Pengundi BN dan atas pagar di Pulau Pinang mempunyai tanggapan negatif terhadap DAP di negeri itu tetapi anehnya menghormati Ketua Menteri Lim Guan Eng melebihi pemimpin mereka sendiri.
Menurut tinjauan badan penyelidikan bebas, Lim dikenali dan dihormati 30 peratus rakyat, diikuti timbalannya Mansor Othman (13.1 peratus), Ketua Pembangkang Datuk Azhar Ibrahim (3.3 peratus) dan Pengerusi Umno Datuk Zainal Abidin Osman (2.8 peratus).
Manakala lain-lain - difahamkan kebanyakannya pemimpin bahagian - mendapat 50.8 peratus, demikian menurut kajian Ilham Centre pada 7 hingga 9 Oktober lalu.
"Sama seperti mereka melihat DAP, iaitu mereka meyakini bahawa pimpinan negeri ini adalah Cina dan kerajaan negeri dipimpin oleh Cina.
"Walaupun begitu, Lim lebih dikenali dan disegani dengan sikap humble (rendah diri), mudah mesra dan sering kali dilihat turun padang," kesimpulan tentang dasar kerajaan negeri dan Lim dalam tinjauan itu dipetik.
"Namun, atas sentimen dan prejudis Umno, beliau tetap dilihat sebagai Cina yang mengancam Melayu."
'kerajaan Cina'
Kajian itu dijalankan di tiga kawasan parlimen kubu kuat BN - Kepala Batas, Tasek Gelugor dan Bayan Lepas - terhadap 720 pengundi Melayu terdiri daripada anggota BN dan atas pagar.
Ketiga-tiga kawasan parlimen itu dimenangi oleh bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Syed Ameruddin Syed Ahmad.
Ketiga-tiga pemimpin Umno itu tidak tersenarai langsung antara tokoh kepimpinan negeri dan tempatan yang dikenali dan dihormati dalam kajian itu.
Berhubung kepimpinan DAP dan Pakatan Rakyat pula, 45.6 peratus responden tidak setuju bahawa nasib Melayu akan terbela, sebanyak 20.3 peratus setuju; manakala 29.2 peratus tidak pasti dan 5 peratus lagi tidak memberikan respons.
Laporan tinjauan itu menyimpulkan, situasi yang sedang dihadapi DAP berbeza dengan kepimpinan GERAKAN sebelum 2008 apabila ia dilihat dipimpin BN.
"Ini menunjukkan bahawa doktrinisasi media terhadap Pulau Pinang dilabel sebagai 'kerajaan Cina atau DAP' memberi kesan positif kepada Melayu dan dilihat berjaya.
"Oleh itu, imej kerajaan negeri dilihat sebagai kerajaan DAP bukannya Pakatan Rakyat," laporan itu dipetik.
Malaysiakini

Ini adalah bohong sama sekali. Aku siap pergi buat haji ngan kakmah utk meningkatkan imej keislaman aku. Tak kan tak popular lagi. Ni semua kerja KJ bahalol tu la. Aku suruh ambik gambar amoi penang yang dia pergi ambik budak betina mat saleh UK buat apa. Dh kantoi fitnah hari tu. Mmg patut aku tak lantik dia jd menteri. Otak lembu. Yang geng2 mamak di penang tu aku dh banyak invest tp satu isu pun belum berjaya. Pilihla isu seks, agama atau kaum. Cmna nak jatuhkan DAP klu isu tak kukuh.
ReplyDelete- Hj Marlboro
Orang Melayu rela ditipu bangsa sendiri daripada dibela kaum lain. Kerajaan PR atau pun DAP lebih memberi faedah kpd orang Melayu. Depa tak rakus, tak lesap duit rakyat, tak hambat tanah tapi masih dicurigai orang melayu.
ReplyDeleteWalaubagaimana pun terpulang kepada rakyat untuk menilai isu ini. Jika mereka bijak, mereka tidak mudah dipermainkan oleh sesiapa sahaja terutama UMNO dalam sentimen perkauman yanbg terlalu kuat. Membina kejayaan bangsa atas dasar kuasa perkauman semata-mata (hak istimewa melayu) akan menghinakan kaum tersebut dan memberikan kebencian yang mendalam oleh bangsa lain yang sebahagiannya ditindas.
ReplyDeletelaaaa...Malaysiakini lagii..!!
ReplyDeleteportal jamban !!
tak boleh pakaiii...
non 4.50,
ReplyDeletePencapaian ekonomi orang melayu dah jauh ketinggalan berbanding
dengan kaum cina !
Bagaimana kau nak mereka bersaing
di atas 'padang yang sama rata' ??
Tidakkah mereka akan semakin jauh ketinggalan ??
Orang melayu perlu di bantu..!
Janganlah anggap memperjuangkan nasib melayu yang terkebelakang dari segala segi itu sebagai perkauman !!
Mengapa usaha Dap, Ngo-Ngo cina, persatuan peniaga cina samada kecil atau besar yang memperjuangkan nasib bangsa mereka tidak di anggap perkauman ??
Jual bangsa serupa umpama kau menjual mak kau sendiri..
Bakak, bajak awatla hang ni busuk perut sangat. Mak hang tak ajak hang dulu ka untuk berbaik-baik dengan orang. Atau hang memang haramjadah tak boleh di ajak lansong.
ReplyDeleteBenar ke LGE lebih dihormati!!..hanya puak PR yg menghormati LGE lebih2 aje,jika bertemu siap salam...siap cium tangan...siap diangkat seperti khalifah mereka...bagi bukan seteru PR..sorry le...nak muntah...tak buat pun pada Gerakan dulu pun...
ReplyDeleteAnon 4.57pm
Saudara! baru 4tahun bawah DAP/PR...dah tiada rumah kos rendah..tunggu le 10tahun lagi..mau jadi macam Singapura ke 2...habis Melayu jadi kayu..
dak aaiiih,...aku memang baik dengan orang...mesra lagii..
ReplyDeletemaklum laa,..orang berniaga, mana buleh sombong..
tapi hang manusia kaaa...
heheheheeee...
komen aku kat atas ni khas untuk anon 9.27....
ReplyDeleteakpppppp....apa habaq..??
ReplyDeletebagi aku LGE tlh meletakan satu tanda (benchmark) kepimpinan yg berkualiti dan akan dibuat perbandingan oleh rakyat terutama warga PP. setiap tindakan dan cara dia ikhlas dan tidak mengharapkan balasan (keuntungan RM). Sifatnya merendah diri dan bersahaja.
ReplyDeletetanda kepimpinan ini tidak ada pada pemimpin Lem_umngok di PP malah tahap kepimpinan mrk tahap paling bawah.
Melayu boleh berkuasa di PP sekiranya mrk dpt mengetengahkan se org pemimpin melayu yg hebat spt LGE.
Kehebatan LGE tersangat terserlah sehingga cara dia menjaga PP tidak bermasalah. Dan sedari dulu org Lem_umngok sentiasa berusaha keras utk mengambil semula kuasa di kelantan dan selangor. Jika Lem_umngok berjuang utk kuasa politik org melayu maka PP lah sepatutnya yg mrk tawan semula.
jika PP dtp di tawan semula maka tidak terjadi lah spt apa yg si akp katakan iaitu tunggu le 10 tahun.. dam terselamat lah PP menjadi spt Singapura. Oleh itu mengapa pemimpin Lem_umngok masih tuduk kpd gerakan?
bagi aku LGE tlh meletakan satu tanda (benchmark) kepimpinan yg berkualiti dan akan dibuat perbandingan oleh rakyat terutama warga PP. setiap tindakan dan cara dia ikhlas dan tidak mengharapkan balasan (keuntungan RM). Sifatnya merendah diri dan bersahaja.
ReplyDeletetanda kepimpinan ini tidak ada pada pemimpin Lem_umngok di PP malah tahap kepimpinan mrk tahap paling bawah.
Melayu boleh berkuasa di PP sekiranya mrk dpt mengetengahkan se org pemimpin melayu yg hebat spt LGE.
Kehebatan LGE tersangat terserlah sehingga cara dia menjaga PP tidak bermasalah. Dan sedari dulu org Lem_umngok sentiasa berusaha keras utk mengambil semula kuasa di kelantan dan selangor. Jika Lem_umngok berjuang utk kuasa politik org melayu maka PP lah sepatutnya yg mrk tawan semula.
jika PP dtp di tawan semula maka tidak terjadi lah spt apa yg si akp katakan iaitu tunggu le 10 tahun.. dam terselamat lah PP menjadi spt Singapura. Oleh itu mengapa pemimpin Lem_umngok masih tuduk kpd gerakan?
Anon 11.49pm
ReplyDeleteHujah anda sama ngan sikap2 org Melayu di singapura dahulu sebelum singapura keluar da malaysia..akhirnya melayu singapura merempat dibumi sendiri..
P/S: Tak caya..pergi le melancong kt Singapura 2~3 hari..nak cerita tak dapat rasa dan lihat sendiri lebih baik..
masalahnya BN perintah pun sapa yg jadi KM,,,cina gak...dua kali lima jer...cina BN sapu duit...so pikir2 la sendiri...
ReplyDeleteakp 12:00 am
ReplyDeleteaku baru dr singapura minggu lepas. dan setiap tahun aku ke singapura.
semasa kita nak berpisah org melayu disana di beri pilihan utk menetap disini atau di sana (singapura)
susah susah org melayu singapura kau cari mana yg dtg masuk msia nak kerja sini. org johor yg byk kerja di sana.
kalau kau buat survey.. dan bila aku berkunjung kesana ... aku tak jumpa melayu yg nak balik ke msia. yg kutuk kita lg ramai.
dan baru ni aku pergi rumah seorg kawan.. rumah dia SD 5 juta. persatuan melayu sana cukup selesa dng pemerintahan singapura.
kau ingat tak bila Dr M kutuk melayu singapura selepas tu berpuluh surat di siarkan dlm BH Singapura. Last selepas satu surat yg memuji Dr M isu itu ditutup. Aku rasa kalau dibiarkan isu ini malu lah Dr M konon hero melayu.
kau tak jwb kalau kau takut sgt melayu jd mcm di singapura spt apa yg kau anggap, mengapa Lem_Umngok tunduk kpd Cina Gerakan? Kalau di tanding kan antara Gerakan dan DAP aku pilih DAP.
Hang jangan kelentong lebih-lebih le...aku ada kawan di sana..aku dah lama berkawan dengan mereka rakyat singapura...
ReplyDeleteakp 7:43 pm
ReplyDeletekawan kau yg kat singapura tu jenis kau jugak. tanyalah kawan kau suruh dia menetap disini atau kalau kawin dgn org sini suruh dia org tukar kerakyatan msia. kawan kau tu tak pernah masuk msia. kena kelentung dgn kau. kalau dia datang msia nak pergi kerja pun susah.
kau ada kawan je, aku ada 5-6 keluarga kat sana. salah seorg tukang gunting rambut tp ada kediaman sendiri walaupun tak mewah. aku ada jemputan kawin disana salah satu pemandu teksi tp dia punya kenduri siang malam. Nak tahu malam lauk dia mcm lauk tenghari kita. kalau kat sini taraf pengurus yg boleh buat mcm tu. seorg pemandu truck ada 2 rumah satu di singapore dan satu di johor.
Mmg ada yg susah tp mrk banding kan susah mrk dng susah di Msia lagi sussah di Msia. Standard of Living kita merosot.
mungkin aku dikelilingi oleh mrk yg berjaya sdgkan kau di keliling oleh mrk yg keciwa.
akp
ReplyDeletesian kat hang. hang bukan pernah sampai singapore pun.duk menyalak aja lebih.kang dah kena sebijik kat muka.dah tak tau buat pala tau.lebih dari melayu singapura lagi.baru hang tau.kawan hang tu bukan wujud pun.saja wat ayat spin cover buat kata ada.whehehehehe
Post a Comment
Komen anda tanggungjawab anda...dan sebarang komen yang tidak relevan dengan tajuk akan didelete...
Atas permintaan komen-komen yang menggunakan nama orang lain juga akan di delete.. harap maklum!!