Pengerusi NFC sahkan dana NFC diguna untuk beli Kondo.



KUALA LUMPUR, 17 Nov ― Pelaburan kondominium di Bangsar bernilai RM6.9 juta seunit menggunakan wang pinjaman projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) adalah keputusan perniagaan bijak, demikian menurut Pengerusinya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail hari ini.


Menjelaskan kontroversi yang timbul, beliau berkata, sekiranya wang itu ditempatkan di dalam bank, kadar pulangan tahunan hanya 2.6 peratus.

“Berbanding pelaburan sektor hartanah, ia mampu menjana keuntungan tahunan 12.9 peratus serta pulangan rebat tunai dan penyewaan untuk tahun pertama sebanyak RM900,000 yang disalurkan kepada syarikat dan bukannya individu,” katanya di Gemas hari ini.

Kata beliau, masih ada projek membabitkan perniagaan ternakan lembu NFC yang belum dilaksanakan.

“Justeru, sambil menunggu pelaksanaan projek seterusnya, saya fikir duit geran yang masih belum digunakan itu perlu dilabur supaya mendapat keuntungan,” katanya pada sesi taklimat media di pejabat ladang NFC, demikian menurut laporan Berita Harian Online.

Sebelum ini pembangkang memetik Laporan Ketua Audit Negara mendakwa syarikat milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Datuk Shahrizat Abdul Jalil itu telah menggunakan dana melalui NFC untuk membeli satu unit kondominium mewah dengan bayaran berjumlah RM9.8 juta.

Salleh adalah suami Shahrizat.

Dalam pada itu, Salleh belum memutuskan sama ada akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli ekoran kenyataannya mengenai isu NFC.

“Kami sekeluarga perlu duduk semeja dan berbincang sebelum memutuskan langkah susulan yang perlu diambil,” katanya.

Peguam NFC, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, yang turut hadir pada sidang media itu berkata, beliau sudah menasihatkan anak guamnya bahawa tindakan undang-undang ke atas pendakwa boleh dilakukan kerana tuduhan yang dilemparkan tidak berasas.

Bagaimanapun katanya, beliau hanya boleh memberi nasihat dari segi perundangan dan menyerahkan kepada anak guamnya untuk membuat keputusan.


The Malaysian Insider

13 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. haramjadah punya statement dr keluarga LEMBU.. Ingatkan title Dr. cerdik, tapi bongok berganda mengalahkan LEMBU yg lebih cerdik lg dari keluarga LEMBU ni.

    ReplyDelete
  2. Saman apa barang chekli oooiii...

    ReplyDelete
  3. apa nak heran dengan manusia yg dah buta hati,ikut suka depa lah nak buat apa,,,depa dah rasa macam tuhan kat dunia ni,,,peguam ni bukanlah bijak orangnya,,klu diperati betoi2,,,,memang macam orang bodoh piang....nak termuntah aku dengaq alasan depa,,,,mana punya teori ekonomi depa pi belajaq,aku pun taktau,,,nak harap keadilan dari peguam negara,,,,sekupang pun aku tak percaya.....toksah kita dok peninq ngan puak ni....kita tunggu balasan dari TUHAN YG SATU,,samada di dunia atau di padang MASYAR nanti,,,yg ni memang kita wajib percaya,,,itu janji DIA dalam AL-QURAN.

    ReplyDelete
  4. Apasal geng mamak suka rembat duit kerajaan?

    ReplyDelete
  5. Yang saya tahu kalau kena fitnah,cakap tak betul boleh kena saman tapi kalau mendedah kebenaran salah apa?

    ReplyDelete
  6. teringat Munis semasa jd pengurusi MAS. Dia tlh beli 2 buah lukisan dgn harga berjuta.

    apa kah alasan yg salleh laki shahrizat beri utk memohon pinjaman - ternak lembu atau pelaburan hartanah?
    mengapa salleh dan bini dpt pinjaman sekali gus semua sdgkan projek berperingkat peringkat.

    boleh tak aku dpt ptptn utk anak aku sekaii gus utk 6 semester. baki pinjaman aku beli sijil BSN atau emas?

    kalau kenuntungan 12.9% dan penyewaan rm900,000, kenapa satu sen pun tak bayar ansuran pinjaman?

    pekebun felda yg nak menanam pokok sawit sendiri pun di halang.. bukannya tanam pokok apple ke...tp yg ni dr lembu kaki empat makan rumput... ke kondo siap gym dng kolam renang... boleh pulak!

    ReplyDelete
  7. Aku setuju ngan korang, rasanya dana tu untuk tujuan perternakan lembu bukan untuk pelaburan hartanah. Pada pendapat aku, ini kira penyelewangan dana kerajaan. Masa minta geran dulu, ada tak tulis nak buat pelaburan hartanah? Jadi nak saman apa? Sah2 menyalahgunakan dana dan ahli lembaga pengarah yang sama-sama meluluskan pembelian kenalah diherat sama! Tak gitu Rakap hehe

    ReplyDelete
  8. Buat puak pecacai yang mungkin 'tak tercapai akalmu' - KJ mengatakan beli condo adalah sbg pelaburan syarikat untuk jangka panjang. Betul beli hartanah untuk invest jgka masa pjng, tp dengan lambakan projek condo mewah di KL seperti kawasan mont kiara, tgh2 KL, bangsar, Cheras, Bukit jalil dsb ia tidak menjanjikan pelaburan yang menguntungkan ditambah dengan keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu. Jika nak invest jugak untuk projek lembu sharizat dan KJ ni biarlah sesuatu yang berkaitan dengan projek supaya aset tersebut punyai nilai 'liquidity' yg tinggi. Mungkin invest berkaitan teknologi ternakan, R n D baka baru dan banyak lg yg boleh difikirkan oleh pakar2 atau individu2 yg terlibat dlm projek ini. Ini lebih kepada kepentingan individu dan manakah kepentingan rakyat? dibakul sampahkan ke? Rakyat mampos dahulu bukan didahulukan.

    ReplyDelete
  9. Tu lah akibat nya ..undi lagi mereka...dah nyata penyamun masih nak undi mereka..sekarang terima lah akibat nya ..sejak dari zaman Dr M lagi banyak salah guna dana ...Yang tak betul tetap tak betul tak kira party mana...Rakyat makin susah harga barang naik tak ada nak turun..

    ReplyDelete
  10. Dah tak betul nak saman2 lagi nak hilangkan malu ke?

    ReplyDelete
  11. Cilaka punye keluarga lembu 1 Malaysia

    ReplyDelete
  12. Laki Shahrizat ni aku kenal masa dia jadi ceo kat GLC di KL. Dia ni memang lahanat punya org...mmg jenis makan duit punyer....semua dia bolot utk keluarga dia...gaji pekerja tak naik2..dia suka maki pekerja2 dia..sampai panggil stupid cow! tapi tulah...Allah swt nak tunjuk..dengan cow lah dia susah..aku rasa org2 yg penah kena maki dgn lahanat ni akan tergelak2 dgn lembu ni...heheh...Allah swt maha kaya!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post