PPSMI : Muhyiddin buat 'U' Turn...



Semalam Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) adalah muktamad dan tiada sebarang perbincangan lagi yang perlu diadakan walaupun didesak Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE) kerana kerajaan telahpun memutuskan untuk memansuhkannya pada 2009.


“Ia sudah pun diputuskan oleh Kabinet pada 2009 selepas dibincangkan di banyak peringkat, telah diluluskan di Parlimen, malah disokong oleh pembangkang. Tiada reaksi negatif ketika itu. Saya tidak tahu mengapa ia dibawa kembali. Kemungkinan mereka sudah ketinggalan zaman,” katanya.

Ini pula berita hari ini..

Pelajar PPSMI diberi pilihan teruskan dalam BI

Kerajaan bersetuju membenarkan murid kohort Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) untuk meneruskan pembelajaran kedua-dua mata pelajaran itu dalam bahasa Inggeris sehingga Tingkatan Lima.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ini bermakna murid kohort PPSMI boleh memilih sama ada untuk meneruskan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, bahasa Malaysia atau dalam kedua-dua bahasa apabila mereka memasuki Tingkatan 1 bermula tahun depan.

"Jadi pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains di sekolah rendah hanya akan dilaksanakan sepenuhnya dalam bahasa Malaysia pada 2016 manakala di sekolah menengah adalah pada 2021.

"Dengan keputusan itu, pemansuhan PPSMI adalah kekal. Kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan semula PPSMI seperti yang dituntut oleh sesetengah pihak," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan berharap dengan keputusan membenarkan kohort PPSMI untuk meneruskan pembelajaran dalam bahasa Inggeris sehingga tamat Tingkatan 5 dapat melegakan ibu bapa.

Muhyiddin yang juga menteri pelajaran berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Kabinet hari ini.

Muhyiddin berkata kerajaan yakin dengan keputusan itu, pencapaian murid kohort PPSMI dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak akan terjejas.

Dengan pemansuhan PPSMI kelak, beliau berkata murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) akan mengikuti pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Cina dan bahasa Tamil di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

Sementara itu, Muhyiddin berkata kajian Kementerian Pelajaran ke atas semua sekolah di bawah kementerian menunjukkan bahawa kebanyakan sekolah telah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Malaysia.

Beliau berkata kajian menunjukkan kurang lima peratus daripada jumlah kelas di 7,495 buah sekolah rendah menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains.

"Manakala di peringkat sekolah menengah, kurang sembilan peratus daripada jumlah kelas di 2,192 buah sekolah menggunakan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains.

"Dapatan kajian ini membuktikan bahawa PPSMI tidak dapat dilaksanakan sepertimana yang dihasratkan," katanya.

Menurutnya, hasil kajian lapangan yang dijalankan kementerian menunjukkan pengalaman guru dan amalan di bilik darjah serta temu bual dengan murid-murid mendapati murid sukar memahami mata pelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris.

"Pemansuhan PPSMI tidak bermakna kerajaan mengabaikan kepentingan penguasaan Bahasa Inggeris," katanya.

Untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid, Muhyiddin berkata pelbagai inisiatif baru dan lebih efektif sedang dilaksanakan di bawah Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Antara inisiatif itu, katanya ialah penambahan masa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris, penambahbaikan kurikulum Bahasa Inggeris di bawah pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan daripada segi penyediaan guru.

Inisiatif lain termasuk pengambilan penutur jati bagi meningkatkan kapasiti pensyarah dan guru Bahasa Inggeris, penyediaan bahan sokongan berkualiti seperti bahan bacaan tambahan dan bahan digital bagi menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, katanya.

- Bernama

10 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Nampak jelas sifat terlebih cerdik keldai-keldai pakatan haram ni .

    Murid yang belajar KSSR tahun ini , akan terus belajar math dan sains dalam bahasa malayu . itu kata putusnya .

    Murid tahun 2 pada tahun ini , akan terus dengan sukatan yang telah dipelajari mereka . Takkan nak tekan hand brake .

    Bilangan pelajar beratus ribu dengan jenis sekolah yang berbagai serta guru yang berlainan latar belakang . Teruskan lah kaedah yang sedia ada. KSSR adalah bab baru dengan pendekatan yang baru .

    Yang buat U-turn adalah DAP yang dulu tumpang sekaki membantah PPSMI tapi nampaknya sekarang memberi sokongan penuh kepada PAGE dan gerakan yang ingin meneruskan PPSMI.

    ReplyDelete
  2. Mat sembab dah tak ada pilihan dah pru dah dekat kot,apapun pasti banggang punya pilihan...mcm rakab...kah,kah,kah...rakab lagi swing2 pasti tuju rakab yg hilang bini kena kebas,Simunafik umnorogol selagi berkuasa selagi itu mereka kebas..bini kau rakab kena pasang geriji nanti kena kebas aii maklum byk kaki rogol dlm umnorogol nama pun rogol...ingat umno ingat rogol...mcm anak yatim,borek vs rentek....

    ReplyDelete
  3. tumpang lalu, tuan tanah. off topic jap.

    bes ah blog ko nih. nak ngomen pn sng. tak mcm blog murahan Dr novandri. komen skit punye panjang, tak klua2. komen yg pendek2 klua lak. komen psl ayat Al-Quran, diam lak die. blog yg pnoh ngan pencacai UMNO-APCO.

    sesungguhnya, masih ade sakai2 malayu yg buta hati kat sane. kat sini pn ade, tp mcm tempias2, mcm, rakab, pPas, sexuan, etc. sakai. nak kne BOOM tu blog dioang. (tp xde pape berharge pn kat sane. kalu BOOM web govt lg, syiok gak. ngeh ngeh ngeh)

    pape pn, keep it up, asd.

    ReplyDelete
  4. buat anon 12.25AM,..ko toksah menyibuk kat blog ni..ini tempat aku,....pegi main jauh2,..nk potong line plak!

    ReplyDelete
  5. apo potong potong line? aku potong kote ko satgi. hepp... diam2 bace. kanak2 bwh umur, taleh campo.

    ReplyDelete
  6. pPAS 10:56 pm

    Punca masalah mula mula dulu dan yg degil sgt nak buat BI ni, sape? Sape? Ckp sikit je dlm perhimpunan pas si gay tu pun keluarkan statemnet, krn BI adalah penting konon. Bahasa yg digunakan 3/4 dunia konon. Tak sampai 6 bln kajian pun tah mana terus laksanakan. Mtk lah komen dr org tua si mamak tu.

    Yg jd mangsa anak anak yg mak bapak keluar duit tuisyen utk antar anak belajar BI. Anak aku asrama bercampur tp cikgu lebih byk guna BM. Aku mmg bantah guna BI.

    Skg pulak aku sokong mak bapak yg ingin kan BI tp anak anak aku terus dgn BM. tak smp 10 tahun dasar pembelajaran anak anak kita berubah.

    Bila kena terhimpit mcm ni terus ckp malah disokong oleh pembangkang. Pembangkang dr dulu dah tak setuju. kalau lupa ingat Samad Said kena gas pemedih mata.

    Kjaan mcm ni mesti di tukar. Mana dlm kementerian ada jalan 'mati' jalan 4 km je dah ada U-turn. Jalan lagi 3 km ada U-turn.

    Dia org cuma buat idea bodoh kerja bodoh lepas tu tunggu pakatan bersuara. Ambil idea dan kaedah yg pakatan katakan.

    Sejarah Mat Indera pun ada U-turn. Dah pulak kita pernah di jajah.

    ReplyDelete
  7. "Ambil idea dan kaedah yg pakatan katakan". uhhhh hebat sangat bunyinya . Idea ada yang pakatan haram ada ??? Kaedah apa yang diguna pakatan haram ?? Kaedah pluralisma , demokrasi , hak asasi manusia , islam liberal , penghapusan identiti kaum ... macam yang Ambiga dan Seksualiti Merdeka buat tu ker ??

    Yang buat U-turn kat masjid kampung abru jumaat lepas adalah pemuda PAS dan Hassan tantawi .

    Mula-mula bukan main bagai nak rak nak demo bantah Seksualiti Merdeka 2011 . Alih-alih cancel . Macam tu jugaklah masa perhimpunan Anti-Murtad . U-turn memanjang .

    Bukan ada JPJ pun nak buat U-turn cuma takutkan tuan DAP jer . Islam politik macam tulah .... bila tuan komunis DAP tu berdehem jer .... terus kecut .

    ReplyDelete
  8. Aku masih ingat semasa Wan Azizah Ketua Pembangkang, dia bawak masalah katil di hospital. Pihak kjaan ckp tak de masalah. Tp beberapa bulan lepas tu menteri umumkan katil ditambah seolah olah menteri yg dulu mengetahui masalah kekurangan katil.

    BI. Pakatan bantah. Dulu BI lah yg baik sgt utk anak anak. ajak berdebat lari. Sampai guna maklumat menunjukkan peratus BI mengingkat.

    Bajet 2011. Terbukti mengikut bajet yg di buat oleh Pakatan. ambil satu je, dr dulu pakatan perjuangkan sekolah percuma utk rakyat.

    Pasang bendera. Pakatan pasang atas pokok. Umngok pun pasang atas pokok padahal tak de masalah bg umngok pasang kat tiang lampu sepanjang jalan.

    Pakatan Reformasi. Umngok Transforkasimati.

    Bila dibuat gambar besar anwar berdiri di Batu Caves, umngok kutuk kata berhala. Najib pun buat dlm Batu Caves.

    Yg paling memalukan bila Pakatan gunakan internet/blogger menyampaikan maklumat, ter hegeh hegeh. Buat sticker kereta pun ikut PKR/PAS.

    Bila ramai anak muda islam berlatar agama berduyun duyun sokong PAS, Umngok pun sibuk tubuh ulamak muda. Mana pulak ulamak muda dlm umngok ni senyap pulak psl Seksualiti Merdeka 2011.

    'pemuda PAS dan Hassan tantawi .

    Mula-mula bukan main bagai nak rak nak demo..' .. ada jugak ura ura nak buat demo. ulamak muda umngok?

    Dulu umngok kata org yg berdemo mcm beruk.. tp yg byk buat demo skg ialah umngok smp upah mat rempit.

    Yg paling bangsat umngok ikut ialah baju kuning. Ambil identiti bersih. Penykong PAS bwk bendera dlm stadium, umngok bwk bendera dng banner banner sekali masuk stadium.

    Percaya lah pPAS rakyat tahu semua ini.

    ReplyDelete
  9. anon:12:54

    ko takde identiti kah dok nak menipu org je,kau bukan aku ...spin bodo

    ReplyDelete
  10. buat macai penganutDUMC
    jadi pakar bahasa pulak penganutDUMC ni.menyalak mengalahkan pakar2 yg sepatutnya menilai.tapi bila macai buat macam hang buat pandangan,nampak lagi teruk dan huduh tahap bangang hang terserlah yg amat sangat.bab audit hang pandai copypaste ngeri pakatan kunun nak tunjuk kekurangan.tapi bab ni hang tak mau pulak copypaste dari kajian2 keputusan peperiksaan terdahulu.betapa guru dan pelajar menghadapi keputusan yg kurang memberangsangkan.berapa banyak yg dah amik peksa dalam PPSMI ni yg berjaya mengusai bahasa inggeris secara AMnya.jgn jadi ngok

    bahasa jiwa bangsa.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post