerlah. Pabila Pak Lah menerajui kerajaan sememangnya Pak Lah jauh tidak berpengalaman seperti Tun Mahathir sebab itu segala tembelang pemimpin UMNO dapat dibongkar dan memandangkan Pak Lah terlalu lemah dan gagal mempertahankan dan mengawal ketirisan dan penyelewengan ahli2 nya maka, Pak Lah didesak untuk meletak jawatan, seperti yang dikatakan oleh Tun Mahathir, UMNO sekarang kekurangan ahli yang berkaliber dan bijak...memang benar dan tepat sekali...setelah Najib mengambil alih bersama Muhyididn kepincangan pentadbiran sangat jelas dan nyata, ini bukan sahaja Najib mewarisi kepincangan pentadbiran yang terdahulu tetapi kepincangan baru terlalu banyak dicipta, ini jelas menampakkan kerosakan UMNO secara nyata.
JIKA TUN MAHATHIR MENGATAKAN UMNO ROSAK SECARA TIDAK LANSUNG ORANG MELAYU KEHILANGAN TEMPAT UNTUK BERLINDUNG...MAKA DENGAN ITU ADALAH WAJAR KITA MENGIKUT NASIHAT TUN MAHATHIR SUPAYA TIDAK MEMILIH PARTI YANG ROSAK, PEMIMPIN YANG TIDAK BERKABLIBER, TIDAK AMANAH, TIDAK BIJAK DAN TIDAK PENGALAMAN.
TUN MAHATHIR JUGA MENGATAKAN RAMAI ORANG YANG BERKELULUSAN DAN BIJAK MEMASUKI PAS, INI SECARA TIDAK LANGSUNG TUN MAHATHIR MENASIHAT RAKYAT SEMUA SUPAYA MEMILIH PAS DAN PAKATAN RAKYAT UNTUK MENTADBIR KERAJAAN MALAYSIA.
JIKA UMNO SUDAH ROSAK, SUDAH PASTI RAKYA TIDAK MAHU KERAJAAN MALAYSIA JUGA ROSAK.
FIKIR-FIKIR LAHH
Had,
ReplyDeleteKalau aku komen panjang berjela pun, penuh dengan fakta,..takkan ada maknanya untuk orang macam kau ni..
sebab mentaliti orang macam kau sudah di programkan untuk menolak apa saja dari pro Umno walau pun ianya fakta yang sahih !!
sekarang kau faham..???
mamak yg hancurkan Melayu...faham2 lah
ReplyDeleteAmboi amboi... sapa yg xubah? Tun yg xubah, n xdgr btl2 suara dr rakyat. Byk rkt sgk faham perpecahan kaum brmula dr zaman Tun. Tun asykk tuduh smua org kecuali dia sndr. Smau salah kecuali dir sndr. cakap macam smua org bodoh, buta kecuali dia sndr paling jelas, bijak n lihat dgn jelas.. Tapi dalam hati rakyat, smua sgk jelas, sgk faham...
ReplyDeletemelayu dah berpecah belah. yang untung cina dan india. dapt berjuta juta. mamak mydin kr1m dapat berjuta juta kemudian bagi melayu makan racun. DAP pula dapat pulau pinang dan kawal selangor. Sarawak sikit hari lagi dapat kat cina. bisnes cina dan india control. pemimpin melayu sibuk gaduh. bangsa sendiri dilupakan. rumah baik di bandar besar atau kampung semua mahal. DAP bagi 1 juta kat melayu di hebahkan seantero dunia melayu. bantuan DAP kepada bangsa dia berjuta juta dia diam. senyap senyap dia bagi. tak kecoh kecoh. yang melayu dapat 1 juta kecoh,syurkur tak terkira. Pernah tefikir tak pekara ni. pendatang asing banyak. terlalu banyak. apa nak jadi dengan negara kita. umno kucar kacir tak ada pemimpin. apa nak jadi wei. entah laa kadang kadang aku pun tak faham dengan bangsa aku ni. menang sorak kampung tergadai. ambiga dapat anugerah. lembu punya susu sapi dapat nama. terpekik melayu kat jalan. dapat anugerah ambiga. sekolah agama tak ada pembelaan. sekolah cina /india dapat pembelaan. weii najib ko ni bodah ke banggang. weii pas korang ni tolol ker. BELA LAAA BANGSA!!!!. yang dok bela kafir laknat tu buat apa. Dia orang tu tak ada bantuan pun boleh hidup. FIKIR LAAA BANGSAT!! baik umno baik pas baik melayu pkr semuanya BODOH!! bangsa sendiri tak nak bela bangsa asing nak dibela. BEGADUH ajer kerja korang. bawa bawa laa bersatu. teruk teruk pun bangsa kita wei.
ReplyDeleteMelayu perlu bersatu..jgn tunduk pada tuntutan2 kaum lain yg makin lama makin melampau..terutamanya DAP..PAS ptut kluar dri pakatan rakyat yg xkn ke mana
ReplyDeleteyg perintah melayu umngok .. jd melayu umngok yg dipersalahkan dulu.
ReplyDeletetak payah nak pergi hal lama, cukup duit rm 100 utk budak budak sek. org melayu kena ambil kat pej umngok dan ada pulak kena dengar ucapan.
org cina ambik kat pejabat sek.
org india ambik kat pejabat sek.
psl pecah kawasan utk menang kan numngok lah maka selangor di perintah oleh pakatan. kawasan cina di pecah 3-4. tp bila dah tewas mcm mana nak ubahkan balik.
anon 2:13 pm aku tahu kau keciwa tp jgn main salahkan semua org. terang terang pemimpin umngok boros dan kebas duit rakyat (fidlot dan PPSMI) Dia org umngok yg tak nak dengar ckp. dan masih ada org umngok yg tegur perkara yg salah ini tp tak ramai. Tg Razaliegh ckp ada dia org ambil pot sebaliknya dia org nafikan dan tak peduli kat Tg Razaliegh.
Melayu selalu tolong mamak....tetapi belum pernah ada mamak tolong melayu...menipu melayu adalah...!!!!
ReplyDeletemelayu tidak bodoh sebab pemimpin melayu bijak makan rasuah....
ReplyDeleteumngok PETUALANG BANGSA....
ReplyDeletePRU13 pilih selain umngok.....tutup kes
Aku nak masuk UMNO tak dpt....aku sikit ada cerdik n ada duit....maka tak ade cawangan mau trima...takut aku jdi lebih dari mereka yg ada...itulah pemimpin dlm UMNO di Cawangan skrang.Takut aku kuasai UMNO.bETUL KATA mAHATHIR 2.oRANG CERDIK DAH TAK DI TERIMA DLM umno SKRANG.
ReplyDeleteBUAT MASA SEKARANG LEBIH BAIK TUN DUDUK BERIBADAT DI MASJID DAN BERTAUBAT BANYAK-BANYAK SEBAB KEMUNGKARAN YANG TUN LAKUKAN TERLALU BANYAK.
ReplyDeleteDah jelas, UMNO parti orang-orang BODOH, BONGKAK, SOMBONG, PERASUAH, PEMBUNUH, PEROGOL, PENIPU, PENCURI, PENGADU-DUMBA, PEMBELIT, PEMBOHONG, PENYAMUN, PERAMPAS, PELACUR, PEROSAK AGAMA & AHLAK, termasuk adik-beradik mereka MCA, MIC & GERAKAN.
ReplyDeletePilihlah PAKATAN, yang ISLAMIC (PAS), berjiwa raayat (DAP), bertenaga (PKR). KUBURKAN UmnoBN, bangunlah kemudian dengan wadah & wajah baru yang lebih bersih, itu pun kalau bolih diterima oleh Malayu dan Malaysia.....
mamakthir ni lah punya angkara merosakkan umno. dan lembu2 umno masih sanjung dia.
ReplyDeleterasuah dan penyelewengan pun dialah bapaknya. dah pencen ni cuba tunjuk baik. sebab takut umno kalah dan PR berkuasa.
so nk tunjuk baik dan jalan tengahlah kononnya. dasar mamak ni memang pragmatik, janji hidup janji selmat janji boleh hidup selesa.
cukup takut dia tengok ghadafi kena bunuh.
TAKKANN LAH ORG BIJAK(BIJAK MENIPU) MCM DIA MENINGGALKAN UMNO YG PENUH MASALAH DGN PEMIMPIN2 BURUK YG MEROSAK NEGARA.
dia mengharap menjatuhkan anwar, anwar akan terkubur mcm TPM lain. tapi dia fikirdia bijak, Allah lagi Maha Bijaksana.
dia buang anwar, anwar bangun menjadi ancaman kepada umno. Hammmmbik kau mamakthir!
Waaaaaaaaaaaaaaa.....banyak btol ak tengok nak jadi PM kat sni....tapi haprak,cakap jer pandai,Tun dah tunjuk kan dah kemajuan kiter pade dunia,skang giliran org laen lak,...dah3x..perkare dah lepas..menuju ke hadapan, zassszz..yeah...:D
ReplyDeleteini bukan masalah sekarang bro. masalah melayu bijak dipinggirkan dalam umno bermula sejak era dia , mamak matir sendiri. semua bijak pandai dibuang ke longkang tgermasuk musa hitam, tengku Razalegh dan anwar sendiri.Bagi wa musa hitam dan tengku razaleigh melayu yang hebat. Anwar pun apa kurangnya tapi wa rasa dia mamak jugak.
ReplyDeletePost a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!