Sos cili 1Malaysia merbahaya!!



Baru semalam dalam satu sidang akhbar yang diadakan khas di gudangnya Pengendali Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Mydin, pengarah urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin itu diiringi beberapa pembekal barangan yang didakwa kualitinya mencurigakan itu menangkis sebahagian besar tohmahan khususnya Tony Pua - bahawa produk 1Malaysia dijual pada harga lebih tinggi manakala kualitinya pula adalah rendah.


Tapi hari ini… Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia (Standards Users) dalam laporannya mengatakan mereka mendapati 3.64ppm plumbum dan 0.08ppm raksa atau merkuri dalam sos cili 1Malaysia.

Apa cerita ni??

Standard users: Hentikan jualan sos cili 1Malaysia

Ujian makmal ke atas sos cili yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) mendapati tahap raksa dan plumbum melebihi paras yang dibenarkan dalam Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985.

Dalam laporan draf penyelidikan perbandingan produk yang diperolehi oleh Malaysiakini, Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia (Standards Users) mendapati 3.64ppm plumbum dan 0.08ppm raksa atau merkuri dalam sos cili 1Malaysia.

Sedangkan, tahap yang dibenarkan untuk sos cili adalah 2ppm bagi plumbun manakala 0.05ppm untuk raksa.

Laporan itu membandingkan sos cili jenama 1Malaysia dengan tiga jenama lain, iaitu Tesco Value, Life dan Lingham. Semua jenama berkenaan didapati mematuhi had yang ditetapkan, malah kadar mereka juga jauh lebih rendah daripada yang dibenarkan oleh undang-undang.

Ujian bagi produk berkenaan dijalankan oleh Unipeq Sdn Bhd, sebuah syarikat yang ditauliahkan di bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) oleh Jabatan Standard Malaysia.

Ketika dihubungi, ketua pegawai eksekutif, Standard Users, DN Ratna berkata, organisasinya telah menjalankan penyelidikan seumpama itu selama lebih tiga tahun dan memutuskan untuk memasukkan produk 1Malaysia dalam kajian kerana pengguna sedang digalakkan membeli produk itu.

Katanya, sampel sos cili berkenaan diperolehi dari kedai-kedai runcit dan pasar raya besar di sekitar Lembah Klang antara bulan Ogos dan September lalu.

Mengulas keputusan kajian itu, Ratna menggesa Kementerian Kesihatan untuk segera menghentikan jualan sos cili 1Malaysia.

"Kesan logam berat itu boleh menyebabkan keracunan. Jika seseorang menggunakan jenama itu bagi jangkamasa yang lama, logam itu akan terkumpul di rambut, tisu dan bahagian-bahagian badan yang lain ... Jika mereka orang yang terdedah itu tidak sihat, maka kesannya lebih cepat dan nyata.

"Ini berkaitan logam berat, mereka (Kementerian Kesihatan) sepatutnya tidak membenarkan jualan produk itu sehingga mereka sahkannya dengan ujian sendiri dan mengambil tindakan lanjut," katanya.

Menurut laporan itu, raksa yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakan kepada sistem saraf pusat tunjang serta sistem endokrin, yang berpotensi membawa kepada kerosakan buah pinggang.

Malaysiakini

14 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Apa???.. sumber dari malaysiakini??

    puuuihh..!! mana boleh pakai..!!

    portal penipu,..agen zionis..!!!

    ReplyDelete
  2. Korang ni mmg jenis tak bersyukur kepada UMNO lgsg la. Rezeki UMNO yg bagi. Bila aku bg idea kedai ni, aku nak kaburkan rakyat2 yang cetek pendidikan mereka supaya bulat2 percaya bahawa kedai ni boleh jimat. Sbb aku tahu golongan ini tak kan pikir kesan jangka panjang. Yang korang selongkar sampai ramuan sos tu kenape? Aku baru plan nak gunakan taktik di mana slow2 bunuh dan perbodohkan rakyat aku sendiri. Ini kesan jangka panjang, mmg tak kan mati bila makan. So biarlah depa makan. Nanti for the next 5-10 years generasi ini akan kekal dikedudukan taraf pendidikan yang rendah seperti sedia ada. Anak2 aku for sure oversea, nk jd PM pas ni.

    - Hj Marlboro Light Soft Pack

    ReplyDelete
  3. murah2 tapi memudaratkan ....tak boleh tu...in long run jadi mahal kena keluar masuk hospital.....giling cili di rumah buat sos sendiri je.

    ReplyDelete
  4. Aku dah tak pergi lagi dah kedai Mydin tu beli jarum pun tumpul tak boleh pakai.....tak ada quality langsung...

    ReplyDelete
  5. berita baru depa check susu terlebih vitamin A pula dah....Killing me softly with your K1M.....

    ReplyDelete
  6. Ni punya makanan low class rakab, AKP & puak2 Umporno mesti suka beli. Maklumlah, tuan pumya kedai Melayu hardcore XXX. Dia org ni semangat melayu tinggi. Ni contoh Umporno nak tolong melayu dan bunuh otak2 Melayu. Mesti depa suka kalau Melayu bodoh sebab boleh dapat undi masa PRK13. Kalau dah depa bengap sekali org lain pun depa nak suruh jadi bahlol macam dia org.

    ReplyDelete
  7. tak dinyata kegunaan raksa dan plumbum dlm sos. tp secara logiknya ialah utk ketahanan sos supaya lebih lama.

    kalau betul, dgn ini jumlah pengeluaran sos dlm kuantiti yg byk supaya kos murah. tarikh tamat 4 tahun kod?

    dan sos dan barang barang yg mcm ni lah silap silap di beri pd mangsa banjir selain yg dah expired.

    ReplyDelete
  8. Salam semua..

    Aku rasa la kan,sos cili ni banyak dijual kat kedai runcit si RAKAB tuh lar..

    tu yg dia menggelupur @ meroyan hakktuihhh tak pasal2 tuh..

    takut bisness lingkup,sbb orang tak beli dari kedai runcit dia!!!

    hahahahahahahaakkktuuuiiihhhhhh..

    ReplyDelete
  9. kerajaan dh sediakan kedai yg jual brg murah pn bnyk complain..

    ReplyDelete
  10. hah sumber Mkini hahaha ada gak ngok yg pcaya hahahahah klu dah pakatan haram apapunxboleh3

    ReplyDelete
  11. Apalaaa kau orang ni,..

    Harga barang keperluan mahal, kau orang bising !!

    Bila kerajaan cari jalan untuk merendahkan harga barangan,..kau
    orang bising jugak !!

    Kau orang ni, manusia kaa...??

    politik pakatan ni,.merosakkan semua perkara yang baik...mereka tak pedulikan kebajikan rakyat sebenarnya,...yang penting dapat kuasa !

    JAHANAM LAA PAKATAN CELAKA

    ReplyDelete
  12. Semua makanan yang tak bermutu yg itulah yg dijual kepada rakyat malaysia. Apa miskin hina sangatkah rakyat malaysia ni. Sedangkan pemimpin bermewah tidur di hotel berpuluh ribu semalam.

    apa korang nak bunuh rakyat secara snyap ke?

    ReplyDelete
  13. slogan 1malaysia tu pun dah tak bermutu, maka pe saja yg guna logo 1malaysia pun sama

    ReplyDelete
  14. geng mamak memang nak bunuh melayu laa. itu pun korang tak sedar lagi ker. boikot kedai "1 MYDIN" boikot kedai geng mamak. kedai makan mamak pun kita boikot. sana lagi real nak bunuh orang. ajinomoto satu kampit taruk dalam kari. tukang masak kafir. err halal ker..jom tanya ustaz don (tv alhijrah)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post