PAS sokong tuntutan Bersih bukan Ambiga



Inilah yang membezakan antara sokongan didalam Pakatan Rakyat dan juga sokongan di dalam Barisan Nasional dan UMNO.

Di dalam Pakatan Rakyat kebanyakkan ahlinya akan menyokong ideologi atau fahaman parti bukannya menyokong batang tubuh tuan punya ideologi itu..


Dalam UMNO/BN pula kebanyakkannya menyokong batang tubuh pemimpin bukannya menyokong ideologi yang dibawa, oleh itu tidak menghairankan jika kita melihat biarpun pemimpin tersebut terpalit dengan berbagai isu dari rasuah hingga ke salahgunakuasa.

Pemimpin tersebut tetap dipertahankan bermati-matian..

Silap tu sedara.. kalau pemimpin disokong dan diagung-agungkan.. pemimpin akan mati..

PAS sokong tuntutan Bersih bukan Ambiga

KUALA LUMPUR, 3 Nov: PAS menegaskan sokongan parti itu terhadap Datuk S Ambiga hanyalah terhadap isu yang dibawanya terutama mengenai tuntutan Bersih baru-baru ini, tetapi bukanlah sokongan ke atas batang tubuhnya.

Oleh itu, PAS tetap tidak bersetuju malah menentang keras pendirian Ambiga terhadap hak asasi manusia yang diperjuangkannya mengenai seksualiti termasuk sokongannya terhadap program Seksualiti Merdeka yang dianjurkan oleh pihak-pihak terbabit baru-baru ini.

Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, perkara itu perlu difahami oleh kesemua pihak dan tidak sepatutnya disalah anggap sejajar dengan dasar perjuangan PAS sejak ditubuhkan untuk menegakkan Islam di tanah air.

"Dalam hubungan ini, saya sememangnya bersetuju dengan kenyataan dan pendirian Dewan Ulamak PAS yang menentang penganjuran Pesta Seksualiti Merdeka dan sebarang aktiviti seks luar tabie melibatkan lesbian dan gay," katanya.

Beliau menjelaskan demikian ketika menjawab pertanyaan kontroversi Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu (Bebas), Zulkifli Noordin mengenai sokongan PAS ke atas Ambiga, sedangkan Ambiga jelas menyokong Pesta Seksualiti Merdeka atas alasan hak asasi manusia.

Menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh Zulkifli ketika mencelah ucapannya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini, beliau berkata, sejak dulu sokongan PAS terhadap seseorang bergantung kepada isu, bukan ke atas batang tubuh seseorang dan ia tidak terkecuali dengan Ambiga.

Menurutnya, sokongan PAS dalam isu Bersih yang dibawa oleh Ambiga sesuai dengan tuntutannya yang selaras dengan perjuangan PAS, tetapi dalam isu seksualiti yang membawa sokongan Ambiga terhadap Pesta Seksualiti Merdeka berbeza sama sekali.

"Dalam isu Pesta Seksualiti Merdeka, PAS tidak menyokong Ambiga kerana isu tersebut ternyata bertentangan dengan perjuangan PAS," tegasnya yang juga AJK PAS Pusat.

Sebelum itu, beliau menjelaskan, dalam perkara perjuangan hak asasi manusia oleh pihak-pihak terbabit, ada perkara yang diterima oleh PAS dan ada pula yang ditolak oleh parti itu.

Katanya, penolakan PAS terhadap sesuatu perkara melibatkan hak asasi manusia itu berdasarkan sebab-sebab tertentu selaras dengan dasar perjuangannya dan parti itu tetap mempunyai hujah mengenai perkara itu.

Begitu juga, tegasnya, dengan penolakan PAS terhadap aktiviti seks luar tabie dan perzinaan tetap mempunyai hujahnya kerana ia diharamkan dalam Islam dan amalan itu bertentangan dengan norma-norma kemanusiaan serta mengundang kemusnahan individu terbabit, keluarga dan masyarakat

Sungguhpun begitu, beliau menyarankan agar pihak-pihak terbabit mengambil langkah lunak terhadap mereka yang terlibat dengan aktiviti haram itu untuk menyedarkan mereka supaya kembali menjalani hidup dengan cara normal.

"Tapi kalau kita guna undang-undang sahaja ke atas mereka, takut nanti mereka akan menjalani aktiviti bawah tanah. Ini pasti lebih merumitkan untuk diatasi," katanya.

Dalam masa yang sama, beliau menyarankan kerajaan agar turut menggubal undang-undang khusus bagi membolehkan zina dikategorikan sebagai jenayah, setelah liwat diletakkan sebagai jenayah di bawah Seksyen 377.

Beliau juga mendesak kerajaan agar mengambil pendirian tegas mengutuk kezaliman yang dilakukan oleh pihak pemerintah Syria terhadap rakyatnya sehingga menyebabkan kematian ratusan ribu orang awam di negara itu.

Sementara itu, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib (kiri) menegaskan bahawa dewan itu sama sekali tidak akan menyokong apa sahaja langkah yang bertentangan dengan nilai fitrah manusia.

Penganjuran program itu dilaporkan oleh akhbar perdana kelmarin dipromosikan melalui laman sesawang www.seksualitimerdeka.org yang kononnya bertujuan mempertahankan hak golongan homoseksual agar boleh diterima dalam kalangan masyarakat negara ini.

“Kebebasan ada peraturannya, memang manusia diberikan kebebasan menyuarakan pandangan tetapi hendaklah di dalam kerangka yang dibenar dan tidak bertentangan dengan fitrah kejadian manusia” kata beliau yang juga Adun Manir, Terengganu.

“Namun Dewan Ulamak PAS menyeru supaya golongan seperti ini diubati sehingga dapat hidup bersama masyarakat secara fitrah dan bukannya memberikan pengiktirafan yang tidak akan menyelesaikan masalah, Dewan Ulamak melihat dari sudut penyelesaian masalah iaitu golongan ini mesti diubati dan bukannya meneruskan masalah,” ujar beliau lagi.


Harakahdaily

15 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Yang memberi pandangan adalah kalangan terpinggir dalam PAS dan pakatan haram. Hassan ali , nik aziz , hasan tantawi , mariah mahmud dan harun taib adalah nyamuk dan lalat dalam pakatan haram .

    lainlah dengan khalid samad , mat sabu , anwar ibrahim , haji hadi , LKS dan LGE yang tak berani bersuara membantah Murshidur AM Pakatan Haram Datuk Ambiga .

    Dua khalimah syahadah :
    AKU BERSAKSI BAHAWA TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH DAN AKU BERSAKSI BAHAWA NABI MUHAMMAD ITU ADALAH PESURUH ALLAH

    Mereka telah berjaya mengajak umat Islam menyekutukan ALLAH dari segi istilah. Nama ALLAH disokong oleh golongan Islam sendiri untuk digunakan di gereja oleh orang yang bukan beragama Islam .

    Kali ini mereka cuba untuk mengajak umat Islam untuk menyokong idea demokrasi dan hak asasi manusia , ciptaan mereka . Kali ini mereka mengajak umat Islam menolak pula Nabi Muhammad S.A.W . Secara terang mereka inginkan umat Islam , menjadi GOLONGAN yang tidak diakui oleh nabi sebagai umatnya .

    Itulah peranan Ambiga dan puak puak dajjal nya . Demokrasi dan hak asasi manusia amat dekat dengan Pakatan Haram untuk dinafikan.

    ReplyDelete
  2. PAS adalah Anjing dlm bahasa Croatia ... mereka adalah anjing Ambiga ... maka anjing-anjing ini pasti merestui apa saja tindakan Ambiga termasuklah dalam soal seks.

    Let's wag those dogs!

    ReplyDelete
  3. OOooooo,..sudah pusing kaa...

    ReplyDelete
  4. woit bangang brader vo,

    whack bukan wag bodoh....
    luang masa belajar bahasa inggeris....
    jgn jadi melayu bangsat....

    ReplyDelete
  5. Woit ppas,

    kita boleh menilai.....
    tak perlu versurah2....
    semua dah tau hang seorang munafik...

    ReplyDelete
  6. hahahahaaaaa.....
    lawak, lawak !

    sokong ideologi konon, bukan batang tubuh......

    piiirahhhh !!!

    ReplyDelete
  7. pPAS 3:37 pm makna nya selain Allah ada kah tuhan lain utk gereja. pd kau ada berapa tuhan?

    Brader Vo bila pulak kita sokong Ambiga dlm soal seks. gunakan lah isu ini utk kita bekerjasama. kita semua tak setuju. so dr buat himpunan selamat kan aqidah masa ni lah kita buat bantahan terhdp pesta seksualiti merdeka.

    rakab oh rakab tu sb kita bantah kalau kita sokong ambiga, semua yg di buat kita sokong.

    bgaimana dng salah se org menteri yg dikhabarkan gay dan pernah pulak pakai gelang yg sama dng seorg artist. jd sape yg sokong batang tubuh seseorg?

    ReplyDelete
  8. tang najib kene ketuk dgn salib kt kepala depan pope tu karat biru xnk komen ke???

    ReplyDelete
  9. rakab :< ehh rakab ni kan ke lembu feedlot umno,sharizat dan keluarga yg mana terlepas drp pusat feedlot tu..sbb tu laa pusat feedlot tu da xde lembu..nk lawat pn ditutupnya pagar...rosak2 lembu bernama rakab ni...

    ReplyDelete
  10. Selama ni Ambiga tu jadi idola kepada penyokong-penyokong pakatan.
    Ambabiga jaga pakatan, pakatan bela Ambabiga!

    Ahli pkr/pas memang bodoh sejak dari awal lagi. Kamu semua di peralatkan saja oleh Ambiga tu...

    Majlis peguam tu anti melayu dan Islam. Ambiga tahu kelemahan kamu.
    Ambiga juga tahu Anwar umpama orang yang sedang kelemasan dan dia menggunakan peluang yang terhidang itu sebaik-baiknya.

    Ambiga cuma mahu mengembangkan ideologo pluralismenya dikalangan rakyat Malaysia!...kamu semua saja yang buta mata hati dan buta perut!

    Hari ini dia semakin berani menunjukkan belang dengan memperjuangkan gay, lesbian dan homoseksual sebagai cara hidup rakyat Malaysia.

    Penyangak pakatan memang hipokrit dan bangang sejak awal lagi...

    ReplyDelete
  11. pembetulan

    ideologo laa pulak,..IDEOLOGI ,baru betul !

    ni semua narong si keldai pkr yang punya pasal..

    heheheheee..

    ReplyDelete
  12. Tak sekolah semua pemcacai UMNO.. dari berhujah bangang sangat hinggalah salah menggunakan perkataan.. itu jelas menunjukkan kebodohan mereka. Cuba berlagak nak berhujah tapi jelas lagak mereka tak boleh mengatasi kebangangan mereka sendiri.. heeee

    apa-apalah pencacai UMNGOK. semua tahu Hangpa semua, UMNGOK dan Bee end akan berkubur juga akhirnya..

    p/s : makin bertambah pencacai UMNGOK. Ini membuktikan blog pakatan lebih 'hot' dari blog pro UMPORNO...

    ReplyDelete
  13. rakab oh rakab
    pernah dengar psl kawloon, green karpet dan beberapa club utk gay dan homo. apa tindkan kjaan?

    krn ujud nya golongan ini lah spt menteri bergelang yg semakin menjadi jadi, maka ambiga suara kan hak menteri bergelang tu dan golongan tersbt supaya kelak dia jd PM tak de masalah. pPAS sepatutnya yg menyokong ambiga bukan pakatan.

    alaa.. kau ckp je.. ambiga tu kalau alih punggung sikit kau org pencacai angkat lah dia mcm namewee.

    ada org bukan islam yg lebih baik dr org islam sendiri contoh rasuah dan buat kerja fitnah. ada org bukan islam yg memperjuangkan nasib anwar semasa reformasi I. jd ternyata mrk dipihak benar krn anwar didapati tak bersalah. dlm hal ini mana letak islam kau, pPAS.

    walaupun mrk baik spt LGE malah lebih baik dr 1/2 pemimpin umngok cuma satu dia kurang .. iaitu iman.
    iman org umngkok ini lah yg sepatutnya kau nilaikan dgn nilai kemelayuan nya.

    Ambiga semakin berani krn kelemahan pemimpin umngok. PAS diperlekehkan. Sek Agama di pinggirkan. Ustad Ustad yg boleh ceramah cuma psl zakat dan mandi wajib. Cara berpolitik umngok politik murahan spt nala dijadikan senator.

    dlm hal pluralisma jgn kau tanya soal ambiga, kau tanya pemimpin MIC dan MCA jgk. Kalau ada yg dr MIC dan MCA yg taks setuju dng pluralisma ambiga, jdkan berita spy ambiga mengelabah.

    ini tak balik balik kau org berselindung sebalik anwar dan PAS.

    ReplyDelete
  14. hahahaha klu dah putar alam sampai bila2 pun puak 2 pakatan haram ini akan putar belit hahahaha

    lawak paling kelakar sekali daripada asd dan yg sehaluan dgnnya hahha

    tahniah ambiga anda berjaya kali ini hahaha

    ReplyDelete
  15. anon 8:48 am

    sian kat kau.

    kehabisan hujah ya.. tak pe asd ada banyak lagi isu, mungkin kau ada peluang tunjuk kebodohan kau dan ketandusan hujah kau.

    ya taniah ambiga anda berjaya menjadikan anaon ini mati kutu

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post