SPRM serbu Petronas.. Shahrizat pula bila??



Cuba baca dan fahamkan ayat ini.. "Terlalu banyak gosip dan cakap-cakap belakang. Ada kontraktor yang mengadu mereka perlu bayar untuk ditimbangkan bagi mendapat projek. Jadi tidak mengejutkan SPRM sudah berada di sana,"


Mereka perlu bayar untuk ditimbangkan bagi mendapat projek? budaya parti mana agaknya ini??

Ayat ini pula "ada pegawai Petronas yang hidup di luar kemampuan mereka".. Ahli-ahli atau Pemimpin-pemimpin dari parti mana yang banyak kelihatan hidup begini?

Apapun.. tahniah kepada SPRM kerana bertindak.. tapi kalau boleh biarlah tindakan dilaksanakan tanpa memilih, kalau tidak sudah pasti ada satu Syarikat yang kurang kelayakkannya memperolehi tender di Petronas itu akan terlepas..

Tapi kenapa tiba-tiba ada serbuan sedangkan tidak dilaporkanpun sebarang aduan rasmi.. lain macam saja ni..

Lagi satu kes Shahrizat bila nak siasat?


*************************

SPRM serbu Petronas, siasat rasuah babitkan pegawai kanan
Oleh Jahabar Sadiq

November 11, 2011KUALA LUMPUR, 11 Nov — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu bangunan syarikat minyak nasional Petronas baru-baru ini berhubung dakwaan amalan rasuah di kalangan konsultan projek terlibat dalam kerja-kerja meneroka dan mengeluar minyak di perairan Malaysia, kata sumber.

The Malaysian Insider difahamkan fail-fail berkaitan turut diambil oleh pegawai-pegawai SPRM dan Datuk Seri Najib Razak telah pun dimaklumkan sebelum beliau pergi ke Arab Saudi untuk menunaikan haji. Perdana Menteri kembali ke tanah air kelmarin.

"Pegawai-pegawai penyiasat telah mengunjungi pejabat itu ekoran banyak aduan mahu mendapatkan ganjaran sebagai pulangan kepada syor mendapatkan kontrak," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider tetapi tidak mahu identitinya didedahkan.

Satu lagi sumber mengesahkan bahawa siasatan SPRM telah dimaklumkan kepada Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin. SPRM tidak mengesahkan tindakan mereka kerana bimbang akan menjejaskan siasatan.

Sumber-sumber industri berkata rasuah semakin kerap sejak saban tahun memandangkan Petronas mengurniakan siri kontrak melibatkan pelbagai operasi termasuk usaha mendapatkan lapangan minyak yang baru.

Bagaimanapun mereka tidak mengatakan bahagian di Petronas yang menjadi sasaran siasatan SPRM.

"Ia bukan sesuatu yang luar biasa. Setiap orang tahu permainan itu," katanya.

Satu lagi sumber memberitahu bahawa pengurusan Petronas telah mengadakan pelbagai mesyuarat untuk membincangkan dakwaan berkenaan amalan rasuah di kalangan pekerjanya, yang merupakan antara mereka yang mendapat gaji paling tinggi di Malaysia termasuk pinjaman perumahan menarik, manfaat perubatan dan insentif-insentif lain.

"Mereka pernah menjadi pekerja terbaik dan jujur tetapi terdapat terlalu banyak kontrak sejak kebelakangan ini dan ada yang mengambil langkah mudah," katanya lagi sambil menambah, ada pegawai Petronas yang hidup di luar kemampuan mereka.

"Terlalu banyak gosip dan cakap-cakap belakang. Ada kontraktor yang mengadu mereka perlu bayar untuk ditimbangkan bagi mendapat projek. Jadi tidak mengejutkan SPRM sudah berada di sana," katanya lagi.

Petronas ditubuhkan pada Ogos 1974 dan disenaraikan sebagai antara 500 perbadanan terbesar oleh Fortune Global.

Ia menduduki tangga ke-107 tahun lalu selepas berada dalam senarai 100 teratas pada 2008 dan 2009.

Petronas mempunyai lebih 40,000 pekerja tetap di Malaysia dan 35 negara yang mengendalikan operasi.

The Malaysian Insider

6 Comments

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

  1. Kua..kua..kua.kua....

    Ni antara wayang2 baru untuk divert isu semasa yang lebih besar.............

    1. Lembu punye kes ~240 juta
    2. Hajah Rosmah ~spend ??? juta
    3. 1.4 billion yang hilang masuk dalam pokek lembu tamak dan digantikan dengan wang rakyat..

    ReplyDelete
  2. Makan rasuah nk cegah rasuah??!!.. Pelik bin ajaib.. lepas tu siap maklum plak tu dgn PM. Tak brguna langsung klu anjing dah kena ikat ni. Menyalak je lebh, bagi tulang senyap la tu.. Tak respect langsung dgn SPRM ni.

    ReplyDelete
  3. Harap2 lepas ni tak ada pegawai petronas yang mati jatuh bangunan lagi. Buat semua staff sila hati2 dan kalau dipanggil untuk siasatan sila pastikan anda disiasat di GROUND FLOOR.

    ReplyDelete
  4. Anon 3:43
    btoi tu. nti kalu ade staf Petronas yg "suicide", meaning, dlm SPRM tu sniri yg ptt siasat. ade la tu yg da jd BALACI BALACI org atas.

    youtube this, "Rosmah Perempuan Puaka"

    ReplyDelete
  5. Benda tak ada senghaja diada adakan sama seperti kes rasuah pegawai2 kastam menjurus kepada kematian Ahmad Sarbani dulu bertujuan nak aleh pandangan rakyat daripada isu yang melanda negara ketika ini. Ditambah lah kes baru Anwar Ibrahim 'memberi keterangan palsu' Kes kecil vis a vis fine RM1,000.

    ReplyDelete
  6. SPRM tidur ke...serbu malam ni jugak kalau berani...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...

Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!

Post a Comment

Previous Post Next Post