Shahrizat guna RM800 ribu dana NFC melancong luar negara?



KUALA LUMPUR 8 Nov: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil dan keluarganya untung lebih RM600 ribu menggunakan wang rakyat yang disalur menerusi National Feedlot Corporation (NFC).


Syarikat keluarga Shahrizat, Agro Science Sdn Bhd merupakan pemegang saham bersama kerajaan Negeri Sembilan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang mengendalikan Pusat Fidlot Kebangsaan.

Namun, keuntungan RM666 ribu itu bukan diperolehi daripada penjualan daging lembu sebaliknya faedah daripada deposit tetap menggunakan sebahagian daripada RM250 juta duit rakyat yang disalurkan kepada NFC.

Perkara itu dinyatakan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dalam sidang media di parlimen sebentar tadi.

“Pada 6 Mei 2009, NFC memindahkan RM116 juta daripada pinjaman ini ke dalam akaun deposit tetap milik NFC di Public Bank Berhad.

“Penyata kewangan NFC yang difailkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia menunjukkan keuntungan faedah daripada simpanan deposit tetap berjumlah RM666,952.96 bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009.

“Jumlah keuntungan faedah dari simpanan deposit sebesar ini hanyalah mungkin sekiranya NFC mempunyai simpanan tetap ratusan juta ringgit,” kata Rafizi.

Malah lebih teruk, kata Rafizi, Shahrizat dan keluarganya didakwa memboroskan sebanyak RM827,579 dari dana NFC untuk melancong ke luar negara pada tahun 2009.

Menurut Rafizi, kos itu bersamaan dengan RM511 bagi setiap ekor lembu yang disembelih oleh NFC pada tahun 2009.

Perkara itu menyebabkan kos operasi NFC melonjak 22 kali ganda lebih mahal berbanding anggaran Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

“Rekod menunjukkan hanya 1,618 ekor lembu disembelih dalam tahun 2009.

“Daripada kos purata penternakan dan penyembelihan sebanyak RM4,481 seekor, 11% (RM511) adalah kos lawatan ke luar negara dan keraian yang dibelanjakan keluarga Shahrizat,” kata Rafizi.


http://www.keadilandaily.com/?p=22683

10 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Itu namanya orang yang bijak,berkelibar.ada duit banyak makan angin le, memang pun tak habis duit tu. lagi pun dah rezeki dia.halal ke haram ke letak tepi dulu
    yang penting bila peluang dah datang macam tu sapu je le.
    Kalau aku pun jika dapat peluang mcm
    ni, aku ambil kesempatan juga.
    kau orang tak nak ke.
    aku pecaya dalam 10 yang peluang macam tu, sepuluh sepuluh pun sapu.
    tak gitu.

    ReplyDelete
  2. anjing pkr kat atas ni menyamar...


    PAKATAN BODOH

    ReplyDelete
  3. ASD asyik serang Shahrizat jer..

    Kenapa..??

    pkr Lembah Pantai dah rasa tak selamat ke..??

    heheheheee...

    lebih baik nurul izah cari kerusi lain,..sementara ada masa..

    ReplyDelete
  4. Untung Atas Angin Boleh Membawa Kepada HARAM

    Untung atas angin ni boleh didefinasikan sebagai untung yang diperoleh dari sesuatu urusniaga, tapi diperolehi dengan sedikit modal dan usaha, atau tanpa modal dan usaha langsung.
    NAK KAYA BERPADA-PADA, TUHAN JANGAN LUPA, REZEKI TETAP ADA, CUMA BELUM JUMPA, NAK JUMPA KENALAH BERUSAHA!!
    BERTAUBAT LAA SEMENTARA ADA MASA.

    ReplyDelete
  5. rakab said (5.4pm)
    Kalau dah kepala hotak hang dah macam tu memang tak boleh nak buat apa lah lagi sebab otak kau dah berkarat empat lapis dan bebal yang teramat sangat. Kalau duit tu mak bapak hang punya tak apa lah, kalau hang tak boleh bayar pun boleh jugak hang mintak halal kat mak bapak hang tapi duit orang ramai punya,rakyat punya.kalau hang tak boleh bayar boleh kah hang minta halal kat semua rakyat malaysia dan adakah mereka semua boleh halalkan kepada hang.

    ReplyDelete
  6. kalau duit aku konfem aku x akan HALALKAN dunia dan akhirat mrk dilantik utk pegang AMANAH rakyat tp sebaliknya mrk tibai duit rakyat pemimpin mcm ni yg sgt2 di sukai oleh pencacai UMNONGOK tp mrk lupa soalan Allah di akhirat nnti memang x terjwb lah...memang kena belankong dgn cemeti lah kah kah kah

    ReplyDelete
  7. Ya Allah..!! kenapa laa melayu pkr ni senang sangat diperbodohkan..

    'Shahrizat di dakwa menggunakan..'...ayat itu cuma andaian semata-mata..bukannya dah terbukti pun...

    Kau orang tanggung laa dosa fitnah!

    PAKATAN FITNAH....jangan bersubahat

    ReplyDelete
  8. sapa tak kenal orang2x umno bn halal haram meka sapu hak orang hak depa duit rakyat duit datuk nenek depa haram jadah punya melayu celaka tak ingat bangsa sendiri .

    ReplyDelete
  9. OOiii rakab dah bodoh hoi..

    Oooiiii rakab dah tension hoiii

    Oooiii rakab masuk dalam lubang jubur saifool, lagi aman!!

    heeeee..

    ReplyDelete
  10. Si mamak tua ni dahlah monopause masih ada minat nak sapu buntut lembu,apatah lagi duit,muka tak malu kerja mcm taik kata nak bela wanita,eloklah kau dimalukan remaja ingusan,cakap seakan dia saja yg pandai,dasar politik kpg,org mcm ni memang tak patut disanjung jd menteri dah berkara, bertaraf senator angkat biji lagi tu...kesian rakab dpt menteri bertaraf besi burukk...kah,kah,kah..tut.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post