Pelik tapi Benar! Sungai dibina melalui Jambatan.. Hanya di Malaysia.



Pelik tetapi benar.. Diseluruh dunia Jambatan biasanya dibina untuk menghubungkan antara dua jalan yang merentasi jurang , sungai ataupun lautan tetapi hanya di Malaysia di negeri Terengganu ianya adalah sebaliknya.


Projek Kerajaan Barisan Nasional ini yang telah menelan belanja RM210 Juta ini iaitu tambahan RM70 Juta dari harga asal iaitu RM174 Juta memerlukan anak Sungai dibina atau dilencongkan merentasi bawah jambatan tersebut supaya jambatan tersebut berfungsi sebagai jambatan.

Faham tak?? Maksud aku.. Negara lain bina jambatan untuk merentasi Sungai tapi Malaysia membina atau melencongkan anak sungai untuk merentasi atau mengalir di bawah jambatan itu..

Ini kerana jambatan yang menghubungkan Lebuh Raya Pantai Timur itu telah dibina diatas darat, tengok betul-betul gambar dibawah..



Hanya di Malaysia.. di Negara yang lebih majupun tiada projek seumpama ini..

RM70 Juta tambahan yang diperlukan itu bertujuan untuk merangka kerja2 baru bagi mengatasi kemelut pembinaan jambatan Sungai Bagus ini antaranya termasuk mengalih anak sungai kebawah jambatan tanpa merujuk kepada Jabatan Parit dan Sungai kerana bimbang diketahui umum.

Jadi jika anda masih mahu melihat projek-projek pelik seperti jambatan ini teruskanlah menyokong Barisan Nasional!!

Di bawah adalah fakta-fakta mengenai projek gila ini..

Penyelewengan Dalam Pembinaan Projek Lebuhraya Pantai Timur 2(LPT-2)

B-27 – Kementerian Kerja Raya

Pembinaan Jalan dan Jambatan



1. Projek LPT-2 dari Jabor ke Kuala Terengganu dijanjikan kepada rakyat Terengganu menjelang pilihanraya 2004. Mula dibina pada 2007 dan dijangka siap pada 2010.

2. Harga asal RM3 billion tetapi sekarang sudah mencecah hamper5 billion. Difahamkan peruntukkan tambahan diperlukan untuk menyiap projek ini yang tarikh siapnya entah bila.

3.Projek ini dibiayai melalui Dana Khas (iaitu wang royalty) dan hanya sebahagian kecil pengurusan dibayar oleh Kerajaan Pusat. Ini bermakna hamper keseluruhan pembinaan LPT-2 ini dibiayai olehwang rakyat Terengganu.

4. Setelah siap projek ini akan di serah kepada Lembaga Lebuhraya Malaysia dan tidak Kerajaan Negeri Terengganu. Ini bermakna Negeri Terenganu sedia tanah dan menanggong kos pembinaan nya tetapi tidak akan memiliki lebuhraya ini.

5. Siapa yang akan mengendali kutipan tol? Siapa akan memperolehi hasil kutipan tol ini?

6. Pembinaan dibahagi kepada 16 pakej dimana hanya 4 sudah atau hampir siap dan 12 lagi belum.

7. Antara pakej bermasaalah termasuk:

a) Pakej 7 – Pembinaan Jambatan Sungai Bagus – Bandar Baru Kerteh, Daerah Kemaman.

- Jambatan dibina atas Daratan!!!!



- Sebuah jambatan dibina atas daratan dan tidak melintasi anak Sungai Bagus yang sepatutnya tujuan jambatan ini dibina.

- Harga asal kontrak RM174 juta. Harga semasa – RM 210 juta. Perlu tambahan RM70 juta.



- Jambatan ini hampir siap tanpa sebarang halangan atau larangan dari JKR yang mengawasi kerja pembinaannya.

- Bayaran juga dibuat mengikut kemajuan kerja.

- Kenapa perkara sebegini boleh berlaku? SIAPA YANG CUAI???

- Konsultant? Kontraktor? JKR? Atau Kementerian Kewangan?

- Pakej ini telah diserah balik oleh kontraktor kepada JKR untuk merangka kerja2 baru bagi mengatasi kemelut pembinaan jambatan Sungai Bagus ini.

- Antaranya termasuk mengalih anak sungai kebawah jambatan tanpa merujuk kepada Jabatan Parit dan Sungai kerana bimbang diketahui umum.

- Proses tender sedang dirangka dan dijangka tambahan RM70 juta diperlukan untuk mengatasi masaalah pembinaan jambatan ini.

- Pohon Jabatan Audit dan SPRM menyiasat perkara yang dibangkitkan ini.


b) Pakej 8 – Kontraktor Bermasaalah dipilih semula dalam Re - tender

- Kontraktor asal telah menyerah kontrak kepada JKR kerana menghadapi masaalah untuk menyiap pakej ini.

- Bayaran “Wang Pendahuluan” sebanyak RM20 juta telah dibayar.

- Pakej ini di tender semula dan yang mengejutkan kontraktor yang sama berjaya memperolehi pakej ini dengan harga yang lumayan.

- Kontraktor merupakan seorang AJK UMNO Bahagian Ulu Terengganu.


c) Pakej 5A – Jalan Bahaya

- Permukaan tanah tidak diselenggara mengikut spesifikasi

- Pasir tidak diletakkan di permukaan tanah paya dan amat membahayakan pengguna.

- Tidak ada halangan dan larangan dari JKR dan bayaran dibuat mengikut jadual kerja.


Sumber info.. yang bergaya dalam gambar tu..

40 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Hasil dari siasatan saya dapati kesemuanya terlibat mengikut dasar yang ditetapkan olen kerajaan Barisan Nasional iaitu dasar 4B:

    Konsultant - Bengong
    Kontraktor - Bangang
    JKR - Bahalol
    Kementerian Kewangan - Buta Perut

    ReplyDelete
  2. Kalau rakyat buta mata di kepala dan buta mata di hati, aku pun tak tahu nak kata apa adah...

    ReplyDelete
  3. ini kalau kat negeri PKR sprm cepat turun tanpa aduan rasmi, pemberi maklumat pula akan dilindungi walau maklumat auta... duit tu baik buat benda lain, patutulah hutang terengganu negeri bn makin parah, nanti bila pakatan menang diterengganu , tak sampai 2 minggu keluar berita kata terengganu di bawah pakatan hutang kerajaan pusat , tidak telus, membazir itu ini ...sekian sekian... sedangkan hutang itu B-end punya kerabat yang punya onar...

    ReplyDelete
  4. Anon 2011 12.32 am....

    Selamba je ko cakap JKR bahalol...Siasat dulu apa yang berlaku dan barulah cakap/tulis dengan lebih terperinci siapa orang JKR tu. Ko ingat orang JKR tu sorang je ker? Ko tulis pun macam pemikiran budak lepasan SPM nak kondem orang sembarangan. Tolong, siasat sebelum keluarkan kenyataan. Fahami keadaan.

    ReplyDelete
  5. ini budget ntah berpa billion pulak...semua nak makan..bukan sikit..last2 masuk laporan audit..last2 senyap...lepas tu jadi lagi..cibaii

    ReplyDelete
  6. APALA KAORANG NI BENGAP SANGAT TUKAN JAMBATAN PENGHUBUNG JALA LABUHRAYA YANG AKAN DIBINA NANTI...PASTI BUAT YANG KUKUH DULU BARU DITURAP BUAT JALAN RAYA.. PANDAI MENGHINA PANDAI MEMFITNAH PANDI PUTAR BELIT ITU KERJA PUAK-PUAK PEMBANGKANG...AKAL YANG DIBERI ALLAH TIDAK DIGUNAKAN KEJALAN YANG BETUL..

    ReplyDelete
  7. kepada pengkomen2 yg menyokong asd kali ini

    nasihat sy pada kalian ialah klu tak tau pasal teknikal kerja2 yg melibatkan pembinaan dan pembangunan lebih baik anda diam...sbb komen2 anda MENUNJUKKAN KEBODOHAN ANDA

    justeru klu x tau ada baiknya anda bertanya knp dibuat sedemikian kpd pihak yg berkaitan.....bknnya main hentam saja tanpa bertanya.....adakah itu mentaliti kamu wahai budiman

    ReplyDelete
  8. biasalah. kalau takda projek begini mana anak2 melayu nak hidup.

    ReplyDelete
  9. tuan asd

    sori myb ini terkeluar topik

    knp lu diam seribu bahasa pasal seksualiti merdeka wei

    boleh tak lu bongkarkan isu ni....

    atau adakah lu sokong......

    lu sokong sbb perempuan bershit tu sokong program itukah yg menjadikan lu bisu

    ReplyDelete
  10. Kepada UMNO, penumbukku genggam... jari tengahku tegakkan.November 4, 2011 at 9:42 AM

    UMNO nie jenis ghapla betul bila nak kait dengan Ambiga. Pakatan Rakyat sokong Bersih 2.0 bukan sebab Ambiga, tetapi sebab 8 tuntutan Bersih 2.0.

    Dalam soal Seksualiti Merdeka kami tentang sebab ia menyalahi Islam dan norma kehidupan masyarakat, tapi kalau UMNO hangpa mesti suka sangat-sangat sebab sex-sex-sex-sex-sex-sex-sex-sex-sex-sex-sex-sex-sex-sex-sex-sex-sex-sex-sex-sex-sex-sex-sex-sex-sex-sex-sex-sex-sex-sex-sex-sex-sex-sex-sex-sex-sex-sex-.

    Kami bukan macam hangpa UMNO ooooi. Pemimpin menyeleweng - sokong, pemimpin buat politik wang - hangpa lagi sokong, pemimpin disahkan mengadakan hubungan sulit - hangpa sokong sebab sex-sex-sex-sex-sex-sex-sex-sex-sex-sex-sex-sex-sex-sex-sex-sex-sex-sex-sex-sex-sex-sex-sex-sex, pemimpin berbohong - sokong sebab hangpa bangang, malahan bila bini pemimpin joli duit rakyat - hangpa sokong jugak.

    ReplyDelete
  11. Jurutera JKR sensitifNovember 4, 2011 at 9:44 AM

    APALA KAORANG NI BENGAP SANGAT TUKAN JAMBATAN PENGHUBUNG JALA LABUHRAYA YANG AKAN DIBINA NANTI...PASTI BUAT YANG KUKUH DULU BARU DITURAP BUAT JALAN RAYA.. PANDAI MENGHINA PANDAI MEMFITNAH PANDI PUTAR BELIT ITU KERJA PUAK-PUAK PEMBANGKANG...AKAL YANG DIBERI ALLAH TIDAK DIGUNAKAN KEJALAN YANG BETUL..
    kepada pengkomen2 yg menyokong asd kali ini
    nasihat sy pada kalian ialah klu tak tau pasal teknikal kerja2 yg melibatkan pembinaan dan pembangunan lebih baik anda diam...sbb komen2 anda MENUNJUKKAN KEBODOHAN SAYA.
    justeru klu x tau ada baiknya anda bertanya knp dibuat sedemikian kpd pihak yg berkaitan.....bknnya main hentam saja tanpa bertanya.....adakah itu mentaliti kamu wahai budiman

    ReplyDelete
  12. Ni buat yang mengaku Jurutera JKR Sensitif tu..

    Memanglah jambatan dibina untuk menghubungkan jalanraya.. tapi dibina untuk menghubungkan jika ada halangan seperti sungai..

    Hang nampak dak dalam gambar tu jambatan dimana,? sungai pulak dimana?

    Gunakanlah akal yang Allah bagi tu sebaik mungkin..

    ReplyDelete
  13. kepada sesiapa yg terlibat secara langsung dgn projek seperti ini, aku phm situasi korang tp aku juga tahu projek mcm inilah ada pihak yg merasakan ia kesempatan terbaik untuk menyonglap duit. Mungkin tak kesemua projek tp bila kontrak diberikan kepada pihak yang tidak berkelayakan seperti ketua UMNO-APCO bahagian dsb inilah jadinya. Mcm projek istana negara yang baru, asal perancangan oleh jkr 400juta kemudian naik sekali ganda 800juta skarang dh 1 bilion. Juga hospital shah alam, sepatutnya dah siap tp terpaksa buat peruntukan baru nak siapkan. Aku mintak yang mana ada pengalaman atau kerja dgn JKR sila xplain proses sepatutnya dan kenapa boleh berlaku kelambatan hingga terpaksa tambah peruntukan. Sbb perkara ni dh mcm kebiasaan pulak asal projek besar2 jer x dpt siap ikut plan asal, so kena tambah peruntukan. Nape? masa plan asal semua yang terlibat bangang2 semua ke?

    ReplyDelete
  14. Bila ada orang kata JKR Bahalol dia org marah ....tapi tgk laaa....sampai tahu apa pun....habis jadi jurutera...

    ReplyDelete
  15. ada jer nk cri kes..kalu betul lah gov yg bina jambatan tu salah...korang yang dok bangkang tu jgn lah guna jambatan tue...boikot ker...baru betul..ni tak....PEGI GUNA JUGAK....hahhaa....tak malu ker..

    ReplyDelete
  16. Anon 10:47
    Ni sekor lg lembu.
    Org crita pasal kerugiaan yg dialami sbb projek gila ni.. apa la punya bengap puak UMNO ni??

    ReplyDelete
  17. dekat umah aku pong ada jambatan atas darat..tapi kosnya tak sampai 1 juta..tahun 1985..jom kaji google earth/google map...lihat BACHOK-PENGKALAN PETAH, TAWANG

    ReplyDelete
  18. Anon sekor yang suka nyamar nick aku tu, boleh terus menyamar,..tapi jangan kutuk umno dan kerajaan BN !...ada faham !!

    ReplyDelete
  19. Syabas ASD atas usaha anda,.....tapi aku rasa maklumat kau ni tak adil dan berat sebelah!

    Macam pembaca ni bodoh sangat pulak!...N3 ni seolah-olah menggambarkan semua yang terlibat dalam projek tu bebal dan tak pernah bersekolah !!

    hang putar belitkan perkara ini untuk menimbulkan kebencian semata-mata...

    ReplyDelete
  20. MUNGKIN ada keperluan jembatan tersebut, disebabkan kawasan tanah lembut misalnya, atau kawasan berpaya. Cuma pihak yg membuat siasatan tanah yg tahu.

    Banding pula jambatan2 yg di Putrajaya berharga RM100 JUTA setiap satu. Dibina di kawasan yg asalnya adalah ladang getah dan kelapa sawit! Kemudian digali pula tasik untuk menampakkan suasana yg cantik... kos untuk menyenggara tasik buatan ini pun menelan jutaan RM. ITU BARU BETUL-BETUL PEMBAZIRAN....DR Mahathir yg punyaaaa!!

    ReplyDelete
  21. non 3.37,

    PEMBAZIRAN ???!

    hahahahaaaaa.....otak kau ni, jumud !!

    ReplyDelete
  22. Hahahahaaaa....kesiannya dengan kau ni,ASD !

    Ada banyak projek yang serupa dengan N3,kat Malaysia ni sebenarnya,...malangnya hang pura-pura tak tahu..

    hang pernah dengaq projek meluruskan sungai atas sebab tertentu ?...termasuk laa membina jalanraya bertingkat ?

    Jambatan di bina di lokasi tertentu terlebih dahulu, kemudian baru aliran traffik atau sungai disasarkan melalui jambatan !

    Janganlah sampai hang memalukan diri sendiri..!!

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum Tuan...

    sedikit pembetulan.. bukan Jabatan Parit dan Sungai.. tak pernah wujud jabatan tu kat malaysia...

    Tapi Jabatan Pengairan dan Saliran.. terima kasih

    ReplyDelete
  24. Jabatan PARIT DAN SUNGAI ???

    kahkahkahkah...
    lawak..lawak !!

    sebut nama jabatan pun tak betul,..nak kritik pasal projek !
    lagi laa tak betullll.....

    kehkehkeh....

    ReplyDelete
  25. salam semua,

    ...masih segar dalam ingatan saya satu 'cerita lucu/kelakar' sekitar 25 tahun dulu, tentang SamyVellu, Menteri Kerjaraya berkempen...
    Kata Samy : Kerajaan BN akan membina sebuah jambatan baru di kawasan tersebut untuk kemudahan rakyat, bla.bla..TETAPI TIBA2 salah seorang pembantu beliau telah membisikan, "Dato' kawasan itu takde sungai"...DAN Samy teruskan ucapan, "...kalau sungai takde, KITA AKAN BINA SUNGAI..bla,bla..."

    ReplyDelete
  26. ini baru terima dari email ....

    Cuba kita lihat sendiri siapaTengok la pulak siapa wakil professional pelabur KWSP....

    http://www.kwsp.gov.my/index.php?ch=p2corporateinfo&pg=bm_p2corporateinfo_orgstruc&ac=387

    PM Abang, MOF Abang, Bank Adik, Wakil 'Professional' Pelabur KWSP Adik...
    Pelabur atau Pelebur??? Agak2nya berapa lama lagi lah boleh bertahan negara kita macam ni ya???
    http://www.youtube.com/watch?v=3rXAI4kdpn8&feature=related (1:57)

    ReplyDelete
  27. apa untung you org dapat?????

    ReplyDelete
  28. non 12.03 tu, penyamar.....dosa !

    ReplyDelete
  29. asd udah mcm burung cacatoa sbb dia tau ckp tp tak tau apa yg dickpkan ahhhhaaa

    asd tak tau psl teknikal & kejuruteraa awam pembinaan dan keperluan alam sekitar dlm pembinaan tak usah buka topik spt ini yer sbb tiap kali aku baca aku akan tergelak apatah lagi bila kamu pun bagi komen disini hahahahahaha

    ReplyDelete
  30. aku terlibat dlm proses retender pakej 7 ni.dlm masa 2-3 mggu,akan kuar tender,OPEN.kes jambatan ni,bkan slah rasuah ke ape,tapi pasal x-RE pakej 7B (jambatan kat 7B,RE lain ok) tu bengap sngt approve je construction juz ikt plan,xde nk rejustify even dh tau anak sungai kt tmpat lain.ni kerja2 orang kt site la, survey pn x btul.so jgn la nk pukul rata je ckap org JKR bodo,kerajaan bodo,pakcik yg tnya tu cerdik ke.bkan saja2 nk wt jmbatan mcm 2.and proses nk divert sungai tu masih dlm perbincangan,mmg akan rujuk JPS,cuma lambat sket je.sabarla sket.kate pakatan rakyat,x reti sabar ke.korang ingt orang yg handle projek ni kaki rasuah ke?kitorang bincang berbulan2 nk save duit so rakyat dpt guna highway ni secepat mgkin.and for your info QS and head incharge ialah perempuan,dua2 telus and cukup semayang.takde nk tipu2 main harga laa.dah lpas tender tu,lain cerita la,not in our power to control dh.lau lu nk condemn jugak,sila condemn Samy Vellu je.die keling totok.JKR dah buat kerja sebaik mgkin.tapi staff kat site tu manusia jgk,ada yg baik,and ada yg gatal tangan.so renung-renungkan

    ReplyDelete
  31. mmg bodo2 puak2 pr ni..sng2 je kne tpu..ahahaha..sbrnya tuan pnye blog ni pon xtau psl isu ni..die main copy paste je..isu ni melibtkn teknikal la wahai keldai2 nuar juburi sume..

    ReplyDelete
  32. bengang betul, jaganlah dok sengal semacam, siasat dlu apeke hal nyer, tak pasal2 nanti kena balik... jangan buktikan pada depa yang hang tu tak cukup cerdik!

    ReplyDelete
  33. haloo........... Yang nkorang nampak sungai tu adalah lencongan sementara... bahlol... kalau tak tentang teknikal nak buat jambatan ... diaaaaam ajelah ... tunggu jambatan tu siap kita tengok bagaimana jadi nya nanti...,,.

    ReplyDelete
  34. membaca blog2 pro pembangkang ni saje2 untuk hiburan shj. Kalau nak nilai dr segi moral,memang takda langsung. Nak nilai dr segi fakta,.... hancur berantakan dan mengaibkan penghuni manusia yg pernah wujud atas muka bumi ni. Pembangkang di Malaysia adalah satu2nya di dunia, golongan yang tidak bermoral,tidak beretika dan pembohong laknat,membusuk sehingga tembus ke syurga kebusukannya. DASYAT NYEW.................

    ReplyDelete
  35. Kan dulu bekas menteri Kerja Raya dah cakap..(Sammy Velu lah) kalau itu sungai tak dak tapi jambatan jugak ada.. kita boleh bikin sungai lah, apa susah. betul kan?

    ReplyDelete
  36. aku terlibat jugak dalam LPT nie..consuntant

    x pelik anak sungai di lencongkan..sebab nak maintain jalan straight, terpaksa la buat cmtue

    ReplyDelete
  37. Salam

    Jgn sampai kita menfitnah. Projek sebesar ini melibatkan pelbagai agensi kerajaan dan perkara-perkara teknikal. Jgn mudah bersangka buruk dan berfikiran negatif dan semua org suka makan rasuah...mungkin ada perkara yg kita tidak tahu dlm soal pembinaan ini, nk mnyiapkan sesuatu projek bukan keputusan satu org, ianya melibatkan banyak siri2 mesyuarat dan pandangan ramai...amat menyedihkan jika suka mncari keburukan atas semua perkara hanya krn perbezaan ideologi politik...wallahua'lam

    ReplyDelete
  38. cerita-cerita luar yang tak betul cam ni la yang boleh mengganggu kelancaran pembinaan. rasanye staff2 JKR/LLM skrg ni dah ibarat pelanduk yang tersepit di antara gajah sama gajah yang bergaduh. tak pasal2 kena pijak tak berdosa.

    ReplyDelete
  39. JKR mmg keje lembap pun. Makan gaji buta. Da betahun2 x siap2 keje. Asyik makan angin je. Kerja x professional lgsg. Mmber aku site engineer deal dgn JKR, diorg ni kuat mnta rasuah (bkn smua). Ditambh dgn kontraktor2 UMNO yg bengap dpt projek. Balun duit projek dlu, pstu fikir nak siapkn. Kalo kite tgk kt hgwy KL yg private comp wat, ada ke progress mcm ni lembap. Lu pikir la sndiri.

    ReplyDelete
  40. orang bukan dalam bidang teknikal xkn faham..main sembur jew,diaorang xtau sal struktur tanah apa sume tu...kalau dh jalan utama tu tinggi,maka tinggi la jambatan tu..xkn jalan tinggi sapa kt jambatan tu kelokkkkk xpasal2 jambatan rendah..orang buat tu nk elak banjir kt kampung korang,...kalu banjir bising plak......

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post