Pusat Fidlot dah jadi Syarikat Pelaburan pulakdah..



Malaysiakini melaporkan Ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin telah mengakui bahawa syarikat National Livestock and Meat Corporation yang dimiliki anggota keluarga menteri kabinet, Datuk Seri Shahrizat Jalil telah membeli unit apartmen mewah One Menerung di Bangsar, dilaporkan dengan bayaran sebanyak RM9.8 juta.


Tulisnya dalam blog rembau.net.Pembelian kondominium itu dibuat supaya NLMC mendapat pulangan pelaburan memandangkan projek lembu fidlot oleh National Feedlot Corporation mengalami kelewatan operasi.

Kondiminium dibeli sebagai pelaburan? Apa punya alasan ni??

Hujah untuk mempertahankan Shahrizat tapi dalam masa yang sama Khairy telah menjerut leher Shahrizat dan Khairy juga telah mengakui apa yang didakwa oleh KeAdilan itu adalah benar….

Jika alasan bodoh itu diberikan oleh Kahiry.. Khairy bukannya melepaskan Shahrizat dari isu penyelewengan dana untuk project National ‘Feed The Lord’ Centre tetapi Khairy sendiri telah mengesahkan bahawa dana untuk project tersebut telah disalahguna.

Tujuan utama NFC dibangunkan adalah untuk meningkatkan bekalan daging lembu negara. Ia dibangunkan di bawah Projek New Agriculture Integrated Development bagi memastikan peningkatan SSL daging lembu daripada 23% kepada 37% menjelang tahun 2010 dan ianya bukanlah sebuah syarikat pelaburan hartanah.

Khairy juga mengakui projek ini telah gagal apabila menulis.."Apabila kelewatan ini berlaku, pihak pengurusan NFC berdepan dengan keputusan penting. Apakah mereka hanya biar duit yang diberi kepada NLMC itu dalam akaun semasa yang tidak memberi pulangan yang besar sambil menunggu ladang-ladang satelit dan pusat penyembelihan antarabangsa dibangunkan?

Timbul juga persoalan disini.. bagaimanakah ladang-ladang satelit dan pusat penyembelihan antarabangsa akan dibangunkan jika dana yang diperuntukkan untuk membangunkannya diguna untuk pelaburan?

Kesimpulan dari apa yang telah ditulis oleh Khairy seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini di SINI ialah..

1-Khairy akui NFC telah membeli Kondominium RM9.8Juta.

2-Khairy juga secara tidak langsung telah mengakui NFC milik keluarga Shahrizat telah menyalahgunakan dana untuk NFC itu.

3-Khairy juga akui projek NFC ini gagal..

4-Paling penting Khairy telah akui apa yang didedahkan oleh KeAdilan itu adalah benar..

Dari kesimpulan itu.. tertanya-tanya aku.. adakah Khairy sedang cuba untuk menyelamatkan Shahrizat atau membunuh terus karrier politik Shahrizat?

Info tujuan ditubuhkan National ‘Feed The Lord’ Centre ..

NATIONAL FEEDLOT CENTRE (NFC) (di bawah kendalian Jabatan Perkhidmatanatan Veterinar)

Pusat Fidlot Nasional (NFC) adalah merupakan program pengeluaran lembu secara besar-besaran dengan mewujudkan satu kawasan penternakan lembu secara meluas. Program ini diwujudkan di bawah pelaksanaan dan seliaan pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

Tujuan utama NFC dibangunkan adalah untuk meningkatkan bekalan daging lembu negara. Ia dibangunkan di bawah Projek New Agriculture Integrated Development bagi memastikan peningkatan SSL daging lembu daripada 23% kepada 37% menjelang tahun 2010. Sebanyak 310 ladang satelit (180 unit dibangunkan oleh JPV dan 130 unit dibangunkan oleh NF Corp.) akan dibangunkan di seluruh negara yang mana komponen utamanya adalah di Gemas, Negeri Sembilan.

Ia akan diterajui oleh syarikat integrator utama yang menaungi usahawan-usahawan fidlot secara kontrak di ladang yang sama atau sekitarnya (ladang satelit iaitu milik persendirian). Integrator ini membekalkan input utama seperti makanan ternakan dan lembu feeder, kemudian membeli balik ternakan untuk pemasaran dan pemprosesan.

Melalui konsep ini, sumber makanan import (feeder import) akan dapat dikurangkan dan digantikan dengan sumber dari dalam negara secara berperingkat.

Dalam RMK-9, seluas 2,000 ha kawasan telah ditawarkan untuk pembangunan Pusat Fidlot Nasional di Gemas. NFC mensasarkan pengeluaran sebanyak 2.8 ribu m.t kapasiti ternakan menjelang tahun 2010. Bagi ladang kontrak/satelit seramai 200 pengusaha disasarkan untuk kawasan TKPM dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 16.8 m.t menjelang tahun 2010.

Bagi kontrak individu pula seramai 110 pengusaha dengan kapasiti pengeluaran 10 ribu m.t menjelang tahun 2010.

Pencapaian sehingga Julai 2009 menunjukkan prestasi keseluruhan program ini telah siap dibangunkan seluas 809 ha di NFC Gemas di mana pihak Kerajaan telah memberi bantuan infrastruktur asas seperti jalan ladang, bekalan air dan elektrik, kolam takungan, sistem saliran, tanaman foder dan pembangunan abatoir.

Sebanyak 6,000 ekor lembu sedang diternak dengan hasil output 4,150 ekor setahun. Manakala pengeluaran karkas adalah sebanyak 789.5 m.t setahun dengan nilai RM 9.5 juta. Bagi pembangunan ladang satelit pula, pihak JPV telah membangunkan 71 unit ladang satelitnya di negeri Kedah, Perak, Kelantan, Pahang, Terengganu, Johor dan Negeri Sembilan.

Hasil output adalah 1,337 ekor setahun dengan hasil karkas sebanyak 170.64 m.t setahun yang bernilai RM 1.5 juta. Walau bagaimanapun pembangunan 130 unit lagi ladang satelit oleh NF Corp. dijangka bermula pada pertengahan tahun 2010 atas sebab-sebab tertentu.

11 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Pemimpinx puakx ini semuanya jenis bangang dan bengong!Tak ada tokoh
    menjadi pemimpin untuk memajukkan
    negara.Yang puakx celaka ini ingat
    cuma kayakan keturunan sehingga keanak cucu.Haram jadah UMNOYAHUDI!!

    ReplyDelete
  2. Korang kena paham, masa bapak mertua aku jd PM akula paling berkuasa aka kepala besar di tingkat empat. Aku cadangkan kt pak lah kita fokuskan satu bidang yang kita boleh buat banyak duit. So aku cadangkan pertanian. Korang tak kan lupa kot? Ini semua projek aku la ni cuma tak libatkan diri sepenuhnya. Sbb tu klu korang perasan aku mati-mati pertahankan projek ni di parlimen daripada kantoi lebih teruk. Hancur badan dikandung tanah aku tak kan mengaku. Puak2 pembangkang ni mmg tak dak kerja lain ke? Aku nak jadi billionaire la mcm anak2 Dr Mamak

    ReplyDelete
  3. bagus punya si khairy ni nak sabotag mami shahrizat. umno ni pi mai pi mai tang tu gugak lah semua pakat songlap duit>

    ReplyDelete
  4. sama bangang bengong bongok bahlol tolol baghal bodoh bebal dgn penganutpas, rosmah najid dan amno-apco
    hahaha hihihi huhuhu

    ReplyDelete
  5. Aku memang suka menyamar rakab !
    padan muka dia..
    hahaha hihihi huhuhu

    bodoh punya asd,..balik-balik cerita lembu..huhuhu

    ReplyDelete
  6. PKR sekali lagi telah membuat tuduhan tidak berasas untuk memesong rakyat berhubung isu National Feedlot Corporation (NFC). Semalam mereka cuba memesongkan rakyat dengan tuduhan penyelewangan dana bagi membeli apartment One Menerung, Bangsar yang dikatakan hak milik keluarga Menteri Keluarga, Wanita dan Masyarakat.


    Perkara ini mudah disensasikan kerana jika dilihat sepintas lalu pasti ramai akan tanya apa kaitan projek NFC dengan pelaburan hartanah? PKR mungkin rasa teruja dengan hujah mereka tapi saya ingin tegaskan bahawa tuduhan tersebut jauh terpesong, bak jauh panggang dari api.


    Mengikut kajian saya, memang benar National Livestock & Meat Corporation (NLMC) telah membeli apartment One Menerung di Bangsar. Pelaburan ini dibuat dengan dana yang telah disalurkan kepada NFC dari akaun pinjaman khas (SLA) yang dikawal selia oleh Kementerian Kewangan dan juga Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Daripada sumber ini,


    NFC telah memindah sebanyak RM81.2 juta kepada NLMC. Antara tugas dan skop kerja NLMC ialah proses operasi penyembelihan, boning atau proses pengasingan daging dan tulang, pembungkusan serta penghantaran disamping berperanan membeli hasil daripada ladang-ladang satelit apabila ladang-ladang ini beroperasi.


    Dalam tuduhan asal, PKR sebut NLMC ini cuma membuat kerja pemasaran bagi NFC. Jelas disini tuduhan itu tidak berasas memandangkan skop menyeluruh yang diberi kepada NLMC yang memerlukan perbelanjaan operasi yang besar.


    Sebab itu, NLMC diperuntukkan RM81.2 juta untuk menampung kos operasi. Malangnya, projek NFC telah mengalami kelewatan operasi. Kelewatan operasi ini tidak disebabkan oleh pengurusan NFC. Antara sebab kelewatan ini sepertimana dijelaskan oleh YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani di Parlimen pada 8 November ialah Kerajaan tidak ada peruntukan yang mencukupi untuk membangunkan ladang-ladang satelit.


    Apabila ladang-ladang ini tidak dibangunkan sebahagian dari duit yang ada pada NLMC tidak dibelanjakan. Kerajaan juga masih tidak dapat membina pusat penyembelihan yang menepati piawai antarabangsa atau Export Quality Abattoir (EQA) sepertimana perjanjiannya dengan NFC. Apabila kelewatan ini berlaku, pihak pengurusan NFC berdepan dengan keputusan penting.


    Apakah mereka hanya biar duit yang diberi kepada NLMC itu dalam akaun semasa yang tidak memberi pulangan yang besar sambil menunggu ladang-ladang satelit dan EQA dibangunkan atau mereka melabur duit itu dan mendapat pulangan sambil menunggu masalah kelewatan operasi tersebut diatasi?

    ReplyDelete
  7. Kalau dibiar sahaja duit itu dalam akaun semasa, bukan sekadar ia tidak membawa pulangan tetapi dengan iklim ekonomi dunia yang melihat fenomena inflasi atau kenaikkan harga barang, nilai sebenar duit ini mungkin terhakis. Sebagai contoh mudah, kalau NLMC membeli lembu dari ladang-ladang satelit hari ini, kosnya mungkin lebih murah dari pembelian yang dibuat tahun depan disebabkan kenaikkan harga barang dan komoditi. Jadi apabila semua ini tidak dapat dibeli dan ditangguhkan, sudah menjadi tugas pengurusan untuk memikirkan apa mereka nak buat dengan duit tunai yang ada dalam akaun semasa itu.


    Pihak pengurusan telah membuat keputusan bahawa pelaburan yang paling selamat, yang memberi pulangan yang besar, yang boleh dijual apabila duit diperlukan untuk operasi adalah aset hartanah. Sudah pasti mereka telah mencari projek perumahan yang berkualiti tinggi dan popular agar pulangan NLMC dalam bentuk sewa dan juga kenaikkan harga apartment itu lebih besar dari pelaburan lain seperti akaun simpanan tetap.


    Difahamkan, apartmen berkenaan telahpun disewa dan mula memberi pulangan kepada NLMC. Nilai apartmen tersebut juga telah naik sejak dibeli NLMC. Mungkin ada yang bertanya, kenapa duit dari SLA yang dikawal selia oleh kerajaan disalurkan kepada NFC sekiranya ada kelewatan operasi? Harus diingat, projek ini dimulakan dalam iklim ekonomi dunia yang tidak menentu. Krisis kewangan dunia telah memberi kesan kepada perbelajaan kerajaan yang disusun semula mengikut keutamaan rakyat.


    Saya yakin kerajaan telah meluluskan pengunaan pinjaman dari SLA kepada NFC mengikut perancangan awal tanpa apa-apa kelewatan kepada operasi NFC. Tetapi apabila keadaan ekonomi dunia dan negara menjadi lebih mencabar, adalah menjadi wajar untuk kerajaan menyusun semula keutamaan perbelanjaannya dan inilah yang menyebabkan kelewatan operasi NFC seperti dijelaskan di atas.


    Saya rasa walaupun penjelasan diatas amat logik dan munasabah khususnya dari sudut perniagaan di mana pelaburan dibuat sambil menunggu kelewatan projek yang disebabkan faktor di luar kawalan NFC dan NLMC, PKR akan tetap mempolitikkan isu ini dan tidak akan menerima penerangan yang diberi. Tetapi walau apa pun tohmahan palsu yang diberi oleh PKR, kebenaran alam kes ini sudah terang lagi bersuluh bagi mereka yang tidak prejudis.


    Dalam kes apartmen One Menerung, pengurusan NFC dan NLMC telah membuat keputusan untuk melabur duit yang masih tidak dapat diguna disebabkan kelewatan operasi supaya mendapat pulangan. Hujahnya mudah dan jelas.

    ReplyDelete
  8. tak pandai mcm khairyNovember 11, 2011 at 9:32 PM

    sudah la tu khairy, duit tu amanah rakyat. kalau ada perasaan takut dgn duit rakyat. tiada alasan lain yg boleh anda berikan melainkan duit tu, tetap berada di situ bukan pada tempat pelaburan. apakah alasan anda jika, pelaburan yg dibuat pada apartmen tersebut menghadapi kejatuhan harga pasaran dan sukar dijual utk liqudasi. dan syarikat memerlukan wang untuk mengerak projek tersebut. saya pun meniaga juga. tapi pengalaman saya. kalau duit yg diperuntukan digunakan utk tujuan lain. silap2. bukan hanya perniagaan utama yg memerlukan wang akan bangkrup. yg dilaburkan juga entah kemana. itu sebab saya nampak ahli perniagaan melayu yg macam umno sukar nak berjaya. rancang lain buat lain. tak pernah meniaga jgn nak cakap pandai la.

    ReplyDelete
  9. melabur duit dgn beli apartment mewah???
    melabur duit ke melebur duit???
    apa pulangan yg rkyt dpt dr apartment tue??

    ReplyDelete
  10. NFC ni duit loan, faham ke apa loan tu? pinjaman yang perlu dibayar balik....so apa yang masalah kalau depa nak beli kondo? kalau depa tak bayar balik besok, ambik baliklah kondo tu..anyway, aku dok tunggu mana dia bukti transaction pembelian condo, yang ada hanya air liur..sapa boleh jawab ni?

    ReplyDelete
  11. Penjelasan NFC memang munasabah!

    Pembelian kondo adalah pelaburan untuk mengelakkan pinjaman itu mengalami susut nilai. Sementara
    menunggu kerajaan menyediakan ladang-ladang satelit yang tertangguh akibat tiada peruntukan.

    Aset yang mendatangkan pulangan melalui sewaan kondo dan nilai hartanah yang makin bertambah.

    Sekurang-kurangnya pelaburan ke atas kondo itu sebagai jaminan modal projek mampu diteruskan dan hutang kepada kerajaan dapat di bayar semula.

    puak pakatan jer yang lemah bab ekonomi.....hehehehee

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post